Doa yang tak dimakbul Tuhan.
Malam itu sujudku yang berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Melihat yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu. Aku tak punya cahaya lagi. Gelap.
“Mulakan dengan dua rakaat sujud taubat, diikuti dua belas rakaat hajat,”
pesan Ama, ibunda tercintaku yang lebih dulu merasa pahitnya hidup menanggung serangan psikologi. Berani ku kata, kisah hitam Ama yang berhadapan seorang manusia yang berlagak Tuhan di memori lalu, lebih dahsyat dari yang ini.
Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini.
Hari itu, tatkala tempoh makmal kian menuju hujung, Kawafune-san dan Sasaki-san mula berkemas awal. Melihat mereka terkocoh-kocoh, membuat punggungku terinjak-injak. Aku tak mahu ditinggalkan berdua-duaan bersama Funada Sensei. Jika tidak, pasti bertubi-tubi cacian dan makian yang menembak tepat ulu hatiku nanti.
Tiba-tiba, tanganku yang sedang memasukkan buku ke dalam beg, digenggam erat oleh Sasaki. Dengan wajah penuh yakin, dia berbisik,
“Kau jangan pulang awal. Aku nasihatkan lebih baik kau tinggal saja di sini hingga ke senja.”
Aku menggeleng. Tetap berkeras untuk pulang bersama mereka seperti hari-hari biasa. Mana mungkin aku bisa menadah muka melihat manusia berwajah iblis itu. Jika tidak, pasti amarahku membuak-buak. Boleh jadi, terbang juga radas-radas ke muka Funada nanti.
Tiba-tiba, Sasaki-san mengoyak secebis kertas dan mencoret suatu nota. Kemudian, dia masukkan nota itu di dalam karung bajuku. Lalu mereka berdua tergesa-gesa berlari meninggalkan aku keseorangan di situ.
Berteman sebak, perlahan-lahan nota itu ku baca. Nota itu berbunyi,
“Percayalah aku. Aku rasa ini pilihan terbaik buat kau. Kau lebih wajar tinggal di makmal ini lebih lama bersama Funada. Kau harus jadi lebih tabah. Ganbatte.. !! “
Oh Tuhan. Seperti mahu gugur jantung ini dek derapan injap yang menghentak dinding-dinding dada. Semestinya aku cemas. Menunggu detik-detik cercaan yang bakal menikam sebentar lagi. Sepanjang waktu, lidah ini mengucap tasbih, menzikir tahmid. Diselangi Ayatul-Kursi, tak putus-putus ku mohon padaNya supaya melembutkan hati Funada.
Selang beberapa ketika, seperti biasa aku akan diperlakukan seperti hamba. Sambil mengherdik dia mencucuk-cucuk bahuku. Sumpah seranah itu semakin berselirat di dalam otak. Wajah Funada tak ubah seperti si gila yang kempunankan takhta DiRaja.
Darah amarah yang membahang kini di atas kepala. Aku kuatkan lagi semua senjata tadi. Sedikit-demi sedikit, terasa perubahannya. Sambil menarik hela nafas, aku cuba bersandar.
Hatiku sudah semakin tenang. Segala kejian Funada cuma berlalu sepoi, beralun-alun menembus telinga.
“Sebelum kau masuk makmal, selawat tiga kali beserta ayat kursi. Kau masuk, nampak dia, lalu tiup ke mukanya. Sambil berniat moga Allah lembutkan hatinya,”
Itulah pesanan Bro Rudy yang sanggup bersusah payah menjejak aku di Yahoo Messenger semata-mata ingin memberi perangsang. Sudah aku amalkan tadi sebelum melangkah ke pintu makmal. Terima kasih bro Rudy. Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.
Selama tiga jam mulut Funada tak berhenti menyumpah seranah. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.
“Hoi Bodoh!! Sampai sekarang kau sedar tak kau ini memang bodoh?”
-”Ya saya bodoh.”
“Kerja macam ni pun tak boleh buat. Lembap”
-”Ya saya lembap”
“Fuzagen~da” (sial)
-”Hait”
Begitulah seterusnya kitaran itu berulang dengan bermacam-macam lagi ayat tusukan hati.
Walau bukan manisnya mulut Funada yang dapat dikecap, sekurang-kurangnya aku terkesan. Bahawasanya, diri ini yang sangat kekurangan elemen “sabar”. Dan jikalau doaku tidak dimakbul Tuhan jua, kesabaran yang Kau hadiahkan ini benar-benar menyentuh jiwa. Terima kasih kepadaMu, semahu-mahunya, selemah tubuh yang sarat menanggung dosa.
P/S:
Entri ini bukanlah sekadar pantulan dari entri yang sebelumnya (doa yang dimakbul Tuhan). Tapi, sebetulnya ia adalah sebuah hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadratNya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Itulah aku.
Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.
Kenkyu-kun berkata,
May 18th, 2008 at 7:01 am
Fan .. betul ke ni ? … ni bukan drama Jepun eh ? kuso… !! konna senkyo mo oru ka ? …Fan .. sabar fan… aku rasa ko kena beranikan skit diri ko .. maksud aku ko dh 5 nen … jgn ko asyik angguk dan terima je makian sensei ko tu …. ada satu2 masa ko kena lawan gak .. supaya dia tk hilang hormat kt ko … ingat ko ryugakusei, 5nen sei , dh lepas 20 pun .. dia tk leh buat pape klu ko balas balik
Apa pun ko tabah la … nasib baik aku dpt sensei yg ok .. ome gambare yo .. shikkari shite..
Kenkyu-kun telah menulis tentang Kuliah Dr MAZA 140508. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:33 am:
Aku tak boleh buat apa-apa wan. Aku dah adukan hal ni ke Ketua Jabatan, tapi dia kata aku tak boleh tukar makmal lain.
Balas komen ini.
en_me berkata,
May 18th, 2008 at 7:16 am
afer yg fening2 gittewww bro?
en_me telah menulis tentang the women & family car guide. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:35 am:
Oh..aku ada terlepas sesuatu di blogmu. Rupa-rupanya kau dah bertukar juga.
Kehkeh..
Balas komen ini.
aku berkata,
May 18th, 2008 at 7:36 am
mungkin salah satu cara utk bersabar…
moga menjadi lebih tabah…
aku telah menulis tentang penghulu. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:36 am:
banyak cara nak bersabar,kan?
mungkin aku terlepas pandang sebelum ni.
Balas komen ini.
Kenkyu-kun berkata,
May 18th, 2008 at 8:49 am
Lagu utk Bapak
http://www.youtube.com/watch?v=7oYVxtaFQbk
Kenkyu-kun telah menulis tentang Kuliah Dr MAZA 140508. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:37 am:
Haha.. waza-waza kau buat video ni untuk aku. Terharu seyh.
Terima kasih la banyak-banyak. (tapi lagu kau rancaklah. Tak boleh feel. Haha..)
Balas komen ini.
tidak kamu berkata,
May 18th, 2008 at 10:00 am
ermm, mana pernah ada doa yg tidak dimakbulkan tuhan..
hanya masa untuk direalitikan pada hambanya itu berbeza…
jika tidak hari ini, mungkin esok, mungkin jua lusa atau minggu depan..
mungkin jua pada hari pengadilan…
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:41 am:
Ya. Barangkali pintaanku itu, akan ditunaikan juga di lain hari. Terima kasih.
Balas komen ini.
FarEast berkata,
May 18th, 2008 at 11:21 am
aku rs ko slh fhm mksud ifan ni. soal masa tu cite lain kot.
contoh kalo Abu doa (siap tawakal usaha) utk dpt stret A dlm SPM, tp die gagal. X mgkin Allah mkbulkan doa tu di lain hari sebab Abu amek SPM skali je. ape yg aku fhm, ifan nk cite yg Allah lg tau ape yg tbaik utk kite. atau Allah makbulkan dlm bntuk lain. mcm die cite die mintak nk lembutkn ati sensei tu, tp Allah kasi die nilai ‘sabar’. Papehal pn,tajuk die ni kontroversi ar. kalu org x bace n x hayati, msti org rumus bulat2 tajuk entri.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:42 am:
Sememangnya tepat seperti apa yang ingin disampaikan. Hehe..
apa cerita pertandingan kita? kau tak ulas lagi pun?
Balas komen ini.
bukan kamu membalas pada May 19th, 2008 8:14 am:
maksud aku di sini, bukan semestinya doa itu dibalas spt yg diminta..
allah tahu apa yang terbaik bg hambanya..
paling tidak pon, balasanya berupa pahala…
sekadar pendapat
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 8:21 pm:
Setuju dengan pendapat kamu.
Lagipula, urusan perkara ghaib bukan kawalan kita. Kita cuma meminta saja,kan?
Balas komen ini.
anego membalas pada May 19th, 2008 8:55 pm:
kalian,
kadang2 tuhan tidak memberikan apa yang kita MAHU, tapi Dia memberikan apa yang kita PERLU, kerana Dia Maha Mengetahui segalanya.
anego telah menulis tentang pra. Mari baca!!
Balas komen ini.
titan berkata,
May 18th, 2008 at 6:16 pm
erk..sedih woo aku dengar cite ko nih. Betul ke irfan oii? Funada tu memang gila sket. Ko sabarla ek..ko bagi je gula-gula ke kat dia. sejuk kot nanti..
titan telah menulis tentang Siapa mahu belajar buat Header?. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:25 am:
Erm, tak mengapa Titan. Aku dah ok. Orang tua tak makan gula-gula la. Haha..
