SangPelangi » Zaman Sekolah

Tutorial : Poligami Yahoo Messenger

Ok, setelah sekian lama saya tidak menulis sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk peminat tegar pembaca SangPelangi.com, hari ini saya kembali dengan beberapa lagi ilmu komputer untuk dikongsikan dengan kalian.

Tajuk sudah dinyatakan. Poligami , gandaan dari “Monogami” adalah bermaksud kahwin lebih dari seorang. Jadi, apa kaitannya dengan Yahoo Messenger ? Jangan terkejut. Teruskan bacaanmu.

Atas cadangan sahabatku, Kenkyu-kun di blognya, semalam saya telah menggunakan Yahoo Messenger versi sembilan. Walaupun masih bersiri BETA (percubaan), tapi setakat ini masih tidak mengecewakan. Boleh rujuk di laman Kenkyu-kun untuk tutorial asas di sana.

Tutorial lanjutan ini khas aku tulis, sebagai mewakili ahli Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ), memandangkan kami semua sangat memanfaatkan YM sebagai medan usrah, tadarus, mesyuarat dan sebagainya. Mungkin ada antara kami yang menggunakan beberapa akaun ID untuk mengelakkan campur-aduk emel persatuan dan urusan peribadi.

Kini (sebenarnya sejak dulu), kalian sudah bisa menyalakan dua atau lebih akaun Yahoo Messenger dengan serentak. Caranya bagaimana? Sungguh mudah. Sekacang NganYin.

Jadi, sebagai menghargai sumbangan IPIJ terhadap pembangunan dakwah di bumi Jepun, maka besarlah harapan saya supaya kalian dapat menyambungkan bacaan ke laman ini. Klik di sini.

Segala permasalahan, komen, cadangan atau kritikan, bolehlah dinyatakan di dalam ruangan komentar di sini, atau berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat kita di sana.

Kita jumpa di sana, ya? Klik di sini, tau.

P/S: Kalau masih memerlukan pertolongan peribadi dari saya, jangan segan nyatakan di bahagian ‘Ada Masalah?‘ atau ruangan ‘Kontek‘ di kepala SangPelangi. InsyaAllah saya akan membantu kalian.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan.

Selepas mesyuarat BWP, jam sudah menunjukkan 1 pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung tiba.

Lagak gayaku bak perisik upahan. Lima tapak ke depan, ku toleh kiri dan kanan. Aku menapak penuh cermat, jangankan semut mati terlenyek, kuman pun belum tentu hilang riwayat. Aku cukup yakin, gerakan aku tak dikesan mereka.

Aspura sunyi (baca: Asrama Putera) sambil cengkerik bersiul-siulan. Ahh.. jantung tidak keruan, walau itu yang jadi harapan. Mana mungkin jam satu malam tak semeriah siang. Satu-persatu anak tangga didaki.

Tatkala kaki mencium tangga terakhir, Read the rest of this entry »

Pontianak, maafkan aku.. taringmu tak ku takut lagi..

Malam tu yang jelas cuma bisingan cengkerik. Semua orang sedang tunduk bertentang mata dengan buku. Ada juga yang terangguk-angguk bila dilihat seakan berzikir. Rupanya zikir itu disulam dengan dengkuran garau. Itulah situasi malam yang penuh kekhusyukan tatkala minggu peperiksaan melanda di bumi Mersing ini. Perpustakaan dan bilik kuliah penuh dengan manusia mengendong buku berbondon-bondon.

Keasyikan malam tiba-tiba diragut. Datang penghantar utusan tercungap-cungap membawa berita,

“Papa datang… Papa datang… Spot Check… “

Berubah terus bilik itu menjadi pasar. Masing-masing cemas ke sana sini. Meja depan yang tadinya ramai dengan kumpulan Revisi Bio terus hilang berdesup entah ke mana. Deret buku panjang sedepa terus serabut jadinya.

Nama Papa Azmin, panggilan manja untuk ketua warden kami memang masyhur di pelosok maktab. Ke hulu ke hilir ke mana sahaja dengan senjata saktinya, “Rotan Papa” yang bisa terbang hinggap ke tubuh sesiapa selaju cahaya. Sebut saja nama itu, gegak gempita seluruh alam. Yang tidur boleh bertukar menjadi jaga, yang brutal boleh bertukar semulia pendeta.

