SangPelangi » surat pembaca

Surat dari Pembaca #3
Surat elektronik kali ini diterima melalui kotak Facebook, dikirim oleh seorang yang bergelar W**** (keizinan telah diberikan, dengan syarat nama pengirim dirahsiakan). Aku tak ubah cara penulisan dan ejaan untuk mengekalkan keasliannya.

Mesejnya berbunyi:

Akum.. irfan,name aku W****.. peminat nombor satu jepun..

aku ade bc ko punye sangpelangi.. dan aku tertarik dengan cara ko berfikir ttg jepun…

aku nak tnya pandangan ko sebagai orang yang da ade pengalaman kat sane..

sebelum tu aku nak bgtau yang aku ni mmg giler abis ttg budaya jepun.. aku suka ikut dan semangat jepun bg aku yg terbaik didunia..

soalan 1 : mcmane ko bole x tpengaruh dgn budaya jepun?? mksud aku budaya muslim ko sangat kuat dan aku rase sangat pelik… x kah ko terasa nak enjoy n mengikutinya…???

soalan 2 : aku skrg dalam proses blaja bhase jepun basic 1, apa pandangan ko ttg org yg nak pg jepun, menetap disana dan kahwin org sane?? patut atau x dan kenapa…??

soalan 3 : ko ni al-arqam ker?? sebab bnyk sangat pasal ko dgn arqam..

harap maap kalau aku gunakan perkataan ‘aku’ disini sbb da terbiasa dan pgunaan sgkat sms sbb da x bole ubah gaya penulisan ku ini… arigatooooooooo………….. harap bole jawab sbb aku da tertanya2 ni..

Jawapanku untuk pertanyaan Wan;

Terima kasih kepada W****, atas persoalan yang kukira ada bijaknya. Jawapan di bawah ini adalah pandangan peribadiku semata-mata, jadi usahlah mengaitkan aku dengan apa-apa, ataupun sesiapa.

Jawapan untuk soalan 1:

Aku suka untuk mengkategorikan budaya ini kepada dua. Pertama, budaya berbentuk dalaman, kedua, berbentuk luaran.

Jika dalam budaya kerja Jepun (budaya dalaman), rasanya aku sudah cukup dipengaruhi, lebih-lebih lagi setelah aku di’bentuk’ oleh Funada Sensei. Seperti kata Ustaz Hasrizal, di dalam diri Jepun ada nilai islam yang tiada pada muslim (sumber). Mereka tidak beriman, tapi soal menjaga masa sudah dianggap sebahagian nyawanya, lebih hebat dari kita yang memegang amanah pada sumpah Allah terhadap masa. Ada juga budaya dalaman lain yang tidak kukupas di sini.

Tapi, dari pertanyaanmu, “adakah aku tidak ‘enjoy‘ mengikutinya,” mungkin kau sedang bermaksud terhadap budaya luaran, iaitu fesyen. (Maafkan aku jika andaian ini salah)

Siapa bilang fesyen itu percuma? Pengikut fesyen tertentu harus mengikuti perkembangan trend terkini. Jika melihat pada latar belakangku yang biasa-biasa, aku agak kekok membelanjakan lebih wang saku untuk tujuan ini.

Aku mengaku, aku punya rakan yang sanggup membelanjakan hingga beribu liter titik peluh rakyat (wang biasiswa) atau dari hasil kerja sampingan. Kata mereka, jika dah bosan nanti, boleh dijual semula. Apa yang aku faham, kepuasan ibarat sebiji gelas, andai dituang berlebihan pasti melimpah juga airnya. Ada juga yang menganggap kepuasan itu ibarat cawan yang tak pernah penuh airnya.

Tapi aku juga sedar, penampilan menampakkan kematangan. Cuma malangnya, kasutku yang mengikut trend telah dicuri oleh orang yang sama beberapa kali (sumber). Serik dah. Haha.

Pendek kata, dalam keruh air, masih ada elemen jernihnya. Ceduklah airnya dan mendakkan keledaknya, atau tapis jika ingin menyaring jernihnya.

Jawapanku untuk soalan 2.

Baiklah, ini cuma pandangan peribadiku semata-mata. Tak salah menuntut bahasa asing, tapi dalam masa yang sama, perkuatkanlah bahasa ibundamu. Agar kalian tidak lupa asal-usulmu kelak, kembali mencurah jasa pada tanah kelahiranmu. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, itu kata-kata siapa?

Soal berkahwin dengan orang Jepun dan menetap di sana perlu berbalik semula kepada diri sendiri. Adakah kita bersedia memegang amanah besar sebagai suami kepada mualaf? Sudahkah kita sudah nilaikan tahap iman kita, adakah sekuat amanah yang bakal kita pikul? Jika tidak, maka terus perhebatkan amalanmu, biarpun sebelum, semasa, ataupun selepas perkahwinan itu.

Perkahwinan campur harus kita letakkan misi dakwah di peringkat pertama kerana peranan dakwah adalah wajib. Usahlah mengutamakan nafsu dan keseronokan dalam hal ini.

