Eksperimen Tatabahasa Melayu Tinggi : Berhasil!
Sejurus sesi perkenalanku bersama Ustaz Ashraf, Tuan Ali Atan dan Cik Marianti semasa bengkel anjuran Puan Ainon petang semalam, aku bercekal hati menjalankan ujikaji, bagi melihat sejauh mana keberkesanan beberapa teori Tatabahasa Melayu Tinggi yang telah kami pelajari.
“Keropok lekor, dik?”
Seorang perempuan bertudung litup yang berpangkat makcik, dengan dialek bahasa yang berbunyi seperti dari tanah seberang, cuba menegurku tatkala aku mendekati gerai tepi jalannya yang tidak jauh dari tempat perbengkelan kami. Tuan-tuan pasti terkejut dengan reaksiku pada pertanyaan pendeknya itu.
“Puan, jika saya tidak menyukarkan Puan saat ini, bolehkah saya mengambil tahu, berapa batangkah keropok lekor yang saya peroleh untuk satu ringgit?”
Ayat itu memang benar-benar yang aku ucapkan dan tidak menokok tambah apa-apa perkataan lain. Mulanya, aku agak gugup juga saat itu kerana dikhuatiri aku bakal dilabel gila, atau seorang sasterawan negara pula oleh perempuan tua itu.
“Seringgit lima, dik.”
Beliau menjawab singkat, sambil bibirnya melipat senyum yang bergetar, seakan sedang menahan akan letupnya sebuah hilai tawa saja lagaknya.
“Kalau begitu, sudikah kiranya Puan membungkuskan keropok lekor yang panas dan senilai dengan satu ringgit untuk saya?”
Kemudian, perempuan tua itu menunaikan permintaanku, dengan menyepit satu demi satu keropok lekor yang siap digoreng, lalu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil bersama sebungkus sambal buatannya sendiri. Akhirnya, akad jual beli kuucap, dalam masa yang sama kuhulurkan sekeping not berwarna biru.
“Saya beli ya, Puan.”
Selang 15 minit,
“Oleh disebabkan struktur keropok lekor yang Puan goreng ini lembut di dalam dan rangup di luar, ditambah kepekatan sambal yang sekata lagi sedap, saya mahu lagi keropok lekor yang bernilai seringgit, bolehkah Puan?”
Kini, senyum si perempuan tua itu tak dapat kuungkapkan lagi dengan perkataan. Menambahkan lagi kehairananku, pergerakan tangannya kali ini semakin lincah menyepit beberapa batang keropok lekor tanpa menghitung jumlah yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik baru. Andai dikira-kira, hampir berjumlah dua ringgit yang wajar kubayar padanya.
“Errr.. Puan.. “
Belum sempat kujahit kata-kata, perempuan tua itu memancung ucapanku dengan laju;
“Tak apa. Saya belanja.”
Peristiwa ini sememangnya takkan sekali dapat kulupakan biar sesaat pun dari pita memori ini. Penggunaan Tatabahasa Melayu Tinggi memberi dampak yang aku sendiri tak terjangkakan.
Terbukti, penggunaan bahasaku tadi telah mengundang sikap prejudis perempuan tua itu terhadapku. Mungkin dia menganggap aku ini ’siapa-siapa’, walhal aku cumalah manusia ‘biasa-biasa’ yang mungkin sama saja taraf dengannya.
Puan Ainon menasihatkan lagi kepada kami, agar membacakan bahan-bahan cerita yang ditulis dengan Elaborate Code kepada anak-anak sebelum mereka melelapkan mata, agar nanti bisa memuat turun seberapa luas perbendaharaan kata di samping melentur sikap, kerana penggunaan kelas bahasa tertentu itu berupaya mencerminkan tahap peribadi dan sikap individu.
Persoalannya sekarang, mestikah aku harus bertutur begitu dengan semua manusia tanpa mengira di kelas manakah bahasa yang mereka aplikasikan sehari-hari? Sedangkan penggunaan bahasa kelas pertengahan mampu memandaikan bangsa.
Mari kita fikirkan bersama. Selepas ini, jangan pula kalian mentertawakan aku dan mengejek aku ‘budak ayat skema’, ya? ;>
















amalina berkata,
May 16th, 2009 at 11:48 am
sangat menarik pada pendapat saya.
maafkan saya kerana saya terlepas tawa saya.
=)
amalina telah menulis tentang today…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:39 am:
Cis. Nasib baik tidak di depan aku. Kalau tidak, alamat kau makan keropok lekor tak ada gigi jawabnya nanti. Haha.
Balas komen ini.
amalina membalas pada May 17th, 2009 3:45 am:
dayus lelaki memukul seorang perempuan.
=D
hehe~
sila bertenang.
*ketawa*
amalina telah menulis tentang I`ve been tagged by ZANA (sono 2). Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 2:33 pm:
Hekleh. Siapa kata aku mahu memukul kamu? Ayat aku bermakna kau makan keropok lekor yang liat hingga nanti kehilangan gigi.
Balas komen ini.
Abqori berkata,
May 16th, 2009 at 11:50 am
Salam.
Baru nak buat apa yang dinyatakan di perenggan terakhir itu, rupa-rupanya saya telah diberi amaran awal.
Patutlah Egyptians di sini rasa segan silu nak bercakap dengan kami menggunakan bahasa kebangsaan. Asyik-asyik mereka nak juga berbahasa pasar. Oh, kini ku memahami, maksud saya, lebih memahami (sebab dari dulu dah faham dah pun)!
