Archive for the Rempah ratus category

Seorang ibu menulis demi anaknya.

posted by Al-Irfan in Rempah ratus

andai-aku-affrina

Beliau ini, saya kira sangat unik perwatakan dan latar belakangnya. Setelah berkepompong dunia kejuruteraan selama 17 tahun, siapa sangka seorang yang juga bergelar ibu, bertindak menulis secara kreatif semata-mata sebagai alternatif bacaan anak-anaknya. Segalanya bermula apabila beliau mengekor anaknya di kedai buku, mendapati genre pilihan anak-anaknya adalah tema cinta yang tiada baiknya buat seorang yang bergelar muslim muslimah. Prinsip beliau cukup mudah.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Salam perkenalan buat Kak Norhayati Sapii, yang berjaya melahirkan ‘anak sulung’nya, Andai Aku Affrina. Berita lanjut di sini.

p/s: Mengenali beliau ketika Bengkel Penerapan Nilai Islami dalam Novel kendalian Ustaz Zakaria Sungib (mesra dipanggil Pak Ya).

Kenapa Kita Tak Tepat Masa?

posted by Al-Irfan in Rempah ratus

Menepati masa, bukanlah satu kempen yang perlu dijaja, atau ditaja dana berjuta-juta. Kalau diselidik, bermula di jalanan hingga ke peringkat istana, dijamin seratus peratus pungutan suara tertinggi adalah berpunca dari sikap diri sendiri.

Sayangnya, aku agak kurang bersetuju dengan jawapan itu.

Tulisan ini adalah dari pengalaman, bukannya dari kajian struktural mahupun perbincangan ilmiah. Kalau mengikut dari perspektifku sendiri, setelah beberapa bulan berewangan di tengah kota raya, aku mendapati ada beberapa kelompangan yang andai ditimbus, dengan kuasa Tuhan mudah-mudahan bisa menjadi penolak buat orang Malaysia berkejar-kejaran merebut masa. Klik sini untuk baca lanjut.

SangPelangi akan dibukukan.

posted by Al-Irfan in Rempah ratus

Kalau ingin kutitipkan sekeping maaf atas kebosanan yang membadai SangPelangi seperti sekarang, pastinya maaf itu tak tersambut lagi. Masakan tidak. Permohonan maaf atas kelewatan mengemaskini blog, atau kekeringan cerita oleh pemblog, adalah tidak bernilai lagi zaman sekarang.

Buktinya, dengan menggunakan tool khas, aku mengesan jumlah pautan semula (baca: backlinks) ke laman SangPelangi kini semakin berkurang, digugurkan dari paparan blog lain, dek tiadanya relevan lagi berbuat demikian. Tidak hairanlah ada yang merajuk kerana SangPelangi semakin culas mengemaskini lamannya. Jadi, apalagi yang boleh aku ungkapkan? Pendek kata, tiada maaf bagiku, bukan? Hehe.

Apa pun, aku harus berterima kasih juga kepada Faiz Sulaiman kerana masih sudi memberi teduh SangPelangi di server miliknya, walaupun aku sedikit terlewat melunaskan hutang penyewaan ini. Hmm.. bagaimana caranya untuk aku menampung kos SangPelangi agaknya, ya? Baiklah, inilah jawapannya. SangPelangi akan dibukukan dan dijual. Lalu, dapatlah ia menanggung kos SangPelangi untuk terus beroperasi. (erk.. sebenarnya kos server bulanan SangPelangi cuma RM15 saja) Klik sini untuk bacaan lanjut

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.