SangPelangi » Monolog Sendiri

Lafaz yang Tersimpan (bukan lirik lagu UNIC)
Tidak kusangkal, setiap yang dipanggil manusia pasti menyimpan kemas sebaris kata-kata. Kata-kata ini boleh jadi sebuah hasrat, perasaan, keluhan ataupun ayat kaku yang tidak berinti apa-apa. Aku lagi pasti, kata-kata itu tidak sekali akan kau luncurkan pada mana-mana telinga di dunia, walau ia sedang siaga mendengarnya.

Mengapa begitu tamak aku menyimpannya sendiri? Adalah kerana aku tidak pasti apakah kesannya kata-kata ini kepada dunia di persekitaranku. Kerana kita kan makhluk yang bukan biasa-biasa, namun tak bisa jua meramal apa yang di depan. Boleh jadi, sepotong ayat ini mampu mencarik jiwa dan meracun rasa mereka. Boleh jadi, ayat ini berupaya menyorakkan manusia-manusia di sekelilingku, namun  dampak buruknya pula menyorok padaku.

Ya. Dengan akuan yang paling jujur, kupunya juga sepotong ayat yang sebegitu. Lafaz ini mustahil  terluah, tidak kutelan tidak kukunyah. Di bibir ia sedia terkunci dan membeku lidah. Sesekali, ada juga kunukilkan sebahagiannya dengan sedikit tinta. Kemudian, kurenyukkan semula dan diperbakulkan. Berkali-kali juga kurakamkan dan kudengarkan semula. Entah kenapa, aku lebih berbangga, malah bahagia, apabila aku dan Tuhan sedang saling menyimpan rahsia.

Fuh. Biar nyawa di hujung urat, biar hari bertemu akhirat, kata-kata ini adalah rahsia yang paling rahsia. Hanya aku dan Dia saja menggenggamnya.

Kalian punya juga kan, rahsia yang tidak diceritakan kepada sesiapa selain Dia?

Mujur ada Dia…

Berbuat baiklah dan lupakan kebaikan itu.
Manusia sering tersenyum melihatkan cerianya tujuh warna pelangi ini, sedangkan ia cuma biasan airmata gemawan yang murung. Begitu jua perasaan SangPelangi kebelakangan ini, dek mengenangkan nasib manusia di muka bumi,  mengeluarkan jari-jemari menghitung sendiri berapa banyak kebaikan yang telah mereka perbuatkan. Katanya, mereka giat menabung untuk menampung ongkos tiket ke syurga.

Mual aku mendengarkan senarai kebaikan golongan sebegini, yang disiram ke telingaku saban hari. Bertambah bingung andai difikirkan, apa tujuannya dia memberitakan kebaikannya sendiri?  Terkadang, mengundang tangis di puruk hati, kerana baru kutahu kebaikan tadi tidak disemat niat yang suci. Apalagi kalau dihumban dengan kata-kata sebusuk ini,

Ha kamu. Tadi aku telah berbuat baik kepadamu. Jadi, kau harus mengikut telunjukku.

Aku terdiam, malah tercari-cari apa yang harus kuungkapkan lagi.  Andai Tuhan rupakan kebaikannya tadi berbentuk kaca, sudah lama aku hempaskan ke tanah, biar berkecai, seremuk hatiku seperti sekarang.

Kepingin benar kulempiaskan beberapa persoalan kepadanya. Apa kau lupa mengimbangkan jumlah simpanan amalmu, dengan rezeki Tuhan yang didebitkan kepadamu? Belum dicampur pengorbanan ibu yang melahirmu, dan jasa guru menabur ilmu. Jadi, usahlah kau bongkak dengan kebaikan yang sekecil liang celahan gigi, kerana Tuhan baru saja membilasnya dek ketiadaan ikhlas dalam dirimu.

Berbuat baiklah dan lupakan kebaikan itu.

Semoga kata-kata dari arwah Tok Aki ini, akan kugenggam hingga tiadanya nafasku lagi.

p/s: Oh Tuhan, hindarkan daku dari keluhan yang tiada hujung, dan datangkan syukur yang tak pernah putus.

Dosakah membenci seseorang?
Membenci itu satu dosa, melainkan benci dosa-dosa.

Baru saja kutitipkan kata-kata itu pada sahabat akan akibat membenci seseorang, sedangkan sudah terpukul ke hidungku sendiri. Akhirnya, tidurku terjaga berkali-kali kebelakangan ini.

Ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa kita dibenci. Walhal, segala tindak tanduk telah diawasi, agar amarah tidak menghantu diri, emosi tidak batasi reaksi. Rupanya, kita pernah membenci dan tidak memaafkan, apatah lagi dimaafkan.

Untuk melurut sekeping ego dari memuncak langit, bukan sekadar lembut lidah menutur maaf. Bahkan, dibantu dakapan mesra, tautan dua hati yang sedang saling meredhakan.

Maafkan aku, kawan. Aku pernah berdosa tidak memaafkanmu. Pelukan ini, semoga mampu meluruhkan daunan noda kita, yang merimbun di pohon dosa yang selama ini kita baja. Semoga syurga untuk kita.

Tubuhku kini semacam bisa diterbangkan angin. Oh, ringannya..

Usah bertenggek di atas pagar
Bayangkan perasaan kita, yang sedang asyik memuntahkan buah fikiran, cuma dibalas culas oleh dia,

Biasalah. Lain orang, lain cara memandang.

Jujur, aku semakin muak ungkapan sebegitu. Maaf. Ia seolah-olah sedang menabrak jalan yang disusur dua pengembara mengorak dunia. Biasanya kutembak balik,

Ya, benar. Tapi, apa pula pendapat kau?

Balasannya tetap serupa dengan yang tadi, iaitu “lain padang, lain belalang”. Kali ini berlagak ala elitis pula. Marahku tidak sehangat ini andai kalimat keramat itu diangkat tika tamat sesi berdebat.

Aku sedia maklum, memang manggis sama getah sama hitam, darjah masam macam-macam. Apatah air laut sama datar sama masin, dasarnya lain-lain. Ataupun, manusia rambut sama legam, hati kita beza ragam (Oh tidak. Klise sekali.) Jadi, hikmah apa Tuhan ciptakan semua ini?

Ketahuilah, kawan. Titik beza itu yang didamba, agar boleh kita duduk semeja, saling bicara demi agenda sebulat suara.

Jangan seperti seorang soldadu yang mengibarkan kain putih, sebelum sempat mengangkat senjata. Sedangkan, si penggendong air saja sudah syahid bermandian darah.

Irfan, (ya, ia memang namaku), ingat pesanku sendiri,

Berpendirianlah! Dan lontarkan pendirianmu!!

p/s: Aku sedang bercakap sambil bercermin mimpi. Bukan dituju pada pemegang kunci pintu di Gaza, atau dipanah tembus ke dada kalian. Usah bertenggek di atas pagar.

Kasut yang sama, dicuri dua kali.
Aku tak tahu apa istimewanya kasut ini. Sudahlah dibeli ketika harga meruntuh, promosi penghabisan stok. Rekaan corak pun punyalah tak eksklusif langsung (merah dan putih?). Aku tak kisah biarpun dibeli di Osaka dengan tercetak ‘made in Indonesia’, asalkan bisa kutapak ke mana saja, memang memadai.

Pertama kali dicuri, ketika awal musim panas tahun lepas. Memang sudah aku niatkan sedekah saja. Ditakdirkan, akhirnya tertangkap pencurinya, seorang budak Jepun yang mendiam di lain blok. Berumur 16 pula tu. Selamba ‘got it ‘ dia memakai di depanku, tanpa dia tahu akulah pemilik asalnya.

Kali ini dicuri lagi. Oleh orang yang berlainan pula. Puas aku dan ketua blok menjejaknya, tetapi gagal.

Wahai kasut yang malang. Apa rahsiamu jadi rembatan orang? Atau bukan takdirmu bersamaku selalu?

p/s: Kalian ada kasut paling buruk? Biarpun sebelah-sebelahnya lain, aku sanggup!

Bakal terbit, cerpen sulungku.
Kelmarin, ketika beriktikaf di Masjid Fuji, aku tertidur di dalam sejuk. Ketika itu, aku dihampar sebuah layar mimpi ngeri.

Mujur ada pen dan kertas di sebelahku. Sebangkitnya dari tidur, segera kucoret semua rencam objek yang terlibat di dalamnya. Plot, watak, skrip, latar masa, dan segala rinci yang menonjol hingga tiada sepatah kata pun yang kusiakan. Terima kasih atas alamat yang Kau beri.