Abqori telah menulis tentang Permulaan Musim Panas [Reloaded]. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:42 am:
Hmm.. Aku semacam mahu tahu juga apa yang dapat kau garap dari entriku ini. Bisa Abqori perjelaskan lagi, apa kaitannya Tatabahasa Melayu Tinggi dengan orang di Mesir?
Balas komen ini.
ain alyaa membalas pada May 17th, 2009 8:41 am:
salam..
bhsa arab yg kite blja iaitu bhsa al quran i2 boleh kite istilahkan versi bahasa arab baku ..(arab fushah)
utk komunikasi dmesir..kbnykn rkyt mesir menggunakan bhsa ammiyah iaitu bhsa loghat mengikut daerah msg2
hal yg sma di mesia jgk kan
huhuhu..cm2 la
klu kite ckp bhsa arab fushah..kbnykn glgn veteran xphm dan xkan lyn lgsg
cm2 la..bg glgn remaja plak..cam kelaka la ckp fushah 2..huhuhu..
(adoih…phmkah penerangan ini?)
Balas komen ini.
Abqori membalas pada May 17th, 2009 10:44 am:
Tatabahasa Melayu Tinggi yang tinggi mungkin tiada kaitannya dengan orang Mesir. Maksud saya di dalam komen di atas adalah Tatabahasa Arab Tinggi. Ini kerana bahasa Arab Mesir pasar jauh selangit dan bumi jika dibandingkan dengan bahasa Arab kebangsaan yang digunakan di dalam Al-Quran.
Maknanya rakyat-rakyatnya pasti merasakan krisis identiti yang amat sangat jika mereka berbicara sesama mereka dengan menggunakan bahasa tersebut. Sebagaimana yang dirasakan oleh penjual keropok lekor.
Mangsa yang paling kesian adalah warga asing yang baru masuk ke negara tersebut. Contohnya seperti pelajar-pelajar dari Malaysia. Ini kerana bahasa yang didengari di Mesir langsung tidak sama seperti yang dipelajari selama bertahun-tahun di Malaysia. Boleh terbantut komunikasi jika kita berbicara dengan orang Mesir jika menggunakan Tatabahasa Arab Tinggi disebabkan mereka tetap membalas dengan bahasa Arab pasar yang punyai tatabahasanya yang tersendiri pula.
Adakah difahami? Saya tahu ia sukar!
Abqori telah menulis tentang Permulaan Musim Panas [Reloaded]. Mari baca!!
Balas komen ini.
famia berkata,
May 16th, 2009 at 12:13 pm
kalaulah saya makcik itu..heheheheh.
apa-apa pun..
bukankah manusia hujung zaman ini sukakan yang ringkas-ringkas saja. yang ringkas itu laju. yang laju itu memudahkan kehidupan.
kata merekalah.
famia telah menulis tentang Asal Usul Perkataan Terrer. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:49 am:
Apa yang aku pelajari dari bengkel itu, penggunaan bahasa punya dua kelas iaitu kelas pertengahan dan kelas rendah.
Kalau kau katakan (semua, atau sebahagian) manusia zaman ini sukakan yang ringkas-ringkas, bermakna persekitaran kau cuma terdiri pengguna bahasa kelas rendah, dan situasi itu bakal memburuk di mana zaman ini, pengguna bahasa kelas tinggi semakin ramai ditempatkan dalam urusan pentadbiran (orang atasan).
Biarpun itu kata mereka, atau kita yang kata, pendek kata perlu bermula dari diri sendiri terlebih dahulu.
Balas komen ini.
famia membalas pada May 17th, 2009 4:32 am:
hehehe.
orang atasan? percayalah. lepas bergelumang dan bekerja lama dengan so called ‘orang atasan’ di Malaysia ini.. kamu akan mendapati.. orang kelas rendah lebih berbudi bahasa berbanding mereka.
sama juga seperti konsep orang kampung dan orang bandar.
apa-apa pun.. sanjungilah Bahasa ibunda.
famia telah menulis tentang Asal Usul Perkataan Terrer. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:38 pm:
Orang atasan biar tak berbudi bahasa, tapi pandai bermain dengan kata-kata dan bahasa. Lihat saja di meja temuduga, yang kekok berbicara formal itu nanti sukar mencapai cita-citanya.
Balas komen ini.
mollek berkata,
May 16th, 2009 at 12:38 pm
hihi.. adakah benar jika aku andaikan tiada pembeli lain di kedai keropok lekor itu semasa tuan membelinya. Tepatkah andaianku? ( aku cuba mengguna tatabahasa melayu tinggi)
P/s : Kau buat aku rasa semangat nak mencuba juga.
mollek telah menulis tentang Lukisan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:53 am:
Semestinya aku tak berani lakukan di hadapan khalayak kerana ia bukan urusan formal. Tapi, kalau aku pula yang menjual di gerai itu, aku berjanji akan mengaplikasikannya.
Balas komen ini.
Balqis berkata,
May 16th, 2009 at 1:10 pm
Aduh, SangPelangi!
Maaflah, saya tidak dapat menahan tawa juga akhirnya. Bukan mentertawakan kamu, tetapi kisah ini entah di mana ada kelucuannya tersendiri. Tabik kepada kamu kerana berani mencuba. Tetapi sungguh agak mengambil masa. Tidak apalah, yang tidak pernah orang buat, memang pelik dan menghairankan. Tapi kelainan itu sesuatu yang unik.
