Hari ini hari aku.
Nun di hujung sana, menghadap anime. Seorang di sudut lain dengan dunia permotorannya. Yang berhias segak asyik mengikuti hal ehwal aliran fesyen. Ada juga dua tiga pasang rakan yang berbual hangat. Pendek kata, semuanya membuat kerja sendiri. Mereka tahu kerja rumah pengaturcaraan JAVA itu boleh diselesaikan tak kurang dari 15 minit, jadi ke mana pergi saki 75 minit lagi? Begitulah penyelesaiannya. Hari ini, secara alami seperti Hari Kebebasan Pelajar pula gamaknya. Kerja JAVA dicampak tepi, hal sendiri meraja hari.
Aku? Masih tergaru-garu di makmal komputer, apa yang hendak ditulis di atas kertas ini? Aku tinggal 30jam lagi sedari kini sebelum terlewat. Biasanya Katou-san di sebelah akan menghulur tangan. Apakan daya, dia lebih terpesona dengan lagu-lagu Ikimonogakari. Huh!! Aku tak suka lagu Jepun. Entah. Tunggu saja kemunculan album nasyid di bumi Jepun nanti. Haha.

Bila Sawa Sensei menjengah pintu, suasana bertukar normal, wajah meriak tekun. Hipokrit. Semuanya bimbang kalau-kalau terkena ‘kad kuning’ yang dilayangkan oleh Sawa Sensei kepada pelajarnya yang malas. Lucu sungguh; seorang pensyarah, berperangai seperti seorang pengadil acara bolasepak, ke mana saja akan dibawa kad kuning dan kad merah di sakunya.
Kasihan Sawa Sensei. Aku suka dia. Walau terpaksa menggunakan alat bantu dengar (baca: beliau masalah pendengaran di telinga kanan), beliau masih berupaya untuk mencurahkan ilmunya. Apatah disukai semua anak-anak muridnya dek kelucuan yang tak pernah buat kami bosan melayannya.
Kemudian, beliau keluar sebentar, ke tandas barangkali. Dan dunia kelas kembali riuh. Aku cuma menggeleng kepala, tanda kononnya kecewa.
“Kita’, kita” !! (Dah datang!!)”
Aku bersuara, memberi isyarat kepada semua warga kelas. Memang tahap kekuatan nada isyaratku memang takkan didengar oleh Sawa Sensei. Apa lagi, masing-masing kembali ke meja lalu berubah sealim kucing. Terus kedengaran ketukan-ketukan papan kekunci tanda berpura-pura sedang menaip.
“Uso da~ (tipu saja). Hahaha!!!”
Aku keseorangan bergelak sakan. Padan muka!!
“Grrrr.. Irfan-san…??”
Semua geram dan segera mengejar ke arahku. Haha. Masing-masing berebut-rebut nak menyiku kepalaku. Aku cepat-cepat menadah kepala dengan kedua-dua tangan.
Tak semena-mena, pintu makmal dibuka pantas. Kami disergah. Terkejut.
“Haa… Minna!!! Asonderuka?” (Kalian!! Sedang bermain-mainkah??)
Ketika itu, di hadapan Sawa Sensei, adalah barisan budak-budak yang sedang bersedia untuk mengenakan aku. Kesemua mereka terus malu.
Dan aku sekali lagi ketawa terbahak-bahak seorang diri. Mereka terkena lagi.
Hari ini memang hari milikku. Dan esok lusa, pasti aku akan terkena dengan mereka nanti. Habislah. Haha..
P/S: Ok, teruskan dengan kerja JAVA ini. Esok tarikh akhir. Minggu depan pasti keluar soalan ini. Ganbarimasu!!
















Abg Di berkata,
May 27th, 2008 at 6:24 pm
Salam
seronok baca post dalam blog ni… terutama nya post tentang kehidupan kampus di jepun..
salam kenalan dari kota bharu kelantan
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 28th, 2008 10:37 am:
Wassalam.
Terima kasih sudi menjenguk. Abg Di dapat tahu laman saya dari mana ya?
Balas komen ini.
Abg Di membalas pada May 28th, 2008 4:47 pm:
.. dari link blog mana ntah lupa dah… sejak kenal blog ni abg di leka membaca semua entry lama2… boleh tersenyum depan notebook…kehidupan di jepun memang menarik perhatian sebab kat sini abg di selalu berurusan dengan satu kilang jepun!
terima kasih sudi layan komen abg ..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 30th, 2008 7:02 pm:
Abg Di tak mahu menulis blog? Boleh kita berkongsi cerita dan pengalaman. Mesti seronok,kan?
Balas komen ini.
alan berkata,
May 28th, 2008 at 9:03 am
diorang panggil ko guna San lagi ke??biar betol..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 28th, 2008 9:12 am:
Masa tu je dia panggil aku ~san. Macam style bergurau la. Sebulan dua bulan mula-mula masuk, memang panggil ~san la.
