Harga Sebenar Barang Terpakai
Teringat satu peristiwa ketika sesi ta’aruf di Winter Gathering tempoh hari, peserta disaran memperkenalkan diri, dengan satu soalan tambahan yang berbunyi,
Apakah dua perkara, yang orang lain tak tahu tentang kamu?
Soalan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya aku punya minat yang mungkin semua orang tidak mengetahuinya; iaitu membeli barangan terpakai, atau biasanya disebut second hand.
Membeli barangan terpakai pada aku memberi berjuta makna yang mendalam. Jangan tak tahu, aku selalu diperlekeh atau kadang-kala disoal mengapa mesti barangan terpakai yang menduduki carta utama. Walhal banyak lagi produk keluaran terkini, lebih canggih, yang ada kala harganya jauh lebih murah, bahkan tiada secalit calar.
Era 90-an, tika negara dibadai arus kemuncungan minat terhadap produk kelas kedua (jika boleh aku istilahkan sebegitu), dirancak lagi pembukaan barisan kedai-kedai yang digelar ‘kedai bundle’ atau reject shop, membuatku senang dan tak merasa bersendirian.
Pernah sekali seorang hamba Tuhan, dengan wajah kerut beribu sedikit mengejek,
Ishh.. Entah pemilik asal seluar itu menghidap HIV, siapa tahu?
Kamu tahu? Biarpun benar telahanmu itu, usahkan setitis kesal pun yang menitis kerana membelinya. Ya, silakan didik anak cicitmu membakulsampahkan hasil gunaan orang, aku tak halang. Tapi ketahuilah, dengan katamu yang meracun itu, mencermin taring prejudismu yang membunuh.

G-Shock Thermometer, bernilai 2000 yen (RM60) dibeli di Mishima, Jepun Mei 2006.
Contohnya ketika membeli jam ini. Sekonyong-konyong terbit satu perasaan berlainan dalam diri. Ya, pasti ditawa orang, aku membayar bukan setakat dengan kertas wang ringgit, turut terselit sebuah perasaan lain ketika helaian yen dihulur.
Tubuhnya yang tiada calar, papan nombornya yang sedikit kuning dicorak usia, menayang jelas betapa teliti si pemilik asal memeliharanya. Di baliknya, tersimpan satu falsafah yang tersorok dalam diriku. Iaitu, membeli barangan terpakai, ibarat menyambung harapan si pemilik asal.
Contoh lain, jelas tergambar segelintir kaum Adam yang sanggup berlecun peluh menyental tubuh motokar tidak bernyawa. Lagi melucukan, hingga me’nidur’kannya di dalam kelambu (baca: garaj), atau memakaikannya sepasang baju tidur (baca: sarung hujan). Katanya, inilah isteriku yang kedua. Benar, kan? Memiliki sesuatu, yang selama ini kau mimpi dengan berhempas-pulas, semestinya tersemat cita untuk menjaganya dengan baik. Tika sampai masanya ia perlu dijual semula atas sebab tertentu, silakan tanya apa perasaan mereka.
Namun, mewariskan berapa pun nilainya sesuatu harta, tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Bila tiba satu saat di mana kau terpaksa melepaskan ia, dengan seribu harapan generasi warisan kedua itu dapat menyambung tumpuan kasih sayang, seperti mana kita menjaganya pada awal kita memilikinya.
Begitulah perasaan seorang ibu yang pada akhirnya, atas sebab yang tak dapat dielak lagi, dengan berat hati terpaksa melurutkan ikatan sayang akan anaknya kepada orang ketiga. Jerit pekik melahirkan anak comel itu diimpi berbayar dengan doa secara tunai, agar anak itu membesar sempurna, bak sebutir benih yang tumbuh menjadi pulau suatu hari nanti. Amin.
P/s: Membeli barangan ‘tangan kedua’, adalah sikap minda kelas pertama.
en_me berkata,
December 31st, 2008 at 4:21 am
hi sangpelangi ittewww.. selamat tahun baru bebbb
Balas komen ini.
yatie berkata,
December 31st, 2008 at 4:41 am
hi efun..
lain benar perspektif kamu terhadap barang 2nd hand..1st hand @ 2nd hand itu terpulang pada citarasa masing2.Tp bg diri saya,saya lebih suka beli barang2 yg baru asalkn cantik&murah,tp itu bkn bermakna sy memperleceh@memperlekeh orang yg suka membeli barang 2nd hand..itu minat masing2..
p/s: memperleceh @ memperlekeh???.memperlekeh yg plg sesuai kot.
kalau saya word “leceh=menyusahkan”..hehehe kita mmg berbeza.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 31st, 2008 5:30 am:
Terima kasih Yatie atas teguran. Sudah pun saya tukarkannya.
