Archive for the Sudut Bebas category

Ilmu Critical Thinking oleh Puan Ainon Mohd.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Baiklah. Entri kali ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini, iaitu Pemikiran Parallel. Pemikiran Kritikal pula adalah kontra kepada Pemikiran Parallel yang dibawa oleh Puan Ainon Mohd.

Sejarah Kelahiran Pemikiran Kritikal

Mari kita kenal dahulu sejarah Critical Thinking. Pemikiran Kritikal dicipta ketika zaman tradisi Yunani oleh tiga manusia ini, Plato, kemudian diwarisi oleh Socrates, lalu diperturunkan kepada Aristotle (guru kepada Alexander Zulkarnain).  Ilmu Pemikiran Kritikal adalah pemikiran yang tidak natural, maka kalau kita tidak diajar memang tidak akan mahir menggunakannya. Kesannya, lihat saja beberapa bangsa yang dijajah oleh empayar Yunani ini mahir berfikir secara kritikal. Contohnya, Eropah menjajah India. Disebabkan itu orang India pakar berdebat (peguam popular di Malaysia juga berbangsa India, merujuk suku kaum Sikh.)

Bagaimana pemikiran ini masuk ke dalam Islam? Ia meresap melalui Baghdad (Iskandariah), dalam episod pemerintahan Khalifah Abbasiyah yang menubuhkan Darul Hikmah; menterjemahkan banyak karya Yunani kepada Bahasa Arab. Penterjemah itu pula adalah Yahudi belaka.

Bagaimana pula pemikiran kritikal masuk ke Malaysia, adalah melalui penjajah Barat yang ‘menumpang’ di sini (Negara India juga senasib). Apalagi ustaz-ustaz Malaysia yang graduasi Al-Azhar, mereka mahir ilmu mantik (konsep mantik turut dipopularkan oleh Syed Naquib Al-Attas). Namun begitu, pemikiran kritikal masih bukan cara berfikir Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Edward De Bono dalam kenyataannya, beliau menuduh Barat mundur 100 tahun daripada Jepun dan China disebabkan negara bermata sepet ini tidak berfikiran kritikal. Disebabkan itu, Jepun dan China sukar dijajah kuasa Eropah. Klik untuk sambung bacaan. Maaf, entri kali ini sedikit ‘berat’ pengisiannya.

Ilmu Parallel Thinking oleh Puan Ainon Mohd.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Sedikit ilmu yang saya raih daripada Puan Ainon Mohd, pengasas gergasi buku Melayu, PTS Publication. Ilmu ini dikutip daripada beberapa kursus dalaman yang dikhaskan kepada staf PTS sahaja, namun saya cuba kongsikan kepada semua melalui SangPelangi (dengan izin, Yang Arif).

Mula-mula, kita akan berkenalan dengan perkataan parallel. Pertama kali saya mengenali perkataan parallel adalah dari asas garis lurus dalam matematik. Iaitu, ada dua laluan garis lurus yang sama hala tujunya, namun tidak pernah bersentuh antara satu sama lain.

Di dalam sukan, seorang perenang sudah pasti tidak akan masuk ke dalam laluan perenang lain bagi merebut emas. Pelari pecut juga tidak akan memasuki laluan pelari di sebelah bagi bersaing mendapat tempat pertama. Begitu juga kita dengan cara kita, tidak perlu masuk campur dalam aktiviti pesaing di sebelah kita. Klik sini untuk sambung bacaan.

Kamu penulis blog? Mari bertemu.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Ya. Entri ini sejenis iklan. Tadi melalui YM, aku dikejutkan oleh Bro Bat, tulang belakang kepada Rumpun 2007 yang lalu, kali ini bercadang untuk menghimpunkan semua penulis blog untuk berkongsi idea dan buah fikiran.

Untuk perancangan terbaik, cadangan dari kalian amat diperlukan. Mari klik pada pautan di bawah untuk membaca lanjut:

*Rumpun 2009

p/s: Memandangkan ia diadakan pada *18 April dan diadakan di sekitar ibu kota, jadi aku berkemungkinan besar akan menyertainya. Kepada sahabat SangPelangi, kalau ingin saling bertemu, di sinilah medannya. 

*nama dan tarikh rasmi belum ditentukan

Nota: Antara perjumpaan lain yang kuimpi untuk sertai pada tahun ini:

  1. Bengkel Penulisan Bebas, anjuran STAD dan PBMKM, April 11 di MMU Melaka. (Kehadiran belum disahkan, tapi aku dah chop tempat duduk. ;p)
  2. *Rumpun 2009, 18 April ini.
  3. Bengkel Puisi/Cerpen anjuran DBP, Ogos ini. (lesen GKLN. Hehe.)
  4. Bengkel Cashflow 101, anjuran BJ (tak tanya Pakdi lagi macam mana).
  5. Perkumpulan bekas penghuni Musytari 2002/2003.
  6. Seminar Menulis anjuran Akademi Penulis, Fauzul Naim. Jun ini (belum tempah. Harap kalian jangan berebut, sampai aku tak boleh nak masuk. Haha.)

Kau, buat kukepingin gelaran ayah.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Membaca coretan sehari demi sehari, dari seorang sahabat mayaku yang sudah bergelar ayah, telah menguatkanku untuk menjadi seteguh dia, sekeras hati para ayahanda, bapa, abah dan apa juga gelaran untuknya.