Malam itu, dia datang dengan mengejut mencari mangsa. Barangkali senjata hikmat itu sudah lapar dengan nikmat tubuh manusia. Sudah maklum dengan khabaran ini:

tong..tong.. tong.. (bunyi gong istana)

“Al-kisah..Barangsiapa berselipar jepun, berbaju santai kemeja T berleher bulat, rambut panjang lepasi piawai, atau berbagai-bagai.. Nescaya akan datang satu garis kilauan merah di tubuhnya… itu semua antara punca jadi gejala”.

Malam itu dek kejar masa aku terus menyarung selipar jepun TERsengaja. Al-maklum, tangan ini gatal basuh sepatu di waktu senja. Sampai ke malam pun takkan kering walau diseterika.

Degup jantung ini jangan disukat dengan jam randik. Jangan diintip dengan stetoskop. Pasti kau tahu sekencang mana ia bergoncang. Rasa cemas dan takut, bimbang kalau-kalau tubuh kering ini kan makin keding. Aku mencari jalan lari. Peluang yang ada cuma tiga. Tingkap? Tangga depan? Atau laluan makmal?

Andai tingkap jadi pilihan, esok mungkin ku berkaki tiga. Kalau tangga depan ku terjah terus, takut terserempak dengan Papa, rotannya akan terhunus. Jalan terakhir?? Laluan makmal…???

Ia memang heboh dikata ramai penuh dengan keseraman. Di situ terlihat badut berbaju biru oleh ayahanda (pengetua), mesin kebuk wasap makmal terpasang sendiri, bunyi pelik selalu muncul di bulan purnama dan macam-macam lagi. Laluan itu bukan pilihan kami. Ramai pesalah sedari awal menerjah tangga utama sebelum kedatangan Papa.

Aku dalam dilema. Pilihan aku cuma laluan misteri itu. Masih berkira-kira untuk menyerahkan punggung pada “rotan Papa”, atau berkorban mental pada puaka.
Tiba-tiba, suara senjata sakti itu semakin jelas kedengaran.

SAASS…. SAAASSSSS…. SAAASSS….

Bunyi itu memang ku kenal lama. “Rotan Papa” sedang mengganas nampaknya.

Terus ku lari menyusup laluan misteri itu. Hantu, jembalang, pontianak, sundel bolong.. ahhh….persetankan semua. Aku sanggup digigit dracula dari merasa libasan Papa. Biar segerombolan angkatan “askar jepun berdarah” berbaris dengan senjata sepanjang laluan, aku tak gentar. Ketakutan pada “Rotan Papa” itu lebih melangkau dari mereka semua.

Akhirnya, aku selamat sampai untuk sembunyi di asrama. Aku boleh duduk dan baring mengikut suka, takkan ada jalur merah di punggungku.

Lega..

Tapi, aku masih tertanya-tanya, dari mana datangnya bunga putih yang yang melekat pada beg aku ni.

p/s: Kisah ini memang benar-benar berlaku sewaktu aku berkampung di Mersing menuntut ilmu….kecuali ayat terakhir itu cuma rekaan.

Moral: jangan langgar peraturan sekolah, nanti buruk padahnya..hehe

Ustaz Fakih…Terima Kasih Segalanya..

“APA AWAK CAKAP??”

PANGG!!!!!!!!!!

Lempangan berbisa tahap meneran di puncak gunung…letakkan pipi kau di celah tingkap dan hempaskan ia. Apa yang kau rasa? Itulah ibaratnya.

Pipi ini masih terngiang-ngiang akan kebasnya lempangan itu (cehh..). Sesekali melihat cermin, pipi ini akan selalu kubelek-belek. Nama dia akan kusebut-sebut. Tanpa lempangan itu, takkan aku merasa sejuknya salji atau putihnya sakura itu. Mungkin juga merahnya puncak Fuji mampu dilihat di poskad saja.

Petang itu, aku ke kelas agama tak macam biasa. Kalau tak, belukar belakang sekolah jadi markas. Main gasing, kereta mini Tamiya, macam-macam yang kami buat. Mungkin di Luh Mahfuz sudah tertulis, aku akan lalui ini semua.