Saya juga musykil samada bahasa melayu tinggi ini boleh diguna pakai dalam amali sehari-harian (terbayang pasar di pelabuhan Melaka sekitar zaman kegemilangannya. Eh, indah juga ya berbahasa seperti itu. Terasa kemurnian sang petutur).
Apa pun – tahniah – ujikaji kamu berjaya! (dapat keropok lekor lebih lagi!)
Balqis telah menulis tentang Guru pembina negara bangsa!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:58 am:
Aku juga pernah membayangkan suasana pasar di zaman Melaka lama. Jangan-jangan, siap berpencak pantun seloka untuk tawar menawar.
Kalaulah mereka dapat tahu kita bergelak kerana kecantikan bahasanya itu, sudah pasti mereka sudah menggenggam hulu keris di pinggang, menahan marah.
Balas komen ini.
Izzat berkata,
May 16th, 2009 at 1:15 pm
lawak2..
Balas komen ini.
nasuhanurani berkata,
May 16th, 2009 at 1:38 pm
Salam syabas, senyumku hingga ke telinga..
Tidak dinafikan gaya percakapan seseorang mencerminkan peribadi malah intelektual seseorang.
Tidak salah rasanya jika cara percakapan tatabahasa kelas tinggi ini dipraktikkan kalau bersesuaian dengan keadaan dan tujuan. Mungkin dengan cara ini dapat memberi kesedaran pada yang lainnya untuk bertutur dengan lebih baik .Berbanding masyarakat sekarang yang banyak mengasimilasikan bahasa dan budaya lain dalam pertuturan seharian.
Namun aku bertegas atas prinsip komunikasi berkesan, lebih-lebih lagi jika melibatkan penggunaan sewaktu bekerja yang memerlukan interaksi dengan orang awam.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 4:03 am:
Kalau ia melibatkan urusan rasmi, moga dijamin Tuhan satu hari kau pasti dinaikkan pangkat juga.
Tapi, aku memikirkan sebahagian manusia yang langsung tidak terdedah dengan bahasa kelas tinggi ini, apatah lagi mengetahui cara aplikasinya kerana tidak membaca, atau bahan bacaannya adalah sampah belaka.
Sebab itulah golongan yang berucap di atas, lebih bijak menari lidah dari menyelesaikan masalah.
Balas komen ini.
Aqilah berkata,
May 16th, 2009 at 5:37 pm
Menarik sungguh pengalaman tersebut. Sesungguhnya jika saya kebetulan turut berada di situ, sudah tentu saya akan terlepas tawa juga. ^____^
Teruskan usaha! Sudah tentunya telinga saya akan lebih aman dan gembira mendengar lebih ramai orang berbahasa menggunakan bahasa yang sesopan ini (jika nak dibandingkan dengan bahasa pasar yang kadangkala kurang manis didengar)
(sedang berusaha untuk tidak menggunakan bahasa pasar)
Aqilah telah menulis tentang 028 On Giving. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 5:23 am:
Setuju dengan kamu, telinga kita bakal lebih ringan hanya kerana kelembutan bahasa yang meresap ke dalamnya.
Tahniah dan sangat berterima kasih kerana sudi mencuba.
Balas komen ini.
Fishballisme berkata,
May 16th, 2009 at 6:33 pm
Ketika saya membaca tajok ini, saya sudah tahu siapa Puan Ainon yang saudara maksudkan walaupon tidak pernah mengenali beliau secara peribadi.
Jikalau 5 tahun dahulu mungkin saya menganggap mereka (baca: budak) yang menggunakan tatabahasa melayu tinggi ini sebagai ‘budak ayat skema’, namun terus terang saya katakan kini saya lebih selesa. Walaubagaimanapon saya tidak dapat lari dari menggunakan bahasa pasar dalam setiap teks yang saya taip. Meskipon begitu, saya akan berusaha untuk memperbaiki tatabahasa saya.
Oh ya, saya dengan senang hati mengurangkan bahasa sms didalam komen saya ini.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 5:26 am:
Andai benar tiada ruangan lain lagi yang boleh kamu lorongkan usaha memberbaiki bahasa itu, sesungguhnya SangPelangi sangat berbesar hati menawarkan peluang itu di bahagian komentar sini.
Kepada kamu, ucapan terima kasih dihulurkan dari kami, para pejuang bahasa yang pasti tersenyum membaca pendapatmu itu.
Balas komen ini.
ain fathihah berkata,
May 16th, 2009 at 7:34 pm
tahniah.
teruskan penggunaan Bahasa Melayu secantik itu,
Abang Irfan.
ain fathihah telah menulis tentang Happy Birthday Mama. Mari baca!!
Balas komen ini.
Mai Mastura berkata,
May 16th, 2009 at 8:49 pm
Hmm.
Kamu menulis artikel ini pada tarikh 16 Mei 2009.
Tarikh itu ialah tarikh Hari Guru.
Pasti guru-guru bahasa Melayu kamu sangatlah berbesar hatinya
dan bangga dengan anak didik seperti kamu.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:04 am:
Itupun, kalaulah cikgu bahasa Melayu berlayar ke laman ini.
Balas komen ini.
Mai Mastura membalas pada May 19th, 2009 9:18 am:
Hmm. Nampaknye Sang Pelangi kena buat promosi blog kamu dengan lebih meluas lagi.
Siapa tahu mana-mana guru bahasa yang melayari blog tentu dapat membantu menyumbangsaran idea.
Sekadar cadangan..
Ini kerana saya tidaklah tergolong dari kalangan guru-guru Bahasa Melayu itu..
Balas komen ini.
