Faizal Tahir ke-2 bakal lahir?

Pada July 12th, 2008, ia ditulis oleh Al-Irfan

Baiklah, entri ini sedikit ber’bau’ hiburan dan mungkin ini kali pertama aku mencuba-cuba untuk menulis artikel berbentuk berita industri seni tanahair negara (walaupun hati tetap berkata tidak, tapi tangan gatal untuk menaip)

Entri ini ditulis tatkala sedang menempuh peperiksaan kemasukan ke Universiti Fukui selasa ini. Aku disuruh tonton sebuah video di Youtube oleh kawan sekolahku, Hisyam. Lagu M.Nasir bertajuk ‘Apakolips’, dibawakan oleh dua penyanyi (popularkah? mungkin juga) iaitu Faizal Tahir, dan bekas peserta AF5, Aizat Amdan.

Sepanjang menonton, sedikit terkejut bila Faizal menyebut yang Aizat itu sebagai adiknya. Walau aku tahu mereka berdua ber’bin’kan berlainan, aku sudah terbayang sebuah wajah yang mirip-mirip Faizal Tahir di benak yang pernahku lihat sebelum ini. Tapi di mana, ya?

Pencarianku semakin menumpu, setelah menonton sebuah video klip Aizat Amdan. Tertulis nama penulis lagu tersebut, Anas. Tapi lagu “Hanya Kau Yang Mampu” itu ditulis oleh abangnya sendiri, iaitu Anas Amdan. Aku percaya Anas yang berbinkan Tahir mungkin ada sedikit persamaan.

Anas Tahir, kiri sekali bersama Far East dalam ‘Halawatul Iman’.

Tak dapat aku pastikan Anas bin Tahir ini adalah adik kandung kepada bekas kumpulan Mirwana itu atau tidak. Tapi menurut berita yang dibawakan oleh MStar, ia ternyata benar. Lelaki genit ini telah lama aku perhatikan sejak aku mengikuti pengajian bahasa Jepun di UTM(KL) Jalan Semarak sesi 2004/2005 yang lalu.

Walaupun terpaksa menolak pelawaan sahabat untuk menyertai ujibakat gerakan nasyid di UTMKL dulu, aku masih tetap mengikuti perkembangan kumpulan Najmee (nasyid UTMKL). Perwatakannya dari pandangan luarku, beliau seorang yang merendah diri, berjalan menundukkan kepala dan mudah tersenyum, membuatkan aku merasakan beliau ini bukan sembarangan. Apatah lagi mendengarkan suaranya di kala kemunculan beliau di gelanggang pentas bersama kumpulan Najmee, mendendangkan lagu Rabbani bertajuk Cahaya. Suaranya seperti punya ‘aura’ misteri. Ada juga beberapa persembahan beliau yang sempat aku ikuti. Paling tak lupa, persembahan mereka bersama Saujana, Far East dan Mestika.

Dua dari kiri, bersama Far East dalam ‘Nur Syahadah’

Ada sebuah lagu diketengahkan oleh kumpulan Najmee yang sempatku rakam semasa sambutan Hari Kemerdekaan di perkarangan UTMKL 2005, bertajuk ‘Redha’. Lagu Redha pada pandanganku, sebuah lagu yang catchy dan jelas mesejnya. Ada juga sumber kuat yang mengatakan lagu ini dicipta oleh Anas Tahir sendiri. Dua kali sempatku dengarkan, walaupun Anas ketika itu sudah meninggalkan arena nasyid ‘bawah tanah’ setelah dilamar oleh kumpulan Far East.

Bersama kumpulan Far East (2005), beliau sempat merakamkan dua album bersama mereka iaitu “Halawatul Iman” dan “Nur Syahadah”. Kemudiannya, beliau meninggalkan pula arena nasyid ini untuk melanjutkan pelajarannya ke Swansea Universiti. Posisi beliau di dalam Far East digantikan pula oleh Faisal Abdullah yang kemudiannya bertukar haluan ke Akademi Fantasia Enam (AF6).

Setelah lama tidak mendengarkan berita Anas Tahir, aku ditemukan dengan sebuah klip video yang diupload beliau sendiri. Klip lagu “Allah Knows” (nyanyian asal dari Zain Bikha) oleh Anas Tahir ini telah menceritakan segalanya, bahawa anak muda ini tidak mungkin berehat dalam bidang seninya.

[youtube]http://jp.youtube.com/watch?v=hJO7gnZ60dg[/youtube]

tonton video lain yang diupload oleh Anas Tahir di sini.

Mesej peribadi buat Anas Tahir, jika membaca entri ini, satu ucapan ikhlas dariku buatmu. Teruskan berjuang sekiranya kau rasakan bidang ini bisa membawa mesej ketauhidan buat kita. Banyakkan merenung diri untuk mencari di mana kekuatan dan kekurangan diri. Aku akan sentiasa di belakangmu, selagi kita di jalan yang sama.

Kepada pembaca SangPelangi, aku pautkan kalian ke blog Fotopages Anas Tahir di sini.

p/s: Dalam politik ada lompat parti. Dalam seni pun begitu juga. Berhati-hatilah meniti jejambat jihad.

Jika punya waktu, silakan menjenguk ke entri saya yang lain, ya. Klik tajuk di bawah.