Hobiku berbasikal malam.

Mengenderai makhluk beroda dua dalam simbahan neon jingga, terasa asyik bila muzik cengkerik bergemersik. Dada yang diurut santun dingin angin, keindahan malam jangankan dapat kujelmakan dengan tulisan, apatah dilakar keanggunannya di papan lukis. Biar semua rumah berselubung dengkur penghuni yang pasti esok pagi membanting tulang.
Sebelum berangkat tadi, sempat kucongak ke atas merenung bentangan yang sebiru laut, tercari-cari di mana letaknya rembulan.
“Tuhan. Setiap langkah ini, hujankanku dengan ilmu. Matikan aku di jalan redha-Mu.”
Acap kali menuturkan khalimah di atas, pasti teringatkan kembara malamku bersama dia, Imam Fatah. Setiap langkah setiap pujian untuk-Nya. Begitu juga setiap putaran kayuh kaki. Percayalah, kawan. Ia bukan permainan hati. Sepuluh kilometer seperti sepelaung jaraknya. Aku tak pernah teruja berdoa sambil merenung langit, sehinggalah berkenalan dengan dia. Bro Fatah, kalau kau membaca ini, ketahuilah aku takkan sekali lupa setiap tingkahmu. Mari renyukkan suara sumbang yang menuduhku mengikut buta. Namanya juga contohi akhlak mulia.
Naik dan turun bukit cuma berentak oksigen yang keluar masuk. Aku tetap bahagia bersama basikal bertubuh biru. Selain penat, tiada apa yang menarik. Gelap, bukan hitam akan pekat malam, tapi gelap hatiku membaca alam.
Amat benar kata temanku, ilmu tasawuf itu merapatkan hati dengan Pencipta. Tapi, kepayahan mencapai tahap sebegitu tak bisa mencairkan nafsuku mengejarnya. Alangkah indah kalau ada alat canggih pemberi amaran:
“Awas! Kau lupa niatkan kerana Tuhanmu”.
Kawan, bacakan untukku kata-kata Baginda yang pertama dari sang utama empat puluh itu.
[flash ]
















ainul arina berkata,
November 29th, 2008 at 4:30 am
wah, pasti asyik berbasikal dalam sunyi sepi sendiri.. Terasa nak cuba pun ada tapi malangnya malam sini bahaya untuk wanita, tambah-tambah mana ada basikal di Jordan. Melihat basikal di sini seakan melihat mercedes benz di kampung. Huhu
Tadi kata tak ada tempat bersendiri, makanya ini apa? Mungkin bezanya tempat saya spesifik di tebing bukit, tempat kamu pula di sepanjang jalan berbasikal. ^_^
Selamat mendekati tuhan.. Innamal a’malu binniat..
ainul arina telah menulis tentang Tebing Bukit Itu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:09 am:
Kalau bahaya, berbasikal malam senang. Hihi. Betullah tu, saya tak ada tempat spesifik untuk bersendiri. Terus mengayuh selagi ada jalan.
Balas komen ini.
kN berkata,
November 29th, 2008 at 6:21 am
Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Balas komen ini.
aisha berkata,
November 29th, 2008 at 7:45 am
hmm..terkadang cemburu melihat lelaki, punya kebebasan sebegini, wanita walaupun x dihalang tapi punya rasa takut itu
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:10 am:
Kalau aku sebagai bapa, memang aku halang.
Balas komen ini.
nahwanNUR membalas pada December 9th, 2008 10:11 pm:
jangan kata bapa, sedangkan rasulullah saw dan maha pencipta sendiri memberi peringatan kepada wanita akan keterbatasan berbanding lelaki. Dan lelaki tetap punya hadnya dalam beberapa perkara berbanding wanita
lelaki- kerana ALLAH sayangkan anda kerana kegagahan anda dalam menjadi ‘imam’ pada sebuah kehidupan
wanita- kerana ALLAH sayangkan kita atas kelembutan yang bukan sebenarnya satu kelemahan, tetapi ‘harta’ yang perlu berharga, sebagai pengemudi juga buat sebuah kehidupan
manusia- kita semua ada peranannya walau berbeza tetapi itulah pelengkap putaran hidup manusia, seperti roda, manusia selalu menifestasikan roda sebagai suatu putaran yang ada di bawah dan ada atasnya, namun jauh dari itu, ia memberi makna, setiap inci putaran ada tanggungjawab yang di galasnya, biar setiap bulatan merasa sakitnya terkena batu supaya tak menggelak kan yang di bawah, dan biar di atas merasa nyamannya sentuhan angin yang ditongkah, biar ia ada rasa syukur atas setiap yang dikurniakan oleh NYA.