Di Jepun, sebaran Islam makin berkembang, tetapi tidak sehebat di China. Orang Jepun Mualaf lebih ramai dari golongan hawa (maaf, aku tiada statistik, ia sedutan fakta dari Ustaz Ariffin, pengarah Japan Muslim Association (JMA) ).

Seorang pendakwah jalanan berbangsa Jepun, pernah menceritakan padaku. Begitu ramai wanita Jepun mualaf kembali menganut ajaran nenek moyang, kerana lemah menghadapi dugaan bergelar muslim di Jepun. Jadi, untuk menyelamatkan hal ini, beliau cuba mengahwinkan mereka dengan pendatang muslim, berbangsa Pakistan terutamanya (sehinggakan beliau menyaran aku membawa pulang seorang, tapi aku tak mahu.)

Err..OK. Dah meleret ni (harusnya menjadi satu buku untuk isu ini). Dipendekkan hujah, aku menyokong penuh perkahwinan campur, di Jepun terutamanya.

Jawapan untuk solan 3:

Aik? Benarkah banyak kisahku berkisar dunia Al-Arqam? Rasanya setakat dua, tiga entri saja. Aku dulu bersekolah tadika di Al-Arqam. Tidak bermakna aku dan keluarga adalah seorang pengikut Al-Arqam, kerana ia satu-satunya pilihan pra-sekolah beraliran Islam yang ada ketika itu.

Alhamdulillah, rakyat di Malaysia masih matang pemikirannya. Menolak ke tepi soal politik dalam hal ini semata-mata untuk masa depan anak mereka. Contohnya seperti sekarang, di tempatku, seorang pemangkah tegar Barisan Nasional menghantar anaknya ke PASTI Al-Irfan, adalah disebabkan ia satu-satunya pusat asuhan yang mendidik anak mereka untuk berjiwa Islam.

p/s: Oh ya. Bagi yang tidak tahu, di Pasir Gudang saja sudah ada lima buah PASTI. Kesemuanya dinamakan dengan PASTI Al-Irfan 1, 2,.. dan 5. Masalahnya, aku terpaksa menepis gosip liar yang mengatakan tadika itu dimiliki olehku. Hikhik. Sekian, edisi poyo.

Diharapkan terjawablah persoalanmu, ya W****.

Jalan Hidupmu Begitu Berharga
Masih kuingat lagi tika pertandingan berucap (bahasa Jepun) di Numazu beberapa tahun yang lepas. Sahabatku dari Laos, walaupun merangkul naib johan, wajahnya masih bermuram durja. Bila kutanya kenapa, jawapannya cukup padat,

“Aku belum puas. Teks ucapan itu, teman lelaki aku yang tuliskan.”

Wayang ini dimain semula, usai aku membaca emel kiriman seorang sahabat, yang meminta izin untuk menceduk sebahagian (atau penuh) kisah hidupku untuk ditulis semula sebagai penyertaan dalam sebuah pertandingan. Setujukah kau andai menang sekalipun karya itu, tiada kepuasan lagi yang tersisa kerana kisahnya bukan sebahagian dari hidupmu?

Mulanya semua ini ditulis untuk membalas emelnya. Namun aku merasakan banyak input yang patut dikongsi bersama semua (sudah pun meminta izin untuk dipaparkan umum). Harap tiada pihak yang berkecil hati atas jawapan yang berbentuk entri ini.

Lenggok bicara mungkin boleh ditiru, walau beratus karya penulis mapan yang belum lagi dibongkar. Cuma aku mungkin merasa berdosa, kerana tidak menggalakkan sahabatku sendiri lahir dengan jalan cerita, dan buah fikirannya yang segar, kreatif tersendiri. Lebih-lebih lagi jika untuk dipertandingkan. Jika sebagai sebuah latihan, mungkin bisa dimaafkan malah digalakkan.

Untunglah kau. Pengalaman aku tak menarik macam kau.

Kata-kata ini nyata sekali berbau keluhan, adalah butir bicara seorang sahabatku sewaktu lama dulu.

Kalau kau merasakan tidak ada yang menarik untuk diceritakan (atau merasa tidak sebanding tulisan sesiapa), bermakna kau menganggap hidup ini cuma sia-sia, tidak secantik milik orang, hingga akhirnya nanti tertunas rasa kufur atas kurniaan Tuhan. Sedangkan tiap peristiwa itu sudah digelar sejarah, yang teranyam sedari tubuh dihembus roh hingga ditarik keluar semula.

Aku mendoakan, agar kau (pengirim emel dan sahabatku semua) tidak berputus asa untuk melakarkan segala yang bergelintaran di sepanjang laluan hidupmu; semestinya lebih indah.

Hargailah setiap detik yang berlalu, kerana silaunya kenangan manis itulah untuk kita pantulkan, kelamnya kisah hitam itulah untuk diinsafkan. Bukalah matamu, lihat akan menariknya hidup ini dengan lahirnya insan-insan istimewa di sekeliling kita.

Kawan, ingatlah pesanku ini,

Kau, dan jalan hidupmu, begitu berharga.

