Isu Palestin, berwaspadalah di Internet.
Istilah ‘trafik‘, atau bermaksud aliran keluar masuk pelawat memang selalu dikejar tuan tanah (baca: webmaster). Trafik inilah sumber pengaruh, wang ringgit dan kekuasaan manusia di dunia maya. Tinggi trafik, semakin tinggilah nilai sesebuah laman itu.
Seperti yang pernah aku utarakan kepentingan SEO bagi sesebuah laman, kata kunci yang mesra enjin carian amat diperlukan.
Contohnya, bila ada peristiwa seorang menteri X yang terkentut di tangga pesawat, pastinya tiga katakunci ini, iaitu ”menteri X”, “kentut”, “pesawat” akan sering ditaip di enjin carian (sekadar contoh). Maka, apa saja laman atau blog entri yang terdiri dari ketiga-tiga katakunci ini, sememangnya akan duduk pada tangga teratas jika ketiga-tiga kata kunci itu ditaip di enjin carian.
SangPelangi telah dengan tanpa sengaja, terkesan juga dalam hal ini. Artikel yang cuma kusalin dari sahabat (tanpa usul periksa) telah menjadi bualan hebat di ruang maya, terutamanya di Indonesia, bila pautan dari entri berkaitan isu Sai Baba dan Dajjal itu disebar dengan begitu pantas. Perdebatan hangat di gelanggang komentar itu terpaksa kututup setelah muncul video penipuan Sai Baba yang rupanya cuma bermain silap mata.
Baiklah. Ia adalah kesilapan terbesar yang pernah aku lakukan di SangPelangi, itu aku akui seikhlas hati. Selepas itu, dan sehingga kini, aku lebih berhati-hati dalam mencoret ketujuh-tujuh warna di awanan maya.
Baru-baru ini, setelah peristiwa serangan Zionis ke atas Gaza memuncak, beberapa laman web muncul untuk menarik trafik dari katakunci yang berkaitan. Perumpamaan ‘menangguk di air keruh’, memang tidak dapat lari dari dunia maya.
Berikut aku apungkan salah satu contoh dari ribuan laman yang merencanakan agenda tersembunyi sebalik isu saudara kita di Palestin itu: Klik untuk melihat contoh dan sedikit perkongsian dariku.
Ok, setelah sekian lama saya tidak menulis sesuatu ilmu yang bermanfaat untuk
Aku sering mendapat keluhan daripada kawan-kawan sebab masalah-masalah yang membelenggu PC mereka.. Walaupun aku bukanlah seorang pomen PC, tapi sedikit sebanyak aku “terpaksa” juga untuk mempelajarinya semata-mata untuk diri sendiri dan orang lain.