Wallahua’lam.
Merasa bahagialah walau siapapun kita, kerana ‘dirimu begitu berharga’
Balas komen ini.
nahwanNUR membalas pada December 9th, 2008 10:13 pm:
*pembetulan sikit pada “tetapi ‘harta’ yang perlu berharga”
sebenarnya “tetapi ‘harta’ yang perlu di jaga”
wallahua’lam
Balas komen ini.
^e^ berkata,
November 29th, 2008 at 9:19 am
salam alaikum.. bagaimana cuaca di jepun sekarang? salji turun sudah ke?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:12 am:
Salji tak turun di sini.
Kena ke utara sedikit baru jumpa.
Balas komen ini.
mulabelajarhentimimpi berkata,
November 29th, 2008 at 9:37 am
mula-mula baca entri ni tak faham..lepas baca komen yang ada baru faham..hehe..
mulabelajarhentimimpi telah menulis tentang Persoalkan teori mimpi ( Bahagian 2 ). Mari baca!!
Balas komen ini.
Guru Hujung Dunia berkata,
November 29th, 2008 at 2:10 pm
Salam..
Berjalan atau berbasikal waktu tengahmalam atau awal pagi amat berbeza. Ketika melakukannya kita akan merasa lebih ’sadar’ akan kewujudan ‘diri sendiri’. Ini adalah mungkin disebabkan oleh kurangnya ‘medan tenaga’ manusia-manusia yang berada berhampiran dengan kita pada waktu siang. Apabila kita berjalan di tengah-tengah orang ramai, perasaan bercampur-baur antara gembira, sedih, pilu, rungsing dan lain-lain akan menganggu minda kita lantas wujudnya perasaan tidak tenang
kecuali mereka yang sering mengheningkan diri (meditasi).
dan ada yang tidak
. Ruh dalam diri kitapun akan lebih aktif
. Itu sahaja. Wallahu’alam.
Cuma pada waktu malam, sinaran matahari yang kurang menyebabkan ruang angkasa bumi menjadi medium bagi entiti-entiti yang berbentuh ruh (tak berjasad). Ada yang baik
Guru Hujung Dunia telah menulis tentang Orang tabligh…. Mari baca!!
Balas komen ini.
ibnurashidi berkata,
November 29th, 2008 at 5:40 pm
إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى
Semoga segala amalan kita niat kerana Azza Wajalla…Insya’Allah.
Bagus juga ya sesekali berbasikal di malam hari..teringat saya ketika mana berbasikal di sepanjang pantai Matruh, Mesir bersama kawan ketika musim panas kunjung tiba. Desiran angin pantai menampar sejuk pipi. Cahaya neon bergemerlapan menyimbah cahaya berwarna-warni menambah seri kecantikan ciptaan ilahi.
Khalimah kalau dalam bahasa arab menjadi خلمات tidak menjadi kalimat كلمات
ibnurashidi telah menulis tentang Ilmu hitam : Kemuncak Dendam Kesumat Secara Halus (1). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:15 am:
Khalimah kalau dalam bahasa arab menjadi خلمات tidak menjadi kalimat كلمات , maksudnya?
)
Musim panas memang indah jika ingin bersiaran malam, kan? (untuk lelaki macam kita.
Balas komen ini.
wanida membalas pada December 4th, 2008 5:11 am:
Menarik penggunaan bahasa dalan entry ini
.
Cuma nak bantu ibnurashidi pasal penggunaan kata pinjaman bahasa Arab khalimah. kh= خ, jadi jika ingin sebut kalimah( perkataan) tidak boleh meletakkan kh pada khalimah, kerana ia berubah menjadi bungi huruf خ. kalau khabar خبر baru menggunakan kh, jika kabar كبر bermaksud besar. Kesilapan kecil sahaja.
la taqlaq لا تقلق
Balas komen ini.
cencurut berkata,
November 29th, 2008 at 8:09 pm
Bhai… lu kena pakai baju ber’reflector” la.. sebab.. bawak beskal malam nie. bahaya ooo… boleh kena langgar lari…
cencurut telah menulis tentang Bad Day. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:17 am:
Haha. Lek bhai, lu jangan risau. Gua tak pakai baju kelabu untuk jalan malam. Cuma baju putih. Hihi.
