“Doa senjata kami!” jerit pahlawan
Doa senjata kami!
Jeritan Ustaz Ramadhan sebagai semboyan mula untuk perang kali ini, telah menyempitkan pembuluh darahku yang konon soldadu.
Dengan kepalan salji sebagai peluru, kami cuma bersenjatakan tangan untuk membedilnya. Lupakan zirah besi bala tentera Muhammad Al-Fateh, apatah cekal bahu yang memikul armada. Bermimpi sungguh untuk mewariskan semangat mereka ketika menakluk Constantinople.
Program anjuran IPIJ selama yang kuikuti, tak pernah mengecewakan pesertanya setakat ini. Simpulan memori yang takkan sekali aku leraikan, pastinya sebuah permainan perang yang seakan kebudak-budakan. Biarpun ‘perang’ olok-olok itu langsung tidak sengsarakan tubuh, namun siapakah bisa menyangkal, turun naik injap jantung, sederu derapan kuda yang berlari.

Pihak musuh sibuk mengumpulkan peluru berbantukan alat khas. -Gambar adalah sumbangan Azhar Gifu (berkaca mata). Terima kasih, ya.

Aku dikesan sebagai ‘senjata’ berbahaya, lantas diserang dua musuh sekaligus. KEJAM!

Musuh pulang kecewa usai Bro Luqman (bulatan) berjaya membawa ‘kunci’ ke so called ‘Bukit Uhud’. Kau memang cekap, bro!

Pusingan kedua: Berbincang untuk memasang perangkap. Strategi kali ini membiarkan musuh masuk tanpa diganggu. Walau panglima kami, Yeh mati awal (kasihan dia), kemenangan tetap milik kami!
Masih kuingat segar Summer Camp 2006 di Myoukou, adalah detik terawal kurasa manisnya linangan air mata anak-anak Palestina. Selembar demi selembar tirai sirah diselak, termasuk buruk pinta yang diberitakan ke telinga kami. Segunung syukur kudaki atas pertemuan kami yang beralas nama-Mu, ya Ilahi.

Bersama sebahagian penggerak IPIJ, ketika Summer Camp 2006. (Atas dari kiri, Akhi Mokh, Zul, Yeh, Aku dan Halim. Bawah dari kiri, Bro Fallah, Akhi Khiaq, Bro Luqman dan Boss.)
Sewaktu program, paling tak lupa saranan dari Bro Helmi (kalau dia masih ingat lagi ),
Biasakanlah diri bertanya, “Ada yang boleh kubantu?”