Balas komen ini.
yatie berkata,
December 31st, 2008 at 4:56 am
opsss baru perasan..”aku pasti bahagia kalau bahasa SMS dapat dikurangkan”.
(maklumlah baca tanpa kaca mata).
Balas komen ini.
ainiaziz berkata,
December 31st, 2008 at 7:32 am
Paling suka dengan ayat/motto terakhir:
“Membeli barangan ‘tangan kedua’, adalah sikap minda kelas pertama”
wah, penyebaran mentaliti ni.
Saya tiada halangan atau prejudis dengan barangan kelas kedua. Even, di Malaysia pengusaha baju-baju bundle bisa mengaut pendapatan bulanan mencecah RM 15 000. (Kebetulan salah seorang respondent untuk reseachku).
Tapi, pernahkah kamu tgk cerita “House”?
Hm..pastikan pakaian terpakai yang dibeli kelak tidak disembur dengan racun2 perosak yang tidak sepatutnya.
Dan basuhlah sebelum menggunakan barangan tersebut.
Jadilah pengguna yang bijak
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 31st, 2008 11:50 pm:
Haha. Tak adalah sampai nak menyebar mentaliti. Entri ini sekadar luahan terbuka.
Cerita ‘House’? Tak pernah tengok. Nanti aku cari kalau ada kesempatan.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
December 31st, 2008 at 7:33 am
Bismillah…
Pernah denga car boot sale? Rasanya, itulah istilahnya. Masyarakat Barat menitikberatkan hiasan dalaman (interior design) rumah mereka. Kadang dari satu tema design, bertukar ke tema yang lain. Barang2 hiasan yang tidak digunakan (tetapi masih baik-hanya sebab bertukar tema) akan dijual. Selalunya, lokasi jualan ialah di hadapan garaj kereta mereka atau belakang rumah atau dipamer di halaman rumah. Mereka yang ingin beri suasana baru dalam rumah pula akan berbondong-bondong mencari lokasi ini.
see…. second hand goodies tidak pn dipandang remeh. Yang memandang remeh itu, mereka yang tertingal arus agaknya… ^^
‘Car boot sales are a way of focusing a large group of people in one place to recycle still useful but unwanted domestic items that previously would have been thrown away. ‘
ini kata en wikipedia… ^^
Membantu menjimatkan ruang pembuangan sampah, bantu jimat benda yang masih elok.
Tapi aku tak gemar beli barang second hand di Malaysia sebab tak nak ambik risiko. Kadang cantik di luar, seribu kerosakan di dalam. Terutamanya barang elektronik macam handphone, laptop. Kadang pn kereta.. Itu jak sebabnya.. ^^
p/s: rindu sungguh tulisanmu. Lama mandom. Cuti kahwen kah?
p/s lagi: Camna nak tetapkan avatarku sendiri di blogmu? Aku tidak suka avatar merah itu. huhu…
cikgu_eya telah menulis tentang Aku mahu pinjam.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 31st, 2008 11:54 pm:
Lihat? Kau pun sudah tak percaya pada barang di Malaysia. Jangan lupa ya, yang harus dibimbangi adalah sikap menjaga harta benda oleh orang kita.
p/s: Aku baru pulang dari program di Toyama. Avatar boleh kamu letak di Gravatar jika mahu.
Balas komen ini.
Alzafran berkata,
December 31st, 2008 at 8:55 am
perkataan membakul sampahkan tu kne rapat..
sbb ipan jdikkan kate kerja, lg satu ipan gune imbuhan ‘mem’ ngn ‘kan’ dlm dua kata nama…kne rapat bru jdik kate kerja..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada December 31st, 2008 11:56 pm:
Iya, iya. Sudah dibetulkan, terima kasih.
p/s: Dah mula menjual nampaknya?
