Kenapa Kita Tak Tepat Masa?
Menepati masa, bukanlah satu kempen yang perlu dijaja, atau ditaja dana berjuta-juta. Kalau diselidik, bermula di jalanan hingga ke peringkat istana, dijamin seratus peratus pungutan suara tertinggi adalah berpunca dari sikap diri sendiri.
Sayangnya, aku agak kurang bersetuju dengan jawapan itu.
Tulisan ini adalah dari pengalaman, bukannya dari kajian struktural mahupun perbincangan ilmiah. Kalau mengikut dari perspektifku sendiri, setelah beberapa bulan berewangan di tengah kota raya, aku mendapati ada beberapa kelompangan yang andai ditimbus, dengan kuasa Tuhan mudah-mudahan bisa menjadi penolak buat orang Malaysia berkejar-kejaran merebut masa.
Aku tak mahu bercakap soal spriritual ataupun mental, kerana sememangnya telah kering tekak para kaunselor, guru dan ustaz di sekolah bercakap soal masa. Namun, mari kita berfikir cara seorang datuk perancang bandar (Canselor UTP pernah menyaran graduannya berfikir cara seorang CEO. Terbaik). Strategi maksimum efektif adalah; Pengangkutan Jalan.
Mari bayangkan, aku sudah berpakaian kemas, bersiap-siap untuk temujanji. Nama pun sudahlah temujanji, berjanji untuk bertemu pada sekian-sekian waktu. Ada dua cara sahaja untuk aku ke sana, memandu sendiri, atau menaiki pengangkutan awam. Kedua-dua cara itu tak kurang besar risikonya.
Aku merangka perjalanan penuh hati-hati, agar pertemuan pertama ini tidak melesetkan imejku sebagai seorang graduan dari Jepun, kononnya di mata orang didiam rakyat yang suka jalan berlari. Mendengarkan ramalan cuaca yang kurang menyebelahiku waktu itu, ditambah gangguan lalu-lintas yang dilaporkan skuad trafik radio tempatan, aku memilih untuk menaiki tren, atau lebih telus lagi Komuter KTM.
“Tren ke Rawang mengalami masalah, dan akan tiba dalam 30 minit lagi. Sekian, terima kasih.”
Pertama sekali yang terdetik di hatiku, di mana ucapan maafnya? Sudahlah terlewat, diucap lagi terima kasih di hujung ayat. Realitinya, jadual tren sudah tidak berguna lagi.
Kalian tahu, aku berjaya menghabiskan dari kulit ke kulit, “Rindu Bau Pohon Tin” bermula dari menunggu, hingga tiba ke destinasi akhir. Itupun mujur dapat tempat duduk. Kalau berdiri, tangan kananku berpaut palang (kalau ada palang), dan tangan kiri memaut beg (kerana tiada tempat meletak beg).
Apakah perkara yang seremeh ini tak pernah terfikirkan pihak di atas sana? Benarlah kata teman seperjuanganku, segalanya bermula dari diri sendiri, tapi halangan dari manusia ‘tertentu’ tak dapat kita elakkan.
“Sabarlah, Fan. Kita berjuang ini, untuk Malaysia yang lebih baik 10 tahun mendatang.”
Terima kasih buat seniorku, yang menyematkan kata-kata perangsang ini.
Baiklah, andai kau membaca hingga ke ayat ini, terima kasih kuucapkan kerana sudi menyelami keluhanku yang seperti rengekan anak kecil.
p/s: “Minyak naik. Gunalah pengangkutan awam. Berkongsilah kereta.” Siapa yang bercakap tu? Meh sini aku piat telinganya. (Amboi, emosionalnya. Haha.)






famia berkata,
May 9th, 2009 at 2:43 am
hidup di KL..
begitulah rona-ronanya.
expect the unexpected.
famia telah menulis tentang Antara Asal Usul Kenapa Aku Malas ke Bilik Air. Mari baca!!
Balas komen ini.
WaidaKmy berkata,
May 9th, 2009 at 3:01 am
Bayangkan dialog “Tren ke Rawang mengalami masalah, dan akan tiba dalam 30 minit lagi. Sekian, terima kasih.” didengar selama berkali-kali dalam seminggu? Memang biasa buat orang ‘surrender’ naik pengangkutan awam di Malaysia huhu
WaidaKmy telah menulis tentang 4 format burn yang perlu difahami. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 9th, 2009 7:29 am:
Kerana itu, jalan semakin sesak (tanpa ada penambahan keluasan jalan).
Balas komen ini.
