SangPelangi » Sudut Bebas

Ilmu Critical Thinking oleh Puan Ainon Mohd.
Baiklah. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini, iaitu Pemikiran Parallel. Pemikiran Kritikal pula adalah kontra kepada Pemikiran Parallel yang dibawa oleh Puan Ainon Mohd.

Sejarah Kelahiran Pemikiran Kritikal

Mari kita kenal dahulu sejarah Critical Thinking. Pemikiran Kritikal dicipta ketika zaman tradisi Yunani oleh tiga manusia ini, Plato, kemudian diwarisi oleh Socrates, lalu diperturunkan kepada Aristotle (guru kepada Alexander Zulkarnain).  Ilmu Pemikiran Kritikal adalah pemikiran yang tidak natural, maka kalau kita tidak diajar memang tidak akan mahir menggunakannya. Kesannya, lihat saja beberapa bangsa yang dijajah oleh empayar Yunani ini mahir berfikir secara kritikal. Contohnya, Eropah menjajah India. Disebabkan itu orang India pakar berdebat (peguam popular di Malaysia juga berbangsa India, merujuk suku kaum Sikh.)

Bagaimana pemikiran ini masuk ke dalam Islam? Ia meresap melalui Baghdad (Iskandariah), dalam episod pemerintahan Khalifah Abbasiyah yang menubuhkan Darul Hikmah; menterjemahkan banyak karya Yunani kepada Bahasa Arab. Penterjemah itu pula adalah Yahudi belaka.

Bagaimana pula pemikiran kritikal masuk ke Malaysia, adalah melalui penjajah Barat yang ‘menumpang’ di sini (Negara India juga senasib). Apalagi ustaz-ustaz Malaysia yang graduasi Al-Azhar, mereka mahir ilmu mantik (konsep mantik turut dipopularkan oleh Syed Naquib Al-Attas). Namun begitu, pemikiran kritikal masih bukan cara berfikir Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Edward De Bono dalam kenyataannya, beliau menuduh Barat mundur 100 tahun daripada Jepun dan China disebabkan negara bermata sepet ini tidak berfikiran kritikal. Disebabkan itu, Jepun dan China sukar dijajah kuasa Eropah.

Apa Itu Pemikiran Kritikal?

Mudah saja. Pemikiran kritikal sama saja dengan debat. Debat sudah semestinya membawa beberapa kenyataan (statement) ataupun idea. Bila berfikir secara kritikal, kita terdorong membantah kenyataan itu. Hasilnya, terpacul segala hujah yang berlawanan semata-mata untuk mematahkan kebenaran sesuatu kenyataan. Kemudian, kita berlawan-lawan fakta atau pemikiran semata-mata ingin mengatakan sesebuah idea itu salah. Jika kedua-duanya (statement/idea) itu berjaya kita buktikan salah, maka terbukti juga kita adalah betul.

Inilah kelemahan atau dosa terbesar dalam pemikiran kritikal, iaitu membuktikan orang lain salah dan menganggap kita betul. Puan Ainon mengatakan situasi ini sebagai ‘falasi’ (atau kalau boleh saya gelar ‘falasi’ ini sama maksudnya dengan ‘fatamorgana’ iaitu tipuan dunia).

Contoh dan Bukti Pemikiran Kritikal

Contoh Pertama.

Hampir kesemua inovasi yang ada sekarang adalah hasil kritikan terhadap ciptaan asal. Contohnya, sofa adalah hasil penambahbaikan idea daripada kerusi. Komputer adalah hasil penambahbaikan daripada kalkulator. Apabila kita sudah mengenali ciptaan asal sesuatu produk, sudah pasti kita tiada masalah bagi mengkritik inovasi seterusnya.

