Dasar Pandang ke India (atau Rahsia Negara India?)
Awas: Artikel saya bukan untuk bacaan ringan. Kepada sesiapa yang tidak gemar (atau Anti) artikel ilmiah yang panjang berjela, diharapkan tidak meneruskan pembacaan. Anda dinasihatkan untuk beralih ke entri yang lain seperti Video Klip dan sebagainya).
—————————————————————————————————————————
Bila kita bercakap mengenai negara India. Apa yang sedang anda bayangkan? Tubuh sasa segagah Shah Rukh Fhan (Shah Rukh + Irfan)? Adakah tarian-tarian di kaki bukit dan gunung? Atau seragam coklat Inspektor Shabab? Atau ratusan penumpang di atas gerabak keretapi? Atau…. cukuplah ya?
Itu cuma pandangan kita yang telah di”buta”kan oleh demam Bollywood yang melanda di negara kita sejak zaman 60-an lagi. Tapi, tahukah anda negara India merupakan salah satu negara kuasa dunia selepas China? Dengan jumlah lembu yang sama banyak dengan manusia, mengapa India mampu menjadi begitu?
Jadi, teruskan membaca (Diulangi, ini bukan untuk bacaan ringan)Kita lupakan negara-negara lain seperti Russia, Jepun, Korea, Jerman dan lain-lain kerana sesungguhnya negara-negara itu kini sudah tepu. Maksud saya, kecerunan peningkatan teknologi dan ekonomi mereka kini semakin hampir kepada sifar. (rujuklah di mana-mana sumber statistik yang ada).
India kini semakin bijak melangkah ke depan dalam bidang teknologi maklumat. Beberapa tahun kebelakangan ini kita agak terkejut dengan lahirnya “Prithvi”, “Sagarika”, “Dhanush”, “Agri”, “Surya” dan paling terbaru adalah “Brahmos II” hasil gabungan dengan tenaga pakar Russia pada 21 Disember 2004. Itulah nama-nama peluru berpandu ciptaan anak watan India yang semakin “memeluhkan” negara-negara kuasa dunia yang lain. Amerika khasnya.
Itu adalah contoh kebangkitan India dari segi kekuatan negara. Tapi, bukan isu bom, peluru berpandu, atau kemusnahan yang ingin dibincangkan hari ini.Pada pagi ini, saya mahu sorotkan pandangan anda ke sudut yang sungguh dipandang sepi oleh orang kebanyakan tapi sungguh meriah dikalangan “orang maya”. Masuk akal sekiranya saya katakan ruangan maya inilah antara pencetus kebangkitan India. Mungkin anda juga berfikiran begitu?
India kini sudah maju bukan saja setapak, tapi sudah jauh beratus tapak ke depan dalam pembangunan teknologi maklumat. Contoh termudah, Sreelakshmi Suresh, seorang budak perempuan berumur 8 tahun dianugerahkan “International Awards of Best Web Designing and Presentation“; telah ditabalkan sebagai Pereka Laman Web Termuda di Dunia dan menggondol 18 anugerah lain di serata dunia melalui hasil rekaannya. (lihat senarai 18 anugerah di sini).
Mengapa kanak-kanak secilik itu sudah mampu menggegarkan dunia binaan laman web? Nanti akan saya utarakan pendapat saya di akhir ulasan.
Mari kita lihat contoh lain. India secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi dalam persaingan merebut tempat dalam membida projek-projek perisian, laman web syarikat, rekagrafik dan pelbagai “kerja maya”. Mengapa ia menjadi kontroversi? Kerana persaingan itu boleh dikatakan sangat mustahil untuk dicabar dan telah menutup “periuk nasi” sebahagian besar pencabar di Barat dan negara lain. India menawarkan harga projek yang sangat murah tetapi hasil kualiti kerja yang sungguh mengagumkan.
Cuba anda bayangkan. Sebuah syarikat membuka bidaan projek bernilai maksimum USD300 untuk membangunkan sebuah laman berkonsepkan saham. Kemudian, beberapa pereka lain di seluruh dunia saling berebut mendapat tempat dengan nilai purata bidaan adalah USD200. Tiba-tiba, datang sekumpulan pakar meletakkan harga USD20 untuk membeli projek itu. Apatah lagi melihatkan hasil portfolio pereka India yang sungguh bombastik, akhirnya projek itu menjadi milik mereka (melainkan pembuka bida adalah seorang yang racist). Apakah perasaan anda jika di tempat pereka-pereka lain?
