Dosakah membenci seseorang?
Membenci itu satu dosa, melainkan benci dosa-dosa.
Baru saja kutitipkan kata-kata itu pada sahabat akan akibat membenci seseorang, sedangkan sudah terpukul ke hidungku sendiri. Akhirnya, tidurku terjaga berkali-kali kebelakangan ini.
Ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa kita dibenci. Walhal, segala tindak tanduk telah diawasi, agar amarah tidak menghantu diri, emosi tidak batasi reaksi. Rupanya, kita pernah membenci dan tidak memaafkan, apatah lagi dimaafkan.
Untuk melurut sekeping ego dari memuncak langit, bukan sekadar lembut lidah menutur maaf. Bahkan, dibantu dakapan mesra, tautan dua hati yang sedang saling meredhakan.
Maafkan aku, kawan. Aku pernah berdosa tidak memaafkanmu. Pelukan ini, semoga mampu meluruhkan daunan noda kita, yang merimbun di pohon dosa yang selama ini kita baja. Semoga syurga untuk kita.
Tubuhku kini semacam bisa diterbangkan angin. Oh, ringannya..






amalina berkata,
March 6th, 2009 at 9:16 pm
hurm…. memang susah nak melafaz maaf . kadang2,kat mulut sebut aja kata maaf, tapi dalam hati,ada lagi rasa (maybe bukan benci) bengang atau sakit ati tu.
baca entry ko ni,teringat aku pada ayat seorang senior aku.
`aku harap ko membenci aku`
amalina telah menulis tentang Time-time nak tidur la baru dapat idea nak menulis... Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:16 am:
Mungkin senior kau ada sebab kenapa dia suruh kau benci dia. Tapi, bahaya juga sebab benci boleh datangkan perasaan sayang. Jadi, harus hati-hati.
Balas komen ini.
irshadian berkata,
March 6th, 2009 at 10:38 pm
macam mana nak memaafkan orang seikhlas hati? orang tu terlalu dekat, aku maafkan dengan mulut ja, nak kawan baik dah tawar hati.. sedangkan Allah Maha Pengampun, dengan sifat al-Ghafur menerima taubat hambanya, apa lagi manusia sesama manusia. susahnya memberi kemaafan dan aku rasa lama-lama ia membawa kepada sebuah kebencian.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:18 am:
Kalau mahu ditunggu saat roh dihembus keluar, masa tu kita tak mampu nak berbuat apa-apa. Dosa kepada Tuhan boleh bersujud taubat, apa pula nasibnya dosa sesama umat?
Balas komen ini.
irshadian membalas pada March 11th, 2009 3:22 am:
irfan, ia terbalik dalam situasiku, aku bukan memohon maaf, tetapi memberi maaf, aish payah
irshadian telah menulis tentang Tolonglah! PPSMI. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
March 6th, 2009 at 11:14 pm
maaf itu terlalu mudah dilafaz, mudah juga dibalas ‘ya, saya maafkan’. tapi, adakah itu seikhlas hatinya? lupakah kita pada adab memohon maaf yang sebenarnya? maaf itu harus dituruti dengan menyatakan apakah kesalahan tersebut. ‘saya minta maaf sebab dah menuduh awak mencuri’ (contohnya).
ramai yang boleh memohon maaf, namun tak ramai yang boleh mengaku silap
iliana telah menulis tentang NIKMATNYA CINTA ITU. Mari baca!!
Balas komen ini.
syahidah membalas pada March 8th, 2009 5:47 am:
maaf dan mengaku silap? hmm..
betul juga jarang kan orang mengaku nih..huhu..tapi rasanya susah juga nak minta maaf..sekali dah minta maaf..fuh lega..teringat masa nak UPSR ,PMR dan SPM..minta maaf ramai-ramai dengan cikgu-cikgu dan mak ayah..huhu..
Balas komen ini.
wasza berkata,
March 7th, 2009 at 2:45 am
salam..
Kerana emosi tak terkawal, terkadang menyebabkan kita membenci seseorang. Mungkin dia pernah melakukan kesalahan hingga kita menjadi terlalu membencinya..Tapi jangan sampai emosi sentiasa menterjemah kebencian, hingga kita lupa pada kebaikan yang pernah dilakukan..Tiada manusia sesempurna nabi, cermin diri sebelum mengungkap kata benci..sempurna kah kita, hingga kita rasa tiada yang membenci kita?..yang penting mindset kita..bukan benci, tapi marah pada apa yang dilakukan, dan bila dah luar dari situasi tu..kita dah neutral balik..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:21 am:
Membenci sikap juga, dalam masa yang sama memberi teguran efektif, dengan harapan ada sesuatu yang dapat dia pelajari. Benarlah emosi boleh menenggelamkan segala yang putih telah diwarnakan, kerana merenung pada secalit hitam yang satu.
