Archive for the Monolog Sendiri category

Berbuat baiklah dan lupakan kebaikan itu.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Manusia sering tersenyum melihatkan cerianya tujuh warna pelangi ini, sedangkan ia cuma biasan airmata gemawan yang murung. Begitu jua perasaan SangPelangi kebelakangan ini, dek mengenangkan nasib manusia di muka bumi,  mengeluarkan jari-jemari menghitung sendiri berapa banyak kebaikan yang telah mereka perbuatkan. Katanya, mereka giat menabung untuk menampung ongkos tiket ke syurga.

Mual aku mendengarkan senarai kebaikan golongan sebegini, yang disiram ke telingaku saban hari. Bertambah bingung andai difikirkan, apa tujuannya dia memberitakan kebaikannya sendiri?  Terkadang, mengundang tangis di puruk hati, kerana baru kutahu kebaikan tadi tidak disemat niat yang suci. Apalagi kalau dihumban dengan kata-kata sebusuk ini,

Ha kamu. Tadi aku telah berbuat baik kepadamu. Jadi, kau harus mengikut telunjukku.

Aku terdiam, malah tercari-cari apa yang harus kuungkapkan lagi.  Andai Tuhan rupakan kebaikannya tadi berbentuk kaca, sudah lama aku hempaskan ke tanah, biar berkecai, seremuk hatiku seperti sekarang.

Kepingin benar kulempiaskan beberapa persoalan kepadanya. Apa kau lupa mengimbangkan jumlah simpanan amalmu, dengan rezeki Tuhan yang didebitkan kepadamu? Belum dicampur pengorbanan ibu yang melahirmu, dan jasa guru menabur ilmu. Jadi, usahlah kau bongkak dengan kebaikan yang sekecil liang celahan gigi, kerana Tuhan baru saja membilasnya dek ketiadaan ikhlas dalam dirimu.

Berbuat baiklah dan lupakan kebaikan itu.

Semoga kata-kata dari arwah Tok Aki ini, akan kugenggam hingga tiadanya nafasku lagi.

p/s: Oh Tuhan, hindarkan daku dari keluhan yang tiada hujung, dan datangkan syukur yang tak pernah putus.

Dosakah membenci seseorang?

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Membenci itu satu dosa, melainkan benci dosa-dosa.

Baru saja kutitipkan kata-kata itu pada sahabat akan akibat membenci seseorang, sedangkan sudah terpukul ke hidungku sendiri. Akhirnya, tidurku terjaga berkali-kali kebelakangan ini.

Ia adalah jawapan kepada persoalan kenapa kita dibenci. Walhal, segala tindak tanduk telah diawasi, agar amarah tidak menghantu diri, emosi tidak batasi reaksi. Rupanya, kita pernah membenci dan tidak memaafkan, apatah lagi dimaafkan.

Untuk melurut sekeping ego dari memuncak langit, bukan sekadar lembut lidah menutur maaf. Bahkan, dibantu dakapan mesra, tautan dua hati yang sedang saling meredhakan.

Maafkan aku, kawan. Aku pernah berdosa tidak memaafkanmu. Pelukan ini, semoga mampu meluruhkan daunan noda kita, yang merimbun di pohon dosa yang selama ini kita baja. Semoga syurga untuk kita.

Tubuhku kini semacam bisa diterbangkan angin. Oh, ringannya..

Usah bertenggek di atas pagar

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Bayangkan perasaan kita, yang sedang asyik memuntahkan buah fikiran, cuma dibalas culas oleh dia,

Biasalah. Lain orang, lain cara memandang.

Jujur, aku semakin muak ungkapan sebegitu. Maaf. Ia seolah-olah sedang menabrak jalan yang disusur dua pengembara mengorak dunia. Biasanya kutembak balik,

Ya, benar. Tapi, apa pula pendapat kau?

Balasannya tetap serupa dengan yang tadi, iaitu “lain padang, lain belalang”. Kali ini berlagak ala elitis pula. Marahku tidak sehangat ini andai kalimat keramat itu diangkat tika tamat sesi berdebat.

Aku sedia maklum, memang manggis sama getah sama hitam, darjah masam macam-macam. Apatah air laut sama datar sama masin, dasarnya lain-lain. Ataupun, manusia rambut sama legam, hati kita beza ragam (Oh tidak. Klise sekali.) Jadi, hikmah apa Tuhan ciptakan semua ini?

Ketahuilah, kawan. Titik beza itu yang didamba, agar boleh kita duduk semeja, saling bicara demi agenda sebulat suara. 

Jangan seperti seorang soldadu yang mengibarkan kain putih, sebelum sempat mengangkat senjata. Sedangkan, si penggendong air saja sudah syahid bermandian darah.

Irfan, (ya, ia memang namaku), ingat pesanku sendiri,

Berpendirianlah! Dan lontarkan pendirianmu!!

p/s: Aku sedang bercakap sambil bercermin mimpi. Bukan dituju pada pemegang kunci pintu di Gaza, atau dipanah tembus ke dada kalian. Usah bertenggek di atas pagar.

