Jangan sekali minta dibelanja!
Pada July 29th, 2009,
ia ditulis oleh
Al-Irfan
“Jom! Rengit!”
Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat, berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.
“Tapi Ifan belum gosok gigi.”
“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”
Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.
“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”
Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,
“Sebab, kau dah besar sekarang.”
Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia.
Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.
Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.
Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.
Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh Si penjaga mesin kira,
“Semuanya sudah dibayar, Kang.”
“Siapa?”
“Hamba Tuhan!”
Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki.
Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.
Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Untuk esok.”
Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.
“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita ada Allah!”
p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?
“Jom! Rengit!”
Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat, berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.
“Tapi Ifan belum gosok gigi.”
“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”
Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.
“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”
Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,
“Sebab, kau dah besar sekarang.”
Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia. Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.
Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.
Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.
Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh si penjaga mesin kira,
“Semuanya sudah dibayar, Kang.”
“Siapa?”
“Hamba Tuhan!”
Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki. Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.
Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Senang esok, tak perlu ke bank.”
Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.
“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita masih bertuhan!”
p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?
Sila bookmark jika berminat:








Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya.
Klik tajuk di bawah.
Suri berkata,
July 29th, 2009 at 4:06 am
Salam,
senang sekali membaca hasil tulisan sang pelangi. mohon kebenaran untuk saya pautkan link tuan di blog saya ya.
Balas komen ini.
Ikhwan berkata,
July 29th, 2009 at 4:27 am
Assalamualaikum…
Betul3.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Walau sedikit hartapun, rajin2lah menderma.
Peace.
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
July 29th, 2009 at 8:09 am
`Kau tak berduit, cari! Kita masih bertuhan!`
Fuh, mendalam sungguh kata-kata itu…
Balas komen ini.
rudy berkata,
July 30th, 2009 at 1:20 am
fuh! akan jd ingatan diri juga.
Balas komen ini.
Iza berkata,
July 31st, 2009 at 7:50 am
setuju. sangat mendalam.
mereka yang lebih berusia, kadang2 bila berbahasa, tak terjangkau dek akal kita yang lebih muda ni.
terima kasih kerana berkongsi
Balas komen ini.
Untuk menjadi jurutera, tidak semestinya melalui universiti. : : SangPelangi berkata,
November 25th, 2009 at 7:18 pm
[...] pemikiran sebegini tidak semesti harus diikuti kerana kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Seperti kata arwah Tok Aki kepadaku, “Kita masih, dan selamanya [...]