Surat dari pembaca #1
Atas izin tuan punya diri, saya siarkan surat kiriman Akma Nurul Aisya Bt Ahmad Mansor  untuk dijawab di entri SangPelangi, memandangkan persoalan yang ditanyakan itu adalah sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan bersama kalian.

Akma Nurul Aisya Bt Ahmad Mansor menulis:

Assalammualaikum,

Saya telah baca entri saudara dan saya dapati rata-rata entri saudara menarik sekali. Lebih-lebih lagi apabila menceritakan pengalaman saudara di negara Jepun. Saya ingin mengutarakan beberapa soalan mengenai saudara sekirannya saudara tidak keberatan:

1. Mengapa negara Jepun menjadi pilihan saudara sebagai destinasi melanjutkan pelajaran?

2. Adakah impian saudara pada 5 tahun akan datang?

3. Apakah perbezaan yang paling ketara di negara Jepun berbanding Malaysia?

4. Apakah pengalaman paling manis saudara ketika berada di jepun dan pengalaman paling pahit?

5. Sekirannya saudara terjumpa dengan seorang budak yang tidak dikenali di masjid dan dia meminta nasihat daripada saudara. Apakah nasihat yang saudara akan berikan kepadannya?

Berikut adalah soalan daripada saya buat masa ini. Okey. Saudara boleh siarkan nama saya. Maaflah sekiranya ayat saya agak ‘skema’. Hehehehe.. Wasalam.

Jawapan saya pula:

Waalaikumsalam buat Akma Nurul Aisya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk cuba menyelami apa yang cuba saya sampaikan melalui SangPelangi ini. Jawapan saya untuk soalan-soalan anda itu adalah seperti berikut:

1. Saya memilih Jepun, kerana ketika tadika lagi (al-Arqam), saya sudah terpengaruh dengan figura hero kanak-kanak seperti Satria Baja Hitam (Mask-Rider), Maskman, Flashman, Gaban dan Doraemon. Jadi, cita-cita untuk ke Jepun memang sudah ditanam sejak belum mula bersekolah lagi. Teringat hobi ketika kecil-kecil dahulu, segala hadiah dari ibu telah habis dijahanamkan semata-mata ingin mengetahui bagaimana mainan itu berfungsi. Di bangku sekolah rendah, habis musnah segala barang elektronik di rumah seperti pengering rambut, pemain video, radio meja telah saya kopakkan atas tujuan tadi. Setiap kali dirungkaikan komponennya, pasti tertera satu jenis aksara tulisan pelik yang akhirnya baru saya ketahui ia berasal dari negara Jepun. Maka, Jepun adalah pilihan destinasi saya yang seterusnya untuk menimba ilmu.

2. Lima tahun itu bagi saya adalah angka yang agak kecil. Kendatipun, lima tahun lagi, dengan izin Allah semoga saya dapat berfungsi di dalam “circle of influence” saya sendiri. Seperti Ustaz Hasrizal, saya juga ingin melihat Malaysia yang baru 5 atau 10 tahun mendatang. Bercita-cita ingin menjadi seperti ‘Sang Murabbi‘.

3. Ada pro dan kontra yang berselisih jauh langit dengan bumi. Tapi, ‘jika dan hanya jika’ ada sikap ini, maka Malaysia bisa bersaing dengan Jepun dalam teknologi. Iaitu semangat membaca. Keduanya, soal bahasa ibunda. Contohnya aku melihat, mereka membaca buku semikonduktor, seperti menjamu novel cinta lagaknya. Berbaring, bersahaja dan menyeronokkan. Cuma bahasa ibunda yang mendekatkan kita kepada kefahaman dan keseronokan maksimum. Kefahaman yang meningkat, pasti akan menyemai budaya membaca pula.

4. Tiadalah pengalaman paling manis ketika berada di sini, melainkan merasakan nikmatnya bergelar Muslim di bumi kafir. Setiap gerak laku terasa diperhatikan Dia. Semoga ia terus sebati walau sekembalinya aku nanti untuk berbakti.

Kenangan manis lain adalah tatkala menjatuhkan pihak lawan ketika pertandingan Judo di kolej. Tak disangka, surah al-Insyirah menjadi asbab pertolongan dari Dia, ditambah unsur ‘gayung’ yang aku masukkan secara sengaja untuk menyelamatkan diri. Kalau tidak, mahu patah tulang rusuk dicampak keluar. (Oh ya, aku suka membaca kisah silat di laman UZAR itu. Hihihihi…)

Sebenarnya, kehidupan di Jepun ini hampir 80% kisah pahitnya. Perkongsianku di SangPelangi ini tak banyak yang pahit. Biarlah semuanya aku telan sendiri.

5. Aku akan berkata, “Adik, pergilah berwudhuk. Kemudian, renunglah biru langit untuk tahu sekecil mana dirimu. Tarik nafas sedalamnya, hembus dan tiupkan jelaga hitam yang membelenggu kamu. Tinggalkan kenangan duka, kesemuanya di belakangmu. Akhirnya, barulah menjulang takbir itu.”

Sekian.

Semoga catatan ini, akan aku baca setiap kali aku terlupa apakah misi keberadaanku di dunia sementara ini.