Inilah yang mencetuskan kontroversi. Ada juga ura-ura untuk mencipta satu “sistem” khas untuk menjatuhkan India seperti khabar angin, propaganda, dan macam-macam lagi tetapi gagal. Isu ini sudah dibincangkan di serata dunia dan jawapannya tetap satu. “Business is business” atau dalam bahasa mudah “perniagaan adalah perniagaan”.
Sebagai seorang pelanggan, sudah semestinya kita mahukan hasil terbaik dengan harga yang sangat kompetetif, benar? Peribahasa “alah membel, menang memakai” sudah berjaya disangkal oleh negara India. Mereka boleh hasilkan kualiti kerja yang bertaraf dunia dengan harga yang semurah di pasar malam.
Apakah rahsia mereka? Ya.. inilah yang mungkin membuatkan anda tertunggu-tunggu.
Secara peribadi, saya mempunyai bebeberapa kenalan dikalangan “penggegar India”. Mereka sungguh mesra dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris yang lemah (saya pun lemah bahasa Inggeris juga). Sepanjang perkenalan, terlalu banyak benda yang dapat saya belajar dan ingin kongsikan bersama anda.
Rahsia 1:
Pendedahan awal pembelajaran teknologi maklumat di India telah diserap dikalangan murid-murid semuda 6 dan 7 tahun. Anak kecil sekecil itu telah diajar dengan asas-asas perkomputeran dengan bahasa Inggeris dan mereka tidak gentar untuk melupakan bahasa mereka kerana usaha ke arah pembangunan 2 bahasa berjalan seiring.
Rahsia 2:
Kerja berpasukan. Mungkin rahsia ini diketahuan ramai, tetapi ada satu teknik kerja berpasukan yang unik mereka amalkan.
- Semasa proses pembelajaran di peringkat universiti, ramai graduan IT di India akan berjinak-jinak dengan bidang perniagaan internet. Mereka akan mula mengaplikasikan pembelajaran mereka di dalam hasil kerja yang realistik. Ini hanyaah sekadar suka-suka dan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dalam bidang berkaitan. Adakalanya, mereka saling bersaing sesama sendiri untuk menonjolkan kepakaran masing-masing.
- Selepas tamat pengajian, yang cemerlang akan di”pinang” oleh syarikat luar negara dan tak ramai yang mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Ekoran kadar pengangguran di India sangat tinggi, ini telah mendesak mereka untuk berdikari. Graduan mereka akan dihimpunkan sesama mereka dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. (bukan dibahagikan oleh sesiapa, tapi mereka sendiri yang memilih ahli kumpulan yang mereka suka)
- Setiap kumpulan mempunyai kekuatan berbeza dan setiap ahli mempunyai kepakaran berbeza. Mereka akan duduk di bawah satu nama syarikat usahasama mereka sendiri yang berdaftar.
- Kemudian, setiap ahli akan “bertaburan” ke sana sini melalui ruang maya (internet) untuk bekerja secara bebas (freelance). Dengan harga serendah USD3 untuk satu hasil kerja tidak menjadi rungutan bagi setiap ahli kerana apa yang penting, mereka mesti membawa nama syarikat bersama-sama untuk dipromosikan.
- Cuba bayangkan, satu kumpulan terdiri dari 13 orang dan seorang ahli mendapat purata 3 projek seminggu. Tidak kurang dari 30 hari, syarikat usahasama mereka telah mengumpulkan sebanyak 156 hasil projek sebagai senaraian portfolio.
- Akhirnya, nama syarikat menjadi popular, beberapa projek besar yang dibidakan pasti dimenangi dengan mudah. Kemahiran setiap ahli semakin hari semakin terasah dan tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang sudah mencapai tahap pakar.
Rahsia 3
Eksploitasi tukaran Dollar Amerika dan Rupee India yang sangat lumayan. Mereka tidak menjanjikan keuntungan yang tinggi semata-mata, tetapi cukup sekadar untuk sesuap nasi ahli keluarga dan membangunkan syarikat usahasama. Tidak hairanlah jika kita lihat, mereka sanggup menawarkan harga serendah USD1.00 untuk mereka cipta sebuah logo syarikat di luar negara. USD1.00 sudah cukup untuk sepinggan nasi selama selama seminggu.
Ada banyak lagi rahsia yang perlu saya kupaskan. Tetapi masa tidak mengizinkan (saya dilanda badai minggu peperiksaan). Nantikan kupasan lanjut sepanjang perkenalan saya dengan Samih (syarikat kumpulannya bertempat di Kolkata, India).
Moral:
1. Kerja berpasukan ibarat kumpulan tentera di medan perang.
2. Putarkan masalah kepada “wang”.
3. Jangan toleh pada kesusahan/ kepayahan di belakang, tapi pandang ke depan pada peluang dan harapan.
Untuk mengetahui erti sebenar perniagan internet boleh merujuk pada link di bawah.

