Bacaan di paparan semakin tidak memberangsangkan. Pada waktu ini, Dr Mark memberi peluang kepada ayah untuk mendakap Amir Yusuf. Dengan penuh hati-hati, dengan penuh kasih sayang, Amir Yusuf berada di dalam pangkuan ayah. Ayah peluk erat Amir Yusuf. Seakan tidak mahu melepaskan. Ibu berada di sisi, membacakan surah Ya’asin. Moga semua itu menjadi teman ketika Amir Yusuf di alam sana – FAJARIL.NET

Semoga anakmu menanti di gerbang syurga. Catatan diarimu itu di Fajaril, bukan sekadar untuk melepaskan rindu pada arwah anakmu, malah sebagai penguat untuk mengharung ujian mendatang.

Bro Rudy, mengkhabarkan ke YM akan bantuan sosial yang sedang beliau usahakan. Aku tak mampu menitipkan sebarang pertolongan memandangkan M2U tak dapat digunakan atas sebab tertentu.

Yang termampu kubuat, adalah memanjangkan lagi mesej itu ke sini.

Bro Rudy menulis:

Bismillahirrahman nirrahim. Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga.  Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian. 

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.

rujuk blog Fajaril dan maklumat lanjut di blog Bluehikari

Belasungkawa Badruzamani. Al-fatihah.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Arwah yang mesra dengan panggilan Bro Zamani, selalu ‘mengganggu’ kehidupan internetku, menceriakan setiap hari-hariku yang murung dan gelap di sini (biasanya, aku, arwah dan Cik Catzer berkongsi ilmu berkaitan bisnes melalui YM). Aku berkenalan dengannya di forum BicaraJutawan yang diasaskan Pakdi.

Tak semena-mena basah pipiku, tika dikhabarkan (di sini) akan kehilangan seorang sahabat mayaku yang paling rapat selama ini. Benarlah bagai dikata, tiada dugaan yang ditimpa pada insan yang tak selayak menanggungnya. Tuhan lebih menyayanginya, walau cubaannya yang bermacam itu, diharung dengan senyuman.

Allahyarham Badruzzamani bin Azmi, memangkin aku untuk menjadi kuat. Aku kuat, adalah kerana ungkapan azimatnya yang menyihirku saban hari. Aku segar, bila dilanda murung, aku melihat seorang insan kurang upaya yang tegar membangkitkan kudratnya. Klik sini untuk sambung baca.

Jangan berpura-pura sibuk, ya.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

darifaiz

Hihi. Baiklah. Mari rehatkan minda, sisirkan yang kusut, tampalkan yang lurut. Gambar di atas, diambil oleh sahabat rapatku Faiz, (teman semaktab sejiwa? euw..) dalam salah sebuah pejabat kementerian di Bangi. Semestinya satu nasihat yang sangat berguna dan terbaik untuk semua yang bergelar pekerja. Dua *jempol kunaikkan ke atas!

Sekian entri pendek untuk hari ini. :razz:

*jempol = dalam bahasa Jowo, disebut jari ibu.

Harga Sebenar Barang Terpakai

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Teringat satu peristiwa ketika sesi ta’aruf di Winter Gathering tempoh hari, peserta disaran memperkenalkan diri, dengan satu soalan tambahan yang berbunyi,

Apakah dua perkara, yang orang lain tak tahu tentang kamu?

Soalan itu telah mengetik minda, membuatku sedar bahawa rupanya aku punya minat yang mungkin semua orang tidak mengetahuinya; iaitu membeli barangan terpakai, atau biasanya disebut second hand.

Membeli barangan terpakai pada aku memberi berjuta makna yang mendalam. Jangan tak tahu, aku selalu diperlekeh atau kadang-kala disoal mengapa mesti barangan terpakai yang menduduki carta utama. Walhal banyak lagi produk keluaran terkini, lebih canggih, yang ada kala harganya jauh lebih murah, bahkan tiada secalit calar. Nak baca lanjut, silalah klik di sini.

Azam tahun baru cuma ritual.

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total? Baiklah. Aku mengaku tiada satu azam pun yang aku persiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, aku berkongsi rasa dungunya aku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama semua rakan di Sahabat SangPelangi melalui emel di minggu yang lalu.

Mengejutkan. Berani kunyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama sepertiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat aku simpulkan: Oh, kenalah klik sini untuk teruskan membaca.

Hutang Budi atau Kenang Budi?

posted by Al-Irfan in Sudut Bebas

Aku terpanggil untuk menyambung coretan seorang kawan ber’silat’ku akan buah fikirannya terhadap istilah “hutang budi“. Sebenarnya, aku juga sudah lama merasakan ada yang tidak kena dengan istilah itu. Tapi tak tahu bagaimana nak ungkapkannya dengan kata-kata. Aku rasa tulisan Mak Kucing ini tak boleh disia-sia.

.. budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana itu..

Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia – terutamanya Muslim – perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.

Oh, itu cuma cuplikan. Kalian mesti membaca teks penuh supaya kefahaman itu tidak tenggelam timbul. Klik di sini untuk berpaut ke teratak Mak Kucing.

**************

Bercakap soal budi, sudah puas aku menggodeh Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, untuk mengesan, apa mungkin ada bait-bait pujangga yang memperkatakan tentang budi yang “wajib dibayar”?

Sumber dari Dawama

Senarai di bawah, adalah antara yang boleh aku kongsikan pada semua. Aku tidak menjamin ejaan dan perkataannya sangat tepat dan serupa seperti yang disebut oleh penglipur lara zaman melayu Melaka. Sekurang-kurangnya, Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sudah bekerja keras untuk mendapatkan susun letak yang terbaik dan lebih dekat ke akar umbinya. Klik sini untuk meneruskan pembacaan.

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.