Pengemis Budi.
Pengemis Budi I
Alahai nasib,
tika ku terhegehkan bantuan,
terasa diri bak pengemis jalanan.
Manakan tidak,
air yang ku salur, petir yang kau alur,
.
Datang padaku merayu-rayu,
minta padaku tersipu-sipu,
aku tak luntur, walau noda terpalit kotor,
walau tujuh lautan kopi pujian yang kau cangkir,
tetap tebu jua kutanam di bibir,
kerana pesan ibu yang kufikir,
Jangan sekali hati orang kau jolok,
walau sendiri luka dicucuk teruk.
Al-Irfan,
11.26pm,20 Disember 2006,
Numazu, Shizuoka
——————————————————
Pengemis Budi II
.
Ibu,
aku kini terseksa,
batin dihimpit ejekan menghina,
ingatan mu tetap terpahat jua,
kerana ku tahu cahaya itu akan menjelma,
membawa hatiku ini ke jalan bahagia,
selamanya..
.
Tapi ibu..
sampai bila..
sampai bila harus kutahan,
sampai bila kukuhnya perisai ini,
ditujah beratus panahan keji,
ditembak meriam kutukan badi,
tembok ini kan rapuh jua,
menunggu masa menyembah bumi dengan mulia.
Al-Irfan,
11.26pm,20 Disember 2006,
Numazu, Shizuoka
————————————————-
Pengemis Budi III
Anakku,
menangis kerana terasa diri diperbodoh,
biarkan lah..
resam mereka tak kenal diri itu di bawah payung,
jangan kau pasrah disimbah gelombang laut tanpa pendayung.
sekalung doa dariku untukmu, moga mampu menambah tebal,
duduk saja di balik dinding yang kian kebal.
kau sentiasa berteman,
dirimu itu saban hari diperhatikan.
.
bersabarlah anakku…
.
Al-Irfan,
11.26pm,20 Disember 2006,
Numazu, Shizuoka
————————————————————
ARKHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
SABAR JE LAAAAAAAAA…..

























izzati berkata,
January 7th, 2007 at 10:44 am
Sabar la irfan..cam tgh sedih jek..tak pe..chill.
[Balas komen ini.]
khausyah berkata,
February 18th, 2007 at 12:33 am
heheh.. sabor jer lah.. hai abg irfan.. tak balik malaysia ker bulan ni?? .. ni saya cuti 4 hari.. oklah cherio.. wassalm
[Balas komen ini.]
AiniAziz berkata,
October 8th, 2008 at 5:28 am
VERSUS PENGEMIS BUDI
Jika tebu kau tanam di tepi bibirmu
Harus sedia digigit semut
Itukan resmi gula yang manis
Lantas pada kata manismu,
Usahlah ditagih sayang dan ehsan,
Bahkan berilah kasih dan keihklasan.
Lalu pada cemuh dan jelingan,
Usahlah kau balas dengan api kemarahan,
Cukuplah doa pada Tuhan,
Agar bertahan pada Husnul Zhon
AiniAziz telah menulis tentang Jalan ini... Mari baca!!
[Balas komen ini.]