Jalan Hidupmu Begitu Berharga
Masih kuingat lagi tika pertandingan berucap (bahasa Jepun) di Numazu beberapa tahun yang lepas. Sahabatku dari Laos, walaupun merangkul naib johan, wajahnya masih bermuram durja. Bila kutanya kenapa, jawapannya cukup padat,
“Aku belum puas. Teks ucapan itu, teman lelaki aku yang tuliskan.”
Wayang ini dimain semula, usai aku membaca emel kiriman seorang sahabat, yang meminta izin untuk menceduk sebahagian (atau penuh) kisah hidupku untuk ditulis semula sebagai penyertaan dalam sebuah pertandingan. Setujukah kau andai menang sekalipun karya itu, tiada kepuasan lagi yang tersisa kerana kisahnya bukan sebahagian dari hidupmu?
Mulanya semua ini ditulis untuk membalas emelnya. Namun aku merasakan banyak input yang patut dikongsi bersama semua (sudah pun meminta izin untuk dipaparkan umum). Harap tiada pihak yang berkecil hati atas jawapan yang berbentuk entri ini.
Lenggok bicara mungkin boleh ditiru, walau beratus karya penulis mapan yang belum lagi dibongkar. Cuma aku mungkin merasa berdosa, kerana tidak menggalakkan sahabatku sendiri lahir dengan jalan cerita, dan buah fikirannya yang segar, kreatif tersendiri. Lebih-lebih lagi jika untuk dipertandingkan. Jika sebagai sebuah latihan, mungkin bisa dimaafkan malah digalakkan.
Untunglah kau. Pengalaman aku tak menarik macam kau.
Kata-kata ini nyata sekali berbau keluhan, adalah butir bicara seorang sahabatku sewaktu lama dulu.
Kalau kau merasakan tidak ada yang menarik untuk diceritakan (atau merasa tidak sebanding tulisan sesiapa), bermakna kau menganggap hidup ini cuma sia-sia, tidak secantik milik orang, hingga akhirnya nanti tertunas rasa kufur atas kurniaan Tuhan. Sedangkan tiap peristiwa itu sudah digelar sejarah, yang teranyam sedari tubuh dihembus roh hingga ditarik keluar semula.
Aku mendoakan, agar kau (pengirim emel dan sahabatku semua) tidak berputus asa untuk melakarkan segala yang bergelintaran di sepanjang laluan hidupmu; semestinya lebih indah.
Hargailah setiap detik yang berlalu, kerana silaunya kenangan manis itulah untuk kita pantulkan, kelamnya kisah hitam itulah untuk diinsafkan. Bukalah matamu, lihat akan menariknya hidup ini dengan lahirnya insan-insan istimewa di sekeliling kita.
Kawan, ingatlah pesanku ini,
Kau, dan jalan hidupmu, begitu berharga.
















JIMI berkata,
January 28th, 2009 at 8:17 am
Terima kasih kerana mengingatkan saya kembali tentang kemanisan dan kepahitan.
Balas komen ini.
damai berkata,
January 28th, 2009 at 9:25 am
salam buat kamu,irfan…
ya,sesungguhnya semakin kenal diri ini,semakin tinggi rasa syukur pada-Nya….
damai telah menulis tentang cukuplah sekali….. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina berkata,
January 28th, 2009 at 9:44 am
`kerana diriku begitu berharga`
=P
amalina telah menulis tentang Make It Mine. Mari baca!!
Balas komen ini.
perMysuri membalas pada January 29th, 2009 7:42 pm:
wahh duta L’oreal lah bro irfan skg.. heh!
because i’m worth it..
Balas komen ini.
mrberett berkata,
January 28th, 2009 at 9:48 am
setiap orang mempunyai pengalaman sendiri yang pasti tiada siapa yang mampu untuk membelinya dengan wang ringgit
mrberett telah menulis tentang Coretan cuti. Mari baca!!
