Istilah Sahabat Karib Bermaksud..
Di zaman kanak-kanak dulu, ada seseorang yang aku sangat teringin untuk bersahabat baik dengannya. Mula-mula, aku tertanya-tanya kenapa kemahuan untuk berkawan dengannya tanpa dipaksa-paksa? Mungkin kerana aku terpedaya dengan daya tarikannya yang sering dikelilingi sahabat yang ramai. Setelah kutekuni tingkahnya hampir beberapa purnama (wah, kecil-kecil lagi sudah pandai ‘membaca’ manusia), kesimpulan yang aku dapat cuma satu. Pandai gembirakan orang sekeliling adalah kunci mendapat sahabat yang ramai.
Sayang sekali, tidak ramai daripada mereka yang boleh digelar sahabat karib.
Disebabkan itu, aku di Jepun dahulu tidak pandai berkawan yang ramai. Entah radar apa yang terpasang pada tubuhku; aku dengan mudah dapat mengesan sahabat ‘plastik’ pada bangsa mereka. Mungkin dari gaya senyumannya, atau dari cara melayan kita. Entahlah. Memang terlalu mudah mengesan persahabatan palsu, iaitu yang berkenalan dengan kita kerana inginkan sesuatu. Pemikiran sebegini membuatkan aku sering menyalahkan diri sendiri.
Tapi, aku suka bergaul pada orang Jepun yang menyendiri dan tidak banyak bercakap. Mereka ini ternyata amat pandai berkawan dengan kita; secara auto bertukar peramah. Mereka tanpa diminta-minta akan menolongku pada saat yang memerlukan, begitu juga aku. Hingga sekarang kami masih berutus emel berkongsi perkembangan diri. Padaku, orang jenis begini tidak pandai bersahabat yang banyak, tapi amat pandai memilih sahabat.
Kadang-kala kita tidak tahu apakah syaratnya untuk bergelar sahabat baik. Ada ‘cakap-cakap orang’ mengatakan, sahabat baik itu harus mempunyai ikatan kimia (ada chemistry) antara keduanya. Ungkapan sebegitu benar memeningkan kepada sesiapa yang tidak pandai berkawan kerana ia sangat subjektif.
Aku cuba mengelak untuk memikirkan kimia itu, berbanding melihat pada simtom-simtom ketika mengenal erti persabahatan. Aku berpegang kepada kepercayaan ini, iaitu bila kali pertama kita meluahkan sesuatu masalah itu kepada seseorang (sedangkan ahli keluarga atau kekasih pun tidak mendapat layanan itu), maka saat itu hubungan antara keduanya sah digelar sahabat karib. Semua ini kupelajari dari Sekolah al-Pengalaman.
Pernah suatu ketika, tanpa disengaja aku meluahkan segala masalah yang sedang memenjara jiwa kepada seseorang kerana waktu itu aku tidak merasa sesiapa yang mampu memegang kerahsiaan itu. Kemudian, sahabatku itu memegang bahuku dan berkata;
Tahniah, Irfan. Kita sekarang berstatus sahabat karib.
Istilah sahabat karib padaku, tidak semestinya harus saling bertemu. Adakalanya, kawan kita itu jauh di benua lain. Biar jarang berutus khabar berita, namun nama sahabat karib itu selalu disebut-sebut dalam doa. Ada juga sahabat karib yang sentiasa di sekeliling kita, tetapi tidak selalu kita bertegur sapa, namun bila saat memerlukan saja akan berhubungan. Selain itu, kawan yang di depan mata sendiri juga tidak kita sedari ciri-ciri yang ada padanya sudah layak untuk dipanggil sahabat karib.

















emma berkata,
December 5th, 2009 at 3:05 am
Assalamualaikum…..
saya tertarik dengan Istilah Sahabat Karib, memang betul apa yang sangpelangi katakan. tetapi saya ingin terangkan salah satu ayat di atas “Ada juga sahabat karib yang sentiasa di sekeliling kita, tetapi tidak selalu kita bertegur sapa, namun bila saat memerlukan saja akan berhubungan” kalau ayat ni di tujukan pada sahabat sesama wanita,saya rasa memang betul ia mementingkan diri sendiri. jikalau seorang wanita selalu ambil berat kepada sahabat lelaki, tentu dia fikir wanita tu suka padanyakan!?
kerana saya tidak pandai bersahabat dengan seorang jejaka. kalau ada pun, selalu salah faham..hehehehe…..
cuba sangpelangi bagi tahu bagaimana caranya bersahabat dengan seorang jejaka.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2009 5:48 am:
Tip seorang wanita ingin bersahabat dengan lelaki, tetapi bimbang disalaherti? Wah ini dah boleh jadi satu entri. Nanti aku kongsikan bagaimana persepsi dari seorang lelaki. Menarik. Terima kasih kerana memberi saranan.