linncomel berkata,
May 26th, 2007 at 12:59 pm
Artikel yang baik..sebelum ini memang tahu india memang ramai pakar IT. Tetapi tak tahu pula mereka dilatih sejak zaman kanak-kanak lagi.good info
Balas komen ini.
dikmal berkata,
May 26th, 2007 at 1:31 pm
Wah kagum saya dengan semangat kerja mereka. teknik, strategi dan praktis yang tersusun.
teruskan menulis, saya tak sabar nak baca mengenai nya
Balas komen ini.
Mohd Sufian berkata,
May 26th, 2007 at 4:24 pm
Memang artikel yang bagus.
Service yang ditawarkan oleh freelance dari negara india nie memang murah. Saya bersetuju…
Balas komen ini.
zaizen berkata,
May 26th, 2007 at 4:56 pm
Betul.. xpercaya blh masuk forum digital point..bersepah budak2 india dlm lingkungan belasan tunjuk bakat disitu .
kadang2 kalau standard harga logo dlm $99usd..mereka just charge kurang dr $10.. mmg india/ china telah dicop sbgai bakal kuasa besar..tenaga buruh mereka mmg superb. korea juga x blh dipandangan ringan… ni semua depends on sistem pendidikan dan kerajaan mereka yg konsisten..di malaysia, sistem pendidikan kita especially x tentu hala…selalu berubah..
Balas komen ini.
shueqry berkata,
May 27th, 2007 at 7:03 am
asmkm Irfan, pekabar?
Artikel yang bagus. Saya juga dapat tahu hal ni dari sorang kawan yang orang India memang pesat dengan kemajuan teknologi maklumat, kualiti kerja yang tinggi dengan harga yang rendah .. dari kecil didedahkan dengan kecerdasan teknologi..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 27th, 2007 at 8:45 am
linncomel :
erm..kalau kanak2 kita dilatih pula, ape plk jdnye.. (kaklinn, dah subscribe your ezine yesterday, thanks a lot)
dikmal :
ya..sungguh teratur.. mcm strategi nak pegi perang kan?
nk smbungan nanti tunggu lepas exam lah ye..
Mohd Sufian :
Abg Sufian pernah berurusan dgn diorang tak? kalau ada, boleh la share dgn kitorang..hehe
zaizen :
ya btul2.. kdg2 rasa mcm murah yg keterlaluan plak kan? hehe…
entah la ye.. kalau perlu diubah sis pendidikan.. tang mana plk tu?
shueqry :
bukan setakat IT saja.. entah apa lagi yg pesat tak tahu la..macam2..
Balas komen ini.
khausyah berkata,
May 27th, 2007 at 1:02 pm
yerler.. slama saya idup tak tepikir lak saya.. yg india lebih maju dari kita..// article yg bagus.. tahniah.. irfan..
Balas komen ini.
kumb@ng berkata,
May 27th, 2007 at 4:45 pm
bukan IT je….buku2 elektronik kebanyakkan berasal dr India. Nak belajar medic pun kat India lebih murah…qualified tu tak pastilah..
Sbb itu tak heranlah kebanyakkan saintis kat US tu rmai yg bangsa India.US offer keje n bg kerakyatan.
Maknanya bangsa India ni memang sure terkenal dgn kepakaran dn kepandaian dlm byk bidang…
Balas komen ini.
Far_East berkata,
May 29th, 2007 at 6:21 am
betul tu. semua betul. mmg diorg power pon. kat U aku tu lg la. ade mamat Sri Lanka tu dah mcm expert engineer.
Balas komen ini.
alhafiz3d berkata,
May 29th, 2007 at 5:10 pm
bagus topik ni.
memang betul tu.. India memang ramai pakar IT,
sy pernah dapatkan support utk satu software yang sykt berasal dari US.
tapi support sebenarnya dari India..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 30th, 2007 at 8:58 am
kumb@ng :
beserta kerakyatan?? menarik ni.. akan digali maklumat ini sedikit masa lagi.
Far_East :
Oo.. terbaca kat blog ko pasal dak Sri Lanka ni, sape2 nak jenguk2, pegila tengok kehebatan dak sri lanka tu kat blog Far-East ni..
alhafiz3d :
saya pernah jugak perasan. Masa tu ada problem dalam open source software.. tapi signature org yg bg support tu nama India. Alhafiz guna sofwer yg mana plk ye?