WaidaKmy membalas pada May 9th, 2009 10:49 pm:
Hehe..yang paling musykil sekali..highway baru (dan juga tol
) semakin banyak dibina tetapi semuanya bertembung di satu jalan yang sama. Contoh paling ketara, highway putrajaya dan ‘smart tunnel’ bertembung di satu titik yang sama, iaitu jalan tun razak
contoh lain, highway Duke kalau tidak silap
WaidaKmy telah menulis tentang Cara buang temporary file dengan ccleaner (video). Mari baca!!
Balas komen ini.
yEm^^ berkata,
May 9th, 2009 at 7:03 am
erm… tinggal di Malaysia memang harus bersedia dengan masalah2 seperti ni…jadi, kite kena keluar lebih awal drpd biasa demi untuk smpai tepat pada masanya…
biarlah kite yang menunggu, bukan kite yang ditunggu… =)
Balas komen ini.
'atiqah jasni berkata,
May 9th, 2009 at 8:18 am
Salam ziarah..
Nampaknya SangPelangi mengalami kejutan budaya di Malaysia ya. Saya yang masih di bumi sakura hanya boleh meminta SangPelangi bersabar sahaja. Bersabarlah demi perjuangan di dunia ini. Andai perjuanganmu itu tidak dibalas di dunia insyaALLAH akan dibalas di akhirat kelak.
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
May 9th, 2009 at 9:21 am
Pengalaman kamu, membuatkan aku teringat kepada pengalaman sendiri.
Kira-kira dalam tiga tahun yang lepas.
Masih aku ingat bagaimana aku mencungap nafas di KL Sentral, menuju ke hentian LRT untuk ke Klinik Pergigian Keramat atas urusan temu janji.
Namun tidak sampai separuh perjalanan, ketika di 2 perhentian sebelum Keramat (Dang Wangi ke?, terlupa
) semua penumpang disuruh turun berikutan masalah teknikal. Kami disuruh untuk naik LRT di platform lain pula.3 kali aku turun naik LRT mengikut arahan petugas demi untuk sampai ke destinasi. Tapi sudahnya LRT itu berpatah balik ke KLCC. Setelah hampir sejam menunggu, barulah ada petugas memberitahu, perjalanan LRT untuk ke stesen seterusnya mengalami masalah dan mengambil masa yang lama. Petugas tersebut memberi pilihan kepada kami untuk berpatah balik ke KL Sentral dan menebus semula harga tiket.
Aku dengan panas hatinya, menelefon pihak klinik, meminta maaf atas pembatalan temu janji di saat akhir, sambil menelan bebelan misi di hujung telinga, dan temu janji yang seterusnya hanyalah pada bulan seterusnya. Aku lantas menaiki LRT pulang semula ke KL Sentral, tanpa meghiraukan petugas yang ingin memulangkan semula wang tambang yang telah dibayar.
Sekadar RM 2.10 tak terbanding dengan masa dan tenaga yang telah terbuang pada hari itu. Aku kesal dengan pihak pengurusan yang tidak tahu mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah tersebut. Atau sekurang-kurangnya mengaku tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, agar penumpang boleh keluar mencari pengangkutan awam yang lain.
Malaysia terlalu selesa berada di zon selamat, sehinggakan terlupa untuk melakukan penambah baikkan fasiliti yang sedia ada.
Balas komen ini.
anego berkata,
May 9th, 2009 at 9:28 am
huh itulah yg anego selalu lalui fan. andai kamu ada terbaca entri2 anego terdahulu. saat2 seperti inilah, yg selalu buatkan anego terigatkan ketepatan densha di bumi sakura. ah sedangkan anego yang cuba beberapa waktu terkenang inikan pula kamu yang bertahunan disana.
entah bila ini semua akan berubah?
anego telah menulis tentang dambaan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Murasaki Ichigo berkata,
May 9th, 2009 at 11:53 pm
Salam wbt
KTM memang yang paling bermasalah antara tren yang lain-lain
Jangan harap dapat duduk kalau kamu naik tren hari jumaat. sabtu dan ahad
penuh macam tin sardin
kalau perempuan yang naik KTM pasti kan sangat terseksa jiwa dan raganya..nak je rasa pakai suit angkasawan ke bulan tu
Murasaki Ichigo telah menulis tentang Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ). Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
May 10th, 2009 at 8:53 am
Hurh.. setiap hari ada ‘delay’ tren. walaupun tak bersesak di jalan raya, tapi kita kene bersesak di dalam tren.. aku selalu terbayang kalaulah tren tu bentuknya fleksibel, mesti bentuknya jadi mengelembung (____) macam ni. sebab terlalu padat. hihi..
Jika ada temujanji, lebih molek kau lebih lebih lebih awal kalau nak naik tren supaya masih menepati masa.
mollek telah menulis tentang Coret. Mari baca!!
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
May 11th, 2009 at 8:40 am
bila sebut sal janji berjanji ni, bapa saya pernah kata ” Biar kita tunggu org, jgn biar org tunggu kita” hurm….