Kebaikan TIDAK berfikir secara kritikal boleh kita pelajari daripada sejarah teknologi jam Quartz. iaitu, prinsip signal berulang yang dihasilkan oleh kristal quartz. Pada zaman dahulu, teknologi Quartz ini dipamerkan dalam satu pameran teknologi jam antarabangsa di Switzerland. Ketika itu, negara-negara dari Eropah dan Switzerland sendiri cuma memandang sebelah mata saja terhadap teknologi ini. Ini disebabkan mereka masih membandingkan dengan teknologi jam Swiss sedia ada, dan mereka berpendapat tiada keistimewaan lain.

Kemudian, rombongan Jepun, iaitu dari syarikat SEIKO, hadir di situ lantas menyambar idea teknologi Quartz ini (kesedaran isu harta intelek dan paten di Switzerland ketika itu belum ada). Maka, syarikat SEIKO selepas itu bangkit sebagai pengeluar jam terbesar dari Timur. Kemudian ekonomi Switzerland pula dikatakan jatuh merundum sebanyak 80% dalam tempoh 80 tahun, memandangkan kegiatan utama negara Switzerland adalah mengeksport jam (melalui syarikat Swiss).  Mengapa SEIKO melihat peluang ini?

Jawapannya, Jepun tidak pernah mencipta jam sebelum ini, maka mereka tidak berupaya mengkritik ciptaan jam mereka yang asal. Mereka sekadar menganggap teknologi Quartz ini sebagai penemuan terbaru, murah dikomersilkan dan mudah dipatenkan.

Contoh Kedua. (Saya petik contoh di bawah ini dari majlis ilmu Puan Ainon yang lain.)

Bayangkan, seandainya sebatang lilin itu dikritik, didebat, ataupun dihujahkan. Puaslah kita berfikir bagaimana mendapatkan lilin yang bertahan lebih lama dengan cuba dibakar dalam balang kaca, maka terhasillah lampu pelita. Kita juga puas memikirkan api yang lebih kuat dengan membakarnya dengan bantuan gas asli, maka terhasillah lampu gasolin. Kita juga puas memikirkan lilin yang tidak berbau dengan menghasilkan lilin wangi.

Bayangkan pula, kalaulah Thomas Edison menggunakan teknik pemikiran kritikal ini, beliau pasti tidak akan menemukan teknologi mentol yang ada sekarang. Lihat saja mentol di sebelah kita, 360 darjah sangat kontra struktur binaannya dengan lilin. Namun, misi mentol masih sama dengan lilin. Iaitu menghasilkan cahaya (atau haba jika perlu). Err.. Sepatutnya ini adalah contoh pemikiran parallel. Apalah Irfan ni…

Pengajaran/Moral daripada Pemikiran Kritikal

1. Musuh kita adalah diri kita sendiri.

Musuh kita sebenarnya adalah kisah-kisah kejayaan lampau yang diraih oleh diri kita sendiri, ataupun pengetahuan kita yang sedia ada. Kerana itu, dalam pengalaman saya, saya sering bertemu sahabat yang sangat cemerlang di UPSR dan PMR tetapi gagal semasa SPM. Ada juga yang cemerlang semasa SPM, namun ditendang keluar oleh pengurusan Matrikulasi kerana tidak cukup pointer. Mereka terbawa-bawa dengan kisah kejayaan mereka. Saya berpegang teguh pada pesanan cikgu Sains saya di Tingkatan Tiga di SMKPG1, Cikgu Masrawati,

Berjaya itu tidak sukar, tapi mengekalkan kejayaan itu adalah sangat derita.

2. Jika datang idea baru, usah terburu-buru menuntut bukti.

Kita tanpa sedar, sudah terbiasa meminta data atau statistik yang menunjukkan sesuatu idea itu terbukti berkesan. Sedangkan, idea-idea baru adalah musuh kepada idea lama. Idea lama yang sudah mempunyai data dan statistik itu pula, terang-terang menggambarkan usia sesebuah idea itu bertahan. Oleh itu, mari membuka diri kita terhadap ruang-ruang risiko idea baru, supaya kita berpeluang belajar sesuatu daripadanya. Risiko juga adalah ilmu.