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
January 28th, 2009 at 11:31 am
Ilham. Barangkali ada yang hadapi kesukaran nak kembangkan ilham. Boleh jadi juga, mereka tak nampak ilham depan mata. Tak tahu pun yang di sekeliling tu adalah ilham untuk bercerita.
Saya pun ada pengalaman macam tu. Selalu rasa macam tak ada apa yang menarik nak dikongsi. Terlalu rendah diri [agaknya lah kot...
]. Mujur ada yang mengetuk agar katak keluar dari tempurung. Bohonglah kalau tak ada pengalaman menarik pernah berlaku dalam hidup seseorang. Menarik boleh jadi apa saja. Tak semestinya yang indah semata-mata. Cuma kadang-kala cara pengalaman itu diolah boleh menampakkan ianya menarik. Penggunaan unsur hiperbola barangkali boleh membantu.
Sesungguhnya Tuhan Maha Adil. Mana mungkin Dia lebihkan siapa-siapa tanpa sebab musabab.
wan nurul adila tidak menulis apa-apa di blognya kerana sibuk dengan final exam.
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
January 28th, 2009 at 11:39 am
“kau dan jalan hidupmu begitu berharga”
terima kasih.
puding caramel telah menulis tentang mukhayyam. Mari baca!!
Balas komen ini.
FahdRazy berkata,
January 28th, 2009 at 5:24 pm
Hmm. Saya rasa tak menjadi masalah mengambil pengalaman orang lain, dengan syarat diolah, ditafsir, dan diberi nilai dan pandangan tersendiri oleh penulisnya. Ambil inti peristiwa itu saja, dan selebihnya gunalah pertimbangan dan pemikiran sendiri, kerana itu bezanya antara penyalin dengan pentafsir/pemerhati. Ruang kreatif + kritis perlu ada. Sahabat dari Laos itu memang difahami lah kenapa sedih, kerana ditulis oleh orang lain terus tanpa ada ruang untuk ’suara sendiri’.
FahdRazy telah menulis tentang Apa itu kritikan fitrah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
January 28th, 2009 at 7:08 pm
‘Jalan hidupmu begitu berharga’
Aku suka frasa ini. Mengingatkan aku bahawa sesuatu yag berlaku pasti bersebab.
cikgu_eya telah menulis tentang Hempedu Semanis Madu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Indrasakty berkata,
January 28th, 2009 at 7:58 pm
Kata pepatah, belajarlah daripada pengalaman orang lain juga kerana kau mungkin tidak mampu hidup cukup lama untuk merasai semuanya sendiri.
Juga, jangan pula sesali kehidupan kerana indah itu sendiri sifatnya abstrak. Mungkin kau rasa hidup orang lain indah, padahal orang lain pula rasakan hidupmu itu indah.
Indrasakty telah menulis tentang Caraku Sendiri. Mari baca!!
Balas komen ini.
nur berkata,
January 28th, 2009 at 9:39 pm
Syukran,
Entri mu ini menyebabkan saya begitu bersemangat sekali mahu menceritakan jalan hidup saya disini, mana tahu, ada yang begitu bermotivasi disebabkan saya, menjadi lebih baik dan ceria disebabkan tulisan saya. Jika menulis demi Allah, pahalanya berganda2 bukan? Jika tulis dari hati, hati jua lah yang akan terusik bukan? Mahu jihad dengan pena ini, mahu menyentuh hati-hati ini, perlunya dengan hati jua barangkali!
nur telah menulis tentang WORKSHOP, BUS, SUPERVISOR AND TAG. Mari baca!!
Balas komen ini.
wardah_syifa berkata,
January 28th, 2009 at 11:22 pm
ermm..begitulah kebiasaan manusia, selalu melihat apa yg dimiliki orang lain indah dan manis belaka..tatkala asyik melihat keistimewaan yg dimiliki org lain kdg2 teralpa nikmat & tuah diri sendiri.
it’s very common for people to feel dis way..maybe dat’s wat we call nature..
tp apa2 pun setiap seorang pasti ada kelebihan yg Allah titipkan yg kadangkala x disedari & perlu dicari..
opps, bnyk plak berceloteh.. ape2 pn Jom koreksi diri!!
