Feb
9
Jangan berpura-pura sibuk, ya.
Pada February 9th, 2009,
ia ditulis oleh
Al-Irfan

Hihi. Baiklah. Mari rehatkan minda, sisirkan yang kusut, tampalkan yang lurut. Gambar di atas, diambil oleh sahabat rapatku Faiz, (teman semaktab sejiwa? euw..) dalam salah sebuah pejabat kementerian di Bangi. Semestinya satu nasihat yang sangat berguna dan terbaik untuk semua yang bergelar pekerja. Dua *jempol kunaikkan ke atas!
Sekian entri pendek untuk hari ini. ![]()
*jempol = dalam bahasa Jowo, disebut jari ibu.
Inda berkata,
February 9th, 2009 at 7:45 am
Kenapa ya sampai ada papan notis sebegitu rupa?
Inda telah menulis tentang A Night to Remember. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 7:52 am:
Eh, bukankah jawapannya juga ada dalam gambar itu? Hehe.
Balas komen ini.
Inda membalas pada February 9th, 2009 8:01 am:
Eh, ada jawapannya?
Terfikir keluarnya notis tu, sebab orang ke hulu ke hilir dengan kertas sampai terlanggar tiang ke dinding ke. Tak nampak orang kiri kanan ke
Hmm, Tak dapat nak fikirkan pula kaitannya dengan muka pura-pura busy tu.
Konfius…
Inda telah menulis tentang A Night to Remember. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 8:05 am:
Oh. Sebenarnya memang ada spesis pekerja yang pura-pura sibuk. Kawan saya si Faiz itu ada tulis di artikel terbarunya di sini. Mungkin dapat membantu.
Balas komen ini.
Inda membalas pada February 9th, 2009 8:11 am:
Naruhodo…
Banyak maksud pulak gambar di atas tu.
Inda telah menulis tentang A Night to Remember. Mari baca!!
Balas komen ini.
azhar berkata,
February 9th, 2009 at 8:42 am
kat pejabat uia tu aku ada nampak juga signboard tulis gitu…huhuuu
azhar telah menulis tentang NUKILAN HATI..aduyai politik... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 8:47 am:
Oh benarkah? Mengejutkan. Memang benarkah wujud pekerja jenis macam ni?
Balas komen ini.
yEm.... berkata,
February 9th, 2009 at 9:15 am
hahaha…
tak rugi aku berkunjung sebentar disini untuk hilangkan lelah membuat assignment..terhibur sekejap…
ade juga yer notis sebegitu rupa…aku kira, notis2 sebegini sangat sesuai diletakkan di pejabat2 kerajaan…
siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya..hehehe
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 9:54 am:
Itulah. Memang sebetulnya, gambar inilah yang diambil di pejabat kerajaan. Mengejutkan, ya? (err.. atau kita patut rasa terkejut? Hehehehe.)
Balas komen ini.
fareezkario berkata,
February 9th, 2009 at 10:39 am
haha..sungguh kelakar..belum pernah aku melihat notis sebegini..
mau juga aku turun ke pejabat di bangi tersebut untuk aku melihat dengan lensa mata aku sendiri..hehe
fareezkario telah menulis tentang thaipusam yang horror. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 10:53 am:
Amboi kau Fareezkario. Terus ingin ke sana. Haha. Kalau betul mahu, nanti aku bagitahu lokasi pejabat ini, dan kementerian mana yang terlibat. Bahaya kalau tulis di sini.
Balas komen ini.
fareezkario berkata,
February 9th, 2009 at 11:10 am
boleh2..aku berminat ni..kementerian memang subjek aku dari dulu walaupun aku sendiri di bawah kementerian..memang aku akui kerajaan kita lemah..berpuncanya dari sini..(malas mau membincangkan isu berbaurkan politik..hehe)
p/s: kalau boleh aku request kau masukkan entry mengenai tempat ko menimba ilmu tu..boleh ke?ingin tahu keadaan di sana..hehe(impian dari kecil mahu ke jepun)
fareezkario telah menulis tentang thaipusam yang horror. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 9:54 pm:
Kisah mengenai tempat aku menimba ilmu, tiada apa yang istimewanya. Kalau berkesempatan masa, bolehlah membelek tulisan lama SangPelangi di ruangan “Arkib Saya” di atas.
Balas komen ini.
iliana berkata,
February 9th, 2009 at 11:21 am
gelak guling guling den tengok notis tu..ya ampun pak..kok gitu sekali bicaranya..tapi, mungkin sebab ramai sangat yang tak reti bahasa kot. kena terus dan terang baru faham..dushhh~ terkena..
p/s: jom berkomunikasi terus dengan penulis buku Cogito Allah Sum tersebut di sini – http://ayenkikhlas.blogspot.com/ (saja kongsi-kongsi..kan baru lepas gong xi fa cai huhuhu)
iliana telah menulis tentang KATA AYAH…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 9:35 pm:
Uit. Jangan guling-guling di sini ya. Tempat lain tak apa.
