Kembalikan PC anda ke waktu silam..

Pada January 21st, 2007, ia ditulis oleh Al-Irfan

Aku sering mendapat keluhan daripada kawan-kawan sebab masalah-masalah yang membelenggu PC mereka.. Walaupun aku bukanlah seorang pomen PC, tapi sedikit sebanyak aku “terpaksa” juga untuk mempelajarinya semata-mata untuk diri sendiri dan orang lain.

Masalah yang sering berlaku:

1. Terkena penangan Virus Teruk-jan (Trojan la tu), Spyware, Cecacing (worm.. hehe..) DLL

2. PC mengalami gangguan pelik (santau, disihir, sakit, meracau dan sebagainya..)

3. Tertekan Link pada Emel/mesej YM sampah (SPAM) yang menyebabkan PC diceroboh dan terkena gangguan seperti no.2

Jawapan yang aku berikan sudah pastinya “Perisian Anti-Virus”. Ramai juga kawan-kawan aku yang masih belum ada antivirus ni. Bila dah terkena nanti, barulah sibuk ke sana sini mencari jalan bertanya rakan. Pernah dengar pepatah “Sudah terhantuk baru nak tengadah“?? (Rasanya kawan kita Si Yeh tu pasti tak tahu..hehe gurau k?).

Tetapi, ingat ya.. Membuang virus-virus seperti ini bukanlah seperti makan kacang Cap Ayam. Apatah lagi jika ianya adalah sejenis virus yang baru dicipta dan perisian Antivirus anda sukar untuk mengesannya.

Bila dah penat berusaha…pasti ramai orang gunakan jalan terakhir..iaitu “FORMAT”.. huhu..

Bila Format, pastinya perisian-perisian yang sudah sedia ada akan terpadam dan kita perlu untuk meng’install’kannya semula. Sedihnya.. ;_(

Jadi, saya ingin menyarankan alternatif lain untuk langkah terakhir, jalan yang lebih baik daripada “Format” dan selamat. Iaitu “System Restore” yang sudah sedia ada pada PC Windows anda. (mungkin ramai sudah tahu, ramai juga tidak tahu)

Baiklah, kali ini aku nak buat kelainan berbanding tutorial sebelumnya. Kita belajar dahulu.. baru aku akan terangkan kelebihan “System Restore” ini..

PERTAMA. Tekan “Start”, “Programs”, “Accessories”, “System Tools” dan “System Restore” seperti gambarajah di bawah.

 

KEDUA. PilihRestore my computer to an earlier time” dan tekan “Next”. (Untuk “Create a restore point”, pastikan PC anda tidak mengalami masalah kesihatan sebelum berbuat demikian ya?)

 

KETIGA. Pada bahagian ini, pilih tarikh sebelum PC anda dijangkiti virus (katakan PC aku terkena virus pada 20 Januari, jadi aku pilih tarikh 18 Januari untuk PC aku kembali seperti keadaan sebenar pada tarikh tersebut) Selepas klik tarikh, sila klik pada ruangan waktu System Checkpoint. (Harus diingat, hanya tarikh yang berHURUF TEBAL sahaja yang boleh dipilih). Klik Next.

EMPAT. Terakhir, pada paparan berikutnya, ada ruangan untuk anda memastikan sekali lagi tarikh yang telah dipilih. INGAT.. pastikan tarikh itu betul. Akhir sekali, Tekan “Next“. PC anda akan di’restart‘kan untuk tujuan “reboot” dan “restore” untuk jangka masa yang agak lama, bergantung tempoh tarikh yang anda tetapkan.

 

Selepas tamat semua proses, ikut arahan yang diberikan olehnya. Pada waktu itu, anda akan merasakan seolah-olah PC anda sudah kembali ke keadaan asal pada tarikh yang anda tetapkan. Dari segi susunan fail, fail-fail yang anda sudah buang, semuanya akan kembali ke keadaan pada tarikh itu.

 

Kebaikannya:

1. Cuma perisian dalam tempoh “flashback” sahaja yang akan hilang. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk meng”install”kan semua perisian yang sudah sedia ada. (amalkan menyimpan fail-fail “installer” setelah anda men”download” sesuatu perisian) .

2. Cuma fail-fail baru sahaja yang akan hilang. Jadi, anda perlulah melakukan “backup” dengan menyimpan fail-fail yang dirasakan perlu (sepanjang tarikh pilihan) ke dalam “pendrive” atau “hard disk” yang berasingan.

PERINGATAN: Tidak semua PC boleh melakukan “restoring” atas sebab-sebab tertentu. Aku pun tak pasti apa puncanya. Jadi, “Format” adalah pilihan anda. Jika anda mempunyai cadangan, silakan ya?

Sekian sahaja kelas tutorial pada hari ini. Jika mengalami masalah, utarakan saja bincangkan bersama. Selamat Mencuba..

NOTA: Komputer terkena virus ada
ubatnya, virus pada “sikap” kita macam mana?

Apa anda fikirkan?..

Tiada katakunci yang telah saya set.

Sudah menjadi ahli Sahabat Sang Pelangi? Ada hadiah bonus, tau. Sila masukkan:
Nama Panggilan:
Alamat Emel:

Sila semak peti emel anda untuk melihat balasan dari saya (termasuk di kotak SPAM). Jika tidak menerima apa-apa, boleh hubungi saya di ruangan kontek di atas, ya?


Jika punya waktu, silakan jenguk entri ke lain, ya.
Klik tajuk di bawah.