Hutang Budi atau Kenang Budi?
Aku terpanggil untuk menyambung coretan seorang kawan ber’silat’ku akan buah fikirannya terhadap istilah “hutang budi“. Sebenarnya, aku juga sudah lama merasakan ada yang tidak kena dengan istilah itu. Tapi tak tahu bagaimana nak ungkapkannya dengan kata-kata. Aku rasa tulisan Mak Kucing ini tak boleh disia-sia.
.. budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu..
Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia – terutamanya Muslim – perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.
Oh, itu cuma cuplikan. Kalian mesti membaca teks penuh supaya kefahaman itu tidak tenggelam timbul. Klik di sini untuk berpaut ke teratak Mak Kucing.
**************
Bercakap soal budi, sudah puas aku menggodeh Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, untuk mengesan, apa mungkin ada bait-bait pujangga yang memperkatakan tentang budi yang “wajib dibayar”?

Sumber dari Dawama
Senarai di bawah, adalah antara yang boleh aku kongsikan pada semua. Aku tidak menjamin ejaan dan perkataannya sangat tepat dan serupa seperti yang disebut oleh penglipur lara zaman melayu Melaka. Sekurang-kurangnya, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sudah bekerja keras untuk mendapatkan susun letak yang terbaik dan lebih dekat ke akar umbinya.
1. Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
Maksudnya, jika kita berbuat baik pasti dibalas baik, berbuat jahat pasti dibalas jahat. Setiap aksi memang ada reaksinya. (Talas itu adalah nama lain untuk keladi) Tapi, kebiasaan yang kita dengar sekarang ini, “Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas”, rupanya agak lari jauh dari yang sepatutnya, iaitu “Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.”
2. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.
Maksudnya, biarlah wajah kacak atau cantik, tapi kalau buruk budi bahasanya, maka pasti dipandang hina jua oleh masyarakat. Kesilapan biasa di zaman sekarang, menggunakan perkataan ‘kendi’. (kendi=bekas air bertangkai, kundi = biji saga, kurik= bintik-bintik ). Kak Nisah (penulis Annys Sophillea) ada mengulas tentang pantun budi ini.
3. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. (atau, Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Keduanya boleh digunapakai)
Maksudnya, budi bahasa yang baik akan tetap diingat orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.
4. Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.
Kalau melakukan perkara jahat, pasti mendapat malu juga akhirnya.
5. Seorang budi-budian, seorang tabung seruas.
Berlainan sifat antara dua orang.
6. Sebab budi boleh kedapatan.
Tingkah laku boleh menjadikan seseorang itu binasa.
8. Nasi habis budi bersua.
Ada dua maksud yang berbeza. Maksud yang pertama, ketampakkan (kantoi ) sifat buruk seseorang sahabat itu. Maksud kedua, bila di dalam kesusahan baru nak teringat pada sahabat.
9. Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.
Ditimpa akibat buruk disebabkan termakan pujuk rayu atau sesuatu yang menyenangkan. (sahaya bermaksud hamba).
10. Main akal (= budi).
Merancang tipu muslihat.
11. Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.
Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya masih juga seperti dulu.
12. Laut budi tepian akal (/ilmu).
Orang ilmuwan, cerdik atau cendekiawan.
13. Lubuk akal lautan (/tepian) ilmu (/budi).
Luas ilmu pengetahuan.
14. Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.
Seseorang itu akan mendapat susah jika kurang menyiasat di dalam sesuatu perkara.
15. Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.
Pemikiran jahat bisa mencelakakan diri sendiri.
16. Elok basa ‘kan bekal hidup, elok budi bekal mati.
Orang yang baik budi pekerti, jadi kesayangan masyarakat ketika hidup, dan jadi kenang-kenangan setelah mati. (‘basa’ bermaksud tegur sapa)
***********
Dalam begitu banyak pepatah Melayu yang memperkatakan tentang budi, baru satu yang aku jumpa peribahasa yang menganggap budi seperti hutang. Malah sehingga menganggap ianya tak dapat di’bayar’ hingga ke kubur sekalipun. Inilah dia, seperti yang mungkin ada di kepala kalian juga (hehe..)
17. Utang (/hutang) emas dapat dibayar, utang (/hutang) budi dibawa mati.
Maksudnya, budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. Perkataan ‘dapat’ itu diganti dengan ‘boleh’ jika di dalam pantun Pisang Emas Dibawa Belayar.. (Sambung sendiri ya. Hehe.)
Lihat! Pengertian peribahasa 17 itu pun menunjuk jelas budi itu sepatutnya harus di’ingat’, sebab kalau nak dianggap hutang memang takkan dapat dilangsai. Jadi, aku sangat menyokong prinsip Mak Kucing di blognya itu.
Tapi, aku tidak akan membiarkan kalian pulang dengan jiwa yang kosong. Jadi, aku meninggalkan ungkapan dari Chedet ini sebagai renungan *(sumber):
7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.
amalina berkata,
October 16th, 2008 at 10:53 am
kalo hutang budi…macam mana nak bayar…?
kalo mintak bayar dalam bentuk budi jugak…
budi yang kita bagi/terima itu sama ke nilai nya ngn yang kita terima/bagi?
jz my two-cent.
amalina telah menulis tentang "#$%&’(). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 17th, 2008 5:21 am:
Oh, itu semuanya sudah dijawab oleh Mak Kucing di sini. Saya harap sudah menjawab persoalan itu.
Al-Irfan telah menulis tentang Hutang Budi atau Kenang Budi?. Mari baca!!
Balas komen ini.