Sabrina berkata,
May 16th, 2009 at 9:39 pm
Irfan,
tak boleh tahan gelak lah baca tulisan ni.
kelakar. sangat.
tengah musykil ni, makcik itu tidak ketawa langsung ke?
kalau saya jadi penjual kopok lekor itu, dah lama saya tanya…
“eh, kenapa cakap macam tu?”
serius. saya memang akan tanya. sebab saya memang suka tanya kenapa.
still, percubaan yang berani!! *tabik spring*
p/s: lepas ini, nak cuba jugaklah.
p/p/s: saya pun selalu kene ejek ayat skema oleh kawan2. Tak tau apa yang kelakarnya. Maybe sebab kita yang bercakap, kita tak rasa kelakar. Tapi orang yang mendengar yg dapat rasa kelakar. Entahlah. =)
Sabrina telah menulis tentang Cool tantrum. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:06 am:
Biasalah Sabrina, kita senasib masa di sekolah dulu. Aku pernah di’bahan’ sampai seminggu, cuma kerana satu perkataan sahaja. Manisnya kenangan dulu.
Balas komen ini.
nasikerabupetro berkata,
May 16th, 2009 at 10:22 pm
Maafkan diriku jua kerana tidak dapat menahan tawa…
Apapun, sebenarnya ia bukan satu perkara yang boleh dileluconkan. Keindahan bahasa kita telah banyak dislangakan menyebabkan yang indah itu asing dan yang asing itu rutin…
nasikerabupetro telah menulis tentang Blogku bersawang…. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:08 am:
Ceh. Sudahlah kau katakan ini tak boleh dileluconkan, tapi kau masih boleh ketawa ya.
Hehe.
Balas komen ini.
Abang Di berkata,
May 16th, 2009 at 10:31 pm
Balas komen ini.
nadirah hanim berkata,
May 16th, 2009 at 11:02 pm
kool. mungkin patot coba juga for keropok lekor free ;p
nadirah hanim telah menulis tentang Beautiful Pressure in KL. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:09 am:
Aduh, itu niatnya harus dibetulkan dulu, Nad.
Balas komen ini.
SifuPTS berkata,
May 17th, 2009 at 3:58 am
Asalamualaikum, tuan. Saya sudah buat entri khusus dalam blog saya supaya pengunjung saya turut membaca karya tuan nan satu ini.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:13 am:
Waalaikumsalam, Puan. Akhirnya, saya tak menang tangan menjawab emel yang menderu bertanyakan dari mana asal saya dan apakah nama ‘topi’ yang saya gunakan di FB.
Apa pun, terima kasih, Puan.
Balas komen ini.
Bb Wilmi berkata,
May 17th, 2009 at 4:29 am
Salam En. Mazni,
Saya dengan keberanian saudara yang begitu mengasyikkan tatkala menuturkan kata-kata itu. Saya dapat imagin bagaimana perasaan saudara saat itu. Sungguh ‘gentleman’ sekali pada saya. Semoga sukses selalu dan tercapai impian segera! InsyaAllah.
PS: Walau pun foto Facebook dengan gaya menutup separuh atas bahagian muka, realitinya saudara bukan pemalu orangnya
Salam inspirasi,
Bb | Cyberjaya
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:17 am:
Haha. Lucu sungguh komenmu ini, Bb Wilma. Saya ini sebenarnya sangatlah tidak pemalu orangnya. Sebab itulah ada orang menyaran jangan dinilai buku dari kulitnya.
Balas komen ini.
Syahrul berkata,
May 17th, 2009 at 5:03 am
Sudilah kiranya jemput melawat teratak buruk saya di http://www.syahrulnizam.com
Syahrul telah menulis tentang Kepentingan gambar dalam persembahan. Mari baca!!
Balas komen ini.
'atiqah jasni berkata,
May 17th, 2009 at 6:05 am
Assalamualaikum SangPelangi
Syabas diucapkan kepada anda kerana berjaya menggunakan tatabahasa Melayu tinggi.Sudah lama saya tidak menggunakan tatabahasa Melayu tinggi.Rasanya kali terakhir ialah ketika di tingkatan lima di MRSM Pontian.Anda memberikan saya semangat untuk menggunakan kembali tatabahasa Melayu tinggi.
Wassalam.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 7:22 am:
Kalau begitu, marilah kita kembalikan zaman itu semula.
Balas komen ini.
Drimba berkata,
May 17th, 2009 at 8:20 am
HEBAT amat sangat. Tahniah wahai jejaka idaman tanah Melayu..Teruskan perjuanganmu.
Drimba telah menulis tentang TUMBUHAN. Mari baca!!
Balas komen ini.
puding caramel berkata,
May 17th, 2009 at 8:36 am
tahniah.
kamu buat saya rasa seperti mahu mencuba juga. bukan kerana mahu keropok lekor percuma.
tapi ingin tahu, adakah bahasa melayu tinggi jika diguna sehari-hari boleh diterima oleh semua.
apa pun..tergelak. baca kisah ini. keropok lekor yang empuk di dalam rangup diluar. boleh buat iklan.
puding caramel telah menulis tentang 1515. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:36 pm:
Kalau ingin tahu boleh diterima atau tidak, cubalah gunakan BMT dan lihatkan kesannya. Apa yang ingin dimalukan, kau cubalah pada orang yang kau rasakan takkan berjumpa lagi dengannya selepas ini.
Balas komen ini.
wewr berkata,
May 17th, 2009 at 9:10 am
Salam.