3. Delay your judgement, atau tangguhkan keputusan semasa menilai.

Kita kadang-kala gopoh membuat penilaian. Ia mungkin disebabkan kita terbawa-bawa dengan pengaruh Barat, iaitu kita menganggap orang yang tidak ada pendapat adalah bodoh, atau mempunyai satu pendapat sahaja sudah dianggap pintar. Barat mengatakan orang yang laju melontar komentar adalah pintar, walhal Islam mengetengahkan prinsip “Diam lebih baik daripada berkata-kata.” Berbeza pula dengan pemikiran timur seperti Jepun, China dan Korea. Mereka sependapat, bahawa orang yang lambat beri pendapat, atau mempunyai banyak cabang komentar adalah seorang yang bijaksana dan hebat. Contoh jawapan orang pintar kebiasaannya adalah seperti ini,

Komen saya terhadap isu ini ada dua. Wajar dan tak wajar. Dari segi ……… ia adalah wajar. Dari segi ….. pula ia tidak wajar.

4. Selalu berfikir yang positif sahaja.

Jika kita sering berfikir positif, kita pasti akan nampak ruang dan peluang di sebalik masalah yang sedang kita hadapi. Jika kita berfikir secara kritikal, pemikiran kita akan terlindung oleh satu hijab (atau saya katakan ia mirip Dinding Kebodohan oleh Dr. Yoro Takeshi). Kita boleh jadikan kisah kejayaan mencipta mentol oleh Thomas Edison sebagai motivasi dalam pemikiran kita.

Latihan Tambahan.

Mari mengkritik kereta sorong dalam gambar rajah di bawah (ia betul-betul serupa dengan sampel latihan daripada Puan Ainon):

Ilmu Parallel Thinking oleh Puan Ainon Mohd.
Sedikit ilmu yang saya raih daripada Puan Ainon Mohd, pengasas gergasi buku Melayu, PTS Publication. Ilmu ini dikutip daripada beberapa kursus dalaman yang dikhaskan kepada staf PTS sahaja, namun saya cuba kongsikan kepada semua melalui SangPelangi (dengan izin, Yang Arif).

Mula-mula, kita akan berkenalan dengan perkataan parallel. Pertama kali saya mengenali perkataan parallel adalah dari asas garis lurus dalam matematik. Iaitu, ada dua laluan garis lurus yang sama hala tujunya, namun tidak pernah bersentuh antara satu sama lain.

Di dalam sukan, seorang perenang sudah pasti tidak akan masuk ke dalam laluan perenang lain bagi merebut emas. Pelari pecut juga tidak akan memasuki laluan pelari di sebelah bagi bersaing mendapat tempat pertama. Begitu juga kita dengan cara kita, tidak perlu masuk campur dalam aktiviti pesaing di sebelah kita.

Dalam dunia bisnes, pemikiran parallel amat berkuasa jika ingin menghadapi pesaing besar (Puan Ainon menggelar pesaing besar sebagai Big Boys). Big Boys bersedia bila-bila masa, menanti di pertengahan jalan bagi menyekat kemaraan Small Boys seperti kita. Big Boys merasakan mereka sangat gah dan kuat untuk menjentik pengusaha kecil yang makin tumbuh melata di Malaysia ini.

Contoh paling dekat, adalah pada zaman awal kemunculan syarikat minuman Yeos di Malaysia. Small Boys seperti syarikat Yeos memang tak dapat menandingi Big Boys seperti Coca-Cola/Coke. Masakan tidak, bermula daripada pembuatan tin, servis pengangkutan, sehinggalah mesin vending sudah dimonopoli oleh Coca-Cola waktu itu. Perjanjian (MoU) antara penyedia servis tersebut dengan Coca-Cola sudah diikat, bahawa mereka dilarang melakukan bisnes dengan mana-mana syarikat minuman tin lain.