Balas komen ini.
mash~ berkata,
May 30th, 2007 at 1:35 pm
oh really. good article n its a good exposure. i never knew bout this india thingy!~
Balas komen ini.
suhaila berkata,
May 30th, 2007 at 11:06 pm
owh ada satu lagi, bukan sahaja pakar IT tp kemunculan sai baba, erm menjadi satu kontrevesi dan ramai org tak tahu mengenainya yang berkaitan dengan akhir zaman..nak tahu apa dia taip kat google ‘kemunculan sai baba’, anda boleh explore mengenainya.
Balas komen ini.
dikmal berkata,
May 31st, 2007 at 1:45 am
sai baba…i have read about that person..and even recieve mails bout him.. wondering..
Balas komen ini.
alirfan berkata,
May 31st, 2007 at 3:08 am
suhaila :
baru semalam search pasal SaiBaba.. saya postkan sdikit info di sini,
” The popular notion is that Baba expressed himself as a Hindu to Hindus and as a Muslim to Muslims. However, in most cases Baba acted vice versa, insisting that the Hindus should accept him as a fakir and the Muslims as a Brahmin! Hindus could claim Baba as their own as he permitted worship according to their rituals, but they could not evade the fact that his dwelling place was a mosque and the name of Allah was ever on his lips.”
????? Any Comments please….
dikmal :
dikmal, kalau free, bolelah kumpulkan info pasal SaiBaba and post it into your blog.. tak sempat nk research mgu ni.. sedang exam..
Balas komen ini.
nannymcphee berkata,
May 31st, 2007 at 1:34 pm
sy baru disini..
sy cdgkan tulis pasal isu korupsi negara2 asia terutamanya indon..
rasanya saudara tulisan saudara tidaklah membosankan n bolela membuka minda shbt2 laen..
teruskn menulis..:)
Balas komen ini.
dikmal berkata,
June 1st, 2007 at 1:21 am
korupsi! sesuai dengan tajuk assign saye..hehehe…
Balas komen ini.
pauhfc berkata,
June 1st, 2007 at 7:55 pm
nice badge.pinjam ltk kat blog aku as a campaign.
Balas komen ini.
suhaila berkata,
June 3rd, 2007 at 4:06 am
lagi pasal sai baba klik http://azharahmad.com/blog/2007/05/07/dari-emel-sai-baba-nauzubillah-himinzalik/#comment-11346
Balas komen ini.
ainul arina berkata,
November 2nd, 2008 at 10:19 am
bila kita nak ikut jejak langkah diaorang?
sebab tu nanti dah ada adik2 ke anak2 ke, sila lah didik baik-baik.. baru boleh jadi macam tu.. =)
Balas komen ini.
vincristine berkata,
November 26th, 2008 at 10:27 am
salam
saya rase selain dr bidang IT ni ade bdg lain yang turut same berkmbg.. contohnye bidang farmaseutikal..lecturer saya kt, India akn jadi satu kuase besr dlm bidang ni since tenage buruh yang murah, kualiti kilang setaraf kilang di ngr barat (jadi dapat produce ubat yg berkualiti n terjamin) n can survive on their own..india pun ade market dorg sendiri dalam bidang ni and market tu sgt besar. jadi saya x rase terkejut if one day india akan mengalahkan negr besar yg lain dlam bidang lain plak…
p/s: maaf if bhs kurg difahami n tunggang terblk~huhu
Balas komen ini.
run^nia in wonderland berkata,
January 5th, 2009 at 12:05 pm
salam…selain dari tu, saya rasa sebab rakyat india memang telah dididik utk meminati ilmu, bukan saja bidang IT, tapi semua bidang
.dan rakyat india sangat bangga dengan negara sendiri.dan kalau anda nak tahu, buku-buku di india sangat murah, kerana telah di cetak semula dengan kualiti yang rendah.di sebab kan rakyat india tak mampu nak beli buku yang mahal, jadi mungkin itulah inisiatif kerajaan india.ini pemerhatian saya sejak berada di india tahun lepas. 
selain daripada tu,masalah pekerjaan memaksa rakyat india sendiri utk sentiasa memajukan diri.di india, walau anda lulusan kedoktoran sekalipun, tak menjamin masa hadapan
Balas komen ini.
mamat berkata,
March 10th, 2009 at 7:02 am
tapi saya rasa rahsia yg sebenarnya adalah penguasaan matematik dan sains di India…tanpa asa math, derang x kan maju..
Balas komen ini.
riu berkata,
November 5th, 2009 at 2:11 am
Indonesia lebih hebat dari india. 2 julai 2009 indonesia telah berjaya melancarkan roket ke angkasa lepas dengan kelajuan 4 kali ganda kelajuan bunyi. Setakat satelit singapore bila-bila masa bole tembak berkecai.
Balas komen ini.