Erti Perjuangan.
Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.
Aku terbangun.
Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi?
***
“Datang sahabat nabi yang sudah terbakar tubuh belakang, bertanyakan Rasulullah SAW; mengapa tidak Allah timpakan saja mereka (penentang dalam perang) dengan kekalahan?” -petikan kisah sirah di zaman perang oleh Abang ZZ (bukan nama sebenar).
“Bayangkan, itu sahabat nabi yang sudah tubuh belakangnya terbakar hangus, baru dia bersuara bertanyakan sebegitu. Kita yang duduk, baring, makan, tidur ; layakkah kita mempersoalkan tentang soal kemenangan?” Abang ZZ bersuara lantang. Kata-katanya benar-benar menikam kalbu.
Aku sedikit menangis. Sudah sedikit meleleh, tapi ku tahan juga dengan gelak tawa dek senda gurau Abang ZZ. Bimbang muslimah di sana nampak aku lelaki yang segagah ini sedang menangis. Biasalah. Ego seorang lelaki.
***
Sekembali ke rumah, “Mimpi bertemu Rasulullah SAW dot mp3 ” jadi santapan. Entah berapa juta kali ku putarkan di iTunes.
“Wahai sepatu, sudah banyak kau berjasa pada Baginda. Kau menjaga kaki kekasih Allah ke mana saja. Tapi aku.. aku… uhuk-uhuk..” getaran tangis Ustaz Harun Din itu membuat aku turut esak.
***
Musafir.
Ya Tuhan,
tiupkan serakan pantai hati ini,
dengan debuan pasir keampunan,
panahkan murung mendung,
dengan gentur silauan jihad.
Aku ingin di jalan Mu,
benarkan aku memegang panah,
atau pembawa minuman untuk syuhada’.
.
Al-Irfan,
15012008 Shizuoka,
.
P.S : Terima kasih barisan Da’ei. Selama aku bernafas, pengisian kalian benar-benar menyuluh jalan. Janji itu akan aku pegang sehingga ke akhir detakan nadi. Doakan aku di jalan Dia. Allahu Akbar.
Tiada katakunci yang telah saya set.

























bayan berkata,
January 15th, 2008 at 4:07 am
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi berkongsi rasa untuk keinsafan semua pembaca. erti perjuangan menuntut kita berbuat sesuatu sedaya mampu. Antara hendak dengan tidak, kita dikelabui dengan nikmat dunia yang hanya sementara. Semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat dan dihitung sebagai amalan yang baik.
*Saya mempunyai sebuah buku - “sirah nabawiyah” yang apabila membacanya, terasa diri terlalu kecil….bagaimana pula ya, nilai kita dimataNya?
Salam perkenalan encik Irfan!
[Balas komen ini.]
Azhar Ahmad berkata,
January 15th, 2008 at 7:13 am
Tersedu saya…..
[Balas komen ini.]
alan kata berkata,
January 15th, 2008 at 10:29 am
Anugerah dari Allah..
[Balas komen ini.]
bizarre berkata,
January 15th, 2008 at 1:12 pm
Ya Allah!Ya Rahman Ya Rahim…
[Balas komen ini.]
hamba Allah berkata,
January 15th, 2008 at 1:24 pm
Semoga ia memberi erti sebenar nilai sebuah perjuangan
Tatkala Khabab bin Al Art mengadukan penyiksaan orang-orang Quraisy (Khabab adalah budak orang-orang Quraisy yang pekerjaan sehari-harinya adalah pandai besi) yang menusukkan besi panas ke punggungnya, dan bertanya kepada beliau saw. : Apakah engkau tidak berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah untuk kita yang Rasulullah? Beliau saw. bersabda: “Telah berlalu umat-umat sebelum kalian, mereka disiksa dengan digergaji tubuh mereka dan disisir dengan sisir besi, namun itu semua tidak memalingkan mereka dari agama yang mereka anut. Tapi kalian terburu-buru. Ketahuilah bahwa dakwah ini akan terus dijalankan sampai orang-orang berjalan dari San’a ke Hadramaut dengan aman, dan serigala duduk-duduk di pinggir(tanpa memberikan gangguan)”.
[Balas komen ini.]
alirfan berkata,
January 15th, 2008 at 1:41 pm
# bayan :
Salam perkenalan, bayan. Betul2..memang terasa kerdil sangat2.. Dalam dunia ni, buku cerita terbaik sebelum Harry Potter adalah buku sirah.
