Kau, buat kukepingin gelaran ayah.
Membaca coretan sehari demi sehari, dari seorang sahabat mayaku yang sudah bergelar ayah, telah menguatkanku untuk menjadi seteguh dia, sekeras hati para ayahanda, bapa, abah dan apa juga gelaran untuknya.
Bacaan di paparan semakin tidak memberangsangkan. Pada waktu ini, Dr Mark memberi peluang kepada ayah untuk mendakap Amir Yusuf. Dengan penuh hati-hati, dengan penuh kasih sayang, Amir Yusuf berada di dalam pangkuan ayah. Ayah peluk erat Amir Yusuf. Seakan tidak mahu melepaskan. Ibu berada di sisi, membacakan surah Ya’asin. Moga semua itu menjadi teman ketika Amir Yusuf di alam sana – FAJARIL.NET
Semoga anakmu menanti di gerbang syurga. Catatan diarimu itu di Fajaril, bukan sekadar untuk melepaskan rindu pada arwah anakmu, malah sebagai penguat untuk mengharung ujian mendatang.
Bro Rudy, mengkhabarkan ke YM akan bantuan sosial yang sedang beliau usahakan. Aku tak mampu menitipkan sebarang pertolongan memandangkan M2U tak dapat digunakan atas sebab tertentu.
Yang termampu kubuat, adalah memanjangkan lagi mesej itu ke sini.
Bro Rudy menulis:
Bismillahirrahman nirrahim. Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga. Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.
Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.
rujuk blog Fajaril dan maklumat lanjut di blog Bluehikari
SHIMI berkata,
March 9th, 2009 at 11:07 am
Salam.
Semoga kita mendapat keberkatan dan limpahan rahmat apabila berusa melepaskan kesusahan orang lain
SHIMI telah menulis tentang Jiwa Muda. Mari baca!!
Balas komen ini.
fuad berkata,
March 9th, 2009 at 10:20 pm
Salam ziarah,sebuah blog yang menarik…semoga Allah istiqomah kita dalam setiap amalan….minta ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan add blog saya sebagai rakan blog anda..tq
Balas komen ini.
mollek berkata,
March 10th, 2009 at 12:36 am
Sesungguhnya segalanya pinjaman dariNya. Semoga bantuan dari hati yang ikhlas, tambah mempermudah Fahmi sekeluarga. InsyaAllah.
mollek telah menulis tentang Di mana barakah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
March 11th, 2009 at 3:36 am
3 kali aku baca, maybank2u aku boleh guna, insyaAllah beberapa ketika sekadar termampu aku bertindak.
3 kali kubaca: kau, buat kukepingin gelaran ayah? ya aku doakan kau tidak lama lagi sang pelangi…menerima gelaran mulia itu!
irshadian telah menulis tentang Tolonglah! PPSMI. Mari baca!!
Balas komen ini.
Ruqaiyah berkata,
March 26th, 2009 at 12:39 am
Al-Fatihah..
Insyallah..anaknya sedang menanti di syurga..
Tingkatkan amalan..
Dia perlu berbangga jerana menjadi ayah pada bakal penghuni syurga..
Moga dia tabah..
Ruqaiyah telah menulis tentang Dilemma... Mari baca!!
Balas komen ini.
lydecker86 berkata,
March 30th, 2009 at 9:35 pm
Juga mengikuti kedua-dua blog. Juga mempunyai satu entri mengenai mereka di blog. Semoga mereka tabah..
lydecker86 telah menulis tentang Peranan Wanita dalam Dakwah. Mari baca!!
Balas komen ini.