Archive for the Video Klip Pilihan Bulan ini category

Video Klip Pilihan Januari.. Kumpulan Da’i Nada

Anda minat dengan lagu Indonesia? Jika suatu masa dulu, Malaysia digegarkan dengan kumpulan nasyid acapella dari Indonesi, Snada, kini lahir lagi sebutir permata di tanah Firaun. Da’i Nada diberi nama.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=iToqEPbtJmc[/youtube]

Dianggotai 7 angkatan pejuang nasyid iaitu Nur Akhyari sebagai vokalis solo, Ulil Amri sebagai Backup 1, Samsuri Supardi sebagai Backup 2, Muhammad Ma’shum sebagai backup 3, A. Syaikhu sebagai suara Trebles, Rafi’sebagai suara 1,2,3 dan gendang, serta Risyan Nur Hakim sebagai suara Base. Terbentuk sejak 2003 ketika masing-masing sedang menuntut dari pelbagai pengajian di Universiti Al-Azhar.

Bintang perjalanan juang nasyid mereka semakin gemerlapan setelah digilap seorang produser musik Mesir ketika melihat persembahan mereka secara `bawah tanah’ di sana. Akhirnya, mereka dipinang untuk merakam sebuah album perdana berbahasa arab yang kini disiarkan di beberapa stesen TV Music Arab. Album berjudul Maa Lii Rabbun Siwaahu (Tiada Bagiku Tuhan Selain Dia) telah siap pembikinan video klipnya pada awal 2007.

They are Indonesian ambassadors! Don’t you be proud of them! I’m…! Kata-kata prodesur itu membuatkan nama mereka semakin terserlah.

Bacaan lanjut di sini. Semoga terhibur.

P.S: Bila lagi kita nak lahirkan Raihan kedua dan ketiga?

Mu’adz, melagukan hadis.

Jika suatu hari kita tercari-cari pengganti Mawi atau Hattan, aku tanpa segan silu akan melaungkan nama Mu’adz.

Kali pertama diperkenalkan kepada album Xifu oleh senior-seniorku di Jepun, satu perkataan yang boleh kuungkapkan.

“PERKHH…” “MAKAN DALAM BEB..!!!” (terlebih perkataan plak ek? haha)

Lagu-lagu hadis beliau telah membuatkan aku membuka halakah “hadis 40″ sehelai demi sehelai untuk dihayati semula. Beberapa hadis lain mengenai persaudaraan (hadis 35), halal haram (hadis 6), islam iman (hadis 2) dan lain-lain. Hadis pertama (berkaitan niat) sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telingaku, turut dilagukan bersama beberapa penyanyi lain termasuk Nash.

Mu’adz, pengasas Al-Masaar yang bertapak di Kuwait, telah lama berkecimpung dalam gerakan nasyid “bawah tanah” di mana album-albumnya dijual sesama rakan. Turut dibantu Xifu Naseer (pensyarah UIA) yang banyak membantu dalam melagukan hadis-hadis.

album terbarunya, Al-Asr.. A Moment,
mempertaruhkan Tautan Agung (full star) yang kurasakan agak unik. Kali pertama mendengarkan lagu ini, rasanya tak melampau sekiranya ku katakan Mu’adz layak mewariskan bakat HATTAN dengan banyak keunikan.

Album ini sudah lama aku tunggu sejak kemunculan Muadz di beberapa buah album mini bersama Xifu Naseer & Algebra dan album-album lain seperti Sirah Junjungan dan sebagainya.

Khalifah Merdeka, sungguh patriotik, sering dimainkan di corong-corong radio seperti Era dan IKIM serta stesen-stesen lain. Dengarkan lagu Khalifah Merdeka di bawah ini.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=n8nBkZilNMk[/youtube]

Walaupun begitu, lagu Amrullah(Baitulmaqdis) di dalam album ini yang dilagukan semula, kurasakan kurang menyengat berbanding lagu asal yang dinyanyikan bersama Xifu Naseer yang diselangi dengan terjemahan Bahasa Melayu yang di”puisi”kan.

Dengarkan lagu BaitulMaqdis di sini

Tapi, masih ada kelainan yang ditampilkan di dalam Al-’Asr..A Moment..

Dengarkan lagu “The Wayfarers”berunsur pop (potensi global), dan “Sejahtera di Perjalanan” (doa menaiki kenderaan).

Mu’adz boleh dihubungi melalui blognya. Klik di sini.

P/s: Hadis dilagukan secara strings. Apa pandangan anda?

Video Klip Pilihan Jun.. Kalau Tuhan Dikenali, Mawaddah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=lQsfnQOlpLM[/youtube]

Tajuk lagu, Bila Tuhan Dikenali. Dirakamkan di stesen Indonesia, TVRI.

Kumpulan Mawaddah.. kalau sesiapa yang masih belum kenal lagi kumpulan ini, saya memberikan sedikit penerangan. Kumpulan ini dianggotai bekas pelajar-pelajar Malaysia di Jordan dan asalnya ditubuhkan di sana. Apa yang membanggakan, sebelum kelahiran album mereka di Malaysia, nama mereka sudah terkenal di beberapa negara sekitar nusantara dan Asia Barat. More

Video Klip Pilihan Mei..Menanti Di Barzakh -Far East

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=LrJ82d0Ph2A[/youtube]

Tajuk Lagu.. Menanti Di Barzakh…penyanyinya adalah kumpulan Far-East..

sedih lagu ni..insaf..

Untuk pengetahuan, aku peminat tetap kumpulan Far-East. Dari album pertama sampai sekarang dalam genggaman. Selamat Maju Jaya buat Far-East.

Jom support Far-East http://www.fareastmusic.com

Video Klip Pilihan Januari.. (Baitulmaqdis.. kump Xifu)

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=VSSaUM5nEgQ[/youtube]

Tajuk lagu..Baitulmaqdis..

dapatkan mp3 lagu ni kt blog akak Alan yg glamer dipanggil KakSya..(http://syaheerah.multiply.com)

Die 2orang ni org pggil Kumpulan Xifu..diorang melagukan hadis2 40 dan beberapa lagu berkonsep jihad..(tabek spring kt diorang)

Sorang tuh pensyarah UIA..

sorang lg tu ahli kumpulan Al-Masaar kalo xsilap aku..name Azmi ke ape..(betulkan saye andai tersilap ye?)

Lagu yg menyentuh hati…siap ada Puisi lg tu..

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.