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
May 11th, 2009 at 8:43 am
tulah namanya cabaran hehe…kata org, selamba berhadapan dgn masalah, yg susah akan menjadi senang.
Balas komen ini.
Balqis berkata,
May 12th, 2009 at 3:34 am
Ooooo, saya selalau juga menghadapi masalah yang sama. Sebagai pengguna tetap komuter, memang terpaksa bersabar juga. Tiada kuasa di tangan mahu mengubah. Memang akan sampai lambat, tetapi mahu buat bagaimana. Sudahlah lambat, bila tren sampai akhirnya, MasyaAllah penuhnya bukan main, lalu tertinggallah lagi menantikan tren yang seterusnya. Mahu masuk tidak muat lagi. Aduhai. Betapa ujian itu benar-benar menduga tahap kesabaran saya. Andai ada kuasa kamehameha, huh, siaplah tren tu, hehe….
Balqis telah menulis tentang Usrah Terakhir. Mari baca!!
Balas komen ini.
azim berkata,
May 12th, 2009 at 9:08 am
saya pun selalu mengalami situasi yang sama…lagi kat kl sentral..dgn org yg ramai,panas terpaksa bersempit..huh.
Balas komen ini.
syida berkata,
May 12th, 2009 at 11:44 am
salam irfan.. bace entri kamu kali ini membuat rase ingin menulis pulak kt sini.. hehe.. cakap pasal KTM ni.. memang la…sangat-sangat la masalah.. especially time peak hour.. toksah cakap.. kesian kt perempuan-perempuan terutamanya laa.. (lelaki pn kesian jugak) terpaksa berhimpit2.. kalau boleh duduk dalam kotak lagi bagus… terseksa..?? memang seksa jiwa raga.. (pengalaman la ni.. huhu…) sangat tak selesa bile terpaksa berhimpit macam sardin dalam tin.. huhu.. dengan gelagat orang keliling yg ‘macam2′.. dan inilah juga salah satu sebab saya melarikan diri dari sibuk kota lumpur tu.. huhu.. memang sepatutnye Malaysia ni berubah.. tapi perubahan itu bukan satu yg mudah.. perlu ada muda belia seperti anda dan rakan2 yang lain..semoga terus istiqamah.. wassalam
Balas komen ini.
Faridrashidi berkata,
May 12th, 2009 at 6:33 pm
Salam,
Melihat situasi ianya seakan sama..Ya Mesir dan Malaysia juga sama. Ahh, tiap kali berurusan ada saja kata-kata ini:
“Nush sa’ah..”
“Bukroh..”
Bilalah mahu berubah cara fikir.
Faridrashidi telah menulis tentang ‘Cinta’ Yang Menzalimi Jantina. Mari baca!!
Balas komen ini.
'Aqilah berkata,
May 16th, 2009 at 5:40 pm
Itulah hakikat tinggal di KL…sedih namun itulah realiti. Setelah hampir 2 tahun dimanjakan dengan sistem pengangkutan yang tepat pada masanya di UK kadangkala saya menjadi sedikit emosional bila memikirkan sistem yang tidak menjaga ketepatan masa di Malaysia.
InsyaAllah moga keadaan akan menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.
‘Aqilah telah menulis tentang 028 On Giving. Mari baca!!
Balas komen ini.
Mieza berkata,
May 31st, 2009 at 6:09 am
Salam.. terkenang peristiwa lampau… Bangun seawal 5.00 pagi untuk menaiki bas yang pertama T42 pada jam 6.15 pagi untuk ke tempat kerjaku…
Pernah satu ketika bas hanya tiba pada pukul 7.00 pagi.. Boleh bayangkan keadaan di LDP sewaktu jam 7.30 pagi… Tiba di pejabat pada pukul 9.00 pagi… Harunya rasa…
Kini setelah bergelar mahasiswi, tidak timbul soal kelewatan kerana kemudahan yang disediakan terlalu banyak…
Balas komen ini.
muFFin berkata,
June 7th, 2009 at 1:19 am
kadang2, naik teksi jalan penyelesaian terbaik… =)
Balas komen ini.
faiizah berkata,
October 12th, 2009 at 10:56 pm
perkara tu pernah terjadi pada saya,terpaksa berulang alik dari kl ke kajang,moga saya tidak memiliki kenderaan sendiri diri walau sudah memiliki lesen P.kalau tidak mahu juga saya pergi ke tempat kerja dengan motor walaupun tak arif dengan jalannya. keluar rumah sesudah subuh dan dengan konfiden akan sampai awal ke ofis. last-last trend lambat sampai 30 minit, berlaku selama seminggu,akhirnya saya pindah dengan secepat mungkin untuk memastikan kepercayaan majikan tidak dipersiakan.minggu pertama puasa.sabar je la
Balas komen ini.