SangPelangi » Rempah ratus

Seorang ibu menulis demi anaknya.
Beliau ini, saya kira sangat unik perwatakan dan latar belakangnya. Setelah berkepompong dunia kejuruteraan selama 17 tahun, siapa sangka seorang yang juga bergelar ibu, bertindak menulis secara kreatif semata-mata sebagai alternatif bacaan anak-anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mengekor anaknya di kedai buku, mendapati genre pilihan anak-anaknya adalah tema cinta yang tiada baiknya buat seorang yang bergelar muslim muslimah. Prinsip beliau cukup mudah.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Salam perkenalan buat Kak Norhayati Sapii, yang berjaya melahirkan ‘anak sulung’nya, Andai Aku Affrina. Berita lanjut di sini.

p/s: Mengenali beliau ketika Bengkel Penerapan Nilai Islami dalam Novel kendalian Ustaz Zakaria Sungib (mesra dipanggil Pak Ya).

Kenapa Kita Tak Tepat Masa?
Menepati masa, bukanlah satu kempen yang perlu dijaja, atau ditaja dana berjuta-juta. Kalau diselidik, bermula di jalanan hingga ke peringkat istana, dijamin seratus peratus pungutan suara tertinggi adalah berpunca dari sikap diri sendiri.

Sayangnya, aku agak kurang bersetuju dengan jawapan itu.

Tulisan ini adalah dari pengalaman, bukannya dari kajian struktural mahupun perbincangan ilmiah. Kalau mengikut dari perspektifku sendiri, setelah beberapa bulan berewangan di tengah kota raya, aku mendapati ada beberapa kelompangan yang andai ditimbus, dengan kuasa Tuhan mudah-mudahan bisa menjadi penolak buat orang Malaysia berkejar-kejaran merebut masa.

Aku tak mahu bercakap soal spriritual ataupun mental, kerana sememangnya telah kering tekak para kaunselor, guru dan ustaz di sekolah bercakap soal masa. Namun, mari kita berfikir cara seorang datuk perancang bandar (Canselor UTP pernah menyaran graduannya berfikir cara seorang CEO. Terbaik). Strategi maksimum efektif adalah; Pengangkutan Jalan.

Mari bayangkan, aku sudah berpakaian kemas, bersiap-siap untuk temujanji. Nama pun sudahlah temujanji, berjanji untuk bertemu pada sekian-sekian waktu. Ada dua cara sahaja untuk aku ke sana, memandu sendiri, atau menaiki pengangkutan awam. Kedua-dua cara itu tak kurang besar risikonya.

Aku merangka perjalanan penuh hati-hati, agar pertemuan pertama ini tidak melesetkan imejku sebagai seorang graduan dari Jepun, kononnya di mata orang didiam rakyat yang suka jalan berlari. Mendengarkan ramalan cuaca yang kurang menyebelahiku waktu itu, ditambah gangguan lalu-lintas yang dilaporkan skuad trafik radio tempatan, aku memilih untuk menaiki tren, atau lebih telus lagi Komuter KTM.

“Tren ke Rawang mengalami masalah, dan akan tiba dalam 30 minit lagi. Sekian, terima kasih.”

Pertama sekali yang terdetik di hatiku, di mana ucapan maafnya? Sudahlah terlewat, diucap lagi terima kasih di hujung ayat. Realitinya, jadual tren sudah tidak berguna lagi.

Kalian tahu, aku berjaya menghabiskan dari kulit ke kulit, “Rindu Bau Pohon Tin” bermula dari menunggu, hingga tiba ke destinasi akhir. Itupun mujur dapat tempat duduk. Kalau berdiri, tangan kananku berpaut palang (kalau ada palang), dan tangan kiri memaut beg (kerana tiada tempat meletak beg).

Apakah perkara yang seremeh ini tak pernah terfikirkan pihak di atas sana? Benarlah kata teman seperjuanganku, segalanya bermula dari diri sendiri, tapi halangan dari manusia ‘tertentu’ tak dapat kita elakkan.

“Sabarlah, Fan. Kita berjuang ini, untuk Malaysia yang lebih baik 10 tahun mendatang.”

Terima kasih buat seniorku, yang menyematkan kata-kata perangsang ini.

Baiklah, andai kau membaca hingga ke ayat ini, terima kasih kuucapkan kerana sudi menyelami keluhanku yang seperti rengekan anak kecil.

p/s: “Minyak naik. Gunalah pengangkutan awam. Berkongsilah kereta.” Siapa yang bercakap tu? Meh sini aku piat telinganya. (Amboi, emosionalnya. Haha.)

SangPelangi akan dibukukan.
Kalau ingin kutitipkan sekeping maaf atas kebosanan yang membadai SangPelangi seperti sekarang, pastinya maaf itu tak tersambut lagi. Masakan tidak. Permohonan maaf atas kelewatan mengemaskini blog, atau kekeringan cerita oleh pemblog, adalah tidak bernilai lagi zaman sekarang.

Buktinya, dengan menggunakan tool khas, aku mengesan jumlah pautan semula (baca: backlinks) ke laman SangPelangi kini semakin berkurang, digugurkan dari paparan blog lain, dek tiadanya relevan lagi berbuat demikian. Tidak hairanlah ada yang merajuk kerana SangPelangi semakin culas mengemaskini lamannya. Jadi, apalagi yang boleh aku ungkapkan? Pendek kata, tiada maaf bagiku, bukan? Hehe.

