Kepercayaan Adalah Matawang
Pernahkah kalian alami satu kegembiraan yang memuncak? Waktu itu, saat menggenggam stereng kereta masih dikerubung getar, nafas keluar masuk bagai dipam dengan pemadat udara. Biarpun di perut kesesakan jalanraya, senyum masih tidak serik menguntum. Apa yang dilihat di depan, bukan lagi asap berkepul atau abjad angka di punggung kereta. Seronok. Puas.
Hari ini adalah hari paling bertuah bagi diriku. Saat diserahkan kunci, dihulurkan cek puluhan ribu dengan satu amanah dan kepercayaan tertinggi, kepada aku bernama Irfan, insan yang tiada punya apa-apa melainkan bertan-tan semangat dan kemahuan memarak. Sebuah perjalanan hidup yang pernah kulakarkan dalam perancangan hidup, moga-moga sepadan dengan apa yang direncanakan Tuhan.
Perasaan saat menggenggam amanah yang bernilai puluhan ribu, hanya dua. Gembira dan teruja. Gembira, kerana masih ada hamba Allah yang meletakkan kepercayaan kepada anak kecil ini. Teruja, untuk berbudi dengan membuktikan kepercayaannya itu tidak meleset sama sekali.
Sepanjang perjalanan pulang, dengan kepala yang sarat dengan rangka kerja, kata-kata mentorku ini ligat diputarkan di telinga. Diucapkan oleh seorang CEO syarikat penerbitan gergasi Melayu di Malaysia kepadaku, beberapa hari sebelum aku meninggalkan syarikatnya.
Kau mahu tahu, bagaimana caranya ibuku mengajar aku supaya tidak tamak dan bermata duitan, saat menggenggam ringgit yang berkepuk-kepuk? Sewaktu aku menuntut, ibuku memasukkan puluhan ribu sekelepuk ke dalam akaunku. Pesannya, “Ini saja belanja keseluruhan bagi pengajian dan hidupmu. Hiduplah untuk belajar gunakannya.”
Beliau merenungku, tajam. Sambil jarinya menyucuk-nyucuk meja di depan kami.
Dia berjalan, tapi kau berlari. Teruskan berlari, dengan apa yang ada di tanganmu.
Disember ini, ayuh kita ke Jepun!


aiSha amuSy berkata,
August 5th, 2010 at 10:26 pm
Wah ke jepun lg..?
Salam ramadhan buat irfan. Semoga berjaya.
ada apa ya.? mungkin saya agak ketinggalan di sini.
Balas komen ini.
mollek berkata,
August 6th, 2010 at 1:57 am
Tumpang gembira. tahniah andai perancangan tuan (si hamba) hampir selari dengan perancangan Tuhan.
Balas komen ini.
Irfan Sangpelangi membalas pada August 6th, 2010 3:15 am:
Mana mungkin serupa dan selari dengan perancangan Dia. Aku sekadar mendoakan, ‘moga-moga’ sahaja. Hehe. Dia masih perancang yang terbaik. Aminn…
Balas komen ini.
gadis thibb berkata,
August 6th, 2010 at 2:30 am
ceritalah lagi, terlalu ringkas.
jepun? datang la sini pula, misr.
Balas komen ini.
azizah berkata,
August 7th, 2010 at 9:47 am
Tidak puas membaca catatan ini. Mahu kisahnya dihikayatkan lagi olehmu wahai Sang Pelangi.
Balas komen ini.
Irfan SangPelangi membalas pada August 7th, 2010 6:51 pm:
Haiyooo… Malulah. Perkembangannya belum pun memuaskan lagi.
Mohon tunggu dan bersabar ya, hingga projek ini 50% berjalan, saya akan sambungkan kisah ini.
Balas komen ini.
Aqif berkata,
August 7th, 2010 at 6:17 pm
Aduh… Ke Jepun lagi ya?
Watashi (Betulkah?) mahu ikut sama!
(Sebenarnya aku mahu entri ini dipanjangkan lagi… Tolonglah edit semula entri ini Sang Pelangi)
Balas komen ini.
Miera berkata,
August 8th, 2010 at 12:05 am
Assalamualaikum, saudara.
Gambar dalam entri ini merujuk kepada suasana seperti (tempat percetakan, kedai buku, penerbitan dll.) yang mahu mula beroperasi.
Adakah ini yang saudara maksudkan INDIE satu waktu dulu di pesta buku yang kita jumpa?
Semoga saudara terus berjaya menarikan pena-pena sebagai editor muda di samping berdakwah mengikut acuanNya. InsyaAllah.
Barakallah untuk anta!
Balas komen ini.