Emosi Itu Bak Bom Jangka
Seperti biasa, kami bertiga pasti sibuk dengan kerja masing-masing. Aku dengan Wolfram Mathematica, Kawafune dengan ‘Gimp‘nya, dan Sasaki dengan TEX Editor. Biasalah, dalam waktu di penghujung tahun akhir yang tersisa, pastilah bertimbun-timbun tugasan yang ditimpa oleh Funada Sensei.
Ktuk.. Ktuk..
(Lagi-lagi bunyi pintu. Macam dah tak ada bunyi lainkah? Huhu).
Masuk seorang penuntut dalam belasan tahun. Kuagak dia tahun dua. Langsung berbual-bual mesra dengan Funada dengan bergelak ketawa. Membincangkan kertas laporan yang entah untuk apa. Kurang jelas, lagipula aku bukannya pandai ‘menguping’ (istilah Jawa. Cari sendiri maknanya ya.
)
Selang dua minit, tona suara Funada berubah lain macam. Kini bukan lagi manusia, tapi seekor singa lapar yang letih berpuasa. Tiba-tiba saja budak itu ditengking. Alasannya, budak itu tersilap tulis tarikh pada jilid yang ingin dihantarnya. Masakan hal sekecil itu boleh menukar emosi?
Sedang aku merapatkan telinga ke dinding pemisah makmal, sempat juga kutoleh ke belakang. Kawafune dan Sasaki sudah di pintu belakang. Cis, macam pelesit.
Cepat, Irufan! Bom nak meletup!
Aku pun apa lagi, terus berkemas pantas. Nanti tak pasal-pasal, tempias pula api letupan. Selamat tinggal, Funada. Kami cabut dulu. Hihi.
p/s: Aku dah kata di tajuk tadi, emosi itu bak bom jangka, tahu?
















iliana berkata,
February 19th, 2009 at 4:03 am
perkhhh..macam tu sekali garangnya funada sensei tu..mak aiii~ nasib baik pensyarah aku semua ok..siap duduk bersila atas meja huhu..
p/s : kata tak gemar ‘menguping’ (aku andaikan ianya ala-ala mencuri dengar, maksud sebenar memang tak tahu), tapi, di ayat kemudiannya ada pula kenyataan ’sedang aku merapatkan telinga ke dinding pemisah makmal’..apa maksudnya tu? haishh..konfius konfius
p/p/s : ke salah andaian aku dengan maksud menguping tu?
iliana telah menulis tentang KITA DAN ANALISIS SWOT. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 19th, 2009 6:10 am:
Bersila atas meja? Kelas tariankah? Ala.. aku tak sempat nak menguping, kawan aku dah panggil. Kira belum menguping lagilah tu.
Balas komen ini.
cikgu_eya berkata,
February 19th, 2009 at 4:23 am
ooohh…… bukan sensei itukah yang juga pernah menyumpah-seranahmu, Irfan?
Dan kalau tidak silapku, dia jugalah yang kau label sebagai bias terhadap pelajar luar namun baik dengan pelajar tempatan. Yang baru dijerkahnya itu, termasuk dalam kategori mana?
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 19th, 2009 6:21 am:
Ya. Tak ada kategori mana-mana. Memang lumrah emosi itu boleh berubah tak tersangka, bukan?
Balas komen ini.
kak Lily berkata,
February 19th, 2009 at 6:03 am
Salam.
Pasti sangat ’seronok’ mendapat sensei Jepun. Saya tahu sangat walau sebulan sahaja di sana.
ps:Huriya Hiroko Kushimoto dan Ahmad masih berada di Malaysia. Nanti saya emailkan email Puan Huriya.
kak Lily telah menulis tentang Carutan serba ringkas saya.. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 19th, 2009 6:24 am:
‘Seronok’!! Hihi. Cuma sebulan pun boleh terasa, ya kak. Kongsi sedikit?
Balas komen ini.
irshadian berkata,
February 19th, 2009 at 6:41 am
irshadian telah menulis tentang Chemist vs Pengemis. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:14 pm:
Oh. Salah tu. Iliana ada jawab maksudnya. Aku ingat dia pun tanya kawan dia yang Jowo lah tu. Bukan aku tak tau. Haha.
Balas komen ini.
mouse_pink berkata,
February 19th, 2009 at 7:34 am
“menguping” maknanya mencuri dengar apa org lain cakap.. hahahah..
x semestinya bahasa jawa sahaja la…
ayat tak bole tahan.. hahahh…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:15 pm:
Oh, yakah? Jadinya bahasa apakah itu?
Balas komen ini.
he berkata,
February 19th, 2009 at 11:40 am
Jarang sungguh aku mendengar panas baran guru jepun sebegitu. Aku diberitakan hal-hal baik tentang mereka sahaja. Ya!.aku perlu sedar Jepun juga manusia.
he telah menulis tentang Sakura. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:16 pm:
Maknanya, marah itu bukan untuk orang tertentu. Manusia semua ada sifat marahnya, bukan. Cuma tahap saja yang berbeza-beza, dan cara mengawalnya.
