Eksperimen Gila: Menjaja Buku di Jalanan
Tuan, pinjamkan saya lima saat?
Kata-kata itu yang pertama kuucapkan pada seorang lelaki yang sedang menghirup kopi putihnya. Tanganku kemas menayangkan sesuatu. Di meja petak itu, tiga sahabatnya juga terpaku merenung apa yang sedang kugenggam keras. Seorang daripada mereka cuba menyentuhnya. Dengan lembut kutarik ke belakang, mengelak sedikit. Senjataku cuma satu, grafik pada kulit buku.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni.
(ISBN: 978-967-5226-61-8)
Alaaa.. berilah saya sentuh.
Fuh, tajuk dia… Ceritalah sedikit.
Harga? Harga?
Itulah soalan-soalan yang terpancur dari mulut mereka. Sedangkan, waktu itu di dalam hatiku sudah terbahak-bahak ketawa. Memang seperti yang dijangka. Lima saat mereka yang kupinjam itu berjaya kukuasai sepenuhnya. Aku dengan berwajah penuh yakin mengatakan,
Sebenarnya kalian sudah dipengaruh. Lihat halaman 139.
Lalu, kuselakkan halaman 139 dan memberikannya pada seorang lelaki yang bertentang denganku. Beliau membacakan dengan kuat tanpa segan silu untuk diperdengarkan kepada teman-temannya yang lain.
Selang beberapa ketika, semuanya ternganga.
Sebenarnya, ilmu yang sedang kupraktikkan itu memang diceduk dari halaman yang sama juga (m/s 139) yang berbunyi;
Teori The Curve of Forgetting menyatakan, 80 peratus daripada apa-apa yang kita pelajari dan fahami diproses secara visual. Penulis cadangkan agar air liur tidak dibazirkan dengan bercakap semata-mata…
…Saluran secara visual ini juga memberikan 25 kali ganda lebih pantas kesannya pada otak mereka yang perlu dipengaruhi berbanding saluran pendengaran sahaja.
Lantas, berlegar-legarlah buku ini mengelilingi meja. Seorang demi seorang membeleknya dari kulit ke kulit, hingga ada juga yang menghidunya. Lucu!
Sepanjang buku itu bergerak dari tangan ke tangan, maka bermulalah satu proses yang dinamakan, ‘mencucuk jarum.’ Aku menceritakan kekuatan buku itu sebutir demi sebutir, tanpa gelojoh, berwajah yakin. Tidak kusangka, keempat-empat dari mereka berminat untuk membelinya.
Aku tersentak. Kenapa begitu mudah terjual?
Sayang sekali, aku cuma membawa lima buah buku sahaja untuk bereksperimentasi. Akhirnya, tinggal sebuah yang berada di genggamanku. Aku tetap di kedai kopitiam yang sama, mendekati sepasang suami isteri sedang berbincang di meja lain. Masih menggunakan strategi serupa, meminjamkan lima saat pertama.
“Tak boleh kurang?”
“Harganya RM21.90 ini tercetak di atas kulit dengan tujuan saya tak boleh menipu Tuan,”
“Mesti banyak komisen awak.”
“Ini kad saya. Saya sendiri editor kepada buku ini dan sudahpun dibayar gaji mahal.
Buntang mata mereka. Sang isteri melontarkan soalan,
“Wah, dibayar gaji mahal masih berjualan begini?”
Aku masih tersenyum melihatkan telatah mereka. Soalan itu juga sudah kuduga dan kusiapkan jawapannya awal-awal lagi,
Tujuan saya cuma satu; melihat reaksi pembaca. Bukan untung yang saya cari, Puan.”
Bayangkan, lima buah buku terjual dalam masa lima belas minit. Syukur. Pastinya bukanlah keuntungan yang besar andai dibandingkan dengan Tim Sales yang membawa juta-juta. Namun, misi utama dalam eksperimen ini adalah semata-mata ingin merobohkan tembok malu diri.
Pelajaran: Tidak meluahkan hasrat sebelum bertindak.
Daripada sepuluh sahabat yang kuceritakan tentang niatku untuk menjual buku secara langsung, enam daripadanya melontarkan balasan negatif. Untung sedikit, letih, berat, dan bermacam-macam lagi palang-palang kesusahan yang disandarkan pada bahu. Akibatnya, 50% moral diriku menjunam. Akhirnya, terpaksa kutidurkan sahaja hasrat ini. Berminggu-minggu.
Hinggalah pada suatu hari, seorang sahabatku, Wahyudi (menarik namanya,bukan) menceritakan,
Kau tahu? Setelah semua menolak untuk membeli darimu, kau akan alami satu perasaan yang berbeza setelah satu produk itu terjual. Fuhh… Bahagia…
Tanpa dia sedar, keesokan malam itu juga aku keluar bertindak. Siapa sangka, kalau bukan dengan kata-kata beliau itu, angan-anganku pasti terkubur begitu sahaja.






