Kasut yang sama, dicuri dua kali.
Aku tak tahu apa istimewanya kasut ini. Sudahlah dibeli ketika harga meruntuh, promosi penghabisan stok. Rekaan corak pun punyalah tak eksklusif langsung (merah dan putih?). Aku tak kisah biarpun dibeli di Osaka dengan tercetak ‘made in Indonesia’, asalkan bisa kutapak ke mana saja, memang memadai.
Pertama kali dicuri, ketika awal musim panas tahun lepas. Memang sudah aku niatkan sedekah saja. Ditakdirkan, akhirnya tertangkap pencurinya, seorang budak Jepun yang mendiam di lain blok. Berumur 16 pula tu. Selamba ‘got it ‘ dia memakai di depanku, tanpa dia tahu akulah pemilik asalnya.
Kali ini dicuri lagi. Oleh orang yang berlainan pula. Puas aku dan ketua blok menjejaknya, tetapi gagal.
Wahai kasut yang malang. Apa rahsiamu jadi rembatan orang? Atau bukan takdirmu bersamaku selalu?
p/s: Kalian ada kasut paling buruk? Biarpun sebelah-sebelahnya lain, aku sanggup!

















amalina berkata,
January 7th, 2009 at 6:49 am
kasut brand apa tu?sampai dua kali kena curi tu..ke kau salah letak?tertinggal kat sokken ke…?
aku ada kasut lama.yang aku pakai masa aku di PPKTJ.jenama Power.beli kat jusco wangsa maju.tapak nya dah nipis sampai menyakitkan tapak kaki aku.tapi belum di buang.
tapi,kau boleh pakai ke kasut aku?
*sengih*
amalina telah menulis tentang pagi ini…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan berkata,
January 7th, 2009 at 6:53 am
Adidas, siri apa pun aku tak tahu. Kasut itu dicuri di dalam peti kasut bertutup lagi. Memang sudah lama disasar orang.
Ini tandanya kasut itu bukan milik mutlak aku sebenarnya, mungkin?
p/s: Kaki aku saiz 10, paling besar ada di kedai.
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
January 7th, 2009 at 7:45 am
“Wahai kasut yang malang. Apa rahsiamu jadi rembatan orang? Atau bukan takdirmu bersamaku selalu?”
Saya rasa pemiliknya lagi malang, kot. (“,). Mungkin benar kasut itu tidak ditakdirkan menjadi milik kamu. Tetapi andainya ia kembali, hmm kamu tahu maksudnya apa kan?!
wan nurul adila telah menulis tentang Si Gadis Kecil dan Diarinya. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 7th, 2009 9:07 am:
Andai kembali, apa maksudnya? Aku tak tahu (atau buat-buat tak tahu
)
Balas komen ini.
wan nurul adila membalas pada January 7th, 2009 9:16 am:
Kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu. Huh.
Kalau dah kembali tu, berkemungkinan kasut tu ditakdirkan jadi rezeki kamu la agaknya. Tuhan lebih tahu.
wan nurul adila telah menulis tentang Si Gadis Kecil dan Diarinya. Mari baca!!
Balas komen ini.
izzy berkata,
January 7th, 2009 at 8:38 am
irfan, aku ada!!
kamu mahu tak?
warna merah jambu mungkin?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 7th, 2009 8:57 am:
Oit. Kalau merah jambu, sanggup aku berkaki ayam. Haha.
Balas komen ini.
Haris Noor berkata,
January 7th, 2009 at 8:40 am
Salam wahai Irfan,
Haih~ lama sungguh tak bersua. Maafkan hamba kerana lama tidak bertegur sapa. Macam2 perkara dah berlaku…
Pasal kasut berpuaka anda yg ada tabiat suke menghilangkn diri tu, mungkin penjelasannya boleh ditemui sekiranya anda dapat menjawab soalan ini:
“Kat jepun ade toyol tak?” LOL
Oh saya pun dah bertukar ke blog baru sbb tak puas ati anda pn berpindah. Takdela~
Saya terpaksa berpindah sbb terlupa username utk access blog saya tu, jadi skrg dah tak boleh karangkan post2 baru… sedih betul…
Link ke laman blog saya yg baru tu saya dah letak di sini. Klik saja nama saya!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 7th, 2009 9:04 am:
Aduhai Haris Noor. Kau antara blogger terawal yang aku kenal sejak dulu, sama jatuh bangun aku dengan SangPelangi, tiba-tiba kau hilangkan diri. Pastinya aku rindu. Aku nyaris-nyaris merajuk akan kehilangan kau, tahu? Haha.