Balas komen ini.
cencurut membalas pada December 2nd, 2008 2:05 am:
hahaha……. baguih la kalu gitue…
amalkan cara hidup sihat… ko pakai baju putih takut orang terkojot la pulak.. ingat antoo ker … kuntilanak ker… hahaha
cencurut telah menulis tentang Micro Video Projector. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 2:16 am:
Perkh. Itulah, nasib baik orang tak nampak aku macam Matianak atau Boentianak.
Weh, aku pernah nampak Ju~on tau kat sini. Jangan main-main.
Balas komen ini.
Barukisu membalas pada December 3rd, 2008 2:24 pm:
Heh, Ju-on? Maji de? Boleh kongsi di sini pengalaman itu? (meremang dah rasanya)
Barukisu telah menulis tentang Ittadakimasu!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina berkata,
November 30th, 2008 at 5:25 am
門限 awal. jarang sekali dapat peluang untuk berjalan malam.
teringat semasa di tokushima musim panas lepas.
keluar menyejukkan badan sambil mengeratkan hubungan antara aku dengan tuan rumah tempat aku menumpang.
amalina telah menulis tentang Assalamualaikum Awak.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:19 am:
Jepun rasanya tak bahaya sangat. Cuma kena berhati-hatilah, ya.
Balas komen ini.
Ruqaiyah berkata,
November 30th, 2008 at 10:20 am
Segala-galanya bermula dengan niat..^_^
Tapi hati-hati..
Niat yang baik tak melambangkan perbuatan yang akan dilaksanakan juga adalah baik..
Ruqaiyah telah menulis tentang Basuh kereta pakai sabun mandi???. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 1:20 am:
Oh, niat tidak menghalalkan cara. Selalu diingat.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
November 30th, 2008 at 9:18 pm
malam di jepun ada bintang tak?? menarik2 dengan frasa ini:sang utama empat puluh itu. hadis 40
irshadian telah menulis tentang Sejuta Harapan Pada Sebuah Nama. Mari baca!!
Balas komen ini.
En Kid berkata,
November 30th, 2008 at 10:29 pm
Salam..
SP..
Menarik pengalaman ni, cuma di sini nak berbasikal waktu malam, kene bersiap macam-macam. Pernah sekali berbasikal dari UKM hingga ke Tasik Idaman, Dengkil. Seronok, tapi di kala itu masih dipenuhi oleh raja-raja jalanan. Maka kita yang berbasikal sekadar insan kerdil di situ. Apa pun, berbasikal memberikan kita 1001 peluang menghayati dan mensyukuri nikmat Allah. Betapa kita dapat melihat pelbagai keindahan yang tak tertancap tika memandu kereta atau tika berada dalam kenderaan lainnya..
Insya Allah..
Sama-sama kita tingkatkan amalan, bukan sekadar yang wajib malah disulami dengan hiasan-hiasan yang sunat. Sentiasa berniat untuk kebaikan dan kerana Allah S.W.T. Cuma, jangan jadikan niat atau azam itu suatu yang main-main. Sekadar berniat atau azam tapi fi’liyyah ke mana perginya…
Okai! Selamat berbasikal!!!
p/s: maskulin eh?…hehehe..
En Kid telah menulis tentang Perubahan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 2:13 am:
Oh, kalau berbasikal dengan diganggu mat rempit, tak seronoklah. Patut kau cari lokasi sunyi lagi. (Itupun kalau rasa selamatlah, betul tak?)
Balas komen ini.
En Kid membalas pada December 2nd, 2008 6:43 am:
Hehe..
Lokasi sunyi?..pastinya UKM di kala semua pelajar pulang ke rumah..
seperti sekarang..aduh..agak bosan..
En Kid telah menulis tentang Bulan Tersenyum Padamu... Mari baca!!
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
December 1st, 2008 at 3:37 am
yazid husain telah menulis tentang Race Defender. Mari baca!!