(Perhatian, kisah ini yang terpanjang pernah ku tulis..awasi waktu anda)

Read the rest of this entry »

Kawanku di kampung–dulu buta huruf, skarang bawak kereta besarr…

skang jam pukul 5.50am, sangat pelik dan bersyukur sebab aku berjaya bangun sebelum azan laptop aku ni berkumandang..so, dapatlah aku kejut si boss ajak berjemaah skali..
entah kenapa mlm ni cuma skit jek dapat tido, aku tido pkul 3am tapi bangun jam 4.15am dan terus rasa segar…3jam lagi nak jawab paper English dan Denshi Kairo(Litar Elektronik), nak selak buku,dah bape juta kali semak semalam..so, tulis blog la..nk watpe lagi kn? (lepas yasin,try nk tido,tapi xlelap jgak..pelek2)
==================================================================

.
Cerita untuk pagi ni (untuk waktu cni la)..
berkenaan seorang rakan lama yang dah lama aku tak jumpa..dan tak pernah terfikir dapat jumpa lagi..

.
Waktu tu malam 3hari sebelum aku fly.. aku,mama, abah roun2 JB nak carik laptop (nak bawak sini)..dpt info dari mmbe,ade laptop murah kat Giant Plentong..so, kitorang pon rush la ke sana..

.
Aku tertarik dengan sebuah laptop jenama FTEC (Korea mari).. kcik, elegen, mantap.. harga pon bole tahan berpeluh jugak.. tengah nak uruskan payment tu, abah n mama aku dah xde kt sisi..entah mana diorang lepak agaknye..

.
bile dah setel, aku carik la family aku, diorang rupe2nye sedang enak berehat kat atas kerusi urut elektronik yang sangat mewah..(ala jenama Osom/Asim tu..)
Aku nampak ada salesman cina kat sebelah abah..macho beb..smart abes..gaye mcm bos.. org tu tengah sedap memujuk abah beli kerusi urut tu..

.
aku pun pergi la ke situ..nak dengar jugak promotion dari org macho tu..

“Eh, mcm kenal.. tapi di mana ya?” (hehe..cilok skrip mane ni?)
salesman yang macam boss tu pon terdiam bila pandang muka aku..

.
(Bahasa kami agak teruk..jadi jangan contohi kami ya?)

“Eeh..lu ni Yi Fan kan?? btol tak??”
“Lu tak kenal gua ke?? Cuba lu tengok butul2 muka gua.. biasa jumpa tak?”

.
Aku pon tergamam..
“eh, bile plak aku jadi glamer ni??” (dalam hati la)
ahha!! baru aku teringat!!!

“WOoooo…lu Lee Yang Chow kan?? eh betol la…gua sket pon xprasan muka lu laa..”
“Lu apa crita skarang?? waa…dah macam Taukey besarrr aku tengok!!!”

.
“Gua ada la bisnis sikit2.. gua tak dok Rengit (Batu Pahat) lagi maa.. skejap2 pusing singapore, thailand, penang.. takde masa nak enjoy la.. weh, lu apa macam? beli laptop mahal gua tengok !!”
.
“Ala..nak pakai lama,msti beli yg power punye kan?
“Eh, lu banyak berubah la.. gua mmg x percaya org kt dpan gua ni lu..ish2″

.
“APA? TAK PECAYA KA??” gua sudah agak, lu mesti pelek tengok gua ini macam sekarang..,btol tak?”
.
———-Flash back kejap eh?—————-
Sejenak aku terbayang waktu dahulu-kala.. masa aku berpindah ke kampung.. duduk Sekolah Menegah Rengit, ramai kawan cina.. ramai kawan org Jawe.. ramai kawan orang Bugis.. ramai kawan orang Asli Kuala..
Terbayang dalam kelas, seorang budak cina pendiam..penakut..pemalu..

.
Lee Yang Chow (kalo xsilap,name die eja mcm ni..) memenuhi kriteria berikut:

1. Selalu dipukul/disepak/dihalau kerana tak membuat kerjarumah.
2. Selalu dibuli/bahan ketawa/ejekan kawan2 cina/malay yang lain. (jangan sekali2 sebut name dia dengan laju!!..jadi maksud lain plak kang..)
3. Tak pernah berborak..selalu tunduk bawah…
4. Bila bercakap, tergagap2..tulis merangkak2 tak kira BM/BI, (cume bertutur Malay loghat Mandarin yg pekat)..nak dekat2 BUTA HURUF jugak tuh.
5. Dalam kelas,tempat tercorot..yg die suka cuma matematik
6. Hensem? langsung tak nampak (hehe..bukan ape, die mmg selekeh bile gi skolah)