Baiklah, Haris Noor kembali beraksi di gelanggang maya. Usah disiram semangat membaramu yang menyala sejak dulu. Kalau perlu bantuanku, hingga menyuruhku ingat username dan passwordmu pun aku sanggup!
Go! Go! Go!
Balas komen ini.
eyca nisa berkata,
January 7th, 2009 at 9:56 am
kasut tak malang.tuan dia yang malang.berlagak lebih agaknya. mungkin?
hahaha.aku ada kasut tumit tinggi 5 inci.mahu?warna putih jugak pe.
takya segan silu ambil free je.heh. tq!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:41 am:
Sebab kasut murah dan buruk, tak ada sebab kukuh nak berlagak pun.
p/s: Jualkan kasutmu, dan untungnya berikan pada Aman Palestin, lebih baik.
Balas komen ini.
wan atiqah berkata,
January 7th, 2009 at 12:19 pm
selipar aku penah hilang depan bilik……puas aku carik xjumpa….at last satu hari aku naik lif kt blok aku tinggal…kebetulan ade mak cik cleaner berbangsa india dalam tu….ntah macam mane aku terpandang selipar yang die pakai…..huh…selipar aku!!…mula2 rase cm nk marah je….tp kesian plak aku tengok…xsampai ati nk suh die bukak….so…aku niat sedekah je la kt die…..mane tahu tuhan nak bg aku rezeki dapat kasut or selipar lebih baik…kan…hehe..aminnnn
wan atiqah telah menulis tentang Detik Itu Ku Rakam…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:44 am:
Hmm. Kes macam kita ini, kadang-kadang, bila dah dicuri, baru kita akan niatkan sedekah, kan? Itu petanda dari Tuhan, agar kita disuruh memberi sebelum terpaksa. Mungkin.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
January 7th, 2009 at 12:30 pm
Itu namanya dah tak ada jodoh. Eloklah kiranya kau beli kasut yang baru…
p/s haha…aku tak dapat bayangkan orang pakai kasut sebelah-sebelahnya lain. Irfan, mungkin kau boleh menjadi orang pertama yang melakukannya!
SangMentari telah menulis tentang SEBENING KASIHMU 2. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:46 am:
Nak buat macam mana. Asal dapat menyelamatkan tapak kaki ketika berjalan sudah memadai. Tapi, bila nampak unik, nanti jadi perhatian dan ikutan pula. Aduh!
Balas komen ini.
damai berkata,
January 7th, 2009 at 12:37 pm
salam buat kamu irfan…
cantik kasut kamu itu…kasut yang cantik pasti saja menjadi impian setiap orang…hihi
semoga kasut yang bakal bertuankan kamu lebih cantik dan lebih memberi manfaat kepada kamu ^^
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:49 am:
Cantik kau kata? Mungkin aku harus mencari yang lebih teruk coraknya berbanding yang ini.
Balas komen ini.
En Kid berkata,
January 7th, 2009 at 12:51 pm
Salam Irfan..
Wah, kasihan kau..kasut hilang sampai dua kali. Kau letak diluar bilikkah? Mungkin perlu simpan lebih rapi selepas ni..pastinya kasut demikian diminati ramai. Warna yang menarik.
Rezeki siapa pun..hanya Dia yang tahu..pulangkan saja pada Dia yang Maha Tahu..
p/s: saiz 10 kaki kau? Wah besarnya..aku pula cukup payah mahu mencari kasut di kedai-kedai..
En Kid telah menulis tentang Suara kecil itu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 2:07 am:
Kasut aku dicuri di dalam rak besi. Aku yakin ianya tidak diminati ramai.
p/s: Aku sudahlah setinggi galah. Boleh bayangkan kakiku sebesar mana. Kehkeh.
Balas komen ini.
FahdRazy berkata,
January 7th, 2009 at 1:30 pm
Simpati
biasalah tu …sekarang ni orang cari-cari kasut…Nak buat baling pada Bush.