Balas komen ini.
aTiQah berkata,
May 18th, 2008 at 10:40 pm
Kuat. Tabah. Sabar.
aTiQah telah menulis tentang MAK NANI. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:26 am:
KTS. Oh. Kombinasi menarik tu. Hehe..
Balas komen ini.
alan berkata,
May 19th, 2008 at 4:26 am
emm.. lek ar.. walopon aku pon tgh tension n tak relek ni.. tapi ape2 pun.. kene tabah ar.. RTM ke tak RTM ke.. kita ni ade nikmat Islam ngan Iman.. ada gak Allah tempat mengadu.. bebudak Jepun tu klo tension diorang ade sape??last2 bunuh diri.Tu je la diorang tau.. Gambaroo ar
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 6:29 am:
Erm.. aku dah boleh terima semua tu.
Biasa la kan hidup di kosen ni. RTM tu apa, Lan?
Balas komen ini.
alan membalas pada May 19th, 2008 7:51 am:
rtm tv1 tv2 ar..pe ar ko ni..
Balas komen ini.
kenkyu-kun membalas pada May 19th, 2008 7:55 am:
mezurashi gile.. ko online kt mana mat ? ko tk abis2 dgn RTM ko … apa nk jd ?
Balas komen ini.
alan membalas pada May 20th, 2008 8:01 am:
bilik miyake.tak online,takat cek emel je..
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 9:07 am:
erk.. jadi, apa kaitan tv1,tv2,tv3 dengan komen kau sebelum ni? Ohhoo….
Balas komen ini.
alan membalas pada May 20th, 2008 8:02 am:
setsemei dekimasen.Moshi wake arimasen.
Balas komen ini.
HE berkata,
May 19th, 2008 at 9:02 am
kowaina… masih baru…tak tau lagi la lab HE mcm mana..
HE telah menulis tentang Rindu Suara Pagi. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 9:11 am:
Jangan risau.
Di daigaku mungkin jarang bertemu dengan sensei sebegitu. Harap-harap begitulah. Kami di kosen memang ada
.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
May 19th, 2008 at 7:38 pm
owh aku banyak lagi doa yg belum dimakbul kan Tuhan, adakah syarat2 untuk dimakbulkan belum cukup, mgkin, juga. Sabarlah, ada hikmahnya tu, satu je kau kena ingat, Sesungguhnya Allah itu maha memperkenankan.
Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku pasti Aku perkenankan”. ” Dan orang-orang yang sombong (tidak mahu berdoa) kelak mereka akan masuk ke-neraka Jahanam secara hina” (Al-mukmin:60)
suhaila telah menulis tentang Luahan Hati Seorang Budak. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 19th, 2008 8:24 pm:
Syarat belum cukup? Barangkali begitu.
Terima kasih dengan firmanNya itu. (aku baru teringat buku La Tahzan)
Balas komen ini.
anego berkata,
May 19th, 2008 at 9:00 pm
selalu anego tgk kat drama jek…tapi org2 jpn ni mmg hentai…
apa pun, gambatte kudasai! sabar tu kunci kekuatan!
anego telah menulis tentang pra. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 12:40 am:
kehkehkeh.. hentai??
kau memang hantu drama jepun la. tak tau kenapa aku tak minat tonton drama.
Balas komen ini.
anego membalas pada May 21st, 2008 3:39 am:
jgn halang ke’hantu’an anego nih fan oii..
anyway ada gak drama yg boleh digunakan dlm keje mcm Dragonzakura tu ( citer yg pasal mengajar student yg ‘zero’ nak amik exam masuk Todai!)
anego telah menulis tentang mochiron. Mari baca!!
Balas komen ini.
azam rashid berkata,
May 20th, 2008 at 1:59 am
kesabaran adalah segalanya kot…:P
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 6:54 am:
Yup. Betul tu.
Balas komen ini.
rudy bluehikari berkata,
May 20th, 2008 at 3:25 am
Salam Fan.Iu koto wa kantan daga,suru koto wa taihen dakedo… Kamisama ga iru kara koso, omae gambatte na. Kokoro yori ouen/oinori suru yo! Fan, mou chotto gaman shite.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 6:59 am:
ganbaranakya ikenai jyan..
sakki no kotoga.. kansya shitemasu.
Arigatoune..
Balas komen ini.
apis17 berkata,
May 20th, 2008 at 11:46 am
hi.. tumpang lalu..
dengar cerita kat sini rasa mcm duk kat jepun pulak hehe.. teringat cerita doremon ngan naruto
sabar je la..setiap suatu perkara ada baik & buruknya. yg penting sabar & tawakkal
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 5:26 pm:
Doraemon dan Naruto?
wahaha.. jauh sekali bayang kepalamu itu merantau ya?