Wah! Rupanya saudara datang semalam. Saya tidak perasan pula. Dalam ramai-ramai, tidak sempat menghulur salam berjabat tangan. Seingat saya, kali terakhir kita bersua cuma melalui Yahoo Messenger setahun atau dua tahun yang lalu.
Pada minggu hadapan, adakah saudara akan menghadirkan diri ke Bengkel Indeks Kabus pula? Saya anjurkan saudara hadir, kerana Indeks Kabus amat penting untuk menentukan tahap penulisan kita boleh dibaca oleh golongan yang mana.
Selamat menulis sahabatku!
p/s : SangPelangi sudah semakin popular. Tadi, tatkala pulang dari bengkel Teknik Surah Yusuf, terlihat pelangi di hujung horizon. Tidak semena-mena, teringatkan saudara…
wewr telah menulis tentang PPSMI : Perjuangan Menguburkan Pengubur Bahasa!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:28 pm:
Asyraffdini? Aduhai, bagaimanalah rupamu sekarang, ya. Letaklah gambar di blogmu, biar nanti dapat aku cam siapa dan boleh kita bertegur sapa.
Aku tertanya juga apa itu indeks kabus kepada peserta lain yang pernah ke bengkel Puan Ainon. Mereka juga beriya-iya mengajak aku ke sana minggu depan. Jika diizin Tuhan, kita bertemu lagi di situ ya. Boleh nanti kita berbincang perkembangan diri dan GKLN bersama.
p/s: SangPelangi cuma menumpang populariti kata kunci ‘pelangi’ yang sudah sedia diketahui ramai.
Balas komen ini.
iliana berkata,
May 17th, 2009 at 9:44 am
suka suka suka sangat dengan ujian ini..
(tu je yang nak cakap hehe)
iliana telah menulis tentang C.I.K.G.U. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2009 4:03 am:
Isk3, ujian ini bukan untuk suka-suka ya. Harus benar serius.
Balas komen ini.
devil's advocate berkata,
May 17th, 2009 at 10:00 am
Entah-entah penjual berkenaan memberi keropok lekor percuma kerana khuatir tuan akan datang sekali lagi dengan ayat-ayat skema yang lebih mengancam lagi mencabar daya menahan ketawanya
Jangan marah ya, saya hanya bergurau.
Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada tuan SP.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:30 pm:
Haha. Komentar ini pun lucu juga. Betul juga, ya. Boleh jadi, ada yang khuatir atau cemas melayanku yang sudah seperti berlatih untuk persembahan pentas.
Balas komen ini.
namasayaialahnamasaya berkata,
May 17th, 2009 at 10:57 am
salam, selawak-lawak majalah Apo, lawak lagi cerita ni adushhh…puan Ainon? familiar nama tu. encik pelangi, x salahpun kalau aplikasikan bahasa Melayu tinggi,seronok dengar walaupun agak janggal, tertarik,menarik dan keBOM!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 17th, 2009 3:33 pm:
Kalau pernah mendengar nama Puan Ainon, beliau adalah pengurus besar syarikat penerbitan PTS Publications.
p/s: Mujur kau tak letupkan SangPelangi dengan C4 kamu itu.
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
May 17th, 2009 at 4:39 pm
Aku kagum jika ada orang sanggup lakukan macam SangPelangi selepas ini.
p/s Fan, aku tak dapat bayangkan kalau akulah yang jual keropok lekor itu. Aduh.. haha
SangMentari telah menulis tentang CURILAH MASA UNTUK BERCINTA!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 12:24 am:
Kita juga patut kagum pada penjual keropok lekor itu kerana keikhlasan hatinya yang sudi belanja satu ringgit. Memang sedap tak terkata! Hihi. Jangan cemburu, ya.
Balas komen ini.
ainul arina berkata,
May 17th, 2009 at 5:35 pm
salam
Aha, nampaknya bukan saya seorang gila berbahasa baku sekarang ya. Nak tahu, bulan ini saya banyak berbahasa baku dengan seorang kawan di dalam kelas mahupun di makmal sains. Seronok pula berbincang tentang sains dalam bahasa melayu baku asli. Terasa macam kembali ke zaman pendeta melayu zaman sahulu kala.
* Tahukah kamu bagaimana bakteria ini menjangkiti sistem pernafasan manusia?*
* Oh, sudah tentu. Lihat di sekelilingnya ada satu struktur yang bertindak seperti racun.*
* Hebat sungguh. Justeru, bagaimana caranya kita mahu mengubatinya? *
* Saya kurang pasti. Kalau tidak silap, ada satu ubat yang paling berkesan*
Macam sedang baca novel pun ada. Cumanya macam biasalah, bila dah bercakap baku sesama kawan, automatik yang lain tertarik dan mendengar dan tolong gelakkan. Aduhai..
ainul arina telah menulis tentang Tempatan. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 12:26 am:
Kalau begitu, aku berkira-kira untuk menubuhkan kelab penutur bahasa skema. Siapa tahu nanti keahliannya melonjak, kerana sebenarnya ramai yang berminat untuk bertutur baku dek kurangnya sokongan dari sekeliling. Kau jadi ahli pertama.
Balas komen ini.
Tintataghyir berkata,
May 17th, 2009 at 7:38 pm
Irfan, salam perkenalan. Anda akan lebih lucu sekiranya orang yang cuba berbahasa Melayu tinggi adalah orang Kelantan. Bukan prejudis, tetapi berdasarkan pengalaman.