FahdRazy telah menulis tentang ‘Neo- holocoust’ Ala Zionis Israel. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
January 7th, 2009 at 6:57 pm
huh! ada juga tukang sapu kasut ini.Mungkin dia peminat fanatik irfan,ingin menjadikan segala-gala milik irfan sebagai miliknya.siapa tahu…
abrar telah menulis tentang 5 minit. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 2:09 am:
Oh, ke situ pula kamu ini. Ibarat percayakan kacang itu asalnya dari jagung. Hihi.
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
January 7th, 2009 at 9:00 pm
hilang kali pertama buat kita berjaga-jaga
hilang kali kedua buat kita rasa ia nya berharga.
jodoh dengan kasut itu tak panjang. mungkin mahu dicari pengganti.
p/s: siapa tahu kasut itu akan ditemui lagi. bertabahlah! mahu kasut getah bercorak bintang? tapi berwarna pink.
puding caramel telah menulis tentang kau pergi jua.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 2:11 am:
Yang buat aku pelik, kenapalah aku dan kasut itu ditemukan buat kali kedua. Kalau bertemu lagi buat kali ketiga, aku akan terduduk kepeningan.
p/s: Err.. terima kasih sajalah ya.
Balas komen ini.
anego berkata,
January 7th, 2009 at 10:07 pm
seingatnya x pernah kehilangan kasut,
tapi terpegi keje dengan kasut sebelah merah sebelah hitam pernahlah, yang paling parah, student anego yg perasankannya! Fuhhh
anego telah menulis tentang sebenarnya. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 2:16 am:
Haha. Mujur anak muridmu yang perasan. Kalau orang ramai yang lalu-lalang? Berbisik-bisiklah mereka di belakangmu nanti. Haha.
Balas komen ini.
Sumaiyyah berkata,
January 8th, 2009 at 12:41 am
mungkin kerana kecantikan kasut itu mempersonakan sang pencopek kot..
mungkin ibrah daripada kecurian ini ialah…..
BELI KASUT BARU..hohohooo..
Balas komen ini.
kechik berkata,
January 8th, 2009 at 4:08 am
kesian ko efun….len kali bli kasut design lain plak…if bli yg samer gak msti org curik lg…
ak ader kasut yg maseh elok lg.. nak x?? warne coklat…ader butterfly kt dpn…size 4…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 3:18 am:
Bukan beli yang samalah. Mesti kau tak baca habis tulisan aku tu.
p/s: Aduh. Siap rama-rama. Tolonglah.
Balas komen ini.
MS Rizal berkata,
January 8th, 2009 at 5:58 am
Aku pernah terlihat sepasang selipar yang dikunci dengan mangga. Sediakan sahaja mangga khas untuk kasutmu Irfan.
Lebih selamat tambat di tiang, baru orang tahu bahawa kamu pernah menjadi mangsa pencuri kasut yang malang
MS Rizal telah menulis tentang Rokok, sudah lama inginku mengulas…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 3:20 am:
Benar? Aku tak pernah lihat keadaan macam tu. Belum sampai masa lagi aku gunakan mangga. Melecehkan!
Balas komen ini.
Rida membalas pada January 16th, 2010 9:07 pm:
Jangan jadi cam Mr Bean sudah, sampai kereta pun kena mangga….sapalah yg tau kasut tu murah, dari design ingatkan dah harga mahal dah….mesti kasut tu jenis simple dan warna yg susah dicari, sebab tu kena tibai….
Balas komen ini.
mrberett berkata,
January 8th, 2009 at 4:08 pm
Rasanya bukan rezeki ko untuk bergaya dengan kasut tu..Mungkin kasut tu xsuke orang low profile kot..guraw je..
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
January 8th, 2009 at 9:18 pm
Kasut yang sama dicuri berkali-kali..
Haha..cerita ini kelakar. Kawanku yang turut membaca sama turut ketawa.. Kasut tu sungguh rupawan mungkin.
Hm, lesson to be learned–> jgn beli kasut yang diminati lagi. beli saja kasut yang tiada rupa.
mahu pelawa kasut-kasut2 ku yang pelbagai jenis (kasut utk ward round, kasut g kelas, kasut operation theatre, kasut public health) pastilah tidak patut bukan.. haha(ketawa lagi)
ainiaziz telah menulis tentang The NeWesT of Me?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 3:25 am:
Heh. Aku yang merana, kamu berdua yang ketawa. Nak buat macam mana. Aku dah beli corak yang paling biasa, tapi masih diminat orang.
