Ilmu Parallel Thinking oleh Puan Ainon Mohd.
Sedikit ilmu yang saya raih daripada Puan Ainon Mohd, pengasas gergasi buku Melayu, PTS Publication. Ilmu ini dikutip daripada beberapa kursus dalaman yang dikhaskan kepada staf PTS sahaja, namun saya cuba kongsikan kepada semua melalui SangPelangi (dengan izin, Yang Arif).
Mula-mula, kita akan berkenalan dengan perkataan parallel. Pertama kali saya mengenali perkataan parallel adalah dari asas garis lurus dalam matematik. Iaitu, ada dua laluan garis lurus yang sama hala tujunya, namun tidak pernah bersentuh antara satu sama lain.
Di dalam sukan, seorang perenang sudah pasti tidak akan masuk ke dalam laluan perenang lain bagi merebut emas. Pelari pecut juga tidak akan memasuki laluan pelari di sebelah bagi bersaing mendapat tempat pertama. Begitu juga kita dengan cara kita, tidak perlu masuk campur dalam aktiviti pesaing di sebelah kita.
Dalam dunia bisnes, pemikiran parallel amat berkuasa jika ingin menghadapi pesaing besar (Puan Ainon menggelar pesaing besar sebagai Big Boys). Big Boys bersedia bila-bila masa, menanti di pertengahan jalan bagi menyekat kemaraan Small Boys seperti kita. Big Boys merasakan mereka sangat gah dan kuat untuk menjentik pengusaha kecil yang makin tumbuh melata di Malaysia ini.
Contoh paling dekat, adalah pada zaman awal kemunculan syarikat minuman Yeos di Malaysia. Small Boys seperti syarikat Yeos memang tak dapat menandingi Big Boys seperti Coca-Cola/Coke. Masakan tidak, bermula daripada pembuatan tin, servis pengangkutan, sehinggalah mesin vending sudah dimonopoli oleh Coca-Cola waktu itu. Perjanjian (MoU) antara penyedia servis tersebut dengan Coca-Cola sudah diikat, bahawa mereka dilarang melakukan bisnes dengan mana-mana syarikat minuman tin lain.
Maka, Yeos berfikir secara Parallel, menghasilkan produk minuman di dalam kotak. Kesannya, Yeos sudah pasti dapat membangkitkan usahawan-usahawan baru dalam industri yang baru seperti syarikat pembuat kotak minuman, pembungkusan dan penghantaran kotak dan sebagainya. Oleh itu, mesin vending juga semestinya berlainan dengan mesin keluaran Coca-Cola.
Kesimpulannya, kita tidak perlu memikirkan dengan keras, apa yang dilakukan oleh Big Boys kerana tiada apa yang perlu dirisaukan. Kita sudah ada laluan sendiri dan yang menariknya, Big Boys tidak akan menahan kita di mana-mana laluan produk kita semasa dalam perjalanan bertemu pelanggan.
Sebelum menutup entri ini, saya tawarkan satu tugasan kepada semua pembaca SangPelangi. Bagaimanakah caranya bagi melawan Big Boys seperti McDonald? Kalau dapat kalian jawab di dalam entri blog masing-masing (bersama gambar rajah parallel), amat dialu-alukan.
P/s: Entri seterusnya, ialah kemahiran berfikir secara kritikal, iaitu Critical Thinking, kontra kepada Parallel Thinking ini. Selepas Critical Thinking, ada lagi Problem Solving by Design. Itupun akan saya tuliskan juga. Tidak sabar saya ingin menuliskan ilmu seterusnya.
Kemaskini 18 Mac 2010: Saya teringat satu lagi contoh lain. Pada suatu hari, puaslah si ibu nasihatkan anak daranya,
Nur, kau carilah jejaka yang kaya, tidak kacak pun tak mengapa. Senang hidup kau nanti.
Namun, Nur ini punyalah degil, cari juga jejaka yang berpoket ‘biasa-biasa,’ sedikiiiiit kacak namun baik hati orangnya. Lihat, Nur itu berfikir secara parallel. Langsung tidak sama fikirannya dengan pesanan ibunya. Namun, kedua-dua individu ini masih menuju misi yang sama, iaitu ingin mendapatkan jodoh untuk Nur. Si ibu pun bukanlah memaksa sangat anaknya mengikut kemahuannya, asalkan anaknya itu berkahwin.
Mudah kan, contoh saya? Hehehe.







nazri berkata,
March 16th, 2010 at 4:38 am
Mungkin lepas ini ada restoran makanan segera ayam kampung atau ayam belanda
Balas komen ini.
pemburu impian berkata,
March 16th, 2010 at 5:43 am
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Salam ziarah dan perkenalan .
Dari facebook turun ke mari.
Blog yang menarik, menggoda untuk terus singgah lagi.
Entri di atas menarik untuk diberi komentar ,khususnya pada petikan ini,
“Kesimpulannya, kita tidak perlu memikirkan dengan keras, apa yang dilakukan oleh Big Boys kerana tiada apa yang perlu dirisaukan. Kita sudah ada laluan sendiri dan yang menariknya, Big Boys tidak akan menahan kita di mana-mana laluan produk kita semasa dalam perjalanan bertemu pelanggan.”
Kebetulan, saya juga sedang memikirkan bagaimana untuk membina sebuah syarikat penerbitan khusus untuk penulis yang tidak berjaya melepasi tapisan editor syarikat penerbitan “big boys”. Maka entri di atas telah mencetuskan satu idea.
Terima kasih, daun keladi…
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Balas komen ini.
Ilmu Critical Thinking oleh Puan Ainon Mohd. : : SangPelangi berkata,
March 16th, 2010 at 1:13 pm
[...] Rumah Artikel sebelumnya Mar [...]
Parallel Thinking Dalam Dakwah - StudioMuslim berkata,
March 18th, 2010 at 4:45 am
[...] Tuan Irfan dalam blog beliau, beliau mengenali istilah Parallel dalam asas garis lurus dalam Matematik. Iaitu dua garis lurus [...]
Parallel Thinking Dalam Dakwah — StudioMuslim.com berkata,
May 14th, 2010 at 2:54 pm
[...] Tuan Irfan dalam blog beliau, beliau mengenali istilah Parallel dalam asas garis lurus dalam Matematik. Iaitu dua garis lurus [...]