Balas komen ini.
hariz hazwan berkata,
December 31st, 2008 at 10:07 am
wah. menarik. tak pernah terfikir mengenai falsafah menyambung harapan itu. di jordan, bundle nya mantap [datang dari negara barat]. murah-murah. dan, aku selalu memborong barang bundle di sini. hehe. kalau buat bisnes bila balik malaysia, boleh kaya. haha. tapi, itulah, masyarakat kelas pertama adalah golongan yang konservatif dalam penjagaan barang. mereka sememangnya cermat. tapi, sayangnya, rakyat malaysia tidak lah sebegitu majoritasnya. jadi, untuk menuju ke arah minda kelas pertama untuk menggunakan barang kelas kedua, rasanya, kita perlu melaksanakan sikap masyarakat minda kelas pertama iaitu cermat dalam menjaga barangan. mungkin?
hariz hazwan telah menulis tentang 1430,Tahun Baru dan Ritual. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:00 am:
Nampaknya, kita dalam geng yang sama. Hihi. Nanti kau ambil gambar kedai-kedai itu ya?
Semuanya kembali kepada sikap manusia itu sendiri, kan?
Balas komen ini.
hariz hazwan membalas pada January 1st, 2009 6:31 am:
haha.nanti. boleh saja. kalau yang “otai” bundle tu tahu la di mana lubuk yang hebat. aku sedang belajar mencari lubuk. haha. kalau hebat, evisu pun boleh jumpa. harga? sama saja. dalam 3-4 JD. [darab 5 untuk wang Malaysia] kalau di Msia, yang bundle pun, evisu, berapa?
hariz hazwan telah menulis tentang Yang Akhir Wujud Kerna Ada Yang Awal. Mari baca!!
Balas komen ini.
damai berkata,
December 31st, 2008 at 11:07 am
salam buat sang pelangi yang agak lama sunyi tanpa berita ^^
tangan pertama atau tangan kedua…nilainya bergantung kepada yang memakai…kalau yang memakai itu teliti cermat orangnya,tangan kedua akan dianggap sebagai tangan pertama….begitu juga sebaliknya…
hmm..tidak tahu apa yang hendak ditulis sebenarnya…sekadar ziarah…salam ma’alhijrah ^^
damai telah menulis tentang diri yang sejahtera…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:02 am:
Selamat berziarah dan terima kasih kerana menjenguk sihat sakit SangPelangi ini.
Balas komen ini.
ashaf berkata,
December 31st, 2008 at 11:17 am
1st vs 2nd vs 3rd etc…terpulang pada pengguna untuk memilih. kuasa membeli ada pada yang berwang…ehe
mahal vs murah…bukan perihal utama, paling penting hati dah berkenan.
lain orang lain persepsi
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:09 am:
Lain orang, lain persepsi.
Aku tak ingin diberitahu, bahawa setiap orang punya pandangan berbeza. Yang aku benar-benar ingin tahu, adalah pandangan itu sendiri. Seperti pandangan kamu, kuasa membeli juga yang berkuasa. Itulah yang aku hargai. Terima kasih, Ashaf.
Balas komen ini.
rudy berkata,
December 31st, 2008 at 11:18 am
sy suka yg ini–> membeli barangan terpakai, ibarat menyambung harapan si pemilik asal. fuh…abg ada 3 gshock. semua asbg bg kwn2. hnya 1 yg abg simpan utk kngn tp dah rosak.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:11 am:
Tiga?
Ini memang betul peminat G-Shock.
Balas komen ini.
Ezairy berkata,
December 31st, 2008 at 12:24 pm
Wah, menarik entri ini!
Aku memang tak pernah menganggap barang secong hand sebagai mutu kelas kedua. Yang penting, selagi ianya mampu memberi kepuasan kepada si pemilik, apa salahnya untuk kita membeli!
Ezairy telah menulis tentang CEDIZER-XX. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:32 am:
Semestinya aku selalu puas. Hihi.
Balas komen ini.
Hilmi berkata,
December 31st, 2008 at 12:31 pm
Aku jarang membeli barangan terpakai namun aku sedar yang hakikatnya barang terpakai kadang-kadang lebih berbaloi membelinya berbanding barangan baru.
Baru atau terpakai, mana-mana pun boleh, asalkan tidak membazir.
Oh, aku benci akan barangan tiruan. Bagi aku, jenama yang murah tidak apa. Namun jika barangan tiruan, membelinya adalah satu penipuan.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:26 am:
Ada lagi satu yang harus kita waspada. Kena tanyakan juga barangan terpakai itu dari mana asalnya. Dibimbangi hasil rompakan atau curian yang mereka kerjakan selama ini, nauzubillah.
p/s: Hehe. Aku teringat satu jenama Adibas.
Balas komen ini.
ami berkata,
December 31st, 2008 at 1:05 pm
(wah, komen pertama saya di Sang Pelangi setelah beberapa bulan mengikutinya
)
Tidak pernah terjangkau di fikiran saya tentang harga sebenar barang terpakai ini.
