Eksperimental Bahasa Tanpa Kata-kata.
Sepanjang langkahan kaki, kepalaku pasti melilau ke sana sini memerhati sekeliling diri. Terasa bebanan kerja yang tertanggung sedari pejabat tadi, sehelai demi sehelai gugur melayang hinggap di gigi jalanan. Dalam tak sedar, sebuah Kancil meluru laju hampir menyondol kepala lututku dari belakang. Mujur hon dari hidungnya sempat menghentikan lamunanku.
PINGGG….
Semasa Kancil itu melintas perlahan di sebelahku, aku sempat melirik pada seisi perut yang ada di dalamnya. Kesemuanya dihuni kanak-kanak lelaki di bawah lingkungan empat tahun, dengan dipandu oleh kakaknya dalam belasan tahun.
Tak semena-mena, seorang darinya mengacu tangannya bergaya pistol ke arahku, sambil mulutnya terpercik air liur mendenguskan bunyi yang kukenal betul, semestinya bunyi pistol.
Psstt.. Psst.. Buzzzz…
Aku membalas ‘tembakan’ itu dengan senapang senyapku (lagak dua tangan), lalu dia menggayakan ala cedera. Kedua-dua adiknya di kerusi belakang perasan abangnya sedang terluka. Apa lagi, mereka terus membuka tingkap dan cuba membuat serangan balas terhadapku. Aku dengan senyum berlagak, berlakon kononnya kebal dengan tujahan peluru biar tembakan mereka bertalu-talu.
Trit trit trit… Trit trit trit..
Si kakak itu pastinya tidak menghiraukan adik-adiknya kerana sibuk mencari parkir di hadapanku. Saat Kancil itu berhenti di sebuah ruangan kotak kuning, anak-anak itu segera berkejar girang mendapatkan aku. Si kakak bertanya hairan,
Err.. Kamu ini seorang artiskah? Kenapa mereka kenal kamu?
Jawapanku sekadar angkat bahu tanda tiada tahu. Tapi, sebenarya terkandung bermacam makna, biar bahasa tanpa kata-kata. Haha.
















srabut berkata,
July 1st, 2009 at 8:19 am
srabut telah menulis tentang Saki Baki Atmosfera Kota Jaya. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
July 1st, 2009 at 8:55 am
bagus kerja kamu..sesuai menjadi pendidik.Diri dekat dengan kanak-kanak
abrar telah menulis tentang santai – carwash. Mari baca!!
Balas komen ini.
Inda berkata,
July 1st, 2009 at 9:51 am
Macam-macam je Irfan ni. Ada orang pernah beritahu kat akak, kalau orang senang sangat sayang dan suka kita, tandanya kita disayangi Allah, di bawah rahmat dan limpah kurniaNya. Alhamdulillah
Lega melihat perkembangan Irfan di Malaysia. Apa cerita usrah di lapangan baru? Sudah ketemu jalannya?
Awal bulan 9 nanti join la program Summercamp & Jalinan Mesra IPIJ, insyaAllah buat di Malaysia.
Inda telah menulis tentang Summer Conference and Spiritual Retreat 2009: Ties That Bind Faith, Community, Career. Mari baca!!
Balas komen ini.
Nooreena berkata,
July 1st, 2009 at 2:20 pm
Sah dia ni artis!
Balas komen ini.
famia berkata,
July 1st, 2009 at 6:44 pm
hihihihihi.
sangat manislah.
famia telah menulis tentang Setia Yang Boleh Tahan Menggila. Mari baca!!
Balas komen ini.
famia berkata,
July 1st, 2009 at 6:49 pm
hihihihihi.
sangat manislah.
p/s: Oh ya, Irfan. Menghantar komen menggunakan Chrome memang tidak bolehkah? Berkali-kali dicuba tidak berjaya. Kesudahannya, IE juga terpaksa diguna.
famia telah menulis tentang Setia Yang Boleh Tahan Menggila. Mari baca!!
Balas komen ini.
Indrasakty berkata,
July 1st, 2009 at 9:41 pm
Kalau nanti lain hari, kakaknya pula yang acukan pistol tangan dari dalam kereta, apa agaknya tindakanmu?
Balas komen ini.
rudy berkata,
July 2nd, 2009 at 3:28 am
bila nak rakam album ni irfann? ihikss
Balas komen ini.
mollek berkata,
July 2nd, 2009 at 7:57 am
Lain kali, aku cadangkan kau pura-pura cedera dan jatuh bergolek-golek pula ya! hahah..
Balas komen ini.
Amirez berkata,
July 3rd, 2009 at 2:16 am
kanak-kanak…
cara mudah untuk bermesra dengan kanak-kanak
adalah dengan cara berlagak seperti mereka.
pada pandangan orang lain mungkin nampak kita kurang matang..
(walaupun matang tidak diukur dengan perlakuan semata)
tapi pada mata kanak-kanak kitalah orang paling disenangi.
seronok kalau kanak-kanak suka kita.
Amirez telah menulis tentang Fotosizer – Batch Image Resizing Made Easy. Mari baca!!
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
July 3rd, 2009 at 2:23 am
ha ha comel…
Balas komen ini.
alan berkata,
July 3rd, 2009 at 7:32 pm
itu geli nama nya..
Balas komen ini.
Time Fly berkata,
July 4th, 2009 at 8:41 pm
huhu…that nice
Balas komen ini.
ekin berkata,
July 8th, 2009 at 9:43 am
tinggi nye bahasa..
kalah baca novel….:D
Balas komen ini.