Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah. (skop pengiklanan)
Salam pembaca SangPelangi.com.
Hari ini saya punya beberapa buah fikiran untuk dilontarkan tanpa selindung balik. Simpang siur jalan dakwah kini semakin mencabar, menuju ke era teknologi canggih dalam dunia kini yang kian tiada pemisahnya. Jalan dakwah perlu dinaik taraf seiring dengan letusan teknologi maklumat. Kebaikan dan keburukan sering bertumbuk terajang mendapatkan perhatian.
Sering kedengaran serak garau suara-suara mereka yang menyebut dakwah mesti diberi percuma. Walhal kita perlu sedar bahawa setiap gerakan dakwah perlukan dana yang pelu dijana. Ekonomi gerakan dakwah tidak boleh bersandar pada hasil sumbangan ikhlas semata-mata. Dakwah bukanlah percuma.
Selusurilah jalan-jalan sirah sepanjang dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat. Baginda dan sahabat punya perniagaan mereka sendiri yang hasil keuntungannya diraih untuk memutar ekonomi, mendiri tangan dan kaki, menyuap tenaga menyebar risalah di atas jalan ilahi.. “Sembilan persepuluh keuntungan adalah dari perniagaan”, sudah sedia masyhur. Mereka punya strategi sistematik untuk tujuan ini.
Banyak cara menjana “kertas bernyawa” di alam maya. Sedia maklum, antara yang popular adalah keuntungan yang dicapai dari ruangan iklan-iklan. Jika saya senaraikan satu persatu, boleh memakan masa bertahun-tahun. Hampir setiap hari bakal lahir teknik-teknik baru. Bergelut dengan soal halal haram sangat meletihkan. Bahkan bisa meletupkan perdebatan di kalangan usahawan-usahawan siber dan ahli agama. Buah amal dari pohon ilmu perlu dituai. Kita belajar teknologi bukan untuk urusan dunia semata-mata. More
Aku sering mendapat keluhan daripada kawan-kawan sebab masalah-masalah yang membelenggu PC mereka.. Walaupun aku bukanlah seorang pomen PC, tapi sedikit sebanyak aku “terpaksa” juga untuk mempelajarinya semata-mata untuk diri sendiri dan orang lain.