# Azhar Ahmad :
Control2.. nanti orang nampak.. hehe.. gurau je, Abg Har.
# alan kata :
Erm.. teringat aku lagu Raihan.
# bizarre :
sama2 kita..
# hamba Allah :
Ya!!! Inilah kisah yang aku cari2 masa nak menulis tempoh hari. Aduhai.. siapalah aku.. Trima kasih, bro.
[Balas komen ini.]
bizarre berkata,
January 15th, 2008 at 2:47 pm
salam…
sy dak first year kat ukm,bangi..memang tak dinafikan life d campus amatlah mencabar dan kadang kala menakutkan terutama seorng gadis cam sy nih..
sy sgt sedey melihat kwn2 terutama ank2 melayu yg rata2nya rapuh pegangan agama..huhu..
roomate sy sendiri memang teruk pegangan agamanya.bkn sy nak membuka aibnya tapi cuma nak minta pandangan dan nasihat krn sy pon bkn bdk baik sgt..
roomate mmg mmpunyai sosial life yg sgt teruk,xusah lah sy nyatakan disini ye,cubalah imagine sndiri..sepanjg sy tiggal seblek ngan die,die xpernah solat,seorg yg free hair..agak tertekan sb sy rasa sy menanggung dosanya..bkn xnak tegur tp faham2lah kitorang br kenal lgpun die lbh tua dr sy sb sy from matrix n die dak stpm..sy cuba kumpulkn kekuatan utk tegur tp bila berdpn ngan die berat tol mulut nak berkt2..pening2..skrang nie die buat hal plak..kuliah slalu ponteng,xblk bilik..
2nd sem da mule tp btg idung die pon xnmpk..apa yg harus sy lakukan?tolong la bg pandangan..
(p.s-ayat agak skema sb takot en.irfan xpaham..)
[Balas komen ini.]
ainohikari berkata,
January 15th, 2008 at 3:34 pm
Khabbab bin Al-Aratt adalah antara orang yang memeluk Islam pada permulaan lagi, yakni selepas 5 atau 6 memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia menanggung kesusahan utk tempoh yang agak lama. Beliau pernah dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah yang panas yang menyebabkan peluh mengalir begitu banyak kerana kepanasan dan pada kebanyakan masa beliau dibaringkan di atas pasir panas tanpa lapik sehingga menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal. (boleh rujuk Hayatus Sahabah)
Ya Allah begitu hebat dugaan2 yang diterima oleh para sahabah dahulu ketika berjuang menegakkan agama Allah. kita pula hari ini macam mana ?
Semoga Allah teguhkan hati kita di jalanNya.
jazakAllahhukhaer
[Balas komen ini.]
legendam berkata,
January 15th, 2008 at 4:18 pm
buat bizarre,
jgn biar kwn kite hanyut cm tue jek.
cube tanyakan khbr die, sihat ke sakit ke, call number die. part semayang tue, lenkali ajak le die semayang same. slalu2 la borak ngn die. kasi frenly.
gudluck bizarre.
sory le irfan, gua kt cni dh mcm mentor le plak. ha3
[Balas komen ini.]
alirfan berkata,
January 15th, 2008 at 4:30 pm
# bizarre :
oo sbb baru kenal ke? plahan2 je.. jgn drastik sgt.. knal diri die dlu.. tgk orgnye cmne.. lepas dah kamceng dan biase nanti, baru ko tau cara nk setel. Sbb, cume org yg rapat lebih tau cara yg tbaik utk memahami die.
Learn to Concern 1st. (btul ke ayat ni.. sori kalo silap.. hehe)
# ainohikari :
Thanks banyak2, ainohikari. Cerita ko ni buat aku nak tau lagi pasal Khabab tu.
http://anwary-islam.com/companion/s_khabbab-ibn-al-aratt.htm
http://www.experiencefestival.com/khabbab_ibn_al-aratt –koleksi artikel–
buku pasal Khabab ni murah tau.. aku rs cam nk beli je…
http://www.onlineislamicstore.com/b7411.html
# legendam :
eh, oke je legendam. Tak salah pun berkongsi rasa dan cara. Method ko macam ok jgak. Tapi takut bizarre rs lain plak nanti, sbb die pn tak kamceng sgt.. baru je knal.
