Harga sebuah kekuatan diri.
“Omae bakka,” (kau bodoh!!) herdik Funada Sensei.
“Lupakan hasrat untuk ke Universiti Toyama dan Fukui. Kau tak layak,” entah sejak bila dia menjadi seorang pelabel.
“Omae bakka da yo. Shitteru kai?” (Kau memang bodohlah. Tahu tak?)
Aku diam menunduk sambil jelingan tajam menembak lantai.
“Hoi. Hoi. Kiite iru kai omae? Ha?” (kau dengar tak ni?) sambil jari-jari Funada Sensei mencucuk-cucuk bahuku. Matanya kemerahan; bak kata juniorku, seperti orang kemabukan arak.
Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik gerobok di depan ni agaknya. (istighfar)
“Hait,” ringkas aku menjawab.
******
“Abah ingatkan ‘stainless steel‘ ni keras, tahan karat. Cair juga bila ditempa,” kata keramat Abah ini sering bergelendangan memecah gegendang. Kalimah ini juga yang sering menjadi tangkal bila mengharung das-das tembakan Funada Sensei.
Sejak akhir-akhir ni, Abah sudah pandai bermain sastera. Kata-kata Abah sangat maha berselirat maknanya. Bermalam-malam ayat ini menghantui waktu tidurku. Ketika itu juga, terbayang sejarah silamku yang pernah hitam dengan gelombang dugaan. Terima kasih, Abah. Jantungku kini berombak tenang memecah pantaian hati.
*****
Aku dikerah menulis semula (baca: tulisan tangan) sebanyak 100 keping kertas laporan kajian makmal senior terdahulu setiap 3 hari. Aku juga dipaksa menyapu sampah, mengemas makmal keseorangan. Sedangkan dua rakan Jepun yang lain tidak. Sambil aku mengemas itu, cemuhan Funada Sensei bertubi-tubi memancah hati sehingga sebati menjadi makanan ruji.
Funada Sensei memang terkenal dengan panas barannya. Habis semua orang disumpah seranahkan. Menurut rakan kelas, semuanya berpunca dari kajian makmalnya yang tidak diangkat hadiah Nobel berberapa tahun yang lepas. Perangai Funada Sensei sama sekali sudah berubah. Aku masih ingat lagi laporan makmal Takahiro-san yang dicampak dari tingkat empat. Puncanya tidak menulis kesimpulan eksperimen dengan betul.
Cerita aku dibuli Funada Sensei telah sampai ke telinga Aoki-san, seorang pustakawan yang kini dinaikkan pangkat ke bahagian pengurusan pejabat kolej. Aoki-san sebagai seorang yang rapat dengan pihak pengurusan telah meminta pendapat ketua jabatanku tentang kebolehan menukar makmal.
“Muridesu (tak mungkin boleh). Suka atau tidak, Irfan-san perlu berusaha. Dia tiada pilihan lain, semua kuota makmal telah dipenuhi,” Aoki-san membawa khabar berita dari bilik makmal Nagasawa Sensei, Ketua Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kawalan.
*****
Untuk pengetahuan kalian, aku, Sasaki-san dan Kawafune-san sama-sama merasai kuah sumpahnya itu setiap hari. Makmal Funada Sensei memang kosong sehingga sampailah giliran kami bertiga dikehendaki membuat pilihan. Makmal Funada Sensei adalah pilihan kami yang terakhir setelah semua makmal menjadi rebutan.
Kajian kami bertiga tahun ini, adalah berkaitan dengan bangunan anti-gempa. Kami masing-masing dikehendaki mengeluarkan satu idea untuk mencipta satu kaedah struktur cerucuk yang fleksibel. Kami juga dikehendaki mencipta satu kit elektronik yang mengawal pemalar spring gergasi dan penyerap hentakan gempa untuk bangunan di Jepun secara automatik.
Kami juga dikehendaki mencari rahsia keutuhan Gojunoto, sebuah bangunan pagoda lama yang sampai sekarang gah berdiri walau diserang gempa bumi. Maka, ilmu kejuruteraan mekanikal itu nantinya sedikit demi sedikit diserap dalam ilmu digital. (Arkhh.. Aku fikir, mereka patut kaji Masjid Kobe dan Masjid Banda Acheh jika ingin menilai kekuatan sesebuah bangunan itu.)
“Gempa Tokai” yang datang setiap 100 tahun sekali memang sangat ditakuti oleh Jepun. Jadi, kajian kami adalah bersempena projek “Tokai Zero” yang menyasarkan tiada satu bangunan pun yang akan tumbang jika Gempa Tokai melanda Jepun akan datang. Hasil projek ini akan dibentangkan di hadapan khalayak umum di lebih tiga simposium dan sekolah-sekolah di sekitar Numazu,Shizuoka. Jadi, kami perlu membina sebuah model persembahan yang mudah difahami oleh kanak-kanak kendatipun.
Jadi, semua ini adalah bernilai sumpah seranah yang mesti aku bayar. Hasilnya nanti, mudah-mudahan aku menjadi seorang yang lebih keras dan tahan karat seperti Stainless Steel.