Balas komen ini.
al fannani berkata,
May 28th, 2008 at 4:18 pm
salam.
lawak sungguh dengan gelagat memberi isyarat makluman guru datang.teringat zaman sekolah dulu.ahha~
al fannani telah menulis tentang Al-kisahnya. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 29th, 2008 6:02 am:
Kau dulu sekolah di mana Fannani? Macam seronok saja bunyinya ya?
Balas komen ini.
al fannani membalas pada May 29th, 2008 7:12 am:
dulu saya sekolah di kk.Toh Puan Hajjah Rahmah.ahaks~
Balas komen ini.
anego berkata,
May 28th, 2008 at 9:48 pm
dulu time sek men, anego duduk depan pintu, selalu pedajalkan member2 kata cikgu datang, padahalll…..muekekekekeke!
anego telah menulis tentang gangguan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 29th, 2008 6:03 am:
Cis. Kau tak tumpah macam kawanku di sekolah dulu. Aku boleh agak, macam mana mereka ‘panas’. Penat-penat berdiri, rupa-rupanya.. kekeke..
Balas komen ini.
lelaki misteri berkata,
May 29th, 2008 at 12:54 am
bestnya hidup kat jepun..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 29th, 2008 6:05 am:
hmm.. melancong mungkin seronok. Tapi,kalau hidup di sini, bekerja atau menuntut ilmu, bisa bikin kepala pecah. Kalau tak percaya, mari ke sini, kita saksikan bersama.
Balas komen ini.
Hasanah berkata,
May 29th, 2008 at 4:36 am
Salam~ Nice blog! Found your blog while searching for ‘bahasa baru’.. Tokoro de, Burunei karakimashita. Ima nihon de sundeiru ka? Hehe.. Douzo yoroshiku!
Hasanah telah menulis tentang The Library. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 29th, 2008 6:07 am:
Salam.
Wah. Nihonggo ga hanaseruka? Sugeyy.. Brunei di kawasan mana tu, Hasanah? Saya punya sahabat di sana.
Balas komen ini.
Hasanah membalas pada May 29th, 2008 6:36 am:
W’salam.. Un, chotto sukoshi nihongo ga hanaseru
Brunei, di kawasan Sengkurong. Sahabat Irfan di mana ya?
Hasanah telah menulis tentang The Library. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 30th, 2008 6:49 pm:
Sahabat saya di Bangar. Tak tahu di mana letaknya. Tapi, teringin nak tahu apa keistimewaan bandar di sana.
Satu lagi, terima kasih ulasanmu, Hasanah, tentang satu perkataan Brunei, “kambang” ke emel saya.
Saya kongsikan di sini ya untuk tatapan semua.
[quote]‘Kambang’ adalah perkataan Brunei yang diambil dari perkataan ‘Kembang’. Terdapat banyak makna di dalam bahasa Melayu Brunei. Perkataan ‘Kambang’ yang digunakan secara berasingan, ‘Kambang ko ani’ (yang dikatakan oleh si fulan kepada kawannya yang baru mendapat sesuatu yang membuatnya suka hati/gembira). Biasanya, orang-orang Brunei menggunakan perkataan ini untuk mengusik sesama sendiri, terutama sekali jikalau si sahabat mendapat sesuatu berita baik. Makna yang lain pula, ‘Kambang’ yang bererti ‘Riak’.
Makna yang lain, iaitu, ‘Kambang Bulu’ bermaksud ‘berdiri bulu roma’. Biasanya digunakan untuk memberitahu kepada si sahabat bahawa si fulan sangat takut akan sesuatu yang amat menyeramkan.
‘Kambang-kambangan’ selalu digunakan untuk menggambarkan si fulan itu sangat meluat akan perlakuan seseorang. Misalnya, Ali sangat meluat akan sekumpulan remaja lelaki yang selalu mengurat adik perempuannya, Faizah.
Ali berkata kepada Faizah, “Jangan kau rapat sama durang si Najib atu, kambang-kambangan tu kan kau.”
Translation in Malaysian: “Jangan awak rapat dengan Najib & kawan-kawannya, diorang suka benar nak mengorat awak.”
Selalunya, ianya membawa maksud yang negatif. [/quote]
Terima kasih sekali lagi. Bisa menambah ‘perisa’ dalam setiap hasil penulisan saya.
Balas komen ini.
Hasanah membalas pada May 31st, 2008 9:16 am:
Oh..Pekan Bangar. Bangar letaknya di daerah Temburong, satu daripada empat buah daerah di Brunei. FYI, Temburong penuh dengan flora & fauna. Whenever people mention Temburong to me, I always imagine the greeneries..coz it is mainly filled with forests. Saya sendiri jarang pergi ke sana, since Temburong is ’separated’ from the other 3 districts. Maksud saya, terdapat 2 laluan utk pergi ke Temburong. Firstly, via Limbang, Sarawak. Secondly, by using boats from Bandar Seri Begawan, which normally takes 1 hour. Oops..I think I’ve gone too far explaining. Hehe sorry to take your time.
