Hasrat SangPelangi #1: Belut
Ini adalah siri entri terbaru yang akan saya masukkan ke dalam blog ini secara berkala. Siri Hasrat SangPelangi bertujuan menyampaikan beberapa cita-cita saya yang pernah bertakhta di hati, tetapi terkubur kerana Allah mendatangkan rezeki lain kepada saya. Kita cuma merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik Yang Maha Menetapkan. Semoga siri hasrat ini dibaca oleh seorang insan yang bisa mengikut jejak impian yang telah saya tinggalkan.
*****
Kenapa Belut?
Saya pernah bercita-cita untuk mengusahakan ternakan belut ini. Sayangnya, saya belum berkesempatan lagi untuk mempelajari cara menjaganya dan prestasi pasaran di Malaysia. Belut adalah spesis ikan yang banyak khasiatnya. Paling diketahui ramai, ia dapat mengekalkan tenaga kelakian dan kelician kulit.
Sejak menjejakkan kaki di Jepun dulu, saya dan rakan-rakan adalah pemakan tegar Unagi, iaitu belut. Orang Jepun sangat pandai memasaknya, dengan cara memanggangnya tanpa tulang, lalu disalutkan dengan kicap yang dicipta khas. Tetapi harus berjaga-jaga. Jangan lupa untuk membaca kandungan botol kicap itu, kerana ada kandungan alkohol yang diharamkan. Mujur ada IPIJ yang sering mengemaskini senarai kandungan halal haram dalam makanan Jepun.
Hairan sekali. Di Jepun, makanan Unagi seperti tak boleh dipisahkan dalam kehidupan mereka. Sedangkan kita di Malaysia tak makan belut kerana teringatkan kelicinan tubuhnya seperti ular. Seperti kita yang takut untuk makan arnab kerana teringatkan kecomelannya, tetapi tidak bagi orang Jepun. Itulah yang menghairankan saya. Kenapa ya harus membayangkan rupa bentuk asal makanan yang ingin kita makan? Mujur orang Jepun telah membetulkan persepsi kami, dan rakyat Malaysia di sana.

Gilanya orang Jepun terhadap belut, adalah sama tarafnya kegilaan kita terhadap ayam. Sampaikan pada waktu-waktu tertentu, terpampang berita Jepun sedang dilanda krisis ketandusan bekalan belut. Bayangkan, sudahlah belut ternakan mereka kehabisan stok. Yang diimport dari negara China berjuta tan sebulan masih juga tidak cukup-cukup. Situasi ini membuatkan saya begitu berapi-api untuk menyiasat dan mengkaji lebih mendalam akan tabiat mereka.
Seminggu, saya dan rakan ke pasaraya Jepun sebanyak tiga kali. Ini membolehkan saya melihat sendiri perkembangan harga belut yang naik turun bergantung kepada cuaca dan musimnya. Di pasaraya, belut dijual dengan cara dipanggang separuh masak terlebih dahulu. Ada juga yang dipanggang sepenuhnya. Kemudian dibalut dengan polisterina ataupun plastik. Kami jarang (atau tidak langsung) membeli belut di sini.

Ketika makan di sebuah restoran belut, saya hairan menyaksikan situasi ini. Sepanjang 10 meter orang beratur untuk menempah Unagi. Di sesuatu kawasan sudah ada banyak restoran belut, tapi kesemua pelanggannya terpaksa beratur panjang. Jika tidak bermusim pun, restoran unagi masih tetap penuh pelanggannya. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk bertanya terus kepada tukang masak di sebuah restoran kecil yang menyediakan belut.
“Pada waktu malam, kami terima tempahan pelanggan melalui telefon. Esok pagi kami ambil stok 3000 ekor untuk sehari. Masih tak cukup lagi.”

Bila saya nyatakan di negara kita Malaysia punya belut juga, dia begitu teruja. Dia langsung siap untuk turun ke Malaysia bersama saya untuk mengimport belut. Tetapi waktu itu belum masanya lagi untuk saya pulang. Kemudian, dia menasihatkan saya untuk melawat pasar awam di pelabuhan Mishima, di negeri Shizuoka, tidak jauh dari pekan Numazu tempat kami menuntut ilmu. Katanya, saya pasti dapat belajar sesuatu di sana.
Pada pagi hari minggu, saya memecut basikal untuk ke pasar tersebut. Ia rupanya adalah jenis pasar basah, betul-betul di pelabuhan Mishima. Saya membayangkan mungkin beginilah keadaan pelabuhan Melaka zaman kegemilangannya dahulu. Belut diturunkan dengan jengkaut dan kren dari atas kapal yang datang dari selatan Okinawa (belut dari China diturunkan di bahagian pantai bertentangan Korea). Sesi tawar-menawar hebat berlangsung. Ketika itu, terasa begitu bodoh untuk memahami bahasa mereka kerana dialeknya entah dari ceruk mana.