Cermin dan terus bercermin.
Balas komen ini.
mollek berkata,
March 7th, 2009 at 5:34 am
Sebenarnya, perasaan benci tu dibenci oleh kita sendiri. Bila membenci seperti ada satu kekusutan dalam hati yang tak terlerai. Tapi bagaimana dengan rasa menyampah? Aku sentiasa rasa menyampah pada cayanun.
AKu sendiri tak pasti adakah ia dendam?
mollek telah menulis tentang Mengukur Kejujuran?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:25 am:
Aduh. Kalau kau meluat padanya, seolah aku dilihat meluat oleh orang Jepun di sini. Meluat atau menyampah, dua-dua perasaan ini bagiku adalah racun. Kalau dibuang perasaan itu, siapa tahu satu syahadah dapat kita selamatkan?
Balas komen ini.
mollek membalas pada March 10th, 2009 10:43 am:
Astaghfirullahhal’azim.. Lalainya aku. Malu dengan diri sendiri. Terima kasih atas peringatan.
mollek telah menulis tentang Di mana barakah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
SangMentari berkata,
March 7th, 2009 at 7:57 am
Fan, aku rasa aku tak pernah minta maaf pada kau selama ini. Maafkan aku ya…
p/s Aku suka entri ini. Menyedarkanku juga pada dosa-dosa silam. Aduh, banyaknya!
SangMentari telah menulis tentang TANGISNYA CUMA SAYANG IBLIS 2. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:27 am:
Hehe. Aku pun ingin meminta maaf (walaupun aku rasa kita berdua tak punya salah apa-apa). Kita berkenalan cuma dalam jangka pendek saja, kan? Tapi, dah rasa macam bertahun kita kenal lama. Apa rahsiamu?
Balas komen ini.
SangMentari membalas pada March 10th, 2009 11:46 am:
Setiap persahabatan itu bukankah harus disemai dengan benih yang subur. Kau sudah kuanggap sahabat walaupun perkenalan kita terlalu sekejap.
p/s sampai sekarang aku masih ingat kenangan masa di maktab.. hehe
SangMentari telah menulis tentang SEBENING KASIHMU 4. Mari baca!!
Balas komen ini.
narumi berkata,
March 7th, 2009 at 9:54 am
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan. -IMAM SYAFIE-
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:35 am:
Terima kasih atas perkongsianmu, Narumi. Bermakna kita harus membuang segala rasa benci, jangan ada yang tersisa. Bimbang kelak kita akan memutuskan persahabatan.
Balas komen ini.
izzahsakinah berkata,
March 7th, 2009 at 12:04 pm
Indahnya memaafkan. Oh.
izzahsakinah telah menulis tentang Life Is So Sweet. Mari baca!!
Balas komen ini.
anakmanjoi berkata,
March 7th, 2009 at 8:04 pm
memaafkan itu lah cara kita mencermin diri kita sendiri,…. sama ada kita sedari akan diri kita ini berpijak di bumi yang nyata ini atau masih hidup terawang-awangan di dunia bertopeng masa kini,…
~ memang susah nak memaafkan ikhlas dari hati, cuma memerlukan masa untuk berfikir dan menstabilkan emosi,… aduss,…
~ anakmanjoi =)
anakmanjoi telah menulis tentang anak manjoi~. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:30 am:
Betul.. betul.. Aku sendiri merasa sangat menggigil mengawal emosi tika menutur maaf. Bila dah berlalu, rasa macam tak percaya. Ucapannya cuma pendek, ‘maaf’ , tapi gerak tubuh dah macam pergi berperang.
Balas komen ini.
Amilin berkata,
March 7th, 2009 at 11:57 pm
Benci atau apa sahaja perasaan yang timbul dalam diri adalah sesuatu yang semula jadi,dialami oleh semua orang.Salahkah timbul perasaan benci? bagi saya tak salah selagi kita tak tunjukkan sifat benci kepada insan terbabit.mungkin perasaan itu datang dari bisikkan yang salah,yang menunjukkan hati kita perlu dirawat.Itu kalau timbul perasaan benci yang tak patutlah.Dan benci juga ada baiknya,seperti benci kepada sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan islam.jadi, bagi saya,timbul rasa benci tak salah tapi kita kena kawal,letak kebenciaan pada tempatnya.Jangan benci pada seseorang itu tapi bencilah pada perbuatan salah mereka sahaja,bukan pada mereka.
Bagiku maaf itu sukar untuk diucap walaupun hati sudah mengatakannya.
Amilin telah menulis tentang Saudaraku di bumi Palestin. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:33 am:
Yup. Benci ada bermacam segi. Rasa benci perlu letak pada tempatnya, agar kita tak membenci dengan melulu, tanpa alasan yang kukuh untuk menghalalkannya.