Pernah masa belajar dahulu seorang kenalan Kelantan yang pekat dialeknya menceritakan dia pernah cuba berurusan di kedutaan menggunakan Melayu Tinggi. Langsung pegawai itu bertanya, “Awak ini orang Myanmar ke?”
Saya minta dia ajuk semula cakapnya itu, sah bila dengar bunyi nadanya memang sangat-sangat kelakar.
Pernah juga situasi di kedai menjaja kueh berhampiran rumah abang, seorang lelaki berpakaian kemas berkata dengan nada yang pelik kepada penjual sebelum beredar, “Makcik, saya telah membayar kesemua harga kueh ini tadi.”
Dalam kereta saya bertanya kepada abang saya, “Perasan tidak lelaki baju kemas tadi? Dia orang mana ya?”
Abang saya menjawab, “O, dia orang Kelantanlah.”
Tidak dapat dinafikan kelas Puan Ainon sangat bagus sekali dan seakan menyentak kelemahan saya sebelum ini. Maaf ya orang Kelantan.
Tidak tegerak pula Irfan, saya hendak beli di situ. Kalau anda cerita mesti saya boleh sama-sama menguji reaksi makcik itu. Lagi dia kaget bila dua orang pembeli berturut-turut berintonasi begitu. Dek Melayu Tinggi, komen juga menjadi ayat panjang
Tintataghyir telah menulis tentang Memori Tak Terdakap. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 9:39 pm:
Salam, ustaz.
Berkenaan orang yang dari negeri tertentu, saya berat untuk mengulas apa-apa kerana satu isu yang agak sensitif juga.
Apa kata, dalam bengkel minggu ini, kita cuba lagi sekali secara giliran berturut-turut? Pasti ada yang terkejut, atau gerai itu bertambah laku nanti. Haha.
Balas komen ini.
faizul kamaruddin berkata,
May 17th, 2009 at 7:55 pm
Assalamualaikum saudara, kadangkala saya dan rakan akan menjadikan bahasa melayu tinggi sebagai bahan gurauan. Janggal untuk menggunakan bahasa melayu tinggi bila berborak bersama kawan. Kelihatan aneh. Seperti robot rasanya.. Tetapi bila menulis, saya gunakan bahasa melayu tinggi.
faizul kamaruddin telah menulis tentang . Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 12:31 am:
Tapi, kalau tak mencuba, kita tak tahu mungkin ada sahabatmu yang menyokong sama-sama bertutur dengan bahasa melayu tinggi. Cubalah.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
May 17th, 2009 at 11:11 pm
sekarang agak pelik, orang bercakap agak skema gelak, owang ckp cenggini jew di anggap kewl!! (parody)
*Bahasa anak-anak muda sekarang sangat kritikal!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 8:49 pm:
Lebih merisaukan, satu masa nanti bila ada anak muda ke masjid akan dikata ‘alim’, sedangkan zaman sekarang ini pun sudah ada tanda-tanda begitu. Nauzubillah.
Balas komen ini.
BukuRia 3.0 | Prejudis bahasa berkata,
May 18th, 2009 at 3:38 am
[...] kerangka yang baru ini, walaupun mungkin tidak senekad salah seorang peserta lain yang membuat ujikaji bahasa sewaktu membeli keropok [...]
Dr Azman berkata,
May 18th, 2009 at 8:23 am
Sesungguhnya benarlah bagai di kata oleh sifu kita bahawa bahasa menjana wang. Perumpamaan yang pertama kali daku dengari dan agak terkesima dengannya. Namun begitu jelas dan nyata bahawa apa yang di uar-uarkan dan diajari kepada kita penuh dengan kebenaran isipatinya. Bukan kah begitu kawanku, Irfan.
Sesunggunya saya kagum dengan eksperimentasi(adakah perkataan ini benar?) yang tuan lakukan dan apa kata kita teruskan perjuangan ini kerana sesunggunya bahasa Melayu Tinggi ini akan menaikkan martabat bangsa kita setinggi-tingginya. Saya mengucapkan syabas kepada Tuan.
Dr Azman telah menulis tentang MERCEDES dan ANJING ROTWEILLER. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 18th, 2009 9:42 pm:
Sejak hari ujikaji ini, saya terus mencuba-cuba untuk berjuang dengan cara ini dan alhamdulillah setakat ini belum ada lagi pandangan sinis yang saya terima. Rata-rata sebenarnya mereka masih bisa menerima perubahan ini, malah mengikuti pula jejak kita perlahan-lahan.
Semoga tuan juga akan bersama saya dan rakan-rakan, dalam mengejar impian yang sama.
Balas komen ini.
wardah puteh berkata,
May 18th, 2009 at 9:55 am
Wah, kalau macam inilah kesannya, saya pun mahu cuba!
Untung-untung dapat keropok lekor percuma.
Balas komen ini.
Marianti - Kalam Ana berkata,
May 19th, 2009 at 2:12 am
Salam Ukhuwah dan Salam Perkenalan.
Untuk memandaikan Bangsa Melayu yang semakin layu dengan program-program hiburan yang lebih berunsurkan Bahasa Rojak dan tidak langsung dapat memperkayakan bahasa dengan struktur ayat, kata sendi, tatabahasa, imbuhan yang indah-indah.
Saya menunggu pandangan sang pelangi tentang teknik Surah Yusuf dalam penulisan novel.
Wassalam.
Marianti – Kalam Ana
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2009 5:25 am:
Salam Cik Marianti aka Kalam Ana,
Tentang teknik Surah Yusuf itu, saya sedang menghadam lagi beberapa input tambahan dari sasteraislami.blogspot tulisan Puan Ainon. Mudah-mudahan saya dapat mengulas sedikit berkenaannya dari kaca mata sendiri.