Balas komen ini.
iliana berkata,
January 8th, 2009 at 9:46 pm
aku rasa kan..aku rasa kan..humm..aku rasa la kan (tak semestinya betul)..kasut tu yang tak nak dekat kamu..lepas tu, dia dok merayu la dekat siapa-siapa yang lalu dengan cakap ‘ambil la aku~ ambil la aku~’ tu yang orang ambil sebab kesian dekat kasut tu hehe..gurau je..
mungkin saiz kaki tu sama standard dengan saiz kaki orang di Jepun. bila dah sarung, ngam pula tu..terus la berjalan..
p/s : jangan pakai sangat teori ni
iliana telah menulis tentang SUGAR BABES. Mari baca!!
Balas komen ini.
norina hakimi berkata,
January 9th, 2009 at 1:32 am
Salam.
Oh. Tak sangka kejadian kecurian pun berlaku di Jepun. Sama macam di sini, tapi mungkin lebih hebat sebab pisang pun merka curi. Sabar je la..Jaga kasut elok-elok.
norina hakimi telah menulis tentang Hukum berpuasa hari Sabtu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 3:56 am:
Oh di mana-mana juga ada kes begini. Mencuri pun tak kira benda. Sampaikan ‘masa’ pun boleh kita curi, apakan skru yang sekecil jari.
Balas komen ini.
suara berkata,
January 9th, 2009 at 7:44 am
Salam Irfan…
Erm… tetiba kak su teringat kasut paling cantik yg kak su pernah miliki. Hadiah dari suami. Hilang tanpa disedari. Kali terakhir melihatnya, bila bawak kerumah sepupu untuk dipinjamkan bagi majlis bersejarah baginya… Tapi dia tak jadi pinjampun. Aduhai kasut… mana kamu menghilang…. Sedih sungguh…
Saiz kasut kak su kurang dari separuh dari saiz irfan. 3.5 – 4 je. susah betul nak shopping kasut.
suara telah menulis tentang DIA sayang kamu.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:10 am:
Dari suami? Wah, memang betul-betul mahallah nilainya tu. Suruh suami belikan kasut buruklah, nanti tak ada yang minat, tapi kak sue tetap pandang ia cantik.
p/s: Baguslah susah nak shopping. Selamat poket suami.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
January 9th, 2009 at 11:15 am
Assalamualaikum.
Takziah, banyakkan sabar dan infaq.
Ustaz aku cakap, orang yang mencuri barang orang lain, pada hari hisab, akan membawa barang yang dicurinya di padang mahsyar. Jadi kau tengoklah nanti siapa bawa kasut itu. Kalau kata curi sebatang pen, dia akan datang dengan pen curian itu.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:13 am:
Oh, cerita pasal curi ni. Ada satu kisah pengalaman aku kecil-kecil dulu pernah mencuri. Allahuakbar. Dahsyat betul aku masa tu. Ada aku tulis dalam draft, nanti aku siapkan bila berkesempatan.
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
January 9th, 2009 at 11:24 am
Tak sangka kasut juga boleh jadi igauan yang memeningkan. Hehe.. nasib baik tak pernah hilang.. ‘hilang sebentar’ tu biasalah.. saiz kaki normal lah katakan.
Mungkin sepasang kakimu mendambakan sepasang kasut baru yang lebih baik lebih cantik..
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
January 9th, 2009 at 12:52 pm
Kasut yang hilang boleh dicari ganti. Tetapi jangan sekali Sang Pelangi menghilangkan warnanya. (colourless rainbow)
Nooreena telah menulis tentang Benci ‘Mereka’!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:21 am:
SangPelangi hilang warna, bukan pelangi lagilah namanya, bukan?
Balas komen ini.
syahidah berkata,
January 11th, 2009 at 3:23 am
tapi aku pun baru kehilangan barang jumaat yang lepas..dompet dan isi kandungannya..adoi..jenuh dapatkan yang baru..duit tak mungkin aku dapat semula sedangkan i/c dan yang lain-lain perlu buat baru..