As berkata,
October 16th, 2008 at 5:34 pm
menarik betul pasal budi neh
As telah menulis tentang Kekuatan itu adalah senyuman tika kau rasa sangat lemah. Mari baca!!
Balas komen ini.
dslr admin berkata,
October 16th, 2008 at 7:27 pm
irfan..suka btol aku baca apa yang ko tulis kat blog ni.Makin lame makin mantap.Ada cita-cita nak jadik penulis ker?Tengok dari gaya,corak penulisan ko mampu pengaruh cara pemikiran orang.Good job
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 17th, 2008 5:18 am:
Entahlah, tak pernah ada cita-cita untuk jadi penulis. Cuma aku seronok menulis. Tapi tak adalah sampai tahap mempengaruh orang
. Penulis mana yang tak mahu tulisannya ber’jiwa’ kosong, tiada kesan.
p/s: ada orang, semakin tertekan, atau sibuk, makin asyik pula dia menulis. contohnya Ustaz Hasrizal
Al-Irfan telah menulis tentang Hutang Budi atau Kenang Budi?. Mari baca!!
Balas komen ini.
izzy berkata,
October 16th, 2008 at 8:19 pm
‘hutang budi dibawa mati’
bukan ke tuh maksudnya kita akan kenang selalu?sampai bila2?tak semestinya kena bayar kan?budi yang dibuat sebenarnya bergantung apada keikhlasan. apabila kita berbudi, kita sebenarnya melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kepuasan berbakti kepada org lain setelah asyik berbakti kepada diri sendiri. dalam erti kata lain, balasan budi bukanlah apa yang dipinta oleh siapa2 yang berbudi. tapi, mungkin adat orang melayu yang berbudi bahasa, orang berbudi, kita berbahasa.orang memberi, kita merasa.selepas itu, balas la pula.
oh, ini adalah pandangan peribadi semata-mata.
izzy telah menulis tentang equation of a man and a woman?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada October 17th, 2008 5:09 am:
Ya. Sangat bersetuju !
Dalam entri di atas, saya cuma memberitahu, bahawa pantun “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati” walaupun menggunakan perkataan ‘hutang’, tapi ia cuma dari segi bahasa saja. Sedangkan maksud asal, ‘budi’ itu harus dikenang, bukan dibayar.
Aku suka pendapat kamu terakhir itu, adat Melayu ‘orang berbudi, kita berbahasa’ terlihat indah. Tanpa perlu disuruh-suruh, orang Melayu sejak dulu lagi sudah sedar akan pentingnya menghargai sesuatu budi. Harap-harapnya, adat itu takkan hilang ditelan zaman.
Al-Irfan telah menulis tentang Hutang Budi atau Kenang Budi?. Mari baca!!
Balas komen ini.
bie berkata,
October 16th, 2008 at 11:00 pm
salam
anda di jepun? saya akan ke tokyo isnin ini untuk jangkamasa 3 minggu. mencari kawan untuk berjalan2 sekitar tokyo. ada sesiapa yang punya masa senggang?
Balas komen ini.
Bukankah bahasa itu INDAH? (Bahasa ITU pembuka bicara! Pt.2) « I think, therefore I am berkata,
October 17th, 2008 at 1:56 am
[...] Ataupun entri SangPelangi, iaitu berkenaan `Budi`. [...]
y4ku24 berkata,
October 17th, 2008 at 2:12 am
Entri menarik!
`Orang berbudi, kita berbahasa`
Rasanya selalu juga dengar peribahasa ini dipertuturkan. Tidak tersenarai di dalam kamus anda?
y4ku24 telah menulis tentang Bukankah bahasa itu INDAH? (Bahasa ITU pembuka bicara! Pt.2). Mari baca!!
Balas komen ini.
mazuki berkata,
October 17th, 2008 at 11:13 am
best blog nie…menarik perhatian daku..
semangnya kalau dah berhutang budi ngn seseorang kita perlulah kenang budi…
jangan sampai kita dilabel sebagai org yg xkenanng budi…
Balas komen ini.
izzy berkata,
October 17th, 2008 at 12:05 pm
tapi kan, makin lama, kalau perasan, bila kita berbudi, orang mengambil kesempatan. bukanlah ingin mengungkit….tapi, terguris juga rasa hati bila kita berbudi, tetapi orang tu buat tak reti bahasa. lagi diminta kita berbudi ada la.
sedih juga kadang2 apabila diri kita ikhlas mahu menolong tapi diambil kesempatan. lebih teruk, disalah ertikan, dan dikutuk. pelik kan? manusia yang berbudi, dan mungkin dalam konteks ini berhutang budi, makin ramai yang tidak berbahasa.
bukanlah balasan yang dipinta. cukuplah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. sejuk rasa hati.kan?
izzy telah menulis tentang equation of a man and a woman?. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
October 19th, 2008 at 9:53 pm
Erm… ada satu lagi yang popular ttg budi ni. Tapi ini bukan peribahasa lama… tapi peribahasa baru.
‘Termakan budi, tergadai body.’
Dah sering sangat berlaku di zaman materialistik skrg ni. Tapi ia bagus untuk ingatkan anak-anak dara terutamanya, agar berhati-hati untuk terima budi orang, terutama lelaki.
suara telah menulis tentang Bulan Dan Hari. Mari baca!!
Balas komen ini.
makngohselamoh berkata,
August 21st, 2010 at 2:03 am
makngoh pun sedih bila berbudi dgn orang. niat ikhlas nak mnolong time dia susah tp bila dia senang…tegur kita pun tidak. bila kita kata dia tak kenang budi…dia jawab “semoga Allah balas semua budi tu. dia kata orang x ikhlas jer minta orang kenang budi
Balas komen ini.