Eksperimen Mengurus Si Pemalas dalam Pasukan.
Siapakah Sebenarnya Si Pemalas?
Di sekolah, di tempat kerja, atau dalam mana-mana gerakan organisasi sekalipun, kita pasti menghadapi orang begini, Si Pemalas (kalau boleh kugelar begitu, agak kasar juga). Bagiku orang begini bukanlah berlaku jahat ataupun nakal. Mari kita pandang diri mereka ini dari sisi yang satu lagi, iaitu sisi putih. Semangat tidak berikan kerjasama dalam pasukan rupanya adalah datang dari sumber yang hebat, dijadikan oleh Sang Pencipta kepada dirinya yang unik.
Memang ada jenis insan yang cepat bosan dengan dan sukar fokus pada satu titik perhatian. Mereka juga suka melakukan kerja bersendirian, dan berpendapat lebih lama dan sukar sesuatu kerja itu kalau banyak tangan yang mencampurinya. Orang begini biasanya lebih kreatif daripada orang yang banyak bercakap, kerana sebahagian masa yang digunakan olehnya adalah berfikir. (Yang banyak bercakap pula, boleh jadi sekadar ‘tin kosong’)
Persoalannya sekarang, manusia yang suka bersendirian dan tidak serius dalam sesebuah pasukan, tidak layak hidup di dunia ini. Kerana sudah menjadi fitrah, Hawa diciptakan demi hidup berpasukan dengan Adam. Mana mungkin di zaman batu dulu, manusia dapat hidup keseorangan di tengah-tengah hutan. Pasti akan dibaham hidupan buas. Begitu juga hidup di zaman ini.
Eksperimen: Hadapi Si Pemalas dengan Melelongnya.
Baru-baru ini, aku ditemukan oleh Allah dengan seorang pensyarah yang amat dedikasi, sewaktu membantu Tuan Ahmad Naim Jaafar mengendalikan Seminar Revolusi Bakat di Fakulti Sains Komputer UTM Skudai. Pensyarah yang berprinsip “Aku hidup untuk mendidik” ini, berkongsi kepada kami satu teknik yang diamalkan olehnya secara turun-temurun. Nama pensyarah ini ialah Puan Hazinah Kutty Mammi.
Menurut beliau, Si Pemalas tidak boleh dimarah secara terus kerana memang tiada impaknya. Mereka akan buat bodoh saja dengan muka yang tidak berperasaan. Jadi, Si Pemalas harus dihukum dengan cara yang positif, di mana semua ekosistem akan mendorong Si Pemalas ini menjadi lebih proaktif. Bagi menghadapi situas begini, beliau akan menggunakan satu format kerja berpasukan yang dikenal sebagai, “Lelong Si Pemalas.”
1. Sebelum tugasan pertama diberi, setiap orang akan diberikan dengan markah yang sama.
2. Setelah selesai sesi tugasan berpasukan pertama, setiap ahli akan menilai ahli kumpulan masing-masing. Sama ada perlu menambah atau menolak markah yang diperoleh ahli yang lain. Tambah satu markah, atau tolak satu markah.
3. Jumlah markah individu dirumuskan. Ditambahkan kesemuanya menjadi markah kumpulan.
4. Setiap kumpulan WAJIB menamakan SATU ahli paling merosot, untuk dilelong kepada kumpulan lain. Kita namakan orang ini Si Pemalas.
5. Kumpulan yang bersedia mengambil ahli paling merosot itu, perlu mengorbankan markah kumpulan mereka untuk ‘membeli’ Si Pemalas. Kumpulan yang bersedia ‘membeli’ Si Pemalas harus bersedia melatihnya supaya berprestasi.
6. Jumlah markah akhir kumpulan akan dibawa ke sesi tugasan seterusnya.
Bagaimana? Pada hematku, teknik begini hampir menuju sempurna, perfect kata orang Jowo. Pasti kalian ada banyak persoalan yang ingin dihujahkan, bukan? Mari aku jawabkan bagi pihak Puan Hazinah. Hehe.
Syahirah berkata,
August 11th, 2010 at 2:40 am
Sekejap..saya ada soalan..
No 5, kumpulan yang mahu membeli Si Pemalas bertanggungjawab melatihnya supaya berprestasi dan pada waktu yang sama perlu mengorbankan markah kumpulan.
Bukankah ia seperti pulangan yang kurang berbaloi?
Balas komen ini.
Irfan SangPelangi membalas pada August 11th, 2010 2:59 am:
Semua kumpulan akan berkorban markah untuk membeli ahli baru. Jadi, mereka amat berhati-hati semasa memilih Si Pemalas yang wajar dibeli, kerana jika mereka silap memilih Si Pemalas, aktiviti berkumpulan mereka akan beri kesan yang teruk.
Semua orang perlu menjaga kualiti kerja berpasukan. Jadi mereka akan membida Si Pemalas yang berpotensi dan berfaedah sahaja kepada kumpulannya. Inilah pelaburannya.
Balas komen ini.
mumtazah berkata,
August 11th, 2010 at 3:28 am
Malunya. Bagaimana jika tidak ada pemalas, tapi disebabkan perlu cari pemalas dalam kumpulan maka wujud lah si pemalas itu.
Bagi saya, jika pelajar itu pelajar universiti, lebih elok di panggil secara peribadi untuk berbincang dengan pensyarah. Jika pelajar itu ada maruah,sepatutnya mereka berubah.
Saya tak boleh terima cara begini.Mungkin pada pelajar lelaki ia tidak menjadi masalah. Jika terkena pada pelajar perempuan bagaimana?
Balas komen ini.
Mira berkata,
August 13th, 2010 at 5:39 pm
Rasanya cara begini mampu memotivasikan setiap ahli dalam pasukan asalkan pada awal tugasan diberitahu peraturan ini. Kalau pelajar universiti, pasti individu yang sebelum ini malas akan cuba tidak mahu dirinya dilelongkan. Kesan malu memberi impak psikologi.
Saya rasa cara ini impaknya besar. Jika wujud individu yang malas juga, ini bermakna dia ada masalah ‘attitude’. Dan kalau dirinya kerap kali menjadi lelongan, pasti terkesan jua…
Terima kasih tuan irfan kerana berkongsi!
Balas komen ini.