Setelah diteliti, harga di pasar basah, belut boleh mencecah serendah RM25 hingga RM100 seekor bergantung saiz dan berat tertentu. Di pasaraya sekitar RM50. Di restoran belut pula adalah lingkungan RM30 dan RM60. Dapatkah kita semua membayangkan masa depan industri belut di Malaysia andai dieksport ke Jepun nanti?
Kebelakangan ini, Indonesia sudah melihat belut sebagai ternakan ‘emas’ yang baru. Bukan saja untuk dieksport, malah mereka sedang giat menggalakkan rakyatnya makan belut.
Di Malaysia, saya sudah lihat perkembangannya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Sudah ada beberapa restoran khas yang menggunakan belut sebagai produk makanan utama di Johor, Pahang, Kedah dan sedikit di Selangor. Selain itu, belut juga diperlukan dalam penternakan lintah. Cuma akhir-akhir ini, sejak makanan alternatif lintah sudah dijumpai, belut sudah tidak berguna lagi.
Kepada penggiat belut di Malaysia, kami di PTS mengajak saudara semua untuk berkumpul dan duduk semeja, bersemuka. Kita harus buat sesuatu agar industri belut menjadi satu fenomena baru dan malar segar.
Kepada sesiapa yang mengenali individu tertentu yang terlibat dalam pembiakan ataupun penternakan belut, sila sampaikan salam penghargaan saya kepadanya, kerana menyebabkan saya tidak kempunan untuk terus makan belut di Malaysia. Yeay!
















amalina berkata,
July 3rd, 2009 at 9:29 pm
dari sup belut ke unagi don~
masa aku kecil, mak aku tak suka belut. `geli` kata mak aku.
tapi lepas aku spm, tiba-tiba, keluarga aku jadi penggemar sup belut.
(aaaa..terliur nak makan sup belut kat kubang kerian)
sedap seh!
amalina telah menulis tentang What else can I ask for…?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada July 4th, 2009 7:06 am:
Aku dapat tahu di Kota Bharu ada sup belut yang kesedapannya tak dapat nak dihuraikan lidah. Teringin hendak tahu di kawasan mana.
Balas komen ini.
Indrasakty berkata,
July 4th, 2009 at 5:15 am
Lain benar gaya penulisan ini. Kata orang, gaya penulisan seperti cap ibujari. Barangkali ini cap ibujari tangan yang sebelah lagi. Syabas kerana berjaya menggunakan kedua-duanya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada July 4th, 2009 7:11 am:
Haha. Saya mengagak tak akan ada orang yang perasan dan menegur perubahan cara penulisan semudah ini. Rupanya kamu orang terawal mengesannya. Terima kasih Indrasakty kerana menghadam entri saya dari luar dan dalam.
p/s: Saya sedang berlatih menulis untuk bacaan kanak-kanak.
Balas komen ini.
Mai Mastura membalas pada July 4th, 2009 9:33 am:
Turut perasan dengan gaya perubahan penulisan untuk entri kali ini
(tapi saya tidaklah pula menghadam nya.. haha..)
Kanak-kanak? Berlatihlah. Bayangkan fikiran kamu separas dengan usia mereka. Barulah penulisan akan berkesan..
Balas komen ini.
IkmalRedza berkata,
July 4th, 2009 at 9:27 am
Seperti kata saudara, belut kurang popular di Malaysia mungkin kerana harganya yang lebih mahal berbanding ayam selain ayam begitu mudah untuk didapati di mana-mana. Dan rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan ayam dimana kita sering melihat iklan makanan berasaskan ayam di media massa.
Andai kata saudara berada di Batu Kikir pada pagi Sabtu, sila datang ke pasar tani di sana. Jika saudara bertuah, bolehlah bertanya pada penjual belut di sana.
Balas komen ini.
Iliana berkata,
July 4th, 2009 at 10:17 am
usah terlalu gentar dengan pasaran kerana mungkin kamu bisa jadi seorang perintis dalam pasaran itu. dan perintis adalah golongan yang mampu menjadi pemimpin pasaran. (mungkin kamu tahu betapa besarnya impak pemimpin pasaran yang digilai kebanyakan peniaga).
dalam hemat saya, kamu sudahpun mempunyai sasaran pasarannya yang tersendiri. mungkin kamu perlu meluaskan skop dari pasaran tempatan kepada antarabangsa. sasaran sudah pun ada, apa salahnya mencuba.
mungkin kamu boleh turut serta dalam kebanyakan kursus jangka pendek usahawan (biasanya pada waktu hujung minggu) anjuran smidec misalnya. banyak lagi, yang ada diantaranya turut menyediakan khidmat pinjaman modal dan nasihat serta membimbing perniagaan tersebut.
fuhhh~ dah macam entri la pula. mintak maaf encik Rainbow jika terlebih had (banyak lagi nak dibicarakan sebenarnya, tapi saya mengandaikan kamu juga sudah tahu).
semoga berjaya
Balas komen ini.