Balas komen ini.
FarEast berkata,
February 19th, 2009 at 11:52 am
Uish…cabot eh..hehe..
Bestu sensei ko tu tak carik ko ke sbb cabot kelas die??
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:17 pm:
Haha. Sudah pastilah dia cari aku sampai ke kolej. Siap berdering-dering telefon di bilik (ketua aras bagitahu). Nasib baik aku di perpustakaan, tak boleh hidupkan telefon bimbit. Hihi. Biar dia cari.
Balas komen ini.
Amirez berkata,
February 19th, 2009 at 8:01 pm
hal kecik pun dia boleh tengking??
sensei aku dulu tak pernah marah hatta bermasam muka.
selalu senyum dengan bahasa jepunnya yg lembut.
tp dia bukan org jepun eheh..
org kelantan berwajah cina.
Amirez telah menulis tentang Geng: Pengembaraan Bermula – Puas Hati. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:19 pm:
Ceh. Kalau macam tu, baik cerita cikgu Jowo aku di sekolah yang garang semacam. Haha. Kau belajar juga bahasa Jepun ya? Kenapa bukan bahasa Mandarin?
Balas komen ini.
Amirez membalas pada February 23rd, 2009 9:41 am:
haha. saje je.
a’a. tp basic je.
1 sem yg wajib.
1 sem lg utk status hadir sahaja utk level 3.
thn lps tak smpt nak amik test level 3 kat kl..sedey
Amirez telah menulis tentang Diganggu Makhluk Halus. Mari baca!!
Balas komen ini.
asuhara berkata,
February 19th, 2009 at 8:44 pm
fuhh…nasib baik kamu sempat melarikan diri. teringat kisah kamu ‘kena’ dgn funada tu dulu.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:24 pm:
Dulu aku nak lari, tak ada geng. Sekarang sudah ada kawan, bolehlah lari sama-sama. Hihi.
Balas komen ini.
hanekaseyo berkata,
February 20th, 2009 at 4:02 am
salam emosi.
emosi ni adakalanya,mazmumah.tapi ada tempatnya juga jadi mahmudah.
semoga kita semua dijaga emosi oleh DIA.Bersemosilah sebaiknya dengan dai’e2.
hanekaseyo telah menulis tentang Motivasi diri kalam Ilahi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:25 pm:
Oh aku fikir itu adalah nafsu mungkin? Emosi ada sedih, gembira, marah. Samakah dengan nafsu?
p/s: Amin.
Balas komen ini.
Leokid berkata,
February 20th, 2009 at 4:40 am
Sebab itu ada disabdakan Rasulullah, kekuatan seorang lelaki bukan terletak pada kegagahannya bergusti tetapi terletak kepada keupayaannya mengawal marah.
Emosi itu penting. Tanpa emosi, dayus dan tandus. Tanpa emosi, layu dan kuyu. Tanpa emosi, diperguna dan dihina. Tentulah jua, ada sebab kenapa Tuhan Yang Maha Esa menjadikan emosi dalam diri kita semua.
Emosi itu bagai bom, tetapi pilihan kita sama ada nak jadikannya bom jangka yang entah bila letupnya, atau bagai bom “remote control” yang boleh kita kawal bila, bagaimana dan kepada siapa letupnya itu. Hehe.
Salam dari Nizhny Novgorod. Lama tak nampak pelangi.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:28 pm:
Kadang-kadang, aku fikir, orang yang dapat mengawal emosi bukan saja gagah. Malah, seorang yang bijak.
p.s: Pelangi tunggu musim juga untuk menjelma diri.
Balas komen ini.
yEm^^ berkata,
February 20th, 2009 at 8:36 am
wah, takutnya kalau ade pensyarah macam tu…
kadang2 tu pelik juge ye.. kenapa la ade sesetengah orang yang sesedap rasa je nak marah orang lain.. tak kesian ke kat orang tu.. ish3x…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:22 pm:
Itulah. Tak rasa kasihan, jadikan kita tempat melepaskan geram pula. Aku ingat mereka perlu belajar menekan butang ‘pause’ bila naik angin.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
February 20th, 2009 at 12:01 pm
Memang orang Jepun panas baran… samalah dengan orang-orang mesir ini, fan
SangMentari telah menulis tentang MENJADI PENDENGAR SEMPURNA. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:20 pm:
Kawan aku, Umaralfateh, katanya orang Russia pun pemarah lagi tak mesra. Cuma pelabelan biasa oleh kita agaknya, sedangkan semua orang pun pemarah juga?
Balas komen ini.