Balas komen ini.
amir berkata,
May 20th, 2008 at 2:26 pm
wahh..sampai camtu sekali..sabar ifun,tu ja la aku mampu ckp..dugaan kan..Allah tahu yang terbaik utk hamba2nya kan..sabar2..semoga ang tabah..apa2hal give me a call k..pergghh power eigo aku..
amir telah menulis tentang malam yang indah. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada May 20th, 2008 5:34 pm:
Terimashta, amir.
(‘terima kasih’ yang di’arigatou’kan).. hehe..
Balas komen ini.
al fannani berkata,
May 21st, 2008 at 7:07 am
salam.
Sudah tentu boleh.Terima kasih melawat rumah saya.Tulisan anda juga sedap.Teruskan menulis!
al fannani telah menulis tentang Aku Menilai Diri. Mari baca!!
Balas komen ini.
sYaFa^^ berkata,
June 20th, 2008 at 8:18 am
ALLAH anwers prayers in three ways :
He says Yes and gives you what you want..
He says No and gives you better..
He says Wait and gives you the best in
His own time…
Who Allah guides never gets lost , and
who Allah don’t , has no guidance.
^^
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
September 10th, 2008 at 4:37 am
Salam Ramadhan penuh berkah~
Sukanya saya bersiar-siar di sini. Actually lompat ke sini dari blog Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), lepas tu terus melekat. Banyak betul cerita-cerita menarik, penuh pengajaran yang tersusun kemas dengan bahasa yang cantik.
Dulu masa sek menengah, saya ada belajar Bahasa Jepun. Dalam angan-angan tu selalu sangat nak ke Jepun. Sampaikan habis SPM dulu, saya hampir-hampir memilih jurusan engineering sebab nak belajar di Jepun. [ni masa tak matang dolu-dolu =)] Alhamdulillah, pernah sekali menjejak kaki ke sana waktu di tingkatan 1. Baca cerita SangPelangi memang membawa saya jauh ke sana. Memang dapat membayangkan suasana di sana. Terima kasih berkongsi cerita-cerita kamu ni.
Sekarang ni kamu masih punya masalah ke dengan sensei kamu tu? Ada sepasang suami isteri yang saya kenal semasa buat kajian komuniti ajarkan saya satu ayat melembutkan hati. Ayatnya ialah ayat ke-4, Surah Yusuf. Amalkan lah, mana tau dengan izin ALLAH, hati sensei tu jadi lembut bila tengok muka kamu~
wan nurul adila telah menulis tentang Ummi, nak balik!!!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada September 10th, 2008 6:36 am:
Terima kasih, atas cadangan itu. Akan saya usahakan berterusan. (walau dah cuba macam-macam sebelum ni.)
Balas komen ini.
ikhwan berkata,
February 15th, 2010 at 11:25 pm
askm kwan2 semua.tolong lah aku..aku nak insaf…aku dh terlalu jauh dari jalan yang benar…aku nak mati dlm keadaan beriman, berikan aku semangat..plse…
Balas komen ini.
sharul ikmal bin barus berkata,
October 10th, 2010 at 8:22 pm
aku selalu doa ape aku selalu doa tapi tak dabat …..???
Balas komen ini.
Willy berkata,
June 17th, 2011 at 1:59 am
Doa yang tidak dimakbul Tuhan
Pada suatu masa dahulu ada seorang raja yang zalim. Saat dia hampir kepada sakarat maut, dia mengidam sejenis ikan lalu meminta dihidangkan kepadanya. Pembesar-pembesar negara susah hati kerana pada masa itu bukan musim ikan yang diingini sang raja. Lalu diperintahkan kepada kundang untuk mendapatkan ikan tersebut. Ditakdirkan, ikan tersebut diperolehi dan raja dapat menikmatinya.
Suatu kisah yang lain, seorang raja yang adil hampir menemui ajalnya dan berkehendakkan ikan yang sama. Pembesar-pembesar negara senang hati kerana bertepatan dengan musimnya. Namun ketentuan-Nya, walaupun ikan tersebut boleh diperolehi di merata sungai, tetapi pekerja istana gagal mendapatkan ikan tersebut untuk raja mereka.
Lalu malaikat bertanya pada Allah. Maka jawab Allah,
Raja yang zalim itu telah membuat suatu kebaikan dan aku tidak mahu berhutang dengannya pada hari akhirat maka aku tunaikan permintaannya.
Raja yang adil telah melakukan suatu dosa dan aku tidak menunaikan permintaan sebagai penebus dosa yang dilakukannya.
Wallah hu’alam.
Balas komen ini.