Farid Rashidi berkata,
July 4th, 2009 at 3:16 pm
Salam,
Nampaknya sangpelangi sudah menggunakan ’saya’ dalam membahasakan diri dalam arena penulisan maya.
Farid Rashidi telah menulis tentang Who Wants To Be A Da’ie?. Mari baca!!
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
July 4th, 2009 at 10:55 pm
salam,
Terima kasih & tahniah SP kerana membri satu info baru dan segar kepada pembaca. Komen saya, “Hm..Baru saya tahu. Begitu berharga rupanya belut ni.”
Sangka saya belut hanyalah salah satu daripada makanan ‘exotic’ dan ‘high-class’ seperti sup sirip yu( sup sirip yu sebernya terbukti tak mencegah kanser. Oleh itu sama-samalah berkempen “No, to sup sirip yu”. Ikan yu hampir pupus sudah)
Tetapi, kalau SP tak sibuk dan keberatan, mungkin lebih menarik jika dapat panjangkan artikel ni dengan status nutrisi ikan belut contohnya kandungan zat besi dan omega jika ada serta kajian-kajian tentang kebaikkan ikan belut.
Terima kasih.
ainiaziz telah menulis tentang kasih..tak terlarutkan dengan usia. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
July 5th, 2009 at 12:31 am
Belut == ular. Ini kata ibu. Menyebabkan kami sekeluarga tidak pernah berpeluang merasainya bersama. Sedih..
Kamu masih berkesempatan meneruskan hasrat kamu ni Irfan. Mana tahu ada rezekinya tak lama lagi. Hm.. Tak pernah pula perasan ada restoran khas untuk belut di Malaysia. Di mana tu?
Balas komen ini.
anego berkata,
July 5th, 2009 at 9:21 pm
unagi memang kesukaan anego.pertama kali makan memangggg terasa kegelian, bila dah pekena, fuhhhh terus jatuh hati dengan rasa dan tekstur dagingnya. pengalaman hidup sekejap di kelantan ( pasir mas) menemukan anego dengan pelbagai menu masakan unagi nih. kalau kesana jangan lupa rasa sup unagi, pasti terbayang2 nanti!
Balas komen ini.
suara berkata,
July 6th, 2009 at 1:05 am
Salam Irfan,
Belut, kegemaran kak su tu. Pernah makan kuah laksa dari belut? Fuh… mahu habis 3 pinggan laksa kelantan. Serunding belut? Kata kawan, keenakannya mmg tak ada tandingan. Gulai lemak belut cara darat? Wahh… Best sangat.
Eh, goreng saja pun sodap tau!
p/s: Nak balik kg!!!…
suara telah menulis tentang Untukmu Wanita…. Mari baca!!
Balas komen ini.
fareast berkata,
July 8th, 2009 at 3:05 am
oisiii..
Salam ziarah, belut mmg berhasiat. Semoga berhasil mengusahakan belut.
Balas komen ini.
Time Fly berkata,
July 8th, 2009 at 9:01 am
Belut? Erm….Sedap.
Kalau ke Ipoh, jangan lupa singgah ke restauran Nasi Lemak Ayam Kampung. Di restauran tersebut, antara menu paling sedap ialah sup belut. Makan sup belut bersama nasi lemak ayam kampung… amat menyelerakan.
kalau anda bertuah, boleh lah tengok aksi belut-belut yang dibela di akuarium betul-betul depan kaunter. sangat ’seronok’ melihat belut-belut itu menari-nari menunggu giliran untuk menjadi santapan pelanggan.
jangan lupa singgah…
Balas komen ini.
en_me berkata,
July 9th, 2009 at 4:37 am
not my type of cuisine.. uhuhu
en_me telah menulis tentang jambu batu buah pedada. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
July 17th, 2009 at 4:26 am
wah..belum penah merasainya.(bergegas ke pasar raya memeli sushi unagi)
Balas komen ini.
abrar berkata,
July 17th, 2009 at 4:27 am
wah ..belum penah merasainya. (bergegas ke pasar raya memeli sushi unagi)
Balas komen ini.
abrar berkata,
July 17th, 2009 at 4:27 am
wah ..belum pernah merasainya. (bergegas ke pasar raya memeli sushi unagi)
Balas komen ini.
aisyah berkata,
August 5th, 2009 at 9:33 pm
salam
waaa
di PTS yerk..kenal seseorang bernama shakir?
dipanggil shark biasanya..
sangat banyak ilmu dan tinggi cita-cita
Balas komen ini.
zul berkata,
August 6th, 2009 at 9:50 am
sup belut…sedapnye…belum pernah merase tapi nak rase gak…
Balas komen ini.