Setelah membaca semula contengan itu, aku merasakan mimpi yang ditulis semula ini punya  susunan plotnya yang sedikit lari dari streotaip perjalanan wayang biasa, dan mainan watak yang sungguh kontroversi. Menyentuh bermacam celah isu sensitiviti yang pasti mengesankan.

Aku persembahkan nanti, sebuah kisah bertajuk “Masjid Berdarah”. Bukan sekarang, atau masa terdekat. Juga bukan di sini. Nanti. Di lain hari, lain lokasi.

p/s: Usah kalian tertunggu-tunggu, kerana entri kali ini sekadar mengingatkanku agar tak lupa menyiapkan tugasan itu. Ya, aku memberi tugas kepada diriku sendiri. Itulah sebabnya mengapa aku perlu membayar sendiri apa yang aku tuliskan. Ia soal disiplin.

Hobiku berbasikal malam.
Mengenderai makhluk beroda dua dalam simbahan neon jingga, terasa asyik bila muzik cengkerik bergemersik. Dada yang diurut santun dingin angin, keindahan malam jangankan dapat kujelmakan dengan tulisan, apatah dilakar keanggunannya di papan lukis. Biar semua rumah berselubung dengkur penghuni yang pasti esok pagi membanting tulang.

Sebelum berangkat tadi, sempat kucongak ke atas merenung bentangan yang sebiru laut, tercari-cari di mana letaknya rembulan.

“Tuhan. Setiap langkah ini, hujankanku dengan ilmu. Matikan aku di jalan redha-Mu.”

Acap kali menuturkan khalimah di atas, pasti teringatkan kembara malamku bersama dia, Imam Fatah. Setiap langkah setiap pujian untuk-Nya. Begitu juga setiap putaran kayuh kaki. Percayalah, kawan. Ia bukan permainan hati. Sepuluh kilometer seperti sepelaung jaraknya. Aku tak pernah teruja berdoa sambil merenung langit, sehinggalah berkenalan dengan dia. Bro Fatah, kalau kau membaca ini, ketahuilah aku takkan sekali lupa setiap tingkahmu. Mari renyukkan suara sumbang yang menuduhku mengikut buta. Namanya juga contohi akhlak mulia.

Naik dan turun bukit cuma berentak oksigen yang keluar masuk. Aku tetap bahagia bersama basikal bertubuh biru. Selain penat, tiada apa yang menarik. Gelap, bukan hitam akan pekat malam, tapi gelap hatiku membaca alam.

Amat benar kata temanku, ilmu tasawuf itu merapatkan hati dengan Pencipta. Tapi, kepayahan mencapai tahap sebegitu tak bisa mencairkan nafsuku mengejarnya. Alangkah indah kalau ada alat canggih pemberi amaran:

“Awas! Kau lupa niatkan kerana Tuhanmu”.

Kawan, bacakan untukku kata-kata Baginda yang pertama dari sang utama empat puluh itu.

[flash <object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="300" height="110" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="wmode" value="transparent" /><param name="src" value="http://media.imeem.com/m/wLfjsN4rR8/aus=false/" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="300" height="110" src="http://media.imeem.com/m/wLfjsN4rR8/aus=false/" wmode="transparent"></embed></object>]

Nota buat adik: Pintu kejayaan itu di mana?
Aku punya seorang adik perempuan tunggal. Dialah satu-satunya bunga di taman larangan teratak kami. Waktu sekolahnya dulu, hidup di asrama. Kononnya nak belajar hidup berdikari. Tapi, Ama kata, Izdihar ini orangnya banyak main. Pernah satu ketika, semasa sesi hari terbuka, cikgunya awal-awal sudah berkata pada Ama,

“Saya tak boleh kasi jaminan, Puan. Kelas anak puan ini, yang paling banyak main pelajarnya.”

Oh, ibu mana yang tidak terkilan bila ayat itu diucapkan di hadapan anak sendiri.

Prestasi adikku selepas itu kian menjunam. Makin memburukkan. Keputusan SPMnya, menyugulkan Ama sehari-hari. Aku memberi kekuatan pada ibu,

“Ama, jangan ditangiskan kegagalan dia. Izdihar pasti belajar sesuatu.”

Adikku itu, murung dan monyok saja wajahnya (berbulan-bulan mungkin).

Dia menyambung pula pengajiannya di salah sebuah kolej MARA. Alhamdulillah, keinginan untuk berjaya makin membara. Semakin hari, semangat semakin memulih. Dari yang biasa-biasa, ke tahap luar biasa. Sehinggakan sudah mampu melangkah naik ke pentas menerima entah apa namanya.