Taklimat sebelum perang. Senjata ketika itu adalah belon berisi air. Lihatlah hutan belantara di belakang kami. Bayangkanlah keseraman perang ketika itu.
Program IPIJ seperti biasa dengan acara riadah yang mesti ada, iaitu War Game, semestinya mempunyai misinya yang tertentu. Ketika dikepung musuh, Tuhan Maha Tahu betapa derasnya gigi terketar. Jauh terpuruk di dalam hati-hati kami, segugus doa yang berbunyi,
Ya Tuhan, kalau begini perasaan saudaraku di medan jihad, sejahterakanlah mereka.
nahwanNUR berkata,
January 9th, 2009 at 1:41 am
Assalamualaikum,
Sungguh benar, doa senjata mukmin. Pernah seorang ustaz berkata,
“Doa itu senjata mukmin, benar! Namun perlu diingat selepas doa itu yang paling di lihat ALLAH swt. Sejauh mana kita yakin dengan ketentuanNYA selepas doa, dan sejauh mana kita bersabar di atas sabar, dan sejauh mana kita berusaha memperlihat istiqamah kita dalam menjaga benteng hijab yang mampu menghalang doa sampai kepadaNYA”.
Wallahua’lam
Teringat permainan perang di dalam tamrin suatu masa dulu, pelurunya adalah plastik berisi kicap. Siapa terkena memang sungguh tragis. Ah, sungguh banyak pengajaran sebenarnya yang boleh di ambil, hanya boleh di capai bagi mereka yang melihat ibrah berbanding ‘enjoy’ ketika bermain.
Buat pejuang di sana, hanya ALLAH selayaknya membela nasib mereka. Saya, tetap hanya mampu berkata-kata.
‘Khaibar, khaibar ya yahud! Jaishu Muhammad sau faya’ud!’
Balas komen ini.
Azhar Ahmad berkata,
January 9th, 2009 at 3:34 am
Salam rindu dari dangau….
Alhamdulillah….. dapat juga sampai ke sini.,..
Saya dah lama tak sertai aktiviti macam ni… RIndu pula rasa
Azhar Ahmad telah menulis tentang Kenapa Hidup Perlu Banyak Pilihan…. Mari baca!!
Balas komen ini.
tik-tik berkata,
January 9th, 2009 at 5:18 am
permainan yang menarik.saya juga pernah ‘berperang’ seperti ini..tetapi perasaan takut ketika bermain ‘pernag-perang’ ini sangatlah berbeza dengan keadaan yang sebenar..saya pernah dimarahi oleh askar israel di hadapn kedutaan besar amerika di jordan kerana mengambil gambar kereta kebal yang ada di situ..masa tu, Allah sajalah yang tahu betapa takutnya saya..hanya mampu berdoa,jangan lah ditembaknya aku dengan senapang yang ada di tangan nya itu..very unforgettable experience..
Balas komen ini.
En Kid berkata,
January 9th, 2009 at 6:09 am
Doa..segalanya kita pulangkan padaNya kerna dia Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambanya..bagaimana untuk dapat yang terbaik?..maka jadilah yang terbaik kan?..
Adakalanya kita meletakkan doa semata-mata sebagai perisai kita, tapi kita lupa pada usaha dan ikhtiar..maka teruskan usaha kita diiringi doa semoga beroleh keberkatan..
Insya Allah..
En Kid telah menulis tentang Suara kecil itu. Mari baca!!
Balas komen ini.
suara berkata,
January 9th, 2009 at 7:56 am
Tak pernah bermain permainan perang… tak boleh nak komen panjang.
Tak sanggup juga membayang situasi perang. Sesak nafas jadinya.
Teringat saudara seIslam dibumi sana…
suara telah menulis tentang DIA sayang kamu.. Mari baca!!
Balas komen ini.
iliana berkata,
January 9th, 2009 at 10:09 am
errr…aku jujur ye kali ni (selama ni jujur juga)..entri ni untuk menyedarkan tapi dah buat aku ketawa seorangan melihat aksi gambar tu..memang macam kanak-kanak ribena
apa pun, apa yang kamu semua alami (perang palsu itu), tak mungkin menyamai gentarnya mereka di sana. mungkin itu hanya 1% barangkali..
gunakan senjata ‘kuasa pengguna’ untuk menyerang..
iliana telah menulis tentang SUGAR BABES. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
January 9th, 2009 at 11:26 am
wah salji lagi.
mukhayyam aku di bangi hari tu pun berpelurukan belon air.
debarannnya memang dasyat, apalagi kalau yang saudara kita di palestin itu bertempur dengan tank dan apache.
ummat Islam perlu cermin diri, improve iman.
irshadian telah menulis tentang Amal’s Anxiety Disorder. Mari baca!!
Balas komen ini.
abrar berkata,
January 9th, 2009 at 8:45 pm
memang benar doa adalah senjata umat islam.Allah suka diagung-agungkan dan setia menanti hamba-Nya datang memohon bantuan.Teringat satu artikel yang mengenai keluhan seorang insan.
Dia bertanya,”Jika Allah ada,mengapa perlu ada peperangan ini?”
Lantas seorang budak kecil menjawab,”Allah bukan tidak ada tetapi tidak hadir”
abrar telah menulis tentang penghujung. Mari baca!!
Balas komen ini.
damai berkata,