Balas komen ini.
suara berkata,
January 28th, 2009 at 11:41 pm
Salam Irfan…
Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa…
Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.
Terlalu banyak kenangan. Ada yg perlu dikongsi, ada yg perlu dibuang, ada yang hanya perlu disimpan. Kebodohan diri, cukuplah diri sendiri yg mentertawakan. Itulah pelajaran yg mendewasakan. Kejahilan hati, lambang kelemahan yang mahu disingkirkan. Itulah keazaman yang mencetus perubahan. Kemanisan yg dirasai, mengundang kesyukuran. Itulah tanda pemurahnya Tuhan Ar-Rahman.
Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?
suara telah menulis tentang Alhamdulillah…. Mari baca!!
Balas komen ini.
iMa berkata,
January 29th, 2009 at 1:40 am
Terima Kasih
Pesanan penulis mengingatkan aku
untuk menghargai perjalanan hidup kita yang
telah diatur olehNya.
Balas komen ini.
anego berkata,
January 29th, 2009 at 1:41 am
anego pernah marahkan student yang katanya kerja yang dia lakukan ketika itu (sambil menunggu keputusan menyambung pelajaran) sebagai sia2. marah sungguh2 waktu itu! kerana setiap saat yang berdetik, setiap langkah yang digerakkan akan mencipta sejarah yang berbeza pada kita. baik dan buruknya akan kita jadikan rujukan saat menoleh ke belakang waktu maju ke hadapan.
p/s: amboi emosi la pulak, gomen ne >_<
anego telah menulis tentang lama. Mari baca!!
Balas komen ini.
yatie chomeyl berkata,
January 29th, 2009 at 5:15 am
baru tadi seorang teman mengatakan pada saya, “kenapa suami saya jauh beza ibarat langit & bumi dgn suami kamu?”
….saya kehabisan kata untuk memujuk..lalu saya bagi link entry irfan ni buat beliau..tak pasti samada sudah di baca atau tidak..tapi harapnya ia mampu mengubah perspektif beliau
yatie chomeyl telah menulis tentang Demam salji @Demam cinta? (^-*). Mari baca!!
Balas komen ini.
nurul nasir berkata,
January 29th, 2009 at 1:30 pm
assalammualaikum
hurm,
kadang saya letih,letih sangat but then ummi pesan ” kesusahan yg dialami sekarang,akan menjadi kenangan manis bila kerja nanti”
bersyukur,kunci kebahagiaan hati,bahagiakan hati,bahagiakan diri~~~
Balas komen ini.
nurul nasir berkata,
January 29th, 2009 at 1:31 pm
bro,cam mana nak delet comment yg tlah dihantar???
Balas komen ini.
azhar berkata,
January 29th, 2009 at 7:14 pm
bersyukur apa yang ader…
azhar telah menulis tentang HIDUP MESTI CERIA!!- EDISI KHAS DI POS BROOKE. Mari baca!!
Balas komen ini.
cacimp0k0D0t berkata,
January 29th, 2009 at 7:45 pm
artikel ini mengingatkan saya pada topik ‘the unsung heroes’ yang hangat satu masa dulu. entah di mana kaitannya, tapi itulah, kita yang membuat pilihan dalam hidup, memilih untuk menghargai kehidupan kita ataupun tidak. Ya, saya setuju, jalan hidupmu begitu berharga ! (-apa ‘hero’ dalam bahasa melayunya?)
cacimp0k0D0t telah menulis tentang Tentang Kencing Manis / Diabetes. Mari baca!!
Balas komen ini.
Ibnu Alwi berkata,
January 29th, 2009 at 8:13 pm
bagi aku, jika berada di luar negara tetapi tak mahu menghargai peluang keemasan yang diberi dengan mencari pengalaman, malah hanya duduk di depan meja komputer saja melayari internet jauh lebih sedih berbanding mereka yang tidak berkesempatan ke luar negara tetapi bergiat memperluaskan pengalaman melalui aktiviti kokurikulum, sukerela, keluarga angkat dan lain-lain.
it is not where you are, but what you do with your time!