Maka, Yeos berfikir secara Parallel, menghasilkan produk minuman di dalam kotak. Kesannya, Yeos sudah pasti dapat membangkitkan usahawan-usahawan baru dalam industri yang baru seperti syarikat pembuat kotak minuman, pembungkusan dan penghantaran kotak dan sebagainya. Oleh itu, mesin vending juga semestinya berlainan dengan mesin keluaran Coca-Cola.

Kesimpulannya, kita tidak perlu memikirkan dengan keras, apa yang dilakukan oleh Big Boys kerana tiada apa yang perlu dirisaukan. Kita sudah ada laluan sendiri dan yang menariknya, Big Boys tidak akan menahan kita di mana-mana laluan produk kita semasa dalam perjalanan bertemu pelanggan.

Sebelum menutup entri ini, saya tawarkan satu tugasan kepada semua pembaca SangPelangi. Bagaimanakah caranya bagi melawan Big Boys seperti McDonald? Kalau dapat kalian jawab di dalam entri blog masing-masing (bersama gambar rajah parallel), amat dialu-alukan.

P/s: Entri seterusnya, ialah kemahiran berfikir secara kritikal, iaitu Critical Thinking, kontra kepada Parallel Thinking ini. Selepas Critical Thinking, ada lagi Problem Solving by Design. Itupun akan saya tuliskan juga. Tidak sabar saya ingin menuliskan ilmu seterusnya.

Kemaskini 18 Mac 2010: Saya teringat satu lagi contoh lain. Pada suatu hari, puaslah si ibu nasihatkan anak daranya,

Nur, kau carilah jejaka yang kaya, tidak kacak pun tak mengapa. Senang hidup kau nanti.

Namun, Nur ini punyalah degil, cari juga jejaka yang berpoket ‘biasa-biasa,’ sedikiiiiit kacak namun baik hati orangnya. Lihat, Nur itu berfikir secara parallel. Langsung tidak sama fikirannya dengan pesanan ibunya. Namun, kedua-dua individu ini masih menuju misi yang sama, iaitu ingin mendapatkan jodoh untuk Nur. Si ibu pun bukanlah memaksa sangat anaknya mengikut kemahuannya, asalkan anaknya itu berkahwin.

Mudah kan, contoh saya? Hehehe.

Kamu penulis blog? Mari bertemu.
Ya. Entri ini sejenis iklan. Tadi melalui YM, aku dikejutkan oleh Bro Bat, tulang belakang kepada Rumpun 2007 yang lalu, kali ini bercadang untuk menghimpunkan semua penulis blog untuk berkongsi idea dan buah fikiran.

Untuk perancangan terbaik, cadangan dari kalian amat diperlukan. Mari klik pada pautan di bawah untuk membaca lanjut:

*Rumpun 2009

p/s: Memandangkan ia diadakan pada *18 April dan diadakan di sekitar ibu kota, jadi aku berkemungkinan besar akan menyertainya. Kepada sahabat SangPelangi, kalau ingin saling bertemu, di sinilah medannya.

*nama dan tarikh rasmi belum ditentukan

Nota: Antara perjumpaan lain yang kuimpi untuk sertai pada tahun ini:

Bengkel Penulisan Bebas, anjuran STAD dan PBMKM, April 11 di MMU Melaka. (Kehadiran belum disahkan, tapi aku dah chop tempat duduk. ;p)

*Rumpun 2009, 18 April ini.

Bengkel Puisi/Cerpen anjuran DBP, Ogos ini. (lesen GKLN. Hehe.)

Bengkel Cashflow 101, anjuran BJ (tak tanya Pakdi lagi macam mana).

Perkumpulan bekas penghuni Musytari 2002/2003.

Seminar Menulis anjuran Akademi Penulis, Fauzul Naim. Jun ini (belum tempah. Harap kalian jangan berebut, sampai aku tak boleh nak masuk. Haha.)