Dou itashimashite. I don’t mind sharing a bit of knowledge here. Salam~
Hasanah telah menulis tentang Tagged~. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina berkata,
May 29th, 2008 at 7:59 am
lawak2……
for me kalo nak kena kan classmates@labpartner,aku letak ice dalam baju dorang….-dak chem byk pakai ice tuk jikken- bayangkanlah time natsu ke fuyu ke tetibe ada ice msuk dalam baju….lepas tu aku buat muke innocent cam angel….
ijimekko datte…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 30th, 2008 6:51 pm:
Isk.. Isk.. Isk..
Lagi kejam ini orang. Kalau lelaki, aku balas masukkan ais ke dalam seluarnya. Baru adil. Haha.
Balas komen ini.
FarEast berkata,
May 30th, 2008 at 12:47 pm
Siot ko…kalau aku, mesti aku sekeh2 kepale ko!!!
FarEast telah menulis tentang Kisah Seram Pali si Kaki Pancing. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 30th, 2008 6:52 pm:
Heh.. macamlah kau tak pernah buat? Biar aku balas sekeh kau.
Balas komen ini.
FarEast membalas pada June 1st, 2008 9:07 am:
Hoh…nnti ko panggil ( wak juki )..
mampos kene jalan itik lagi…
semua kerana kaaaaauuu!!!!
FarEast telah menulis tentang Kisah Seram Pali si Kaki Pancing. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 1st, 2008 9:51 am:
Ko ingat lagi kan waktu tu? Waktu kau jalan itik tu. Hahaha..
Balas komen ini.
misoshiru berkata,
May 30th, 2008 at 12:56 pm
salam..
apsal seronok sgt kehidupan kanak2 kousen ni..
huh jeles2..
p/s: sbg balasan kpd lagu tempoh hari..layan lagu jap..klik kat atas
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 30th, 2008 6:59 pm:
Di sini, ’seronok’ diseimbangkan dengan ‘tekanan’. Membahayakan.
p/s: Misoshiru, kenapa lagu tu separuh saja? Siapa penyanyinya ya?
Balas komen ini.
misoshiru membalas pada May 30th, 2008 10:14 pm:
ek..separuh je ke..encik x log in imeem kot
lagu ni best..sesuai tuk org yg rasa dirinya tgh `bekerja`..ataupun yg akn `bekerja`..inshaAllah I think u know the meaning of those words..
xtaula pula sape penyanyi dia..kalo nak..saya bole send ke emel encik
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 31st, 2008 7:18 pm:
Mishoshiru, saya dah login, tapi dia keluar mesej macam ni;
“The artist or label that owns this song has not approved full-length streaming for our users. This is a 30 second preview. To listen to the full song, upload it from your music library.”
Sebab tu dapat dengar separuh saja. Hehe..
Balas komen ini.
kasyah berkata,
May 31st, 2008 at 2:54 am
best nye aku tgk ko kenakan budak2 jepun kat sane…huhuhu
ps-waa…macho gambar hang.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 31st, 2008 7:20 pm:
Aku ni tak suka kenakan orang. Tapi, kalau orang kenakan aku, aku kenakan balik. Hehehe..
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
May 31st, 2008 at 8:04 am
nakallllll
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 31st, 2008 7:25 pm:
Standard
Balas komen ini.
amalina berkata,
May 31st, 2008 at 12:59 pm
sluar?xdak effect kot~
kadang2 letak ais dalam poket kot makmal…biar die mencair dalam poket tu~
kadang2 macam perang plak biler sume naik sheikh..tapi dalam ramai2 tu..aku sorang je pmpuan…nape ntah…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 31st, 2008 7:27 pm:
Kalau kau seorang yang perempuan, bahaya tuh. Jaga diri baik-baiklah ya?
Balas komen ini.
amalina berkata,
June 1st, 2008 at 1:15 am
maksud aku..aku sorang yang menakal…perempuan lain semua tak buat perangai macam budak2 main ais ni…
hai hai~wakatta senpai~
Balas komen ini.
titan berkata,
June 2nd, 2008 at 2:51 pm
teringat aku masa waktu kuliah dulu2. memang cam gitu la kitaorang..
titan telah menulis tentang Open Case: Tentang Perempuan dan Gadis Remaja. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2008 9:51 am:
Hoho.. kira OK lah, Titan. Kadang-kadang aku terfikir. Orang yang senyap di kuliah tu, boleh hidupkah tanpa ceria-ceria selalu? Hehe..
Balas komen ini.
zool berkata,
June 2nd, 2008 at 9:02 pm
Wah belajar ngan orang Jepun..
Hebat lah ko,..
Pandai cakap bahasa Jepun..
zool telah menulis tentang Nak duit kena cari duit. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada June 3rd, 2008 9:48 am:
Hebat apanya Zool. Ni tengah dok merangkak-rangkak lagi ni.. Kehkeh..
Balas komen ini.
afwahasya berkata,
September 9th, 2008 at 1:04 am
wah…lawak sungguh..
gaya penceritaan yg sungguh menarik…
teringat zaman kanak2 dulu..hehe….
tergelak sorang2 bace entri ni…
salam keceriaan dariku…
Balas komen ini.