Kamu penulis blog? Mari bertemu.

Pada March 10th, 2009, ia ditulis oleh Al-Irfan

Ya. Entri ini sejenis iklan. Tadi melalui YM, aku dikejutkan oleh Bro Bat, tulang belakang kepada Rumpun 2007 yang lalu, kali ini bercadang untuk menghimpunkan semua penulis blog untuk berkongsi idea dan buah fikiran.

Untuk perancangan terbaik, cadangan dari kalian amat diperlukan. Mari klik pada pautan di bawah untuk membaca lanjut:

*Rumpun 2009

p/s: Memandangkan ia diadakan pada *18 April dan diadakan di sekitar ibu kota, jadi aku berkemungkinan besar akan menyertainya. Kepada sahabat SangPelangi, kalau ingin saling bertemu, di sinilah medannya. 

*nama dan tarikh rasmi belum ditentukan

Nota: Antara perjumpaan lain yang kuimpi untuk sertai pada tahun ini:

  1. Bengkel Penulisan Bebas, anjuran STAD dan PBMKM, April 11 di MMU Melaka. (Kehadiran belum disahkan, tapi aku dah chop tempat duduk. ;p)
  2. *Rumpun 2009, 18 April ini.
  3. Bengkel Puisi/Cerpen anjuran DBP, Ogos ini. (lesen GKLN. Hehe.)
  4. Bengkel Cashflow 101, anjuran BJ (tak tanya Pakdi lagi macam mana).
  5. Perkumpulan bekas penghuni Musytari 2002/2003.
  6. Seminar Menulis anjuran Akademi Penulis, Fauzul Naim. Jun ini (belum tempah. Harap kalian jangan berebut, sampai aku tak boleh nak masuk. Haha.)

Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.