Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan.
Selepas mesyuarat BWP, jam sudah menunjukkan 1 pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung tiba.
Lagak gayaku bak perisik upahan. Lima tapak ke depan, ku toleh kiri dan kanan. Aku menapak penuh cermat, jangankan semut mati terlenyek, kuman pun belum tentu hilang riwayat. Aku cukup yakin, gerakan aku tak dikesan mereka.
Aspura sunyi (baca: Asrama Putera) sambil cengkerik bersiul-siulan. Ahh.. jantung tidak keruan, walau itu yang jadi harapan. Mana mungkin jam satu malam tak semeriah siang. Satu-persatu anak tangga didaki.
Tatkala kaki mencium tangga terakhir,
“Hiiaarghhhh!!! Happy Birthday, * Encik Kacang !!”,
Aku disergah. Terkujat. Tuhan saja yang tahu bumi mana isi perutku gugur. Melihat satu-persatu wajah mereka, bersama ’senyum jahat’ yang.. Arkh.. sinis sekali. Sambil tangan masing-masing mengendong bantal.
Aku pasrah. Lalu melabuhkan tubuhku di atas katil, sambil ku balut kepala dengan bantal untuk keselamatan. Berlapis-lapis bajuku sarung tebal. Semuanya untuk menyerap hentakan. Bilik aku kini dipenuhi jejaka-jejaka bernafsu buas. (baca: asrama di maktabku sistem sebilik 4 katil)
“Ready?” Wak Kang, ketua aras. Dia yang paling bersungguh-sungguh.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
“Jangan main kepala, ha. OK. Ready,“ kataku sambil tangan menakup bantal atas kepala.
“Yahh… Semoga murah rezki.” Gedebuk.
“Semoga panjang umur.” Gedebuk.
“Semoga dapat apa dicita.” Gedebuk.
“Semoga….” Gedebuk. Gedebuk. Gedebuk (darab seribu).
Ketika itu suara mereka ditenggelami bunyi-bunyi pukulan bantal. Mula-mula, seorang demi seorang yang memukul tubuhku. Kemudian, upacara itu kian hangat. Ditambah hilai tawa rakan-rakan yang lain. Lantai bilik seperti hendak meruntuh.
Aku tak tahan. Walau mata terbuka, cuma hitam yang ku lihat. Kepala berpusing-pusing. Dek kerana tak sanggup menahan pening, aku masih mampu berteriak,
“Ya Allah, aku mohon Kau hantarkan Wak Juki ke mari!”
Tidak semena-mena, selang beberapa saat saja, kedengaran jauh satu bunyi libasan yang menakutkan.
ZASSS… ZASS… ZASS…
Ya.. Itulah bunyi isyarat kedatangan dia. Hero penyelamat. Kedatangan warden aspura, Cikgu Marzuki (atau digelar kami Wak Juki) tepat pada waktunya. Seorang demi seorang longlai bila punggung dicalar rotan. Sekelip mata, suasana jadi sunyi. Saki-baki rakan-rakan pembantai berdesup menyembunyikan diri. Di bawah katil saja termuat tiga orang. Di balik pintu, dua orang. Paling memelikkan, gerobok besi terpenuh empat orang.
“Sudah, sudah. Jangan ingat saya bodoh. Keluar semua dari bilik ni. Kita roll call. Kalau tak cukup orang, siaplah”
Alhamdulillah, aku menarik nafas lega. Malam itu, detik 14 April takkan mudah dilupa orang. Malam di mana seramai 90 pelajar lelaki ber’jalan itik’ berulang alik berkali-kali. Kira-kira setengah kilometer jaraknya mungkin. Semua orang merasai ‘hadiah’ itu kecuali aku, birthday boy yang tersenyum sinis di sebelah Wak Juki.
“Wah. ‘Keramat’ betul tarikh lahir kau ni. Hahaha.. “, gelak Encem, jalan bercangkung sambil kedua tangan memegang kepala. Setelah itu, masing-masing pulang ke bilik. Dengan kaki terkengkang-kengkang, peha kebas bak ditanggung beban. Pengalaman itu tak mudah dilupakan.