Bilakah Cik Kalam Ana ini ingin memiliki blog? Saya tak sabar ingin menyelongkar angkasa pemikiran kamu. Hihi. Ustaz Ashraf itu baru sebulan saja sudah berpuluh tulisannya. Cubalah. Pasti nanti ketagih.
Balas komen ini.
Khadijah berkata,
May 19th, 2009 at 11:21 am
Salam dan terima kasih di atas entri yang sangat menarik ini
Lawak yang berisi..dan aku sangat setuju dengan kamu.Jika tiada usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu baku(adakah baku bermakna kelas tinggi?) tidak mustahil ia akan hilang.Aku rasa, masalah aku adalah satu kesan penggunaan bahasa pasar yang berleluasa.Di mana,mengarang surat rasmi adalah satu tugas yang amat berat dan mungkin mengambil masaku selama berjam-jam hanya untuk mengarang satu surat rasmi! Aku sedang berusaha untuk mengatasinya dan harapnya aku akan berjaya insyaAllah..
Berharap juga kiranya dapat sang pelangi kongsikan sedikit ilmu mengenai tatabahasa melayu tinggi. Terima kasih.
~Allah knows best~
Khadijah telah menulis tentang Rindu Rasulullah buat siapa?. Mari baca!!
Balas komen ini.
gua berkata,
May 20th, 2009 at 3:21 am
aku nak tanya, adakah panggilan makcik tak termasuk dalam BMT? dan adakah BMT mesti berjela-jela? kalau begini, “makcik, keropok seringgit” ini kategori BM apa? bukankah yang ringkas itu menyenangkan?
Balas komen ini.
azam berkata,
May 20th, 2009 at 8:15 am
salam,
menarik, tapi mungkin peniaga itu beri lebih kerana dipuji? atau kerana (gila-gila bermain) bahasa? satu ujikaji belum mengabsahkan semua keadaan, cuba bincang pula dari sudut logika, cuba baca tulisan Prof Abdullah Hassan tentang logik dan falasi.
terima kasih
Balas komen ini.
Azahadi Azahari berkata,
May 20th, 2009 at 8:54 am
Cuba bayangkan kalau anda membeli keropok lekor di gerai tersebut dan makcik itu yang berbahasa Melayu tinggi sebaliknya anda pula yang tidak biasa dengan bahasa seperti itu malah tidak pula bersedia.Apakah tindakan anda?
Saya tertarik dengan komen Al-Irfan,’mereka yang tak mampu berbahasa Melayu tinggi pasti sukar apabila berada di meja temuduga…itulah antara masalah utama yang saya hadapi…:)
Balas komen ini.
Izawati Che Rashid berkata,
May 20th, 2009 at 10:23 am
Salam Irfan..semoga di bawah lindungan Allah S.W.T. selalu.
Menariknya eksperimentasi yang dicuba oleh awak ni, tahniah! Tetapi secara peribadinya..bagi saya, kalau perbualan seharian bersama dengan teman-teman, terasa janggal pula untuk berbahasa melayu tinggi ni. Melainkan ketika menulis, samada menulis di blog, mahu pun email..seboleh mungkin saya menggunakan bahasa melayu tinggi, tanpa ada sebarang singkatan perkataan..seakan menyukarkan pembaca sekiranya tidak menggunakan tatabahasa melayu yang betul (atau adanya singkatan-singkatan perkataan yang mungkin sukar difahamai sesetengah pembaca) apabila menulis di blog.
* terima kasih datang menjenguk dan meninggalkan komen di blog saya..terkejut sebenarnya. actually, i’m your silent reader..cuma saya tak pernah meninggalkan apa-apa komen di sini. apa perkembangan terbaru Sahabat Sang Pelangi?
Izawati Che Rashid telah menulis tentang KELAHIRAN YANG DINANTI. Mari baca!!
Balas komen ini.
perokoksoleh berkata,
May 20th, 2009 at 11:04 am
hhahaah….menci2x
memng lawak la ipan….
aku rasa kalau akulah makchek itu,mungkin aku kan memberimu gerai keropop lekor aku itu hendaknya…sambil membaling sliper jepoon ku…hheee
akhir kata:
saya rasa bahasa sebegini sudah lama tidak diguna pakai oleh orang2x tanah melayu…mungkin juga ia menyukarkan para pendengar kerana terpaksa gelak gemilai ibarat pontianak yang kehlangan selipernya….hahahahah
perokoksoleh telah menulis tentang Sepetang bersama Muslim dan Yahudi…. Mari baca!!
Balas komen ini.
mie berkata,
May 20th, 2009 at 11:57 pm
kalu saya jadi mak cik tu pun, peristiwa itu takkan terluput dari ingatan sepanjang bergelar usahawanita.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
May 21st, 2009 at 4:17 am
aduh, cerita kau irfan menerbitkan rasa lucu dan tidak kering gusi.
jika aku makcik keropok lekor itu, pasti aku membalas dengan bahasa melayu penuh tatabahasa yang bertertib
irshadian telah menulis tentang Untuk cikgu-cikgi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Amirez berkata,
May 21st, 2009 at 10:53 am
satu pengalaman yang sungguh menarik irfan
andai arwah ayah masih hidup,
mungkin kau boleh bual bicara bersamanya dengan
tatabahasa tinggi. malang, anak sulungnya ini tidak
suka berbahasa mana
Amirez telah menulis tentang Genuine Microsoft Office Validation Removal. Mari baca!!