P/S: Mahu merasai hidup di negara yang punya kadar bunuh diri paling tinggi di dunia? Marilah ke sini.






amalina berkata,
April 21st, 2008 at 1:32 pm
Gambare senpai~!insya allah boleh lepas….
tpi,mmg xdpt nak nafikan,blaja kat sini mmg tensen…….. X.x
Balas komen ini.
yana berkata,
April 21st, 2008 at 1:53 pm
irfan gambatte ne! =)
Balas komen ini.
aku berkata,
April 21st, 2008 at 2:58 pm
mak aiii..
kasar gila sensei ko..
apa2 pon, ganbare..ops, silap…GANBAROU!!!…
salam dari kisarazu..
Balas komen ini.
anego berkata,
April 22nd, 2008 at 1:11 am
gambatte kudasaiiiiiiiiiii !
Balas komen ini.
sukesan berkata,
April 22nd, 2008 at 6:59 am
oo yeahh..nihon da yo!!
gambarou ya!!
Balas komen ini.
aliff berkata,
April 22nd, 2008 at 12:38 pm
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya irfan! berusahalah! semoga di permudahkan Allah swt.
Balas komen ini.
batuterang berkata,
April 22nd, 2008 at 1:40 pm
sensei tu psycho jgk ek. sabor je la cik abang. kita ni masih dalam proses menjadi pemimpin. kena cemuh ni baru sebahagian daripada cabaran menuju puncak alam.
Balas komen ini.
inda berkata,
April 23rd, 2008 at 8:24 am
psycho nye sensei tu… cuak2
mesti munculnye sang pelangi lepas hujan tu nanti
ganbatte kudasai!
Balas komen ini.
alan baik sangat sebut ulang2 8kali sehari berkata,
April 23rd, 2008 at 11:17 am
Haha..lek ar..gelak2 sudeh~ sedih tu sedih ar gak kene maki2.. klo tak kene maki,tak Jepun ar.. haha.. aku pon masuk kenkyu empe.. tapi tu ar..saikin empe baik lak.. tapi orang jepun ni senang sgt berubah.. hari ni garang gila,esok kang baik plak.. hari ni baik,jgn plak sangka esok baik lagi.. hahaha.. kita sama2 ar gambaro.. daigaku ukaru youni.. tte iuka, sotsugyo dekiru youni.. haha.. tapi mmg ar.. tension dok jepun doh..lagi2 dok kosen keliling sume nihongjin.. tapi tu ar penting nye berkawan.. ah..malas nk mengarut lagi.. haha..
Balas komen ini.
Fareast berkata,
April 24th, 2008 at 4:25 am
Ish2…kasehan engko..
patotla nko kebizian kebelakangan ini..
eh, jepon mmg camtu ke aaa?
siot jek sensei tu..kalau die tunjal dahi ko, ape ko buat agak2nye ek?
hehe:D
Balas komen ini.
rudy berkata,
April 25th, 2008 at 4:42 am
irfan,
1. Ini sudah aku lalui dulu. Subjek Crimina Law. Sama macam yang kau rasa. Tapi aku tahu kau kuat. Boleh sekental besi. Tuhan ada, minta dan merayu kpd dia. hati Funada Sensei hanya Tuhan yang boleh tentukan. Tuhan, Allah yang punya maha kehebatan.
2. Lupakan Fukui. University itu bermasalah dgn pljr Malaysia. 3 rakan aku tidak balik grad kerana sentimen pelajar asia terutamanya Malaysia. nagaoka gidai dou?
3. Boleh hubungi aku? ym, skype, via konferensi video malam pun tak apa. emel di atas.
Balas komen ini.
titan berkata,
April 26th, 2008 at 11:07 am
Mak aiii..memacam ko kene ek dengan ko punye sensei. Takpe. Itula dugaan seorang pelajar.
Balas komen ini.
ramzy0 berkata,
April 26th, 2008 at 1:04 pm
uiks, cabaran nih. anyway, sabar fan
Balas komen ini.
amiraajeerah berkata,
April 26th, 2008 at 6:28 pm
hush!!! dasyat btul… tp,
1)apa yg kita xsuka, mungkin yg terbaik utk kita.
2)Allah x kan uji hmbaNya melebihi kemampuannya..
3)Stp kesusahan psti ada kesenangan…
Balas komen ini.
amir berkata,
April 27th, 2008 at 5:53 am
salam
irfan
tahun ni mmg dugaan kita nak kena tempuh sotsuken kan..setahun..nak kena mengadap sensei tu maybe tiap2 hari..aku pon sama,dpt sensei yg aku tak pilih..awal2 dtg lps cuti aritu mmg serabut gila ar aku pikir..bdk2 kls aku suma ckp aku zannen dpt sensei tu..suma suruh aku bersabar..cuak doh dgr..rasa mcm tak mampu nak tempuh hidup setahun lagi kat sini..dgn nak pikir daigaku nya lagi..mmg serabut ar..tapi tu la,kita ada Dia yg Maha Berkuasa kan..merayu la kat Dia..Dia yang boleh tentukan segalanya..semoga hati ang tenang n dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..hope aku pon boleh setabah ang..