Apa yang saya tahu, waktu kecil- kecil dahulu bila saja menerima barang terpakai berupa pakaian, beg, buku atau permainan dari kakak, saudara atau kawan- kawan, hati saya pasti melonjak gembira
Apapun, saya menyokong falsafah ini:
“…membeli barangan terpakai, ibarat menyambung harapan si pemilik asal.”
Terima kasih atas entri yang telah membuka minda saya ini=)
ami telah menulis tentang Kalam buatmu sahabat. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:17 am:
Pemberian barang yang paling kita sayang pada seseorang, adalah pemberian paling bermakna.
p/s: Berbulan-bulan kau membaca sepi? Wah benar-benar istiqamah nampaknya, ya. Teruskan berkeliaran di sini.
Balas komen ini.
muFFin berkata,
December 31st, 2008 at 7:12 pm
Tengok dulu apa yang mahu dibeli. Jika buku, ada yang suka membeli buku terpakai. Jika kamera, ada yang suka beli yang baru. Yang penting ada kualitinya barulah si pengguna akan senang hati.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:15 am:
Fuh. Buku terpakai. Biar harganya naik turun, nilai isinya itu takkan sedikit luntur direput zaman. Teringat dulu sewaktu kecil, Abah selalu bawa aku ke pesta buku, memborong buku lama, baru dan terpakai. Tiada beza dengan yang asal.
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
December 31st, 2008 at 8:20 pm
salam, bergantung kepada pendapat individu. dan jenis barangan.
tapi, barangan terpakai itu pasti ada banyak sejarahnya kan?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:30 am:
Setiap di sekeliling kita semestinya sejarah. Masakan kita lupa, bahawa kita pernah diajar menulis karangan biografi ketika di bangku sekolah dahulu? Menarik, bukan?
p/s: Arkh. Tolong. Aku sedikit alergi dengan ayat “bergantung pendapat individu”. Pendapat itu yang ingin aku tahu. Harap memahami.
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
December 31st, 2008 at 8:37 pm
Salam buat semua~
Recycle. Barang ‘second hand’ ni adalah satu cara kitar semula. Macam [cikgu_eya] cakap tentang car boot sale tu. Barang tu boleh pakai lagi, kalau tak dipasarkan semula, nak campak ke mana? Lagipun ada orang yang nak pakai lagi, contohnya macam Sang Pelangi ni.
Tapi semuanya atas budi bicara masing-masing. Seperti kata [hariz hazwan], masyarakat kita ni kurang cermat dalam penjagaan harta benda mereka. Tengok juga lah barang apa yang nak dibeli, macam kata [muffin].
p/s: Saya sangat suka dengan barang-barang antik. Makin lama, makin banyak sejarahnya. Barang macam ni dah berapa ‘hand’ agaknya.
wan nurul adila telah menulis tentang Pi mai pi mai tang tu ke?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 12:37 am:
Barang antik ni kalau nak diulas, mungkin ke lembaran lain pun tak sudah agaknya. Lagi banyak ‘hand’, lagi tinggi harga. Huhu.
Balas komen ini.
nahwanNUR berkata,
January 1st, 2009 at 12:45 am
Assalamualaikum,
berbicara soal membeli barang ini perihalnya pelbagai. Barang 1st hand mahupun second hand itu terletak kepada jenis dan kebolehdapatan.
Bila berbicara soal barang second hand, saya jadi teringat kepada perihal saya dan abang sewaktu kecil. Walau berbeza jantina, pasti pakaiannya kelak akan menjadi milik saya. Seakan iklan raya tahun ini, baju saya jarang yang baru. Tapi semua itu bagi saya tiada hal nya. Asalkan mak dan ayah tetap memberi saya baju. Walau seakan lelaki, tetapi masih bukan soal besar kerana saat itu saya masih kecil.
Sekarang, jelas saya dan abang tidak boleh berkongsi pakaian
p/s: agak susah mencari jubah, tudung, baju kurung di bundle. Siapa jumpa bolehlah beritahu saya
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 1st, 2009 2:15 pm:
Aku teringat sekali lagi waktu kecilku, 5 adik beradik lelaki mewariskan baju si abang tahun demi tahun. Pernah sekali aku mengeluh tanpa kenal erti malu. Akhirnya mereka berkorban untuk membelikan kami baju baru.
Terasa malu sehingga kini.