Aku masa mula-mula dapat gambar tu pun memang agak terpukul juga. Hehe.
p/s: Kongsi-kongsi, gong xi fa cai. Apa kaitannya ya? (saja buat-buat tak faham
)
Balas komen ini.
iliana membalas pada February 9th, 2009 10:07 pm:
kaitannya adalah…mane angpau dari Nipong
iliana telah menulis tentang KATA AYAH…. Mari baca!!
Balas komen ini.
AbuAnas berkata,
February 9th, 2009 at 5:57 pm
Kalau ada species pekerja mcm ni mmg utk membodek ler…kalau tak pon tak nak tanggung tugas2 lain kalau boss nampak he/she is bit free that time. Common taktik dikalangan pekerja2 gomen heheh
Another perspektif, ada juga positifnya kalau kita sebagai boss semaikan suasana a little `sibuk` agak timbul suasana kompetitif dlm kerja. Masing2 trying to compete to do good..insyaallah wallahu a`lam
p/s: Irfan…any good news for sharing? min Nagoya
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 9:30 pm:
Hehe. Suka dengan buah fikiran AbuAnas. Selalu berfikir dari bermacam sudut.
p/s: Berita dari saya sudah pun dihantar ke emel abg Min tadi. Kita berbincang di emel ya.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
February 9th, 2009 at 9:06 pm
Haha..macam-macam sekarang ya
Cikgu kat sekolah aku (di klang) dulu pun bengang juga pada budak-budak yang selalu buat macam tu… cuma temanya sedikit berbeza
‘Jangan berpura-pura rajin,ya’
SangMentari telah menulis tentang KEMANUSIAAN. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 9th, 2009 9:45 pm:
Oh bermakna, memang ada jenis manusia begini di mana-mana ya? Aku pun tak pernah jumpa suasana/situasi yang berpura-pura rajin.
p/s: Tapi yang pasti, SangMentari bukan jenis itu,kan. Kalau tidak, masakan kisah kejayaanmu boleh terpampang di dada-dada akhbar. Aku tumpang bangga masa tu. Siap tunjuk pada adik-adik aku. Hehe.
Balas komen ini.
SangMentari membalas pada February 9th, 2009 11:05 pm:
Memang ada manusia yang spesis ini, fan. Mahu dipandang mulia. Aku pun tak faham
biarlah berpijak atas kaki sendiri, tidak di atas bayang-bayang
SangMentari telah menulis tentang KEMANUSIAAN. Mari baca!!
Balas komen ini.
yus berkata,
February 9th, 2009 at 11:15 pm
kah…kah….kah…..! tu menunjukkan kerja di jabatan kerajaan tak banyak atau memang sesiapa yang kerje di jabatan kerajaan tu ‘malas’ tapi masih tak sedarkan diri.
yus telah menulis tentang 61. Tempat Sunyi Dan Sepi!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
syahidah berkata,
February 10th, 2009 at 5:10 am
Salam.Sudah lama tidak meninggalkan komentar.
Tegas betul pejabat tu ,tapi baguslah cara terguran tu tidak memalukan sesiapa depan orang lain ,cuma siapa yang makan cili orang tulah terasa pedasnya .Oh mungkin patut sebarkan ni pada yang lain.
hehe..tapi dah rojak bahasa tu..’busy’ = ‘sibuk’..lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Balas komen ini.
perokoksoleh berkata,
February 10th, 2009 at 8:20 pm
hahaha……kreatif dan inovatif la pejabat tuehhh
yang xtahan ayat dier….
jangan poyo kehulu kehilir….hahaha
dan yg lagi best
jangan poyo2 bz ekk,hahaha…….
ps:ipan,nie pejabat mana nie??xsilap aku pejabat kerjaan xder teguran macam nie…
perokoksoleh telah menulis tentang Indahnya Islam…. Mari baca!!
Balas komen ini.
mar berkata,
February 11th, 2009 at 3:00 am
salam..
entri ini sesuai untuk budak2 batch aku yang tengah praktikal …
Balas komen ini.
Baby Tiger berkata,
June 2nd, 2009 at 5:09 am
hurmm… macam tiru entry saharil.
http://saharil.com/default.asp?e=0312_huluhilir
Baby Tiger telah menulis tentang tak memblog untuk seketika. Mari baca!!
Balas komen ini.