Suatu hari ada berita yang mengejutkan. Ama bilang, adikku itu menangis teresak-esak dalam perbualan sesama mereka dalam telefon. Aku terus menukar siaran, berhubungan terus dengan adikku di sana. Entah apa masalah besar yang sedang dia tempuh itu.

Rupa-rupanya, di dalam kuliah, ada seorang perempuan yang entah kategori apa yang sesuai untukku labelkan padanya. Aku namakan budak yang busuk hati itu sebagai N (merujuk perkataan ‘Nakal’). N itu sering menabur fitnah pada adik gadisku seorang ini. Pantang adikku ini membentangkan apa saja di depan, pasti ada saja kerenah N itu. Diketawakan dari belakang, atau dilemparkan soalan yang entah apa-apa. Selain itu, apa saja pakaian adikku itu akan jadi bahan bualan N dan kroninya.

N itu sungguh kuat pengaruhnya di sana.  Menurut cerita dari kawan terdekat adikku, N itu sebenarnya cemburu bila nama adikku disebut-sebut oleh pensyarahnya di sana. Pasti ada suara sumbang di belakang kelas. Kata N, adikku itu memilih bulu untuk berkawan. Tapi, kata adik, dia sudah cuba banyak kali untuk berbaik dengan N, tapi N itu bermuka-muka. Di depan lain wajahnya, di belakang istighfar panjang kita.

Demi kejayaan bersama, adikku selalu menawarkan diri untuk membantu secara sukarela pada N sekumpulan. Tapi kasihannya, N itu sudah seperti mengawal jadual harian adikku. Sesuka hati menukarkan waktu sesi pertemuan. Disuruh adikku ke sini sana, meminta ajar itu dan ini. Uhhh… (aku mengeluh). N sudah menterbalikkan lumrah alam, bahawa ilmu itu tidak dikejar, malah disuruh datang pula.

Sudahnya, adikku itu semakin tertekan. Walau kawan rapat ada yang menyokongnya, tapi dia tiada kekuatan. Bayang N selalu mengejar dia. Bila dugaan itu tak tertanggungkan, diluahkan pada Ama dalam esak tangis yang panjang, kerana tidak dapat tumpu pada pelajaran.

Aku tiada nasihat pujuk dodoi buat dia. Cuma tergelak saja. Jawapanku buat adik cukup mudah.

“Kejayaan itu makin dekat, bila ada musuh yang menarik kita dari belakang. Syabas. Selamat datang ke pintu kejayaan. Sikit lagi. Hehe.”

Semoga ayat itu menjadi tangkal buat adikku di sana.

p/s: Adikku, kalau kau membaca ini, ketahuilah bahawa abangmu ini, tak pernah lupa namamu di dalam doa.

Rajuk yang tertangguk.
Maafkanku wahai Sang Pelangi, setelah lama kubiarkan kau di langit tanpa sebarang contengan buat ingatan. Tiada lagi karangan hati buat menghias dirimu ini, melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati. Terkadang, seperti ingin dikuburkan saja Sang Pelangi tidak bernisan, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.

Kelmarin, sewaktu bangkit di subuh hari, sekonyong-konyong kelopak ini dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis bersendirian. Dada seperti dicengkam keluar wayar-wayar uratnya berselirat. Hilang punca. Semalamnya tiada mimpi ngeri yang diputarkan di layar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.

Air mata berderaian lebat menghentam di jeram pipi. Aku cuba duduk bersila sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati ini masih ralat dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai kitab tafsir di sisi katil. Aku menebuk halamannya secara rawak. Ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 64 – 66. Bismillah.

64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan}  di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang  demikian itu adalah kemenangan yang besar.

65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu  seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha  Mengetahui.

66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua  yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah,  tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka  belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.

p/s: Kau selayaknya di “kerusi” itu, Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

Doa yang tak dimakbul Tuhan.
Malam itu sujudku yang berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Melihat yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu. Aku tak punya cahaya lagi. Gelap.

“Mulakan dengan dua rakaat sujud taubat, diikuti dua belas rakaat hajat,”

pesan Ama, ibunda tercintaku yang lebih dulu merasa pahitnya hidup menanggung serangan psikologi. Berani ku kata, kisah hitam Ama yang berhadapan seorang manusia yang berlagak Tuhan di memori lalu, lebih dahsyat dari yang ini.

Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini.

Hari itu, tatkala tempoh makmal kian menuju hujung, Kawafune-san dan Sasaki-san mula berkemas awal. Melihat mereka terkocoh-kocoh, membuat punggungku terinjak-injak. Aku tak mahu ditinggalkan berdua-duaan bersama Funada Sensei. Jika tidak, pasti bertubi-tubi cacian dan makian yang menembak tepat ulu hatiku nanti.

Tiba-tiba, tanganku yang sedang memasukkan buku ke dalam beg, digenggam erat oleh Sasaki. Dengan wajah penuh yakin, dia berbisik,

“Kau jangan pulang awal. Aku nasihatkan lebih baik kau tinggal saja di sini hingga ke senja.”

Aku menggeleng. Tetap berkeras untuk pulang bersama mereka seperti hari-hari biasa. Mana mungkin aku bisa menadah muka melihat manusia berwajah iblis itu. Jika tidak, pasti amarahku membuak-buak. Boleh jadi, terbang juga radas-radas ke muka Funada nanti.

Tiba-tiba, Sasaki-san mengoyak secebis kertas dan mencoret suatu nota. Kemudian, dia masukkan nota itu di dalam karung bajuku. Lalu mereka berdua tergesa-gesa berlari meninggalkan aku keseorangan di situ.

Berteman sebak, perlahan-lahan nota itu ku baca. Nota itu berbunyi,

“Percayalah aku. Aku rasa ini pilihan terbaik buat kau. Kau lebih wajar tinggal di makmal ini lebih lama bersama Funada. Kau harus jadi lebih tabah. Ganbatte.. !! “

Oh Tuhan. Seperti mahu gugur jantung ini dek derapan injap yang menghentak dinding-dinding dada. Semestinya aku cemas. Menunggu detik-detik cercaan yang bakal menikam sebentar lagi. Sepanjang waktu, lidah ini mengucap tasbih, menzikir tahmid. Diselangi Ayatul-Kursi, tak putus-putus ku mohon padaNya supaya melembutkan hati Funada.

Selang beberapa ketika, seperti biasa aku akan diperlakukan seperti hamba. Sambil mengherdik dia mencucuk-cucuk bahuku. Sumpah seranah itu semakin berselirat di dalam otak. Wajah Funada tak ubah seperti si gila yang kempunankan takhta DiRaja.

Darah amarah yang membahang kini di atas kepala. Aku kuatkan lagi semua senjata tadi. Sedikit-demi sedikit, terasa perubahannya. Sambil menarik hela nafas, aku cuba bersandar.

Hatiku sudah semakin tenang. Segala kejian Funada cuma berlalu sepoi, beralun-alun menembus telinga.

“Sebelum kau masuk makmal, selawat tiga kali beserta ayat kursi. Kau masuk, nampak dia, lalu tiup ke mukanya. Sambil berniat moga Allah lembutkan hatinya,”

Itulah pesanan Bro Rudy yang sanggup bersusah payah menjejak aku di Yahoo Messenger semata-mata ingin memberi perangsang. Sudah aku amalkan tadi sebelum melangkah ke pintu makmal. Terima kasih bro Rudy. Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.

Selama tiga jam mulut Funada tak berhenti menyumpah seranah. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.

“Hoi Bodoh!! Sampai sekarang kau sedar tak kau ini memang bodoh?”

-”Ya saya bodoh.”

“Kerja macam ni pun tak boleh buat. Lembap”

-”Ya saya lembap”

“Fuzagen~da” (sial)

-”Hait”

Begitulah seterusnya kitaran itu berulang dengan bermacam-macam lagi ayat tusukan hati.

Walau bukan manisnya mulut Funada yang dapat dikecap, sekurang-kurangnya aku terkesan. Bahawasanya, diri ini yang sangat kekurangan elemen “sabar”. Dan jikalau doaku tidak dimakbul Tuhan jua, kesabaran yang Kau hadiahkan ini benar-benar menyentuh jiwa. Terima kasih kepadaMu, semahu-mahunya, selemah tubuh yang sarat menanggung dosa.

P/S:

Entri ini bukanlah sekadar pantulan dari entri yang sebelumnya (doa yang dimakbul Tuhan). Tapi, sebetulnya ia adalah sebuah hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadratNya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Itulah aku.

Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.