Ainul Arina berkata,
February 21st, 2009 at 4:10 am
Tiba-tiba teringat kisah sahabat yang tak jadi bunuh musuh sebab sakit hati dia diludah… Hebat kan? Susah nak jadi orang yang boleh tahan marah. Kalau kita tak boleh nak ubah dia, kita ambil pengajaran pun sudah cukup. Jangan kamu pula jadi sensei-valcano macam tu. ^_^
Ainul Arina telah menulis tentang Award + Tag. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:12 am:
Erk. Kisah sahabat yang mana tu ya. Bagus kalau dapat dikongsikan sama-sama ni.
Bolehkah Ainul Arina?
Balas komen ini.
ainul arina membalas pada March 10th, 2009 12:16 pm:
boleh.. tapi saya tak ingat perang apa.. Yang itu kena cari lainlah.. Kisahnya begini..
Saidina Ali Abu Talib dalam satu pertempuran pernah menjatuhkan tentera Yahudi. Saidina Ali dikira melakukan keadilan dalam saat peperangan itu dengan membunuh tentera musuh itu. Ketika beliau mengangkat pedang untuk memancung Yahudi itu, Yahudi itu meludah mukanya. Lalu Yahudi itu tidak jadi dibunuh. Beliau mahu membunuhnya bagi menjalan keadilan, tetapi apabila mukanya diludah, beliau bertukar menjadi marah. Membunuhnya dalam masa marah adalah satu kezaliman.
Kisah ni terkenal dengan pengajaran tentang sabar dan menahan emosi. Sumber asal saya tak pasti dari mana. ingat-ingat lupa. Yang ini pun saya cuba geledah di internet. wallahualam.. Mungkin boleh sama-sama sesiapa rujuk pada yang lebih pakar dalam bab sirah. ^_^
ainul arina telah menulis tentang 10 Pencetus Rindu Pada Dia. Mari baca!!
Balas komen ini.
mollek berkata,
February 22nd, 2009 at 12:19 pm
Sepahit mana pun marah itu, jika ditelan akan hilang juga.. Sebab itu kita disuruh bersabar, sebab sabar membendung marah dan membentuk peribadi berakhlak..
Balas komen ini.
nurul nasir berkata,
February 24th, 2009 at 7:00 pm
adesss…semudah itu bome meletup? Hehehe
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:14 am:
Siapa tahu kan gunung berapi boleh meletus bila-bila masa?
Macam tu juga dengan amarah manusia.
Balas komen ini.
rudy berkata,
February 24th, 2009 at 11:24 pm
kalau abang pun akan cabut secepat mungkinnnnn!
Balas komen ini.
suara berkata,
February 26th, 2009 at 2:42 am
Bom jangka yang begini paling bahaya untuk diri sendiri sbnrnya… kalau byk sgt bom macam ni, mahu pembuluh darah boleh pecah akibat letupan. Bahaya tu…
suara telah menulis tentang Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Akhir). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:09 am:
Betul juga tu, Kak Su. Kalau kena yang darah tinggi, apatah lagi, kan? Fuhh.. minta dijauhkan. Takut sekali.
Balas komen ini.
anego berkata,
February 26th, 2009 at 8:31 pm
fan, kalau lapang dari kesibukkan, cuba lihat ini
http://tegami-asuhara.blogspot.com/2009/02/hutang.html.
anego telah menulis tentang hutang. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:07 am:
Aduh. Berpinar juga mata nak menjawabnya, sebab tak tahu nak tulis apa pasal diri sendiri.
Akhirnya terjawab juga. Saya pun terlupa ada beberapa sahabat yang Tag saya juga. Tapi tak ingat di laman mana.
Balas komen ini.
nbo_3 berkata,
March 2nd, 2009 at 5:51 am
Salam Irfan. Sotsuken ok? Nagoya he ikimasenka
Maaf sebab komen ni tak ada kaitan dengan entri. Rasa lama sungguh tak dengar khabar. Sebelum ni kita boleh berTIM, tapi dah cuti pula.
nbo_3 telah menulis tentang Alhamdulillah, selesai. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:05 am:
Salam Naim. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma menunggu convo saja sekarang ni. Kalau ada rezeki, boleh saja kalau ingin menjemputku sertai TIM di masa depan? Hehe.
Balas komen ini.
en_me berkata,
March 3rd, 2009 at 12:28 am
hi abang irfan ittewww.. salammms dr me dikejauhannns
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:10 am:
Hai Encik Me ittewwww.. (ah sudah.. aku pun berjangkit)
Balas komen ini.
zool berkata,
March 6th, 2009 at 3:10 am
Lama tak singgah sini..
Lain dah rumah ni
zool telah menulis tentang Bila manusia hilang sifatnya. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:04 am:
Apa yang lain tu bro? Rasanya dari dulu pun sama saja. Saya pun dah jarang ke LigaKampung. Hehe. Nanti saya ke sana.
Balas komen ini.
izzy berkata,
March 6th, 2009 at 5:56 am
wah….sangat garang ke?
izzy telah menulis tentang what is wrong with being single?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:13 am:
Mungkin bukan saja garang, malah bengis dan singa. Huhu.
Balas komen ini.