P/S: Tak perlu ucapkan aku selamat hari lahir. Kerana aku khuatir bila saat tibanya hari lahirmu, aku tidak melakukan sepertimu. Aku tiada masa untuk menghafal tarikh lahir orang, walau kawan rapatku sendiri. Entah kenapa.
















selipar jepun berkata,
April 15th, 2008 at 6:54 am
Haha kesian. Pillow fight tu memang tradisi budak emaresem ke? kt tmpt aku cmpk ke kolam, lg sadis beb. weh, bwp tu ape? badan wabak penyakit ke? kikiki gurau je irfan.
Balas komen ini.
zinnirah berkata,
April 15th, 2008 at 9:32 am
hmmm..tak paham diorang buat apa…kena pukul ke?cam dasat je…..huhu…nasib baik warden datang…
Balas komen ini.
anakjohor berkata,
April 15th, 2008 at 9:52 am
haha…aku ingat lagi brader irfan nie,wak kang,jejan sume..tyme tue aku form 1…and wak juki a.k.a Cg Marzuki tue cikgu homeroom aku!batch f5 pastue da hampeh da
Balas komen ini.
kechik berkata,
April 15th, 2008 at 11:22 am
kt aspuri plak time bday aku..ak diikat kt ampai…huhuhuhu..diconteng muke ngn water color…marlisa n the geng nyer plan…..tp..xda penyelamat pun dtg….ustzh ishqi xdtg…
Balas komen ini.
qamarun membalas pada September 10th, 2008 9:29 pm:
alamak kecik ni.. die kntoikn plak rhsia aspuri..huhu..
bru tau cerite2 aspura..hm.. sian cgu marzuki..fenin2
Balas komen ini.
alan baik sangat sebut ulang2 8kali sehari berkata,
April 15th, 2008 at 1:14 pm
tanjobi omedeto..
Balas komen ini.
misoshiru berkata,
April 15th, 2008 at 11:21 pm
Macam ni la budak2 hostel..huh..tapi best juga bila kenang balik benda2 cenggini…
Ingatan terhadap seorang teman itu bukan hanya pada ungkapan selamat hari lahir, tapi,ingatan itu lebih utuh dan lebih bermakna bilamana kita mengingati sahabat2 kita dalam doa setiap hari..:)
Balas komen ini.
anego berkata,
April 16th, 2008 at 12:53 am
P/S: Tak perlu ucapkan aku selamat hari lahir. Kerana aku khuatir bila saat tibanya hari lahirmu, aku tidak melakukan sepertimu. Aku tiada masa untuk menghafal tarikh lahir orang, walau kawan rapatku sendiri. Entah kenapa.
dewasa dah adik anego ni.
gambatte neh!
Balas komen ini.
Miza berkata,
April 17th, 2008 at 2:48 am
erm… sian ko… huhu… aku pun kena gak… tapi perempuan style lain sket…
habis dicurahnya bedak kat aku… berbotol2… kebtlan ada housemate ku yang hari lahirnya awak 3 hari dariku… pun kena jgk…
semoga diberkati Allah sentiasa… Amin…
Balas komen ini.
sis reen berkata,
April 18th, 2008 at 2:56 am
rindu pada kenangan di mrsm kian menebal!
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
April 26th, 2008 at 1:09 pm
wahh, aku bace skali lagi, klakar la post nih. hua x3
Balas komen ini.
SangPelangi » Doa yang tak dimakbul Tuhan. berkata,
May 18th, 2008 at 5:37 am
[...] ini bukanlah sekadar cerminan dari entri yang sebelumnya (doa yang dimakbul Tuhan). Tapi, sebetulnya ia adalah sebuah hakikat yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh [...]
hafizan berkata,
May 23rd, 2008 at 12:44 pm
irfan!!!kenape aku br jumpa article nie!!
hahaha…aku gt lg mase tu..aku join gak.tp aku slamat dr kene jalan itik.ko tau kenape?haa…biar aku cite lak..