Balas komen ini.
iliana berkata,
December 5th, 2009 at 3:45 am
encik ifran, kalau di MukaBuku, dah saya klik pada perkataan ‘like’
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2009 5:51 am:
Nanti saya belek-belek fungsi tambahan ‘i likes’ untuk sistem Wordpress. Hehe. Terima kasih sudi kembali ke sini.
Balas komen ini.
MS Rizal berkata,
December 5th, 2009 at 4:23 am
Aku selalu beranggapan bahawa sahabat karib itu tercipta dari sebuah perkongsian cerita hidup yang sarat. Justeru, perhatikan rakan yang suka berkongsi cerita hidupnya dengan anda. Dia sebenarnya mahu menjadikan anda salah seorang yang penting dalam hidupnya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2009 5:54 am:
Ya.. Ya.. Aku sangat bersetuju. Itu juga antara petanda mengenal sahabat karib. Tapi, untuk menjadi salah seorang yang penting dalam hidupnya, tidak sepenting menjadi pasangan hidup, kan?
Balas komen ini.
cacimpokodot berkata,
December 5th, 2009 at 11:52 am
itulah, tak pernah terfikir nak kelaskan kawan-kawan kepada sahabat karib ke tak, sebab selalunya terjadi semula jadi ajer , tiba-tiba dia dah jadi yang akrab… ada kawan yang jarang benar bersua muka, tapi bila jumpa terus rasa mesra,boleh bercerita panjang dan kongsi masalah. ada pulak yang duduk dekat, hari-hari jumpa, tapi bila tinggal berdua, aduhai kekok benar rasanya. kalau bukan ikatan kimia pun, agaknya ikatan gelombang, orang kata sama’ wavelength’ pemikiran, senang masuk!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 6th, 2009 7:18 pm:
Itulah kita tanpa sedar, tahu-tahu sudah menjadi rapat. Istilah persamaan gelombang itu tak pernah pula saya dengar. Pertama kali. Terima kasih ya berkongsi.
Balas komen ini.
falahuddeen berkata,
December 6th, 2009 at 8:53 am
salam…menarik blog senpai ni…nak mintak kebenaran follow,n kutip ilmu2 yg bertaburan kat cni..utk di kepil dlm minda..=)salam taaruf..dr miyazaki..(miyakonojo kosen)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 6th, 2009 7:21 pm:
Silakan wahai kohai. Segala yang di bumi dicipta-Nya untuk saling dikongsi. Salam perkenalan buat kita selang tiga generasi.
Balas komen ini.
akula berkata,
December 6th, 2009 at 2:41 pm
mempunyai seorang sahabat karib yang tidak sejantina, tidak sebangsa, tidak seagama, tidak serumpun dan tiada sekelumit pun persamaan fizikal dan fikrah. Namun keserasian membawa kami bersama berhubungan dan berutus khabar hampir setiap hari.. hanpir setiap pengalaman suka mahupun duka, dia adalah orang yang pertama mengetahui.. dan berkongsi cerita..
blog yang menarik. gambatte ne!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 6th, 2009 7:26 pm:
Kalau cinta boleh dikata buta, maka persahabatan berlainan segala segi itu masih belum buta. Jangan dilupa misi kita sebagai manusia juga mewaris tugas mereka yang sebelumnya, iaitu ‘menyampaikan.’
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
December 6th, 2009 at 5:30 pm
sahabat karib. saya suka topik ni.
saya ada seorang sahabat. Kini menjadi “saya” yang separuh lagi. haha. dah 7 tahun berkawan. Pernah tak puas hati, pernah bermasam muka tapi pada waktu2 macam tu, selalunya saya banyak berdiam atau mengelak dari berjumpa. supaya dia tak nampak saya yang tgh marah or PMS. Tapi selalunya dia faham. Dan selalu memaafkan.
Terima kasih.
Sebabnya.
Saya tak nak terkeluar perkataan yang bukan-bukan ketika marah.
Saya tak nak secara tak sengaja buat dia yang sentiasa menerima & memahami berasa sedih.
Haha.
Terima kasih nisa.
Dan insyaallah saya akan sentiasa ada untuk walimah kamu;)
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 6th, 2009 7:28 pm:
Amboi? Ini dah jadi segmen luahan rasa untuk seorang sahabat.
Tujuh tahun~ Kenangan tangis tawa belum tentu muat dalam sebuah album foto. Kamu berdua, saling doakan sesama kamu, setiap lima waktu.