Apa pun, aku harus berterima kasih juga kepada Faiz Sulaiman kerana masih sudi memberi teduh SangPelangi di server miliknya, walaupun aku sedikit terlewat melunaskan hutang penyewaan ini.  Hmm.. bagaimana caranya untuk aku menampung kos SangPelangi agaknya, ya?  Baiklah, inilah jawapannya. SangPelangi akan dibukukan dan dijual. Lalu, dapatlah ia menanggung kos SangPelangi untuk terus beroperasi. (erk.. sebenarnya kos server bulanan SangPelangi cuma RM15 saja)

Alhamdulillah, Tuhan menemukan aku dengan seorang hambaNya yang aku kira, lembut bicara lagi profesional orangnya. Atas cadangan Ustaz Hasrizal, aku diperkenalkan dengan Ustaz Zakaria Sungib, pemikul amanah Editor Kanan di Jabatan Buku, Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Bertemu dengan beliau yang sudah jauh berpengalaman dalam industri ini, memang takkan aku sia-siakan. Bermacam ilmu sempat kukutip darinya. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas semua ini.

Mulanya, aku kurang berkeyakinan, kerana aku merasakan sangatlah hijaunya teknik penulisanku andai dibandingkan dengan penulis sedia ada.  Tambah-tambah, bukannya tidak pernah, tetapi SELALU, aku menerima keluhan pelawat baru (melalui emel) akan ‘berat’nya pengolahan bahasaku. Tapi, aku berterima kasih jua kepada Ustaz Zakaria kerana sudi merangsang dan membakar semangatku.

Nampaknya, Ustaz Zakaria mencadangkan aku membukukan SangPelangi dalam bentuk novel. Lagipula, aku harus merahsiakan beberapa identiti yang sedia terkandung di dalam blog ini atas sebab-sebab peribadi. Kerana itulah bentuk novel adalah lebih sesuai.  Semoga, SangPelangi dapat memberikan satu kelainan kali ini.

Apa pendapat kamu?

Sebahagian nota yang sempat kutulis sepanjang bersama Ustaz Zakaria:

1. Dari bengkel anjuran Faisal Tehrani, plot itu sebenarnya bukanlah dianggap sebagai jalan cerita seperti yang kita pelajari dalam KOMSAS di sekolah. Ada kesilapan di situ. Sebenarnya plot adalah ‘sebab dan akibat’ yang berlaku di dalam cerita. Owh.. begitu rupanya.

2. Tapi, ada juga teknik penceritaan yang menggunakan antiplot, yang kisah latar dan wataknya tidak bersangkutan. Boleh dikata berbentuk ala sketsa. Ustaz Zakaria memberi contoh penulis antiplot yang baik seperti Muhd. Affendi Hassan. Aku pula, bila bercakap teknik antiplot, aku teringat tulisan Rebecca Ilham, sahabat di GKLN. Dia gemarkan teknik ini. Betulkah, Becky? Hihi.

3. Satu teknik untuk mencambahkan kreativiti dalam menulis, adalah menggunakan teknik gambarajah. Contohnya, dari dua gambar, seorang perempuan muda, dan seorang perempuan tua, cuba kembangkan menjadi dua watak yang berlainan dan kontra. Kemudian, ditambah satu gambar lokasi, gambar restoran misalnya, cuba kaitkan dua watak tadi untuk dijadikan kisah yang berlaku di dalam restoran itu. Hmm.. Menarik, kan?

4. Teknik dari Faisal Tehrani pula, beliau memulakan sesebuah penulisan dari perkembangan watak terlebih dahulu. Setelah habis menyenarai segala keperibadian watak, maka akan jadilah satu cerita. Pun menarik juga, kan?

5. Novel VT tulisan Hilal Asyraf yang setebal 500 halaman itu, rupanya disiapkan dalam masa sebulan. Lebih-lebih lagi, bila dapat tahu dari penulis  Ummu Hani, bahawa Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani itu juga disiapkan sebulan juga. Wah. Ini benar-benar membakar semangatku. (Maaf Hilal, aku tak sempat nak mengulas novelmu, kerana aku baru saja menamatkan tiga buku. Ada lagi empat sedang menunggu. Nantikan ya.)

6. Kalau berminat untuk menulis di bawah Galeri Ilmu dalam kategori novel, pertama sekali yang perlu dilakukan oleh bakal penulis, adalah menyediakan satu sinopsis keseluruhan dan sinopsis untuk setiap bab terlebih dahulu. Kemudian, andai diluluskan, penulis akan diberi tempoh 3 bulan untuk menyiapkan manuskrip penuh. Untuk penulisan berbentuk motivasi pula, atau di bawah kategori Travelog Tarbiyah misalnya, yang diperlukan adalah manuskrip penuh.

7. Bulan Ogos ini, ada Pesta Buku peringkat negeri Selangor di PKNS (tak sempat nak tanya Ustaz di PKNS mana). Galeri Ilmu sekali lagi akan mengambil bahagian. Yeay!

Setakat ini saja nota yang sempat kutulis. Maaflah andai blog ini sudah seperti lambakan nota harianku pula.

p/s: Yess.. ada alasan kukuh untuk SangPelangi bersawang lagi selepas ini. Haha. Gurau saja.