Kau, buat kukepingin gelaran ayah.
Membaca coretan sehari demi sehari, dari seorang sahabat mayaku yang sudah bergelar ayah, telah menguatkanku untuk menjadi seteguh dia, sekeras hati para ayahanda, bapa, abah dan apa juga gelaran untuknya.

Bacaan di paparan semakin tidak memberangsangkan. Pada waktu ini, Dr Mark memberi peluang kepada ayah untuk mendakap Amir Yusuf. Dengan penuh hati-hati, dengan penuh kasih sayang, Amir Yusuf berada di dalam pangkuan ayah. Ayah peluk erat Amir Yusuf. Seakan tidak mahu melepaskan. Ibu berada di sisi, membacakan surah Ya’asin. Moga semua itu menjadi teman ketika Amir Yusuf di alam sana – FAJARIL.NET

Semoga anakmu menanti di gerbang syurga. Catatan diarimu itu di Fajaril, bukan sekadar untuk melepaskan rindu pada arwah anakmu, malah sebagai penguat untuk mengharung ujian mendatang.

Bro Rudy, mengkhabarkan ke YM akan bantuan sosial yang sedang beliau usahakan. Aku tak mampu menitipkan sebarang pertolongan memandangkan M2U tak dapat digunakan atas sebab tertentu.

Yang termampu kubuat, adalah memanjangkan lagi mesej itu ke sini.

Bro Rudy menulis:

Bismillahirrahman nirrahim. Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga.  Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

rujuk blog Fajaril dan maklumat lanjut di blog Bluehikari

Belasungkawa Badruzamani. Al-fatihah.
Arwah yang mesra dengan panggilan Bro Zamani, selalu ‘mengganggu’ kehidupan internetku, menceriakan setiap hari-hariku yang murung dan gelap di sini (biasanya, aku, arwah dan Cik Catzer berkongsi ilmu berkaitan bisnes melalui YM). Aku berkenalan dengannya di forum BicaraJutawan yang diasaskan Pakdi.

Tak semena-mena basah pipiku, tika dikhabarkan (di sini) akan kehilangan seorang sahabat mayaku yang paling rapat selama ini. Benarlah bagai dikata, tiada dugaan yang ditimpa pada insan yang tak selayak menanggungnya. Tuhan lebih menyayanginya, walau cubaannya yang bermacam itu, diharung dengan senyuman.

Allahyarham Badruzzamani bin Azmi, memangkin aku untuk menjadi kuat. Aku kuat, adalah kerana ungkapan azimatnya yang menyihirku saban hari. Aku segar, bila dilanda murung, aku melihat seorang insan kurang upaya yang tegar membangkitkan kudratnya.

Kami baru saja merancang untuk bertemu, melawat perusahaan arnabnya kelak. Aku masih ingat lagi, cita-citanya untuk merintis Malaysia Rabbit Breeder Associate, dengan misi memberi kesedaran kepada orang ramai akan khasiat daging arnab yang lebih baik berbanding daging putih seperti ayam dan itik. Strategi, bekalan, pasaran, risiko, dan segala ilmu berkaitannya sempat kurakam.

Anak kepada mantan Mufti Pulau Pinang ini (sumber), adalah orang pertama yang mengucapkan selamat kepadaku pada hari raya yang lepas. Bayangkan, dalam kesepian kusambut Aidilfitri di perantauan, masih ada sahabat yang sudi bertanya khabar, dan menceriakan malamku yang suram itu. Terasa baru semalam kami bermesra.

Antara kata-katanya takkan aku lupa sampai bila-bila.

Zamani Azmi (10/22/2008 10:31:26 PM):

Makan benda yang berkhasiat. Muhasabah diri selalu dan berdoa memohon mardhatillah dari Allah. Dan bersyukur dengan apa yang ada, berusaha mencapai impian yang mulia.

Zamani Azmi (10/22/2008 10:42:32 PM):

Buah mempelam itu manis, pokok rendang. Namun, ia hasil dari biji benih yang lemah dahulunya. Dibaja, disemai, disirami, dicahayai dan memerlukan masa bertahun – bertahun untuk kuat seperti sekarang.

