Surat dari pembaca #1
Atas izin tuan punya diri, saya siarkan surat kiriman Akma Nurul Aisya Bt Ahmad Mansor untuk dijawab di entri SangPelangi, memandangkan persoalan yang ditanyakan itu adalah sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan bersama kalian.
Akma Nurul Aisya Bt Ahmad Mansor menulis:
Assalammualaikum,
Saya telah baca entri saudara dan saya dapati rata-rata entri saudara menarik sekali. Lebih-lebih lagi apabila menceritakan pengalaman saudara di negara Jepun. Saya ingin mengutarakan beberapa soalan mengenai saudara sekirannya saudara tidak keberatan:
1. Mengapa negara Jepun menjadi pilihan saudara sebagai destinasi melanjutkan pelajaran?
2. Adakah impian saudara pada 5 tahun akan datang?
3. Apakah perbezaan yang paling ketara di negara Jepun berbanding Malaysia?
4. Apakah pengalaman paling manis saudara ketika berada di jepun dan pengalaman paling pahit?
5. Sekirannya saudara terjumpa dengan seorang budak yang tidak dikenali di masjid dan dia meminta nasihat daripada saudara. Apakah nasihat yang saudara akan berikan kepadannya?
Berikut adalah soalan daripada saya buat masa ini. Okey. Saudara boleh siarkan nama saya. Maaflah sekiranya ayat saya agak ’skema’. Hehehehe.. Wasalam.
Jawapan saya pula:
Waalaikumsalam buat Akma Nurul Aisya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk cuba menyelami apa yang cuba saya sampaikan melalui SangPelangi ini. Jawapan saya untuk soalan-soalan anda itu adalah seperti berikut: Klik sini untuk bacaan lanjut.