Balas komen ini.
khalifmujahid berkata,
January 1st, 2009 at 5:48 am
salam, anda berjaya menerima award!! so sila claim award anda di blog saya
Balas komen ini.
fyna berkata,
January 1st, 2009 at 10:24 am
pertama kali menjejaki sangpelangi.sgt menarik
Balas komen ini.
umaralfateh berkata,
January 1st, 2009 at 2:22 pm
sudah lama tidak meninggalkan kesan disini.
kamu sudah mahu mendirikan rumah tangga?..
tahniah, muda2an dilapangkan lagi nikmat, dimurahkan rezeki, dan diberkati umur kamu..
(hihi…lain benar dari entri kali ni..sekadar macam menangkap ayat-ayat terkahir kamu tentang berat seorang ibu melepaskan anaknya..)
salam maal hijrah..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 3rd, 2009 3:16 pm:
p/s: Ceh. Tiba-tiba kau tanya aku dah kahwin atau belum. Carilah soalan lain. Haha.
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
January 1st, 2009 at 7:59 pm
‘Warna-warni’ entri sang pelangi memberi input yang cukup bagus pada hari Jumaat yang penuh baraqah ini. Terima kasih.
Balas komen ini.
En Kid berkata,
January 1st, 2009 at 10:41 pm
Membeli barangan ‘tangan kedua’, adalah sikap minda kelas pertama.
Sikap minda kelas pertama perlu dipupuk. Ayuh kita gegarkan pandangan pesimis sesetengah orang terhadap barangan ‘tangan kedua’.
En Kid telah menulis tentang Siapa Dia?. Mari baca!!
Balas komen ini.
iedALova berkata,
January 2nd, 2009 at 1:22 pm
Salam… tapi bagi saya pula, saya tak menolak untuk membeli barangan second hand. Bergantung kepada jenis barangan tu. Contohnya kalau baju,jaket, majalah atau buku.. ok je.
Tapi kalau barang yang nak guna lama, macam keta, laptop, kamera dan handphone lebih baik pilih yang betul-betul berkualiti(selalunya yang 1st hand). Kalau belum mampu saya akan berusaha kumpul duit sampai mampu. Seorang pensyarah saya pernah berkata memilih barang, seperti memilh pasangan hidup. Jarang sekali seorang lelaki akan pilih gadis yang tak suci. ‘Biar alah membeli, menang memakai’.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 3rd, 2009 3:19 pm:
Pilih barang, biar sama macam pilih pasangan hidup. Tapi, pilih pasangan hidup, tak sama macam memilih barang, tau. (err.. faham ke?)
Balas komen ini.
iedALova membalas pada January 5th, 2009 10:26 am:
betul, saya faham..lebih banyak perkara kena pertimbangkan kalau nak cari pasangan hidup..
Balas komen ini.
indrasakty berkata,
January 3rd, 2009 at 3:00 am
Aku juga menyokong trend menggunapakai barangan terpakai. Tetapi bukan kerana terselit sebarang falsafah di belakangnya. Hanya kerana harganya yang juga terpakai.
Tetapi benar, bila menggunakan barangan terpakai kau boleh berfikir. Menilai kemampuan yang ada pada orang yang tidak berkemampuan, merasai kekurangan daripada kekurangan. Ah, apa saja pun boleh kau fikirkan kalau mahu.
Yang penting, jangan mudah mencerca, ok?
indrasakty telah menulis tentang Mencari Makrifat. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 3rd, 2009 3:58 pm:
Aduhai. Aku baru saja nak katakan ayat itu,
Kau boleh membaca minda orang.
Balas komen ini.
amaina berkata,
January 4th, 2009 at 8:58 am
assalamualaikum.
menarik sungguh entri kali ni yek?dah la lama kau tak update.
maaf lama tak menjenguk.menjadi nomad cuti-cuti ni….
bagi aku,tak ada salahnya pakai barang 2nd hand.kalau disini,barang 2nd hand nya elok.puas hati membelinya.-to date,kamera aku sekarang adalah display model dan kamera aku sebelum ini adalah 2nd hand.banyak lagi.-
bukan semua barang 2nd hand xelok..n bukan semua elok…
*wink*
p/s:bukan ke kau yang dapat baca minda orang?
hehe
amaina telah menulis tentang . Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:48 am:
Betul juga. Tak semua jenis barang patut kita guna yang terpakai. Apa-apa hal pun entri ini sekadar menyatakan, membeli barang terpakai mempunyai falsafah di baliknya.
p/s: Aku dapat membaca minda? Hmm.. tak mungkin.