time tgh syok pukul ko tu,aku masih trcari-cari ruang yg bleh dipukul w/pun tgn sentiasa menhayun bantal kat bdn ko…tibe-tibe seperti yg ko cerita,wak juki dtg n menyergah…kerana terkejut dgn keadaan itu,ade yg kuar pntu dpn wak juki dgn wat2 selambe & ade yg trs menyorok dgn cpt. bilik yg td nya dipenuhi oleh bdk2 laki tiba2 je kosong.aku yg bdn besar nie mmg dh tak sempat nk lari sbb wak juki kat dpn pintu n aku tak sempat nak nyorok sbb tmpt sume dh pnuh n saiz tak sesuai hahaha…
aku kaget disaat itu.mmg aku dh terpikir segala balasan yg bakal aku terima kalo aku tak nyorok time tu…tibe-tibe disaat kecemasan itu aku yg sememangnye berdiri disebelah katil ko terus terlihat ko n terpikir satu cara je aku nak selamatkn diri ini…
yeah..bnda yg dipikirkan sepintas lalu nie akan mngubah segala-galanya…aku terus melaksanakan ape yg aku terlintas itu dgn segera…
yes!!baring di seblah irfan n wat2 sakit seolah-olah aku adalah mangsa skali dgn irfan hahaha…dan aku berjaya melaksanakannya..
mase tu wak juki trs panggil semua dan tidak semena-mena ade yg kuar dr bwh katil,dlm locker,blakang pintu wak juki tgh bdiri hahaha…
dan aku trs selamat bersama irfan…thanks irfan hahaha…
hafizan telah menulis tentang cuti-cuti malaysia. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 23rd, 2008 6:51 pm:
Hahaha..
Ooo patut la Wak Juki kasihan dengan kau. Kau buat muka kasihan (bukan muka sakit) rupanya. Haha..
Ingat lagi cerita ni ya, Hafizan. Bagus ada kawan macam ni. Hehe..
Balas komen ini.
qamarun berkata,
September 10th, 2008 at 9:39 pm
seronok nye time blaja dlu..
ingt lg time ujung mgu subuh ramai yg kantoi..
pastu kne denda ngan papa xleh kuar outing..
dak2 aspura le tuh..hehe
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 11th, 2008 6:34 am:
Ceh.. ada itu pula yang diingatnya. (pernah la rasa sekali, dengan Presiden sekali kena. Haha..)
Balas komen ini.
qamarun membalas pada September 12th, 2008 3:09 am:
owh..presiden pnah kene..hehe
Balas komen ini.
afwahasya berkata,
September 22nd, 2008 at 9:36 pm
uih kenangan yg best tu..
nak kenekan org, tp sendiri terkene…
memang 14 april tarikh keramat…
saye pun hampir di basahi dengan air sabun..
tp yang terlibat tak ler seramai yang mengenakn sangpelangi…
tengah duk checking bilik tetibe segerombolan manusia dtg mengusung baldi..berlarian la kami seantero blok…alhamdulillah naseb menyebelahi..huhu
klu tak berkejaran dgn warden la kami…
satu soalan, bdak2 MRSM ni memang ske kenekan org ye?
Balas komen ini.
hayiwada berkata,
November 11th, 2008 at 10:54 pm
Balas komen ini.
Syahid berkata,
June 7th, 2009 at 7:12 pm
pergh.. memang masyuk zaman maktab dulu
.. time aku dulu, birthday sape ek, adehh.. budak2 yg kat luar bilek campak mercun bola ke dalam peperangan bantal yang sedang meletus.. bukan sahaje “gedebuk2..”.. “kababoooom” tuh.. amek ko ubat..
Balas komen ini.
iesyah berkata,
July 26th, 2009 at 8:46 pm
hehehe…
..
sonok knangan kat maktab zaman blaja dolu2
em maktab mane ni ek?
Balas komen ini.
vaniella berkata,
August 25th, 2009 at 10:39 am
wat a funny story!!!
bley msok just 4 laugh gags……
klu bley taw, kt mktb mne ni??
Balas komen ini.
faiizah berkata,
October 12th, 2009 at 8:52 pm
seramnya budak mrsm sambut besday. tapi lagi seram budak ppuan kat university sambut besday.tepat pukul 12 malam, diaorang dok menjerit depan bilik macam kene hasteria.seram…mau tercicir jantung ni.
Balas komen ini.