Gusar (edisi Monolog)
Hati ini semakin gusar.. sering tertanya pada diri, apakah sebenarnya cabaran ini?
setiap waktu tidurku dihanyut resah, inikah rezki, atau kita sedang diuji?
.
Engkau mahu apa? minta sahaja.. akan aku tunaikan..
Engkau benci apa? serulah namaku..akan hindar dari segala apa yang kamu benci..
Engkau kepinginkan siapa? padukan namanya dalam seru sendu pintamu..nescaya si dia menjadi milikmu..
Engkau perlukan sesuatu? jangan ditagih pada yang lain..percayalah,ia kan jatuh sepintas guruh..
Engkau sedih terharu? Hendak barang pengikis sayu? yaa..nantikan saja, terhibur jua tanpa bicara..
.
APA LAGI KAU MAHU? APA LAGI KAU BENCI? APA LAGI PINTAMU? ….pintalah pada yang satu..Pada YA RABBI..pemilik alam kekal abadi, berkuasa penuh mutlak hakiki..
.
AKU…
AKU…
AKU CUMA…
AKU CUMA MAHU..
ITU..
YANG ITU TU.. ;(
.
Memang benar, tak kusangkal sekali pinta, terjelupuk jatuh ke riba..
Aku tak hairan, dudukku atas tikar hamparan, meluang masa tenangkan fikiran, cuma meminta dengan sekali rayuan..
Segala hendakku kau tunaikan..segala mahuku Kau turutkan..
.
Tetapi cuma satu..
Aku tak mahu harta…
aku tak mahu dunia..
aku tak mahu sihat perkasa..
.
AKU CUMA MAHU YANG ITU…
.
Janganlah inginku ini kau kurnia dengan murka,
Janganlah sihatku ini kau beri dengan benci,
Janganlah rezki yg kau limpah terselit marah,
.
APA YANG AKU MAHU ADALAH INI…TIADA LAIN CUMA YANG INI
YA TUHAN…
Jauhkan aku pada Alpa.. Salutkan aku perisai rahmat, Tembokkan aku dengan iman
Janganlah ini yang dikatakan ISTIDRAJ..
INILAH SEBENARNYA YANG KU MAHU…
.
===================================================================
satu hari tu..ramai org kt cni sakit..tapi aku tak sakit.. sampaikan ada seorang hamba Allah tu bertanya kt aku..
“Eh, ifan, kau tak sakit ke? kau tak pernah sakit pun sejak datang sini kan?”
“Bagusnya antibodi kau..Bagi la sikit antibodi kau tu kat aku..kasihan aku selalu demam..”
tiba-tiba aku terasa insaf dan tersangatlah sedih..
bukan sebab dia sakit, atau sebab aku tak mampu beri antibodi pada dia..
tapi, sebab aku tak pernah sakit..tetapi bukan sakit yang aku nak..
memang benar dalam doaku selalu ku minta agar dijauhkan sakit..tapi aku takut..aku gementar..
bimbang ini satu ujian…
==================================================================
.
SIHAT USIA, HARTA DUNIA….itulah Ujian..
(pesan arwah atok.. siapa lagi ingin ku kongsi sedih bersama?) ;_(
Amira berkata,
January 7th, 2007 at 10:42 am
dlm hidup ni, byk perkara yg kita x sedar.. bhw, perkara yg berlaku itu adalah kerana doa atau permintaan dari dalam hati kita.. hambaNya..
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Subhanallah!
Balas komen ini.
fAtHiHaNuM berkata,
January 7th, 2007 at 10:42 am
kita bgaikn saudagar mlayar bahtera mlalui lautn y luas mnuju destinasi,
tentu byk halangn..
tentu byk rintangan & cubaan..
kpd siapa harus kita bgantung?
kpd siapa harus kita blindung?
tentunya kpd y ESA
Tuhan y Maha Pemurah & Maha Penyayang,
usahamu mcari kredhaanNYA..nilaian bharga mperoleh plindungan,
btawakallah kpdNYA dlm mnempuh lautan luas,
agar slamat smp ke destinasi y mahu dtuju.
Balas komen ini.
insan biasa berkata,
July 12th, 2008 at 12:28 pm
erm..
insan biasa telah menulis tentang Sabarlah hati…. Mari baca!!
Balas komen ini.