Balas komen ini.
abrar berkata,
January 5th, 2009 at 12:05 am
satu hobi yang unik dan menepati budjet…hehehe
abrar telah menulis tentang satu langkah kecil. Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
January 6th, 2009 at 10:04 pm
herm.. menarik. Aku tak pernah membeli barang ‘second hand’ selain buku.. sebab aku memang suka membaca.. Lagipun, isi kandungan buku tak berubah pun walau sudah berpuluh tahun..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 2:15 am:
Tapi, tulisannya sedikit meluntur, atau kertasnya pasti merapuh. Jaga-jaga dalam menyimpannya, ya. Gunakan ubat gegat (seperti yang tertera di papan iklan).
Balas komen ini.
iliana berkata,
January 6th, 2009 at 11:23 pm
aduhai teringat dulu-dulu..jika nak ‘trede in’ barang, pasti semalaman aku merenung barang tu puas-puas. bila dah sampai kedai pun rasa tak nak lepaskan barang tu. betullah, setiap pemunya pasti akan berharap penyambung barang tersebut akan menjaganya dengan baik..
iliana telah menulis tentang SUGAR BABES. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada January 9th, 2009 1:52 am:
Itulah perasaan setiap pemilik asal setiap benda di kedai barangan terpakai, tahu. Aku dapat satu idea untuk strategi pemasaran kedai macam ni. Apa kata, sebelum menukar barang, pemilik asal tuliskan sebuah ucapan tertentu untuk disertakan bersama tanda harga. Pasti menarik!
Balas komen ini.
iliana membalas pada January 9th, 2009 9:49 am:
apa kata kamu praktikkannya dulu..kalau berkesan, boleh la digunapakai..
p/s : kalau aku, takut jadi karangan la pula
owh ya, ada sebuah kedai perabot menggunakan cara promosi harga yang sangat unik. pada setiap harga ada diletakkan sedikit ayat seperti “kalau anda rasa saya comel, belilah saya”..
iliana telah menulis tentang SUGAR BABES. Mari baca!!
Balas komen ini.
Putera Kashah berkata,
January 13th, 2009 at 9:42 pm
Irfan,
Kamu buat apa di Jepun?
Kalau kamu biasa di sana apa kata kamu bantu saya untuk berniaga barang 2nd hand dari sana? Kalu kamu kesudian jangan lupa hubungi saya ya.
Balas komen ini.
ibu izzul berkata,
September 1st, 2009 at 4:10 am
saya berpendapat membeli barangan terpakai adalah satu cara kita berjimat. sekarang nie pn banyak barangan terpakai yang berjenama dan mudah dimiliki . kalo nak beli yg baru tu,alahai…mahalnya..disamping itu, kita pn dapat menyokong kempen selamatkan bumi.kenapa perlu perlekehkan pula?
Balas komen ini.
loque berkata,
September 8th, 2009 at 7:34 am
Aku suka artikel ni . Sehingga memaksa aku menulis dibahagian komen kerana kesukaan yang amat sangat .
(sebenarnya aku ni jenis yang susah mengomen)
Balas komen ini.
xierra membalas pada October 8th, 2009 11:21 am:
suka sekali kalu 2hnd buku… murah tpi q tak berubah..
Balas komen ini.
cerezo berkata,
December 13th, 2009 at 8:35 am
smekom..
sy nak tnye.. mn nk jual barangan trpakai slain dr mudah.com.my…….?
Balas komen ini.
shark berkata,
December 30th, 2009 at 8:13 am
mcm ni la……..
aku ni meniaga barang 2nd, bukan pe….
ape kate biarkan kite orang cari rezeki yang halal….
leh kan?
thanks… salam…
Balas komen ini.
aen berkata,
March 9th, 2010 at 4:49 am
salam,
sy ni skrg tngah mebuat thesis pasal barang second-hand or bundle ni tau .tp ada masalah nak pastikan bilakah sebetulnya budaya dan perkembangan second-hang ni mula kat malaysia dah pi banyak tempat dah tapi macam x ade fakta yang boleh dipastikan . so kalau leh tolong tak klu ada sesiapa yangtau mungkin kita boleh la kongsi pandangan dan maklumat bersama.
TQ
Balas komen ini.
erin berkata,
May 3rd, 2011 at 3:34 am
i like 2nd hand..leh nego,byk choice..hehehe..
Balas komen ini.
aznizza berkata,
May 10th, 2011 at 8:41 am
boleh tak kalau saya nak copy text awak ke dalam blog saya . menarik sangat .
Balas komen ini.