Walau maaf sukar diucap, kata-kata itu boleh menyambung hati dua insan yang pernah terpisah.
Balas komen ini.
aryana berkata,
March 8th, 2009 at 2:03 pm
saya pernah membaca dari buku
“La Tahzan” karangan Dr. ‘Aaidh ibn Abdullah Al-Qarni
katanya, memaafkan itu ada 7 peringkat
ertinya, kemaafan yg sbenar2 kemaafan
ialah slepas 7 kali kita meyakinkan diri kita
bhw kita sudah memaafkan kesalahan seseorang itu.
tapi susah juga lah….
saya sendiri pun
masih tidak mampu melaksanakannya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:37 am:
Mari kita mencuba. Cuba toleh kri kanan, cari sesiapa yang pernah kita buat silap. Jadikan ia sebagai latihan. Atau bercakap di hadapan cermin terlebih dahulu? Hehe.
Balas komen ini.
bintangtimur membalas pada April 26th, 2009 11:02 pm:
sukarnya memaafkan orang, tapi kalau salah orang kat kita tau pulak nak dimaafkan…
Balas komen ini.
Mieza berkata,
March 9th, 2009 at 5:46 am
Terima kasih, fan… entri ini menyedarkand tentang beberapa hal…
Erm, aku berselisih faham dgn teman sebilik ku 3 hari lalu.. bagiku hal remeh.. (tetapi mungkin dia yang membesarkan)
Sehingga kini kata maaf tidak disuarakan.. berdosanya aku…
terima kasih, irfan…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada March 10th, 2009 10:28 am:
Aku menunggu. Khabarkan berita gembira selepas lahirnya perasaan dosa itu.
Balas komen ini.
Mieza membalas pada March 11th, 2009 2:07 pm:
Alhamdulillah… smlm aku telah memohon maaf… tidak kisahlah siapa yang memohon maaf… yang paling penting keikhlasan ketika mengucapkan kata maaf dan pemberian kemaafan itu…
Benar katamu fan, pelukan mampu menggugurkan keegoan sesetangah manusia…
Balas komen ini.
ashaf berkata,
March 11th, 2009 at 3:52 pm
terima kasih kerana mengingatkan…aku ingin tahu adakah sama ‘perasaan tak suka’ dan ‘perasaan benci’? ‘menyampah’ dan ‘meluat’, adakah ia suatu manifestasi kepada suatu kebencian? apa pendapat mu?
Balas komen ini.
Nina berkata,
March 12th, 2009 at 10:02 am
Bila terbaca entri ini, teringat apa yang telah berlaku pada diri saya baru-baru ini. saya berselisih pendapat dengan teman serumah. sampai sekarang tiada kata maaf. pernah terdetik di hati nak memohon maaf, belum sempat menyatakan hasrat di hati, saya di serang melalui emel dengan bahasa nye yang cukup indah. ditambah pula dengan fitnah. terus saya berkata dalam hati, mulai sekarang kau tidak aku kenali.jujur, saya tidak membenci die. tapi untuk menerima die sebagai kawan semula, tidak mungkin.ye, saya tahu saya bersalah kerana telah memutuskan persahabatan dengan die, tapi itu lebih baik kan daripada saya terus menyimpan rasa amarah terhadap die.
Balas komen ini.
filzah berkata,
March 12th, 2009 at 1:42 pm
ermm,semua perkara yg berlaku memg ade hikmahnyer.setiap pergaduhan yg berlaku,menyebabkan kite mengenali sifat buruknyer.apabile kite sudah blh menerima sifat buruknyer,maka mgkn kite blh menerima sifat baeknyer…
memg dulu saye tidak patut membenci org.klo kite membenci org,nnti org akan benci kite balek….
Balas komen ini.
ekin berkata,
July 8th, 2009 at 9:26 am
uhuks…
salam.. baca entri ni buat ku insaf. betapa kejam nye diriku dulu…
ya, memaafkan org itu lebih baik kan??
huhu…
Balas komen ini.
amina berkata,
October 30th, 2009 at 2:35 am
Salam,
Hendak berkongsi cerita juga mengenai kemaafan dan kebencian. Aku tengah lalui perkara yang sama. Aku, secara tak sengaja, terlukakan hati seorang sahabat yg sangat aku sayangi. Aku teelah mohon maaf bertalu-talu tapi dia tidak membalas. Malah terus membisu. Apa lagi harusku buat? Aku buntu.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada November 20th, 2009 6:43 pm:
Yang penting kamu sudah meminta ampun. Jadi, serahkan segalanya pada Dia. Lapangkan dada dan elak berburuk sangka hendaknya. Mari kembali ke kehidupan sediakala.
Balas komen ini.