January 10th, 2009 at 1:00 am
salam buat pejuang agama,
berlatih latih untuk berjihad ya…
teruskan..semoga Allah memberkati usaha kamu dan sahabat2 kamu…ameen..
damai telah menulis tentang entri terpendek…. Mari baca!!
Balas komen ini.
syahidah berkata,
January 11th, 2009 at 3:24 am
Yahhh..terus berjuang..
syahidah telah menulis tentang Where’s the shield today to protect the Ummah?. Mari baca!!
Balas komen ini.
nurul nasir berkata,
January 11th, 2009 at 12:48 pm
hurm,ingat lagi dak kata2 bro “terima kasih dan minta maaf”?…
“ada yg blh ku bantu?”…tq bro! (put it in my mind owez (^_^)y)
Balas komen ini.
y4ku24 berkata,
January 13th, 2009 at 10:49 am
Sayang sungguh engkau Irfan, kerana tidak berkesempatan menyertai Wargame yang pertama kali dianjurkan di program IPIJ. Bagi aku, itu adalah the best!
Tapi betul, akhirnya selepas program akan sentiasa teringatkan saudara kita di Palestin. Kalau kita pun gementar dengan sekadar belon air/snowball, bagaimana pula dengan saudara2 kita yang berhadapan dengan bom, senapang, kereta kebal, sniper?
Allahu Akbar…sungguh pengalaman begini tidak mudah untuk dilupakan…
Balas komen ini.
y4ku24 membalas pada January 13th, 2009 10:51 am:
oh ya, lupa pula. untuk wargame SC 2006, ada video yang dirakam! Cuma dimana video itu menjadi satu misteri…
bagaimana pula dgn video WG 2008? Jimi ada rakam kan? upload lah di sini!
y4ku24 telah menulis tentang Tagged!. Mari baca!!
Balas komen ini.
mar berkata,
January 14th, 2009 at 12:07 am
salam
Ada pengalaman dengan ‘wargame’ ni..masa tu buat kat pantai…huhu gerun gak sebab semua pihak lawan hebat2.. Bila hampir semua ahli kumpulan tumbang, aku ditugaskan untuk pegang bendera…semangat sangat pegang panji tu, sampai terguling2 & badan penuh dengan lumpur pantai,sebab tak nak musuh ambik… Walhal masa tu wargame tuk olok-olok je…
Tapi masa tu, memang semangat sangat sambil takbir kuat2..rasa sangat dalam hati nak gi perang betul2..huhu..
Tapi semangat anak2 Palestin mesti lagi membara kan masa baling batu kat kereta kebal Israel..mereka mungkin berharap sangat agar batu yang dibaling boleh meletupkan & menghancurkan kereta kebal laknatullah Israel tu..
Sama-sama doakan untuk Palestin..terutama Qunut Nazilah semasa solat fardhu…
Balas komen ini.
humaira_syifa berkata,
January 14th, 2009 at 9:34 am
Bila baca entri ni terkenang pulak emel yg dihantar pasal perang di Palestin. Ya Allah, takutnye bila terfikir kalau berada di tempat mereka. Tapi tula, manusia cepat leka, x sampai seminit baca, lepas tu insaf yg baru menjengah tadi hilang entah ke mana. Moga Allah bantu org2 Muslim di dunia ni. Dan semoga kita saudara2 Islam yg lain mendapat pengajaran & kekuatan dari peristiwa ni. Semoga kesedaran sentiasa di hati. Ameen.
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
January 14th, 2009 at 3:02 pm
Tebalnya salji
.
So-called games macam ni kalau dihayati betul-betul, bukanlah sekadar main-main. Ye lah, kalau tak dapat makan mee rebus, hirup kuahnya pun jadilah kan. At least dah tau macam mana rasanya mee rebus tu. In case suatu hari nanti dapat makan mee rebus tu betul-betul, tak adalah ralat sangat sebab dah pernah rasa sebelum tu. Lebih kurang macam tu lah kan.
wan nurul adila telah menulis tentang Sila berhati-hati. Mari baca!!
Balas komen ini.
umaralfateh berkata,
January 14th, 2009 at 5:17 pm
terasa diriku mengenali nama ustaz ramadhan itu, tetapi dimana ya?..
gambar takleh dibesarkan lagi, tak berapa jelas..
Balas komen ini.
yazid husain berkata,
January 15th, 2009 at 12:01 am
berperang. telah membuat persiapan dan latihan
yazid husain telah menulis tentang Ask A Bomoh. Mari baca!!
Balas komen ini.
..islam_syumul berkata,
January 16th, 2009 at 3:55 am
Ustaz Ramadhan? Ustaz Ramadhan Fitri ka? ana rasa orang yang sama kan?
Balas komen ini.
kakeru berkata,
February 13th, 2009 at 9:43 pm
Hmm..klu tengok gmbar tu, mcm ade gaya Ust Ramadhan Fitri b Elias jer… Betul la kan..?
kakeru telah menulis tentang Kisah Si Tipah yang Tertipu…. Mari baca!!
Balas komen ini.
atie berkata,
September 2nd, 2010 at 5:04 pm
sya berasa sedih kerana sahabat handai kita yang berada di palestin telah meninggal dunia,demi menyelamatkan islam daripada runtuh di tangan yahudi.sya juga turut sedih apabila melihat pejuang islam telah teruk dipukul atau ditembak oleh israel…..
Balas komen ini.