Muhasabah diri ya kalau hilang barang ni..Hmm mungkin ada hikmahnya..
syahidah telah menulis tentang Where’s the shield today to protect the Ummah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
January 11th, 2009 at 12:39 pm
bro! serious kasut tu stylo! patut kena curi kehkeh…
Balas komen ini.
sang penjenguk berkata,
January 12th, 2009 at 8:09 am
salam… sy tbace entry ni, teringat kt kasut sy yg juga kene curi
sedih sbb satu, tu kire kasut kesayangan.. slalu jgak gune (btw, kasut yg dmaksudkn adlh kasut sukan adidas)
kedua, kasut tu mahal wooo isk2.. ( rm 300 gak le)
hmm.. redha je la.. skrg dh beli kasut baru.. rm 40 jew..
p/s: adidas antara brand kene boikot ke?? x sure
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:24 am:
Ha siapa suruh beli kasut mahal-mahal. Tapi, tak tahu pula Adidas ini konco Yahudi. Aku masih memakai kasut Nike lamaku (yang kerap bocor, merana bila terpijak lecak. Huhu)
Balas komen ini.
aDi berkata,
January 12th, 2009 at 11:08 am
Irfan, rasanya budak2 jepun suka kasut tu sebab warna seakan bendera jepun agaknya
aDi telah menulis tentang 012 Kini Adalah Celcom. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:31 am:
Entahlah. Kalau budak Jepun suka, patut harga kasut ni pun mestilah mahal. Aku beli pun murah saja.
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
January 13th, 2009 at 10:39 am
Fuh, kalah kasut Ronald McDonald! Patut menjadi kegilaan!
(Ronald pun tengah sakit kepala dah nih, pelanggan Islam dia dah boikot! Boikot jangan tak boikot!)
y4ku24 telah menulis tentang Tagged!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:34 am:
Lainlah bro. Kasut Ronald tu besar macam kaki yang kena pukul. Selekeh betul kasut Ronald.
Memang patut kita boikot.
Balas komen ini.
summer berkata,
January 14th, 2009 at 9:31 am
kasut tu nampak stylo ma…patutlah kene ambil..
lain kali, kasut letak di bawah katil.
hehehe.
summer telah menulis tentang Doa Qunut Nazilah. Mari baca!!
Balas komen ini.
umaralfateh berkata,
January 14th, 2009 at 5:20 pm
hahaha…
entri ni memang lawak, walaupun kamu sedih sebab hilang kasut..
(tak patut sungguh aku ketawa)
rasanya kasutku tidak pernah hilang, tetapi seliparku selalu hilang..hilang kemudian datang balik, dengan selipar kahwin..
bukan sekali, sampai puas sudah aku untuk membeli selipar baru..
cubaan..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 3:36 am:
Selipar kahwin tu macam mana, bro? Cuba terangkan. Kalau datang selipar kahwin, tak perlulah beli baru, kan?
Balas komen ini.
muFFin berkata,
January 15th, 2009 at 1:03 am
sungguh sayu sekali apabila kasut kesayangan hilang di mata sekali lagi..
walau seburuk mana pun, tetap menjadi peneman setia si pemakai..
Balas komen ini.
artakus berkata,
January 15th, 2009 at 4:18 am
“kasut baru cantik dipandang, tapi kasut lama selesa dipakai…”
…chinese proverbs….ceewaaaah!
apa lagi…let the hunt begins…(for the stolen shoes!)…..atau aku dah ketinggalan? T_T
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 16th, 2009 4:38 am:
Wah, bukan main lagi. Mana kau dapat ayat tu? Bolehlah buat modal aku nanti. Haha. Terima kasih, ya.
Balas komen ini.
anonymous berkata,
January 21st, 2009 at 8:17 am
hurm kemungkinan kasut yang saudara pakai terlalu murah sehinggakan ramai orang berfikiran “nak curi pun takpe ,pasti pemiliknya membeli yang baru” .nasihat saya belilah kasut yang mahal selepas ini.
Balas komen ini.
Taktik Baru Si Pencuri di Jepun. : : SangPelangi berkata,
February 2nd, 2009 at 9:38 pm
[...] kasutku yang dicuri beberapa minggu lalu, berjaya ditemukan. Begitu beraninya si pencuri (orang yang berbeza) memakainya di hadapan mataku. [...]
norbaya berkata,
March 28th, 2009 at 11:22 pm
Balas komen ini.
Surat dari Pembaca #3 : : SangPelangi berkata,
June 19th, 2009 at 5:09 am
[...] Cuma malangnya, kasutku yang mengikut trend telah dicuri oleh orang yang sama beberapa kali (sumber). Serik dah. [...]