.
Masa tu, memang aku kesian dgn die ni..macam xde masa depan..aku slalu bagi die tiru homework aku..tapi aku ajo jgk la..xkan nk bg tiru membuta jk kan?
Aku suke berbual dengan die nih, sebab bagi aku, die ni unik.. personaliti tersendiri. Kalau die kena buli, mesti die carik aku.. sebab, dak cina lain pun kamcing ngan aku gk..(name yg aku ingat cume Tee Teck Hwat)..lpas 2tahun kat kampung aku pon pindah balik..kita terpisah hampir 5tahun..
————abes dah Flashback—————

.
“Crita la skit apa lu buat.. dah brape taun x jumpe ni..mesti ada miracle yang berlaku ni..lu ambik SPM tak?” (mulut aku ni mmg jahat sket..tapi mmg kite berborak mcm tu..)
.
sambil2 tu kitorang sume pon layan kerusi elektrik banyak2 tuh..takut kena marah? apa susah, boss kedai tu membe aku..hahaha..

.
kire aku ringkaskan la ni:
“Lu pon kenal gua kan? xkan gua nak jadik macam dulu2 jugak kan? lepas sekolah gua tolong father jual ikan..tapi tak untung punya la..
Lepas tu gua turun JB, try keja dengan orang..Mula2 jual kipas elektrik..
Untung tak banyak..lu pun tau la salesman banyak kasi untung sama boss only..banyak jual pon tak guna..bos yang kaya sorang2..”

.
“Mcm mana lu jadik ini macam aa? Makin hensem gua tengok..Cakap pon xde gagap2 lagi..Apa petua lu pakai??”
.
“Gua slalu handle stok barang Singapore..so,gua ramai kawan dekat Singapore..
Salesman..misti mau banyak cakap maa…gua pon mula2 tak biasa..lama2 boleh OK jgak.. gua pon memang ada masuk kelas tuisyen jugak..
satu hari tu, gua rasa mau macam berenti la,sampai bila pon tak kaya2..
so,stocker Singapore ade ajak gua join bisnes lain. Last2..gua trus berenti jadik seller,then join stocker tu ambik barang dari Siam, Indon.. barang2 elektrik xde jenama suma kitorang angkut..
bawak masuk cni, kitorang kasi tukar jenama, jual balik.. last2..untung la jugak..”

.
“Ooo..ni kedai lu la ni?? Perkh…Besar gilaa lu punya kedai..mana lu punya kereta? Mau tengok jugak la..” (hahaa…aku mmg suke tanye kereta orang..)
.
“Tu..kat luar tu.. IKEA ni bukan gua punya sebenarnya, tapi ada kawan yg punya, die outstation ma..gua tolong itu membe,jadi boss sekejap kat sini, at the same time bisnes gua pon jalan..gua punya office ada kat Singapore, kalau lu turun sana, boleh kita minum2..
.
Lepas tu, perbualan terhenti, ade amoi cantikk ajak die makan..(sahh awek die ni..uiii..ade duit,ade la amoi..hak2) diorang pon nak undur diri nak gi makan..naik BMW new series die tu..

.
Kitorang pon balik la…
ada satu semangat dia yang aku bangga..dan memang respek..dan menjadi tauladan dalam hidup aku..(cececehh..)

.
dia mampu bangkit untuk mengejar arus,
Dari merangkak takkan mampu berlari terus,
kawan2..ambil iktibar kisah ini dengan serius.
menyerah kalah tanpa pedang yang terhunus,
ibarat Si Raja Udang berangan nak sambar anak paus..

.
(Pantun ape aku merepekk nih????)

Cuaca 1Ramadan = 1Syawal

Jejan_2
Bnde ni aku prasan sejak kt skool mersing lg.. Dulu ms skola2 dulu..kwn ksygn aku, G-Jan (Razezan) yg menyedarkan aku..
Situasi mase tu..di pagi ramadan 2003..(nk dkat SPM)..kte berborak2 kat tepi tingkap bilik..

“Eh,e-fun, ko prasan tak pagi ni? cuaca pagi ni la..” Jejan menyentap lamunan aku kt tingkap..

-”knape? Ok jek cuaca aku tgk..Reduup jk..”

“La..mmg la ok, tp arini kan 1st Ramadan..xkn xprasan??”
Jejan main teka-teki la plak..