Ibnu Alwi telah menulis tentang This Month’s Feature: The Hidden Messages in Water. Mari baca!!
Balas komen ini.
Huzaimi berkata,
January 30th, 2009 at 5:45 am
Tidak dinafikan, kadang-kadang aku pun ada terfikir bahawa alangkah hambarnya hidupku. Lebih-lebih lagi bila mendengar kisah orang-orang di sekeliling yang begitu kaya dengan cabaran dan ‘excitement’.
Apapun, aku yakin apa yang telah berlaku merupakan sesuatu yang telah ditetapkan Ilahi. Tinggal lagi, bagaimana untuk kita mengambil iktibar darinya dan dimanfaatkan untuk saki baki kehidupan yang bakal mendatang.
You can’t change your past, but you can change your future.
Huzaimi telah menulis tentang Terungkai sebuah misteri. Mari baca!!
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
January 30th, 2009 at 10:42 pm
Entri ini mengajarku erti syukur pada setiap yang dikurnia… alhamdulillah
SangMentari telah menulis tentang MILIK SIAPAKAH TEMPAT INI. Mari baca!!
Balas komen ini.
sha amal berkata,
January 31st, 2009 at 3:22 am
深いですね。
Balas komen ini.
TheDreamer berkata,
January 31st, 2009 at 7:48 am
Salam bro
Ape khabar? Harap-harapnya dalam keadaan baik selalu r kn.
Walaupun haritu baru berjumpa tapi rase macam tak puas je.
Sungguh mendalam maksud aritkel ni.Betul katamu, “Kau dan hidupmu, begitu berharga ” , tapi akan menjadi lebih berharga bila pengalaman yang ditempuhi dikongsi oleh insan yang bernama sahabat.
Aku juga pernah masuk pertandingan di Jepun dlm Speech contest dan ceritakan pengalamn sendiri. Wlaupun xmng the first prize tapi terasa puas sebab dapat menceritakan perasaan dan pengalaman sendiri kat depan org ramai. Itulah kepuasaan sebenar kn? Winning or losing is just a bonus isnt it?
Terasa belum puas kita menempuh perjalanan ini sama2. Terasa masa berlalu sgt pantas. Masih segar diingatan ketika kite berkongsi satu bilik, ketika naik skuter kuning ko tu same2, ketika makan nasi lemak pedas same2.
Betul ape yang SangPelangi cuba sampaikan. Kadang2 kita terasa pengalaman orang lain lebih menarik berbanding kita, tetapi hakikatnya, pengalaman diri sendiri juga tak kurang menariknya. Aku dibesarkan di luar negara dan ramai yang inginkan pengalaman macam aku, tapi pada hakikatnya aku juga cembura akan mereka. Dapat bermain dengan kawan2, dapat bermain permainan trdisional n macam2 lagi. The truth is we are all unique in many ways.
SangPelangi, take care ye n gudluck ye in whatever you do. I miss those sad and fun times with you.
Balas komen ini.
iliana berkata,
February 2nd, 2009 at 9:56 am
aduhai, kalaulah semua orang sedar akan mahalnya nilai sebuah kehidupan yang harus diwarnai dengan seribu pengalaman, alangkah bahagianya.
malang sekali, ramai yang tidak begitu. membiarkan kehidupan melara entah kemana, tanpa sebarang erti. aduh, rugi sekali..
iliana telah menulis tentang KISAH NELAYAN JEPUN. Mari baca!!
Balas komen ini.
Faizah berkata,
February 5th, 2009 at 12:39 pm
Salam..i’ve never been reached here..but somehow, huhu..boleh terlepas sampai ke sini..he
Thx for the entry..
Membuat diriku sedar..
tapi..diriku lemah, bukan tak mahu mencuba..tapi kekurangan..camne nak overcome?
Balas komen ini.