faris berkata,
January 16th, 2010 at 12:16 pm
Tahniah Irfan.. experimen yang menarik. Lepas ini boleh cuba buka gerai jualan. Lebih menarik… saya pernah melaluinya dulu-dulu..
Balas komen ini.
Muhammad Fazlaidha berkata,
January 16th, 2010 at 12:31 pm
Subahnallah!, Ringkas , padat dan informatif. Tuan Irfan, tidak sia-sia saya menunggu. Teringat di zaman saya bergiat aktif didalam MLM suatu ketika dahulu. Buku ini tuan telah memberi satu pandangan baru kepada saya. Jika tidak kerana tuan mengupas dan mempraktikkan apa yang terkandung didalam buku tersebut, saya yakin, bila saya membacanya ,menjadi satu lagi bacaan sambil lalu.
Sekarang keyakinan saya betul2 teruja. SAYA HARUS DAPATKAN BUKU TERSEBUT DAN PRAKTISKAN!
Balas komen ini.
Kak Maz berkata,
January 16th, 2010 at 1:05 pm
Salam tuan Irfan.
Tuan memang hebat. Saya berharap saya juga mepunyai keberanian seperti tuan. Berusaha lagi!
Balas komen ini.
Zayu Hisham berkata,
January 16th, 2010 at 6:31 pm
Apa lagi mahu saya ungkapkan selain TAHNIAH DAN HEBAT. Percubaan berani daripada seorang editor.Rasanya belum pernah ada lagi mana-mana editor yang sanggup melakukannya. PTS membuat pilihan tepat memilih tuan.Saya sudah tengok buku ini berkali-kali di rak buku MPH Giant Seksyen 13 Shah Alam. Entri ini menjadikan saya tidak keruan dan tidak sabar-sabar menunggu jam 10 pagi ini untuk ke sana.Tuan telah mempengaruhi saya ( 3 x ).
Balas komen ini.
Inda berkata,
January 17th, 2010 at 3:22 am
Wah menarik eksperimen ini. Menarik sungguh bila baca isi kandungan muka surat 139 itu.
Kuasa YES pertama kali vs kuasa NO, NO, NO, NO, NO… YES!
Baru sahaja belajar ketika Winter Gathering yang lepas.
Balas komen ini.
ijja1912 berkata,
January 17th, 2010 at 8:16 am
Salam..Wah..saya baru saja beli buku ni 2minggu lepas, dan menemui web yang dimiliki seorang editor PTS..[ Agak teruja nih ]..
Melihat header pelangi dimuka depan saja seolah bisa mempengaruhi sy untuk meneroka lebih jauh isi dalam blog ini..
Alhamdulillah, moga banyak yang ku timba dari sini..mintak dihalalkan ya..
Makasih, ijja, gombak
Balas komen ini.
pokli.com berkata,
January 17th, 2010 at 12:07 pm
alhamdulillah
tahniah…
mmg berepngaruh……..saya mmg suka cara visual tu……
nanti nak beli la buku nih
Balas komen ini.
anego berkata,
January 17th, 2010 at 7:32 pm
omedetou fan.
iskk..anego tau, bukan senang nak menjual dengan gaya begitu.
tapi skali dah terjual, memaang nikmatnya terasa kan?
pasal anego pun dolu2 selalu ikut promosi kolej tempat bekerja!
gambatte!
Balas komen ini.
joegrimjow berkata,
January 20th, 2010 at 7:04 am
bukak kedai buku online
nak beli la
menari ni
Balas komen ini.
ikhwan berkata,
January 23rd, 2010 at 12:12 pm
Wah bagus2. Teringin juga nak membelinya….. Tapi bagaimana…
Balas komen ini.
paklang berkata,
January 24th, 2010 at 3:46 am
hmmm….
bbisa. ntah2 gaya penulisan ni pon dah memang pakai sebahagian trick, tips dr buku tu kut? ape2pon, memang dah menarik minat ramai ni.
Balas komen ini.
murnihati berkata,
February 11th, 2010 at 11:16 pm
menarik pengalaman yang diceritakan tu..
teknik yang betul-betul hanya gunakan 5 saat.
Balas komen ini.
oltoroman taro berkata,
February 19th, 2010 at 1:25 pm
salam,,,best2x
nak bagi cth lain, cthnya cam masak utk org lain…
mmg tak dapat apa, dapat penat jer, dah lah tak bergaji, tapi bila tgk org lain makan makanan yg kita masak, rasa happy sungguh “bahagia”..
tolak ke tepilah semua rasa penat, rasa bahagia tu pun dah cukup ehehe
Balas komen ini.
hatim92 berkata,
April 1st, 2010 at 8:45 am
salam…
len kali klo nak jual ajak r sye skali…
anytime pun bleh…
Balas komen ini.