[Balas komen ini.]
kamel berkata,
January 15th, 2008 at 8:11 pm
salam irfan-kun! aih lame da x lepak cni. baca n3 baru ni buat org rase insap plak. seksa ngan dugaan yg sahabat2 pernah rasa zaman dulu sbenanye lagi beganda2 teruk dari apa yg kita leh xperience skang an. tp manusia kekadang cpt sgt mengalah bila dikenakan cobaan. haih, shame..shame.. appreciate this post nway. arigatou-okini!
[Balas komen ini.]
mardiah berkata,
January 15th, 2008 at 9:43 pm
salam irfan! ha’ah, lame gak x menjenguk kat sang pelangi ni… bagus entry ni, memberikan keinsafan pada diri yang selalu sangat lalai dari mengingatiNya. Lepas ni, kene jenguk2 sang pelangi selalulah, baru rase insaf sket insyaAlah.
[Balas komen ini.]
ainohikari berkata,
January 16th, 2008 at 1:09 am
Mardhiah, dengan membaca blog tidak mendatangkan keinsafan jangka masa panjang kerana keinsafan itu bukannya sesuatu benda yang datang dengan hanya membaca. Perlulah ada usaha dari segi beramal seperti sertai majlis-majlis ilmu dan amal dan sebagainya. InsyaAllah sama-sama kita semua.
[Balas komen ini.]
aliff berkata,
January 16th, 2008 at 1:09 am
bagus kisah irfan nie, menyedarkan diri tentang kekhilafan hati..
[Balas komen ini.]
bizarre berkata,
January 16th, 2008 at 4:45 am
Time kaseh ats opinion korang..ye ak tahu ak xleh biarkn dye hanyut cmtu jek..ak kene bt sesuatu,ni pon 1 perjuangan gak nak tarik dye kembali ke jln yg sebenarnye..tp cube korang bygkn cmne nak kamceng pas dye abis kuliah dia da xblk bilik lg dah,kuar ke mana ak pon xtaw pastu pg ngah aku solat subuh br dye balik..bengang tol aku,dye bt bilik tuh cm hotel jek.. ada gak skali ak nasihat dye suruh brubah tp cam ak ckp le mak bapak dye pon dye xhairan tmbah le ak nih yg dye br kenal..huhu..smpai skrang nih btg idung dye pon xnmpk,sem 2 dah start,ak langsung xtaw kedudukn dye skrang nih cmne..conpius ak..so ape pendapat korang,should i call n talk 2 her?
[Balas komen ini.]
kechik berkata,
January 17th, 2008 at 10:16 am
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
ngee~~teringat kat musy
[Balas komen ini.]
mardiah berkata,
January 17th, 2008 at 7:31 pm
ainohikari, betul tu. saje je nak usik irfan ni, sebab dio tego dah lame x melawat blog die ni. memanglah, kalau setakat bace je, tapi tak dilaksanakan, ibarat pokok yang tak berbuah lah, kan. same2lah kite berusaha untuk meningkatkan amalan insyaAllah.
[Balas komen ini.]
alirfan berkata,
January 18th, 2008 at 3:30 am
# kamel :
Erm.. aku pon kadang2 cpat sangat mengalah.. Tu la pntingnye kawan2.. dpt slalu beri kite smgt.. ye x?
# ainohikari :
# aliff :
Erm.. mata pun slalu terhijab.. mata hati..
# bizarre :
kol jek die,tanye khabar, ape salahnye kn? mane la tau die tengah prob besar tu..sbb tu lame tak nampak tu..
# kechik :
Hoho.. lagu ni aku pon tak lupe.. Dapat Naib Johan eh.. gempak la korang.. huhu..
aku pon rindu kt Musy jgak..
# mardiah :
Keh2.. sbnanye aku yg jarang lawat blog mu, mardiah. Skang ni kasi pulun ah..hehe..
[Balas komen ini.]
BLUEHIKARI » TERSEDU berkata,
January 20th, 2008 at 1:19 pm
[...] baca catatan sahabat ini. Pertengahan bacaan sudah cukup menggetarkan jiwa. Bacalah dengan nama Tuhanmu. You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS [...]
nana berkata,
July 7th, 2008 at 7:33 pm
orang kalau dah berjiwa seni dan sensitive ni….kalau baca ayat dia mak koa….memang berjiwa betul, aku baca naik meremang bulu tengkok….ok tak pa teruskan usaha berkarya…
[Balas komen ini.]