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
May 21st, 2009 at 7:33 pm
Salam.
Sangpelangi, wirawan bahasa ibunda. Teruskan perjuangan anda!
)
Menjadi kerisauan saya (barangkali anda juga) kecenderungan kanak-kanak muda bersms dan beremel dengan singkatan. Oh, bagaimana nasib mereka di bangku peperiksaan nanti? Mungkin saudara boleh memikirkan ‘teori’ baru untuk menyerang balas fenomena ini.
(Fuh, menulis dalam bahasa formal memerlukan saya menggunakan lebih banyak tenaga berfikir!
y4ku24 telah menulis tentang This Month’s Feature: Apa yang korang tengah makan tu? (Part 1 of 2). Mari baca!!
Balas komen ini.
awe berkata,
May 23rd, 2009 at 9:33 am
mahal nye kepok lekor tmpt kamu..
kat sini seringgit boley dpt lapan taw….
Balas komen ini.
Mieza berkata,
May 31st, 2009 at 5:54 am
Assalamualaikum…
Sudah lama tidak berkunjung ke laman SP… Kekangan waktu makin terasa sejak bergelar mahasiswi tahun akhir…
Hmm… menarik entri kali ini. Bahasa Melayu Tinggi… aku sebagai pelajar jurusan bahasa juga tidak mempelajari TatabahasaMelayu Tinggi dalam pelan pengajianku. Mengapa? Jawapannya mudah… Perkara yang paling asas kupelajari dalam Bahasa dan Masyarakat, tujuan manusia menggunakan bahasa adalah untuk berkomunikasi. Fungsi bahasa sahaja ditekankan, struktur atau keindahan bahasa tidak ramai yang mengaplikasikannya.
Ini cuma pandanganku berdasarkan hadamanku terhadap kata – kata seorang pensyarah di fakultiku.
Balas komen ini.
rdhanz berkata,
June 4th, 2009 at 2:18 am
Sesungguhnya saya dambakan keberanian untuk melakukan sesuatu yang sama seperti yang Tuan lakukan.
rdhanz telah menulis tentang Mari berfikir sejenak. Mari baca!!
Balas komen ini.
adawiah.zaini berkata,
June 5th, 2009 at 3:30 pm
saya tergelak pada permulaan dan terpegun pada bahagian akhir cerita kamu.
memang sangat sukar untuk mengaplikasikan BMT dalam aktiviti seharian. rasa janggal, mungkin kerana selama ini hanya menggunakannya ketika menulis karangan di sekolah. untuk menulis komentar ini juga, rasa sedikit gugup. mengapa agaknya ya.
Balas komen ini.
HuRuL_AiNi berkata,
June 10th, 2009 at 4:16 am
salam
tatabahasa? bagi aku ini sastera…haha.
bahasa yang mempunyai tatabasaha yang tepat dan lengkap tidak semestinya mengguna ayat yang berjela….mungkin apa yang kamu maksudkan ‘eleborate code’ yang ada kamu sebut di atas, namun kurang difahami di pihak saya…
tapi eksperimentasi yang baik…
apapun, sebagai seorang blogger, sebaiknya tatabahasa atau penggunaan bahasa yang lengkap sebaiknya diaplikasi pada penulisan terlebih dahulu….di samping atau sebelum diaplikasi sepenuhnya dalam aspek pertuturan….hanya sekadar pandangan
Balas komen ini.
rudy berkata,
June 13th, 2009 at 7:42 pm
ir, masih ingat tika pertama kali menjejak bumi Shinto? Bahasa yang kita gunakan bahasa Jepun standard tinggi lagi “buku”. Dan pada ketika itu, Sensei Zemi aku terus berkata; ‘bahasa yang kamu gunakan mengalahkan anak-anak remaja negara ini yang sebaya kamu’. Diselang dengan tawanya.
Aku diam. Nak kata sinis pun tidak. Nak kata pujian pun bukan. Hanya terkujat sambil diri berbisik, SKEMA kah aku?
Balas komen ini.
Amin007 berkata,
July 25th, 2009 at 11:39 pm
adapun dalam penulisan dalam sistem pesanan ringkas – sms,
saya sudah pun mencuba menulis dengan bahasa zaman kesultanan melayu melaka.
contohnnya macam ni
“adapun menjunjung kasih tuan yang terutama memerintahkan hamba penyampaikan pesanan bahawa tuan hamba pulangkan persuratan terkandung di dalamnya ayat yang tertulis Borang QSS berserta F@ sekali. harap maklum
dari amin007, penyimpan rahsia kerajaan”
mungkin sudah sampai masanya kita sampaikan pesanan kepada penyedia komunikasi seperti Maxis, Digi serta Celcom agar mengalakkan pengguna menghantar sms dengan bahasa melayu penuh. juga meminta agar pembuat telefon menimbangkan kemudahan menaip sms tanpa had
namun jika ada peluang …
Balas komen ini.
Mamat morioka, Iwate berkata,
August 20th, 2009 at 5:47 am
Haha
Mantap bro. Memang ramai orang kita segan nak berbahasa BM, lagi2 kalau alih bahasa. Guna BM pun takleh terima, huhu. Alhamduli4JJ1, kerana kita dan ramai lagi orang kat luar negara ni nampak, bahasa ibunda mereka diutamakan, maka kita pun sedar. Bahasa adalah identiti kita..
Takpelah yang belum nampak tu.
Mungkin satu hari nanti.
Jumpa lagi prog IPIJ, hehe
Balas komen ini.