Jalan Jauh ke Ramallah..
Selepas antologi puisi ‘Al Andalus Menangis’ pada tahun 2006, ahli-ahli GKLN meneruskan lagi kesungguhan mereka dalam berkarya dengan kemunculan antologi cerpen JALAN JAUH KE RAMALLAH yang dijangka terbit pada Julai/Ogos 2007.
Antologi ini menampilkan sekitar 20 buah cerpen yang menyentuh pelbagai isu semasa dan sejarah samada yang berlaku di tanah air, atau antarabangsa. Kesemua cerpen-cerpen yang terkandung cuba memaparkan nilai-nilai islami termasuklah dari aspek perjuangan, sejarah tamadun silam, politik, sosial, kekeluargaan, isu perbezaan mazhab, kemasyarakatan dan lain-lain. Antara cerpen-cerpen yang dijangka terkandung termasuklah Jalan Jauh Ke Ramallah, Izrail Sibuk di Gaza, Cinta Menyala di Constantinople, Sedingin Rabat, Amaan Yuda, Petisyen, Raja Segala Ketam, Hati Yang Memilih, dan banyak lagi!
—————————————————–
Sekian saja ringkasan yang dipetik dari blog Grup Karyawan Luar Negara.
Cuma kali ini, aku berminat untuk melakar hiasan kulit hadapan satu atau dua daripada buku-buku di atas. Memandangkan aku juga adalah salah seorang ahli GKLN, ulasan, cadangan dan komen dari ahli-ahli juga amat dialu-alukan.
















Far_east berkata,
July 8th, 2007 at 8:48 am
Aku tgk design nie, aku teringat sesuatu..efek lense flare kat design tu..ingat dulu, ko mmg ske pakai efek tu utk buat tag2.haha..tp aku suke pakai efek embose ng glow..hoho..
Balas komen ini.
kumb@ng berkata,
July 8th, 2007 at 2:54 pm
boleh tahan cun design spt diatas…apa aku nak ucap ek??..tahniah..tahniah…
Balas komen ini.
Syiezha berkata,
July 10th, 2007 at 6:59 am
Salam,
Setuju juga dengan pendapat fahd di emel group. Sebab Ramallah di Palestin itu tak sejajar dengan gambaran pada kulit tu. Mungkin berbentuk oxymoron, tapi mungkin agak berat untuk difikirkan/dinilai oleh pembaca.Tapi, hasil lakaran mmg sangat baik. teruskan usaha!
wassalam.
Balas komen ini.
Azree MH berkata,
July 13th, 2007 at 2:20 pm
Wah, Si Irfan ni yang design rupanya. Patut la lagi lawa daripada yang dulu punya. Eh, jangan bitau kat dia aku komen design lama. Hehe.
Tapi yang part ada pancaran cahaya matahari(flare ke apa ntah namanya) tu aku kurang minat sedikit. Kalau buang lagi best.
Syiezha,
Rasanya design ni dibuat berdasarkan tajuk lama yang ada kaitan dengan gambar tersebut. Tetiba tukar tajuk Ramallah plak.
Balas komen ini.
alirfan berkata,
July 14th, 2007 at 1:51 am
Dun wori guys..
Design ni dah ditukarkan untuk Antologi Puisi GKLN…
Dalam proses penyusunan oleh Fahd Razy.
Nanti saya uploadkan..
Balas komen ini.
FahdRazy berkata,
August 9th, 2007 at 3:31 pm
Takkan puji cover je…taknak cuba baca isinya ke? eheh. Jangan lupa dapatkannya!
Balas komen ini.