Hujan itu Isihati Dunia
Filem ini hebat bukan main. Berjaya merenggut perasaanku, untuk membenarkan air di mataku, hangat membasahkan pipi.
Tahun 1904, tatkala Pang Laot, dan isterinya, Nyak Bantu sedang letih memikirkan kesihatan sang serikandi, Cut Nyak Dhien yang kian tenat. Ditambah ancaman serangan Van Daalen di Tanah Gayo.
Dengar.. Dengar.. Kalian dengar bunyi rintik hujan itu? Aneh. Mengapa kalian tidak mengerti petanda seperti ini?
Tak perlu Sang Pencipta sendiri yang datang ke kubu kita. Hujan tu telah datang, dan beritakan kepada kita semua tentang keberadaan dan kebesaran-Nya.
Kalian memang tidak pernah mengerti apa isihati dunia, bila kalian tidak mengerti hubungan antara hujan dengan penciptanya.
Si Penyair, yang dikata orang kata-katanya tergantung di langit dan ditiup angin, rupanya putar geliga akalnya. Strategi perangnya itu, di luar jangkaan semua.
Selamat menonton, kawan. Filemnya ada di sini. Memang sesuai dengan gelombang politik negara kita yang penuh dengan pengkhianatan. Allahuakbar!
Ingin tahu siapa Cut Nyak (atau dikenal Tjoet Njak Dhien), silakan ke laman wiki ini.
faha mieza berkata,
February 15th, 2009 at 5:32 am
bak kata orang…
hujan tu pembawa rahmat….
pelbagai rahmat yang dibawanya setiap kali diturunkan…
segala yang kekeringan segar kembali…
dan bila lepas hujan turun…
akan timbul pelangi…
yang membawa 1001 keindahan ke alam ini…
pe yg pasti, sy sangat2 suka bila hujan turun…
faha mieza telah menulis tentang ~Kenali sahabat2 sekeliling anda~. Mari baca!!
Balas komen ini.
amalina berkata,
February 15th, 2009 at 5:54 am
*masukkan movie ni ke dalam senarai nak tengok*

bila 卒業式?
amalina telah menulis tentang tengah pulun.. Mari baca!!
Balas komen ini.
FarEast membalas pada February 18th, 2009 9:08 am:
takyah masukkan dlm senarai nak tengok….tengok je terus..layan…memule aku pon malas nak tengok, tp lepas tengok part 1 kat youtube, terus tengok sampai abes..hehe
FarEast telah menulis tentang Microsoft Windows User Beware!!. Mari baca!!
Balas komen ini.
Dr Amad berkata,
February 15th, 2009 at 9:23 am
Hujan itu rahmat orang bilang…kenapa biasanya yang hadir,hujan dengan tanah gelonsor,hujan dengan banjir besar,hutan dengan seribu malapetaka…
Bak kata orang Indonesia “Ayuh koreksi diri” =)
Balas komen ini.
En Kid berkata,
February 16th, 2009 at 6:49 am
Salam SP..
maaf sudah lama tidak berkunjung, daku dihimpit kesibukan duniawi namun, Alhamdulillah masih ada ruang untuk-Nya..
Menarik topik kau kali ini. Soal politik negara kita, aku sudah dihenyak pelbagai kebencian terhadap kebodohan dan ketamakan manusia kini. Cis! sakit hati aku..
Harap semuanya sedar akan keanehan yang melanda negara kita..tanah semenanjung utara bagai dilanda kemarau..aduh! panas..panas..
*oopss..terlebih marah pula..akan didakwa kah?…
SP, apa berita kau kini?..segalanya berjalan lancar?..
En Kid telah menulis tentang Ruang di Sebalik Peluang. Mari baca!!
Balas komen ini.
irshadian berkata,
February 16th, 2009 at 10:30 pm
@ DR AMAD, Rasulullah suka waktu hujan, boleh cari dalam surah anfal. Betul la turun rahmat masa hujan walaupun terjadinya tanah runtuh, supaya manusia tgk salah laku manusia pada dunia.
Balas komen ini.
Ikhwan al-Faizi berkata,
February 17th, 2009 at 10:26 am
Assalamualaikum.
Baru sahaja habis tengok filem ni.
Juga menitiskan air mata…….
Jika dapat berjuang syahid mcm org dulu2, kan best…
Balas komen ini.
wan nurul adila berkata,
February 20th, 2009 at 7:44 pm
Subhanallah. Ceritanya bagus sekali ya. Suka dengan loghat bahasa dalam cerita ni. Bukan bahasa Indonesia yang biasa di TV tu kan? Watak dalam cerita ni pun sangat berkesan. Kalau ada cerita macam ni lagi, kongsikan di sini ya.
Balas komen ini.
Al-Irfan membalas pada February 20th, 2009 7:50 pm:
Ia adalah bahasa Kutaradja (ataupun disebut Acheh). Kerana kedudukan Acheh yang tidaklah jauh dengan Semenanjung, dan latar sejarah silam Melaka yang sedikit rapat dengan kerajaan Acheh (dan Pasai), bahasa kita tidak jauh berbeda dengan mereka.
Kalau dengar orang muda Acheh bercakap, ada juga loghat yang sama seperti perkataan ‘kita’, mereka menyebutnya sebagai ‘kiter’.
p.s: Saya tak kata siapa pengaruh siapa, tapi masing-masing saling memberi kesan.
Balas komen ini.
fareezkario berkata,
March 2nd, 2009 at 12:19 pm
cerita ini memang menarik..malangnya internet di Malaysia amatlah mengecewakan..satu edpisod untuk 3 jam..kering mata menunggu ‘buffering’..
aku tidak sabar menunggu kesudahan cerita ini..hehe
membalas komen: mak andam tu makcik saudaraku..kenapa?berminat?saudara sudah berfikir hendak kahwin ke?
Balas komen ini.
yEm^^ berkata,
March 5th, 2009 at 7:54 pm
erm… rasanye minggu lepas ade tinggalkan komentar.. tapi takde kat sini pon… kecewa~
mungkin sebab masalah dengan internet… =(
Balas komen ini.
misoshiru berkata,
March 12th, 2009 at 9:08 am
salam..
bila baca ini, terkait dengan ini;
” Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran, dan disana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara HARAKAT MANUSIA SEPERTI YANG DIKEHENDAKI ALLAH DENGAN HARAKAT ALAM BUANA YANG DICIPTAKAN ALLAH”
-Sayyid Qutb, Fizilali Quran.
Cite ni best, bagaimana sejarah Acheh itu jadi pengajaran, konspirasi barat sgt hebat kan..huhu
Balas komen ini.