Zamani Azmi (10/22/2008 10:54:06 PM):

Tak salah kalau terjatuh dalam air. Tetapi salah kalau terus berada di dalamnya kerana risikonya adalah mati. Sanggupkah kita bertemu Rabbul ‘Alamin dalam keadaan yang kekurangan dari segi bekalan iman?

Tiada apa yang dapat kubalas, melainkan hadiah sebaik doa dan kalungan Al-Fatihah, aku kukirimkan untukmu, kawan. Semoga hidupmu di alam sana penuh ceria, bersama para pejuang Islam yang kita cinta.

Al-Fatihah.

p/s: Kalian yang dilahirkan normal, wajar malu andai mudahnya dirimu berputus asa. Kerna ada insan yang kurang bernasib baik darimu, tapi raganya bersalut padu.

Beberapa sahabat lain juga ada menulis, Catzer, dan Bro Zamri.

Jangan berpura-pura sibuk, ya.
Hihi. Baiklah. Mari rehatkan minda, sisirkan yang kusut, tampalkan yang lurut. Gambar di atas, diambil oleh sahabat rapatku Faiz, (teman semaktab sejiwa? euw..) dalam salah sebuah pejabat kementerian di Bangi. Semestinya satu nasihat yang sangat berguna dan terbaik untuk semua yang bergelar pekerja. Dua *jempol kunaikkan ke atas!

Sekian entri pendek untuk hari ini.

*jempol = dalam bahasa Jowo, disebut jari ibu.

Harga Sebenar Barang Terpakai
Teringat satu peristiwa ketika sesi ta’aruf di Winter Gathering tempoh hari, peserta disaran memperkenalkan diri, dengan satu soalan tambahan yang berbunyi,

Apakah dua perkara, yang orang lain tak tahu tentang kamu?

Soalan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya aku punya minat yang mungkin semua orang tidak mengetahuinya; iaitu membeli barangan terpakai, atau biasanya disebut second hand.

Membeli barangan terpakai pada aku memberi berjuta makna yang mendalam. Jangan tak tahu, aku selalu diperlekeh atau kadang-kala disoal mengapa mesti barangan terpakai yang menduduki carta utama. Walhal banyak lagi produk keluaran terkini, lebih canggih, yang ada kala harganya jauh lebih murah, bahkan tiada secalit calar.

Era 90-an, tika negara dibadai arus kemuncungan minat terhadap produk kelas kedua (jika boleh aku istilahkan sebegitu), dirancak lagi pembukaan barisan kedai-kedai yang digelar ‘kedai bundle’ atau reject shop, membuatku senang dan tak merasa bersendirian.

Pernah sekali seorang hamba Tuhan, dengan wajah kerut beribu sedikit mengejek,

Ishh.. Entah pemilik asal seluar itu menghidap HIV, siapa tahu?

Kamu tahu? Biarpun benar telahanmu itu, usahkan setitis kesal pun yang menitis kerana membelinya. Ya, silakan didik anak cicitmu membakulsampahkan hasil gunaan orang, aku tak halang. Tapi ketahuilah, dengan katamu yang meracun itu, mencermin taring prejudismu yang membunuh.

G-Shock Thermometer, bernilai 2000 yen (RM60) dibeli di Mishima, Jepun Mei 2006.

Contohnya ketika membeli jam ini. Sekonyong-konyong terbit satu perasaan berlainan dalam diri. Ya, pasti ditawa orang, aku membayar bukan setakat dengan kertas wang ringgit, turut terselit sebuah perasaan lain ketika helaian yen dihulur.

Tubuhnya yang tiada calar, papan nombornya yang sedikit kuning dicorak usia, menayang jelas betapa teliti si pemilik asal memeliharanya. Di baliknya, tersimpan satu falsafah yang tersorok dalam diriku. Iaitu, membeli barangan terpakai, ibarat menyambung harapan si pemilik asal.