Balas komen ini.
fajar berkata,
April 28th, 2008 at 11:41 am
kagum denganmu,
tabahkan semangat,
menghadapi dugaan.
Balas komen ini.
syafa^^ berkata,
April 30th, 2008 at 12:38 pm
huwa….
lama x dtg kat si pelangi ni….
banyak post dh rupanya..
huhuhuu….mcm biasa….
semua best n suspence tu….
kna cari waktu nk explore semua ni….
aik…byk komen dr negara serantau (indo) yek…
hum….en.epan dh melebarkan sayap kat sini ek…hua3….^^
Balas komen ini.
alyani berkata,
May 1st, 2008 at 2:32 pm
Wahh.. kasihannya..
kalau saya, pasti dah nangis2.. siann die
Balas komen ini.
SangPelangi » Doa yang tak dimakbul Tuhan. berkata,
May 18th, 2008 at 5:49 am
[...] Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini (klik di sini untuk baca). [...]
Izzat berkata,
May 20th, 2008 at 8:35 am
maa…ayat yang penuh dengan sastera…walaupun,dah memang nasib dapat funada sensei tu..sabar jela selama setahun???
maaa………..toiuka……
Balas komen ini.
Suraya berkata,
May 22nd, 2008 at 1:53 pm
P/S: Mahu merasai hidup di negara yang punya kadar bunuh diri paling tinggi di dunia? Marilah ke sini.
Di kelas saya, ada rakan yang masih menikmati arak dan pelbagai agenda tak elok yang lain, yang namanya ber-bin dan binti.
Dia pernah mempersoalkan lecturer, kenapa di Malaysia,orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan pasangan yang beragama Islam,tidak dibenarkan melainkan yang pasangan nya memeluk Islam.dia juga berbin- dan binti.
saya sudah mula jeling-jeling ingin baling batu kerana provokasi yang diberi.
Tetapi ada sekali tu, sebelum exam,dimana paper tu memang susah tahap pertama, saya terperanjat dia menadah tangan berdoa meminta pertolongan Tuhan.Saya sebak.
Relevannya dengan kenyataan di atas, saya rasa, kalau namanya muslim, semana jahat pun , tapi bila kita jatuh suatu hari nanti,kita akan kembali pada fitrah.kita akan ingat Tuhan.
Lain dengan bukan se’saudara’ kita yang bilamana jatuh teruk, dia tidak tahu untuk kembali pada siapa.Lalu, alternatif bunuh diri menjadi satu option.tu yang tinggi kadar bunuh diri tu.
Betulkan la kenyataan kalau salah.hehe.
p/s: panjang lagi komen ni.
-kesian kena cucuk2 dengan sensei.sabarlah.
kalau saya dah menangis-nangis da.
hati manusia akan lembut lama-lama nanti.
Insya Allah.saya doakan dari jauh.[fuhh tiup]
Balas komen ini.
Al-Irfan berkata,
May 23rd, 2008 at 1:38 am
Oh. Benar juga. Sesusah mana pun seseorang itu, pasti akan kembali juga kepadaNya.
Ibarat sedutan lagu Senario, (Sebelum Sesudah)
“Sesudah dapat susah,
baru nak cari sejadah,
begitulah sifat manusia,
hanya ingat Tuhan bila di dalam kesusahan.”
Balas komen ini.
Ikhwan™ berkata,
October 7th, 2008 at 9:45 am
Salam..
Cacian dibalas dengan pujian,
Kekejian dibalas dengan kemuliaan,
Kejahatan dibalas dengan kebaikan,
Moga2 hati yang keras berapi akan padam lembut dengan curahan air..
“Peace”
Balas komen ini.
nurul0505 berkata,
October 24th, 2008 at 3:35 pm
insyaAllah,,,nak pergi jugak
bila susah…Alhamdullilah
bila senang…Alhamdullilah
Balas komen ini.
naji berkata,
October 30th, 2008 at 10:39 am
salam..
kagum aku kat ko..
kalau kat malaysia ….lama dah sensei macam di di buang …hu hu
apapun ikhlas lah terhadap takdir Allah
Balas komen ini.
Doa yang tak dimakbul Tuhan. : : SangPelangi berkata,
February 9th, 2009 at 9:57 am
[...] Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini. [...]
Surat dari Pembaca #3 : : SangPelangi berkata,
June 18th, 2009 at 8:17 pm
[...] rasanya aku sudah cukup dipengaruhi, lebih-lebih lagi setelah aku di’bentuk’ oleh Funada Sensei. Seperti kata Ustaz Hasrizal, di dalam diri Jepun ada nilai islam yang tiada pada muslim (sumber). [...]
faiizah berkata,
October 12th, 2009 at 8:37 pm
saudara irfan,boleh berikan sedikit pandangan mengenai menyambung pangajian diluar negara.saya sedang dalam perancangan untuk menyambung pengajian ke luar negara.jika tidak keberatan, sudi kiranya ditumpahkan sedikit ilmu dan pengalaman yang sarat dibawa oleh saudara.
Balas komen ini.