Archive for the Sembang Kopi category

Penghargaan dari SangPelangi

posted by Al-Irfan in Sembang Kopi

Kelmarin, aku telah menghantar mesej peribadi kepada seluruh ahli SSP (Sahabat SangPelangi) serba sedikit tentang tahap kesibukanku dalam menghadapi sisa-sisa perjuangan ini. Ya, aku memanggilnya “sisa” kerana ia adalah saki baki yang tinggal selama keberadaanku di Jepun ini. Apa saja takdir yang ditentukan-Nya selepas ini, pasti akan membuka lembaran di dalam perjuanganku yang baru pula. Sementelahan, perjuangan manusia ini memang tiada noktahnya, bukan?

Dalam menakung keringat, bersepak terajang dengan kertas laporan, persediaan ke Akita dan Muroran, aku masih sempat menulis kad ucapan raya kepada keluarga dan sahabat terdekat.

Untuk menghargai pembaca tegar kisah di SangPelangi, aku dengan ini berbesar hati untuk menghantar kad ucapan AidulFitri kepada kalian. Kali ini, kad ucapannya agak berbeza. Aku mengutus kad ucapan perkahwinan yang tradisional hasil buatan tangan Jepun (atau Made In China mungkin, Haha..) sebagai gantinya. Bagi aku, tiada salahnya jika kad ucapan perkahwinan ini dipelbagai gunakan kerana ia sangat unik. Klik sini untuk sambung bacaan

Tersirat Tersurat: Windows Vista VS Mac-OSX

posted by Al-Irfan in Sembang Kopi

Hari ini saya ingin menyorot kalian ke satu medan pemikiran kritikal. Gambar di bawah mungkin melucukan (saya gelak golek-golek bila melihatnya, sungguh), tapi mungkin ada satu nilai dan mesej tersembunyi yang ingin disampaikan melalui gambar-gambar di bawah.

Gambar 1: Ketika seminar “Business Leadership and Digital Innovation for Future Graduated”

CEO Microsoft iaitu Steve Ballmer sendiri menggunakan Mac OSX.

Kemudian, mari kita lihat gambar seterusnya.

Gambar 2: Semua peserta menggunakan Apple dengan Mac OSX.

Cuma seorang saja yang menggunakan Windows? Apa sudah jadi?

Gambar 3: Dalam ramai-ramai itu, cuma seorang dengan pen dan kertas.

Apa moral dan mesej yang ingin disampaikan melalui gambar-gambar di atas? Diharap ulasan dan pendapat yang kalian utarakan di ruang komentar berbunyi sedikit ilmiah agar kita sama-sama dapat belajar sesuatu darinya.

P/s: Ah, aku teringat seorang perawi besar hadis yang belajar sesuatu dari seorang pencuri.

Kes Sufiah : Mari baca dari pihak keluarga mereka.

posted by Al-Irfan in Sembang Kopi

Sebetulnya, tajuk yang ingin ditulis adalah “Kes Sufiah : Media (Barat) Punya Agenda Tersembunyi“. Tapi, memandangkan tajuk itu berbunyi sedikit radikal, mungkin akan membuatkan persepsi pembaca tertumpu kepada artikel ilmiah. (biasalah, segolongan kita agak alergi dengan perkataan “ilmiah” itu.)

Entri aku kali ini sama sekali bukan untuk mengupaskan isu berkenaan kes Sufiah. Jadinya, tak perlu menuding jari kepada sesiapa. Tak perlu mencari gajah di seberang sungai sana. Kita sudah mendengar segalanya dari pihak media kita, (itupun dicelup/diterjemah dari media barat) dan segala macam wahana.

Apa yang ingin aku utarakan, adalah budaya kita yang lebih cenderung menyerap segala isu dengan mentah.

Aku masih teringat, tatkala aku membelek bingkisan Harakah seusia dua belas, aku dimarah guru. (baca: aku bukan penggiat politik). Guru kata aku membazir duit membeli itu. Aku dituduh tidak berjiwa politik. “Baik baca buku UPSR tu lagi bagus,” tengking guru. Katanya aku terlalu muda untuk membaca semua itu.

Sekarang, orang kita dah tak baca isu dari sebelah pihak saja. Semua jenis akhbar laku keras. Kalau dulu Utusan, B.Harian, TheStar jadi pilihan, sekarang ada lagi lakar tinta dari pihak yang satu lagi. Tiada lagi alasan kebimbangan pemikiran yang mudah diracun. Sebetulnya silap pembaca yang “buta mata”. More

Selamat Datang ke rumah baru…. www.SangPelangi.com

posted by Al-Irfan in Sembang Kopi

Inilah dia rumah baru aku… Sebenarnya SangPelangi.com ni sambungan lama dari http://alirfan.blogs.friendster.com/my_blog/ . Aku dah malas nak update kat Friendster tu, sebab setiap kali nk update mesti nk kena login Frenster dulu.

Kekurangan lain lagi, bile makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku nak tulis komen, mesti tak boleh sebab pakcik makcik aku bukannya ada akaun Frenster pun kan?

Apa yang bagusnya, aku guna freeblog WordPress.. kebaikannya, blog aku ni mudah di “ping” kan oleh mana2 “ping” system. (kalau tak tahu apa itu ping,abaikan lah ye?) hehe..

Selamat Datang lagi sekali.. dan Terima kasih

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.