Contoh lain, jelas tergambar segelintir kaum Adam yang sanggup berlecun peluh menyental tubuh motokar tidak bernyawa. Lagi melucukan, hingga me’nidur’kannya di dalam kelambu (baca: garaj), atau memakaikannya sepasang baju tidur (baca: sarung hujan). Katanya, inilah isteriku yang kedua. Benar, kan? Memiliki sesuatu, yang selama ini kau mimpi dengan berhempas-pulas, semestinya tersemat cita untuk menjaganya dengan baik. Tika sampai masanya ia perlu dijual semula atas sebab tertentu, silakan tanya apa perasaan mereka.

Namun, mewariskan berapa pun nilainya sesuatu harta, tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Bila tiba satu saat di mana kau terpaksa melepaskan ia, dengan seribu harapan generasi warisan kedua itu dapat menyambung tumpuan kasih sayang, seperti mana kita menjaganya pada awal kita memilikinya.

Begitulah perasaan seorang ibu yang pada akhirnya, atas sebab yang tak dapat dielak lagi, dengan berat hati terpaksa melurutkan ikatan sayang akan anaknya kepada orang ketiga. Jerit pekik melahirkan anak comel itu diimpi berbayar dengan doa secara tunai, agar anak itu membesar sempurna, bak sebutir benih yang tumbuh menjadi pulau suatu hari nanti. Amin.

P/s: Membeli barangan ‘tangan kedua’, adalah sikap minda kelas pertama.

Azam tahun baru cuma ritual.
Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total? Baiklah. Aku mengaku tiada satu azam pun yang aku persiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, aku berkongsi rasa dungunya aku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama semua rakan di Sahabat SangPelangi melalui emel di minggu yang lalu.

Mengejutkan. Berani kunyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama sepertiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat aku simpulkan:

1. Percayakah kalian, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata? Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

2. Esok biar lebih baik dari hari ini. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimain kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang.

3. Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Aku merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 25. Telitikah aku? Haha

4. Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Baki azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan? Tapi, jangan pula sewenangnya memasang riba’ yang berbentuk hukuman pada diri sendiri, kelak azam itu berstatus hutang lapuk pula.

5. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal upaya diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita.  Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. Cumanya sasaran itu jangan dipisahkan sejauh bulan dengan bumi. Kita kan punya akal yang bijak bestari.

p/s: Idea menulis entri kali ini, 100% bukan milikku. Segalanya aku simpulkan menjadi satu dari para Sahabat SangPelangi yang sudi membalas mesejku tempoh hari. Sebentar, biar kuangkat topiku ini sebagai tanda hormat, dan terima kasih. Selamat Tahun Baru.

Hutang Budi atau Kenang Budi?
Aku terpanggil untuk menyambung coretan seorang kawan ber’silat’ku akan buah fikirannya terhadap istilah “hutang budi“. Sebenarnya, aku juga sudah lama merasakan ada yang tidak kena dengan istilah itu. Tapi tak tahu bagaimana nak ungkapkannya dengan kata-kata. Aku rasa tulisan Mak Kucing ini tak boleh disia-sia.

.. budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu..

Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia – terutamanya Muslim – perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.

Oh, itu cuma cuplikan. Kalian mesti membaca teks penuh supaya kefahaman itu tidak tenggelam timbul. Klik di sini untuk berpaut ke teratak Mak Kucing.

Bercakap soal budi, sudah puas aku menggodeh Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, untuk mengesan, apa mungkin ada bait-bait pujangga yang memperkatakan tentang budi yang “wajib dibayar”?

Sumber dari Dawama

Senarai di bawah, adalah antara yang boleh aku kongsikan pada semua. Aku tidak menjamin ejaan dan perkataannya sangat tepat dan serupa seperti yang disebut oleh penglipur lara zaman melayu Melaka. Sekurang-kurangnya, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sudah bekerja keras untuk mendapatkan susun letak yang terbaik dan lebih dekat ke akar umbinya.

1. Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.

Maksudnya, jika kita berbuat baik pasti dibalas baik, berbuat jahat pasti dibalas jahat. Setiap aksi memang ada reaksinya. (Talas itu adalah nama lain untuk keladi) Tapi, kebiasaan yang kita dengar sekarang ini, “Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas”, rupanya agak lari jauh dari yang sepatutnya, iaitu “Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.”

2. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.

Maksudnya, biarlah wajah kacak atau cantik, tapi kalau buruk budi bahasanya, maka pasti dipandang hina jua oleh masyarakat. Kesilapan biasa di zaman sekarang, menggunakan perkataan ‘kendi’. (kendi=bekas air bertangkai, kundi = biji saga, kurik= bintik-bintik ). Kak Nisah (penulis Annys Sophillea) ada mengulas tentang pantun budi ini.

3. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. (atau, Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Keduanya boleh digunapakai)

Maksudnya, budi bahasa yang baik akan tetap diingat orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.

4. Senduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.

Kalau melakukan perkara jahat, pasti mendapat malu juga akhirnya.

5. Seorang budi-budian, seorang tabung seruas.

Berlainan sifat antara dua orang.

6. Sebab budi boleh kedapatan.

Tingkah laku boleh menjadikan seseorang itu binasa.

8. Nasi habis budi bersua.

Ada dua maksud yang berbeza. Maksud yang pertama, ketampakkan (kantoi ) sifat buruk seseorang sahabat itu. Maksud kedua, bila di dalam kesusahan baru nak teringat pada sahabat.

9. Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi.

Ditimpa akibat buruk disebabkan termakan pujuk rayu atau sesuatu yang menyenangkan. (sahaya bermaksud hamba).

10. Main akal (= budi).

Merancang tipu muslihat.

11. Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya masih juga seperti dulu.

12. Laut budi tepian akal (/ilmu).

Orang ilmuwan, cerdik atau cendekiawan.

13. Lubuk akal lautan (/tepian) ilmu (/budi).

Luas ilmu pengetahuan.

14. Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam.

Seseorang itu akan mendapat susah jika kurang menyiasat di dalam sesuatu perkara.

15. Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.

Pemikiran jahat bisa mencelakakan diri sendiri.

16. Elok basa ‘kan bekal hidup, elok budi bekal mati.

Orang yang baik budi pekerti, jadi kesayangan masyarakat ketika hidup, dan jadi kenang-kenangan setelah mati. (‘basa’ bermaksud tegur sapa)

Dalam begitu banyak pepatah Melayu yang memperkatakan tentang budi, baru satu yang aku jumpa peribahasa yang menganggap budi seperti hutang. Malah sehingga menganggap ianya tak dapat di’bayar’ hingga ke kubur sekalipun. Inilah dia, seperti yang mungkin ada di kepala kalian juga (hehe..)

17. Utang (/hutang) emas dapat dibayar, utang (/hutang) budi dibawa mati.

Maksudnya, budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. Perkataan ‘dapat’ itu diganti dengan ‘boleh’ jika di dalam pantun Pisang Emas Dibawa Belayar.. (Sambung sendiri ya. Hehe.)

Lihat! Pengertian peribahasa 17 itu pun menunjuk jelas budi itu sepatutnya harus di’ingat’, sebab kalau nak dianggap hutang memang takkan dapat dilangsai. Jadi, aku sangat menyokong prinsip Mak Kucing di blognya itu.

Tapi, aku tidak akan membiarkan kalian pulang dengan jiwa yang kosong. Jadi, aku meninggalkan ungkapan dari Chedet ini sebagai renungan *(sumber):

7. Masyarakat yang tidak miliki budaya terhutang budi tidak akan maju dan berjaya. Tanpa budaya ini anggota masyarakat akan mempunyai sifat yang utamakan kepentingan diri sendiri semata-mata, sifat tamak. Hubungan di antara anggota masyarakat seperti ini tidak mungkin baik.