Balas komen ini.
aliff berkata,
December 7th, 2009 at 2:13 am
Salam,
Irfan,
Dulu salah seorang sahabat karibku mengajarkan beberapa parameter yang harus diambil kira sebagai tanda aras dalam persahabatan.
i. Pernah berkongsi makan minum ketika susah
ii. Pernah tidur sebantal/selimut (bukan berlainan jantina)
iii.Pernah berjumpa kaum keluarga
iv.Menegur kesalahan dan menutup keburukan
v. Tidak pernah memutuskan hubungan
Balas komen ini.
artakus berkata,
December 7th, 2009 at 4:38 am
Nak komen sikit pada komen cik emma.
Saya rase, persahabatan antara jantina adalah perkara yang agak sukar untuk di’maintain’. (hehehe, maaf guna bahasa rojak). Sebab, semakin lama benang persahabatan itu terjalin ia dengan di luar kawalan akan menenun corak lain yang tidak disangka atas tenunan persahabatan tersebut. Dan persahabatan antara jantina memang kerap dan mudah disalahertikan. Jika tidak di perempuan, ia akan berlaku di pihak yang satu lagi.
Maaf kalau pendapat saya seperti kolot, tetapi adalah lebih baik bersahabat karib sesama jantina. kecuali sedang mencari ’sahabat sehidup semati’. ^_^
Gomen neh!
Balas komen ini.
emma membalas pada December 7th, 2009 5:36 am:
salam artakus,
dan saya pun tahu ada keburukanya juga.
terima kasih komen anda,
pendapat anda betul, memang susah untuk mencari sahabat belainan jantina. tetapi ada kebaikan juga kalau kita mencari sahabat bukan sesama jantina, kita boleh tahu apa masalah kaum berlainan kita itu, untuk dijadikan panduan buat sahabat sehidup semati
Balas komen ini.
akuzle ayu berkata,
December 9th, 2009 at 1:00 am
adik irfan, tiada ulasan dari kakak melainkan bersetuju sahaja dengan buah fikiran dan pengalaman adik itu…. kerana kakak juga pernah mengalami semua yang pernah terjadi pada adik itu (melainkan menganalisis sikap orang semasa kecil…ahahahahhaha)…. selepas membaca coretan adik ini, kakak lebih faham….sangat faham… terima kasih kerana ‘point to ponder of this issue’….. kebetulan pula kakak sekarang sedang mengalami ‘best friend break down’…. terima kasih sekali lagi…
Balas komen ini.
Farah Imani berkata,
December 9th, 2009 at 7:27 pm
salam..entri sangpelangi ini datang pada masa yang kena dengan emosi saya.
“Kawan dan sahabat”. Ada juga yang membezakan antara kawan dan sahabat. Suka juga mahu berkongsi mengenai sahabat ni. Ukhuwah yang hebat itu terjalin antara hati hati yang bertaut keranaNya. Sahabat kita adalah tamsilan diri kita.Jika baik maka baik lah diri kita. Bersahabat itu bukan kerana kesempurnaannya tetapi adalah kebersediaan menerima seadanya dan saling melengkapi. Seperti aur dan tebing juga ibarat satu bangunan.
Ku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya…..-IMAM SYAFIE-
saya semakin seronok menikmati indahnya sangpelangi ^__^
Balas komen ini.
tintataghyir berkata,
December 12th, 2009 at 10:47 pm
Namakan apa sahaja, kawan, rakan, sahabat, yang penting ia tidak menyeret kita pada kehinaan.
Ruh-ruh seperti tentera yang sedang dalam ketenteraan. Jika ia saling mengenal, ia akan bertaut. Sekiranya saling tidak mengenal ia akan berselisih.”- Hadis
Mungkin dua kisah ini boleh diambil pengajaran http://tintataghyir.wordpress.com/2009/12/07/antara-ayyash-dan-uqbah/
Balas komen ini.
tintataghyir berkata,
December 12th, 2009 at 10:54 pm
Saya ini dikira kawan oleh saudara pun sudah cukup. Lama tidak ketemu.
Balas komen ini.
Al-Guz berkata,
January 1st, 2010 at 2:15 am
Rasanya sahabat karib boleh juga diertikan untuk bermuhasabah. Tak gitu? Ini adalah penting untuk kita sentiasa perbaiki diri dimasa akan datang. Mencari sahabat adalah susah. Kerana dengan mudah kita hilang sabar. Sekian
Balas komen ini.
he berkata,
January 10th, 2010 at 3:11 pm
terima kasih kerana menyedarkan manusia “anti sosial” seperti saya tentang sahabat karib…saya sedar org yang bergelar suri itu juga sahabat karib saya..
Balas komen ini.
sepi berkata,
February 25th, 2010 at 12:17 am
Balas komen ini.