Balas komen ini.
alan baik berkata,
December 1st, 2008 at 7:50 am
ko jalan2 malam ke??pkol bape??takde tenko??
tempat aku berbukit ar.. penat tak larat.. kang sat lagi aku turun gi sorong beskal.. aduyai..
alan baik telah menulis tentang Siri Bercakap Dengan Setan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 2:11 am:
Waktu cuti daa. Sabtu Ahad pun boleh (fly).
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
December 1st, 2008 at 8:33 am
rumah pak abu bertingkat-tingkat,
kayuh basikal mesti cepat,
ikan keli dalam kuali,
cerita ini best sekali,
haih~~dlm proses mincintai bahasa (i_i )”
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
December 1st, 2008 at 8:38 am
salji turun tiada henti
bumi russia berseri-seri
kereta kebal kereta kancil
basikal comel walaupun kecil…(^_^)”
sowie..terbanyak idea
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 2nd, 2008 2:14 am:
Kehkeh. Apa sudah jadi dengan kamu? Demam bersajakkah?
Aku pula tak ada idea nak membalasnya. Maaf ya. Lain kali mungkin boleh.
Balas komen ini.
suara berkata,
December 3rd, 2008 at 2:31 am
Kak su rindu zaman dimana berbasikal di awal pagi merempuh kabus yang tebal. Walaupun kesejukan, tapi segar sekali.
suara telah menulis tentang Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 2). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:44 am:
Kak Su dulu sekolah di mana? Jarak sekolah dengan rumah berapa KM? Fuh, mesti sejuk tu.
Balas komen ini.
Barukisu berkata,
December 3rd, 2008 at 2:54 pm
Wah, wah, wah…. (Hari ini sudah berapa kali saya menggunakan intro ini).
Saya benar cemburu membaca entri ini. Kamu dapat berbasikal waktu malam! Berbasikal adalah antara sukan kegemaran saya. (Ya, berbasikal juga suatu jenis sukan, bukan?) Sewaktu kecil, saya sangat obses dengan basikal. Saya suka mengayuh basikal, kemudian membiarkan angin yang saya terjah melalui muka saya. Saya suka suasana itu. Tetapi zaman berbasikal saya tidak lama, kerana sejak saya mula tinggal di asrama sehinggalah kini, belum berpeluang memegang handle basikal lagi. (Sebenarnya sejak tayar basikal saya dan adik-adik dicuri orang, ayah tidak pernah membelikan basikal buat kami lagi. Ya, saya memang amat marah dengan orang yang mencuri tayar basikal itu).
Entri kamu sebenarnya tentang menghayati ciptaan Tuhan ketika berbasikal, bukan? Saya tidak pernah punya pengalaman itu, tetapi kerana kamu berkongsi, saya berterima kasih amat. Sekurang-kurang selepas ini, andai saya punya peluang untuk berbasikal lagi, saya juga akan cuba menghayati ciptaan Tuhan pada malam hari. Sekadar melihat melalui jendela, tidak sama, bukan?
Barukisu telah menulis tentang Ittadakimasu!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 5th, 2008 4:47 am:
Benda yang dilihat memang sama. Kalau menonton di TV pun sama saja bendanya. Hehe. Perasaan dan reaksi tubuh saja yang berbeza. Kamu perempuan, dinasihatkan tidak meniru berbasikal di malam hari ya.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
December 10th, 2008 at 9:49 am
KAmu berbasikal malam hari, ternampak kah ‘bulan senyum’ yang di war2 kan? Ooohh… belum masanya lagi. Rasanya, 1 Dis. Aku terlihat bulan senyum, masa perjalanan ke UIAM. Tapi bukan bersama basikal, secara tak sengaja menjengah dari jendela kereta.. ^^
cikgu_eya telah menulis tentang Debat Diraja 2008 Melabuh Tirai. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 12th, 2008 10:15 pm:
Entahlah. Tak perasan pula. Yang aku nampak cuma bulan penuh tidak berjiran bintang. Menarik ya kejadian bulan tersenyum itu.
Balas komen ini.
aisyah berkata,
May 1st, 2009 at 6:40 am
hmm..banyak lagi yg perlu dipelajari..
semoga dikurniakan Allah keimanan dan ketaqwaan..dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah..amin~
Balas komen ini.