-”hehe..aku rs mcm same jek..lapar jgak la..” (hihihi)

“Ek eley..xde kaitan..tu standard la..mmg la nk kne berlapar..”
“Hmm..sbnanye dah lame aku prasan tau..Cuaca 1Ramadan sama dgn cuaca 1Syawal.. Redupnya cuaca..sangat tenang.. bile dh 1Syawal nnti ko akan prasan..cuaca ketika itu mmg sama dgn 1Ramadan jgak..”

~~Lama jgak aku diam..pjam mata..feel..tarikh nafas dlm2…cube menghayati cuaca pagi tu..
Dpt aku rs kan..sangat hening…burung2 terbang riang..angin bertiup sepoi2..matahari bersinar redup..mcm nk mndung, tp mcm nk cerah jgak, Nyamannya susah nk diungkapkan~~

-”hmm..nyamannye.. tp knape ek dgn 1Ramadan??” Aku tetap xphm mksud si jejan tuh..

“Aku dpt rs kan..bile msuk 1Ramadan ni lain skit..cuaca yg sgt hening..terasa rahmat Allah dtg mencurah..Cubalah ko rasakan plak dgn 1Syawal, ngan 1Ramadan taun dpan (kalo ade rezki)..Cuaca die mmg camni..yela..org kn slalu kate, bln Ramadan ni Allah bukakan pintu syurga seluas2nya dan menutup pintu neraka..”

-”Fuhh..smpai cmtu ke ko feel..nape aku xley feel cmtu?? msti besh ek?”

===================================================================================

Sjak detik itu, aku xpnah tdo di pagi 1Ramadan..(sblum tu bgn lmbt,sbb lpas suboh kn knyang lg)..
Sjak itu jgak 1Ramadan bg aku sgt bermakna..
1Ramadan n 1Syawal lebih mmbuatkn aku insaf..
Terima kasih Jejan..sbb mengingatkan aku…bhw rahmat Allah selalu ada..cuma kita tak merasakannya…

1Ramadan berulang lg..
dan stiap kali tu jgak aku akn menangis..keseorangan..tanpa sesiapa..
cuma, tahun ni benar2 mmbuat aku bertambah sayu..ada 2faktor..
1. Terharu sbb dpt jmpe lg dgn Ramadan..(hmm..sdeynye…byk nye dosa aku…aaaaaaaaa)
2. Aku rndu kat jejan..sahabat yg slalu mengingatkan aku..bkn shj waktu susah, waktu bergembira pon die ingatkan spy jgn alpa..(ke mana kau menghilang jejan??? JEJAN!!!!!!)

“Irfan, Jgnlah kau mengeluh,dan jgn lah kau cepat putus asa..kerana:”
1. Rasakanlah hadirnya Allah dlm dirimu..(Thanx Jejan..sob..sob..)
2. Allah xkan timpakan dugaan ke atas hambaNya yg xmampu memikulnya (Thanx Faizal Md Noh)
3. Ingatlah Allah sepanjang masa..lihatlah kesannya dlm solat kau nanti…(Thanx bos senpai)
4. Buta mata tidak nampak dunia, Buta hati tidak nmpak kebenaran (kump Hijjaz)

“Hayatilah cuaca.. Rasailah kehadiranNYA…setiap masa..”

P/s: jejan, rndunye nk qiamul-lail kita bertiga, ngan ko n Ajim ms Ramadan,mcm dulu2..sedeynye..

SangPelangi © 2006 - 2008 Adalah Hak Milik Peribadi.
Pengisytiharan!
Blog SangPelangi tidak mempunyai pertalian apa-apa dengan mana-mana agensi/badan/persatuan/parti. Ia cuma sebuah pandangan peribadi yang tidak bersangkut paut dengan mana-mana pihak. Anda dinasihatkan untuk tidak mencerna 100% apa saja yang penulis sampaikan secara bulat-bulat. Anda perlu menggunakan pertimbangan yang wajar untuk menilai setiap pembawaan di dalam SangPelangi. Jika anda tidak merasa selesa, kurang selamat, atau tertekan ketika melawat SangPelangi, diharap dapat meninggalkannya serta menjauhkan diri dari SangPelangi. Ini kerana lawatan anda ke SangPelangi adalah di bawah hak kerelaan sendiri dan tanggungjawab masing-masing. Di atas pengakuan tersebut, maka, saya berhak, secara langsung, atau tidak langsung, untuk tidak diheret ke mahkamah di atas segala kenyataan saya. Di bawah akta Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Perkara 19) : Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. Baca Lebih Lanjut...