Kasut yang sama, dicuri dua kali.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Aku tak tahu apa istimewanya kasut ini. Sudahlah dibeli ketika harga meruntuh, promosi penghabisan stok. Rekaan corak pun punyalah tak eksklusif langsung (merah dan putih?). Aku tak kisah biarpun dibeli di Osaka dengan tercetak ‘made in Indonesia’, asalkan bisa kutapak ke mana saja, memang memadai.

Pertama kali dicuri, ketika awal musim panas tahun lepas. Memang sudah aku niatkan sedekah saja. Ditakdirkan, akhirnya tertangkap pencurinya, seorang budak Jepun yang mendiam di lain blok. Berumur 16 pula tu. Selamba ‘got it ‘ dia memakai di depanku, tanpa dia tahu akulah pemilik asalnya.

Kali ini dicuri lagi. Oleh orang yang berlainan pula. Puas aku dan ketua blok menjejaknya, tetapi gagal.

Wahai kasut yang malang. Apa rahsiamu jadi rembatan orang? Atau bukan takdirmu bersamaku selalu?

p/s: Kalian ada kasut paling buruk? Biarpun sebelah-sebelahnya lain, aku sanggup! Klik sini untuk melihat gambar kasutku yang hilang itu. Huh.

Bakal terbit, cerpen sulungku.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Kelmarin, ketika beriktikaf di Masjid Fuji, aku tertidur di dalam sejuk. Ketika itu, aku dihampar sebuah layar mimpi ngeri.

Mujur ada pen dan kertas di sebelahku. Sebangkitnya dari tidur, segera kucoret semua rencam objek yang terlibat di dalamnya. Plot, watak, skrip, latar masa, dan segala rinci yang menonjol hingga tiada sepatah kata pun yang kusiakan. Terima kasih atas alamat yang Kau beri.

Setelah membaca semula contengan itu, aku merasakan mimpi yang ditulis semula ini punya  susunan plotnya yang sedikit lari dari streotaip perjalanan wayang biasa, dan mainan watak yang sungguh kontroversi. Menyentuh bermacam celah isu sensitiviti yang pasti mengesankan.

Aku persembahkan nanti, sebuah kisah bertajuk “Masjid Berdarah”. Bukan sekarang, atau masa terdekat. Juga bukan di sini. Nanti. Di lain hari, lain lokasi.

p/s: Usah kalian tertunggu-tunggu, kerana entri kali ini sekadar mengingatkanku agar tak lupa menyiapkan tugasan itu. Ya, aku memberi tugas kepada diriku sendiri. Itulah sebabnya mengapa aku perlu membayar sendiri apa yang aku tuliskan. Ia soal disiplin.:lol:

Hobiku berbasikal malam.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Mengenderai makhluk beroda dua dalam simbahan neon jingga, terasa asyik bila muzik cengkerik bergemersik. Dada yang diurut santun dingin angin, keindahan malam jangankan dapat kujelmakan dengan tulisan, apatah dilakar keanggunannya di papan lukis. Biar semua rumah berselubung dengkur penghuni yang pasti esok pagi membanting tulang.

Sambil baca, sambil menyebut kuat dengan mulut. Klik hanya jika berminat menyambung bacaan. Aku tidak memaksa.

Nota buat adik: Pintu kejayaan itu di mana?

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Aku punya seorang adik perempuan tunggal. Dialah satu-satunya bunga di taman larangan teratak kami. Waktu sekolahnya dulu, hidup di asrama. Kononnya nak belajar hidup berdikari. Tapi, Ama kata, Izdihar ini orangnya banyak main. Pernah satu ketika, semasa sesi hari terbuka, cikgunya awal-awal sudah berkata pada Ama,

“Saya tak boleh kasi jaminan, Puan. Kelas anak puan ini, yang paling banyak main pelajarnya.”

Oh, ibu mana yang tidak terkilan bila ayat itu diucapkan di hadapan anak sendiri.

Prestasi adikku selepas itu kian menjunam. Makin memburukkan. Keputusan SPMnya, menyugulkan Ama sehari-hari. Aku memberi kekuatan pada ibu,

“Ama, jangan ditangiskan kegagalan dia. Izdihar pasti belajar sesuatu.”

Adikku itu, murung dan monyok saja wajahnya (berbulan-bulan mungkin).

Dia menyambung pula pengajiannya di salah sebuah kolej MARA. Alhamdulillah, keinginan untuk berjaya makin membara. Semakin hari, semangat semakin memulih. Dari yang biasa-biasa, ke tahap luar biasa. Sehinggakan sudah mampu melangkah naik ke pentas menerima entah apa namanya.

Suatu hari ada berita yang mengejutkan. Ama bilang, adikku itu menangis teresak-esak dalam perbualan sesama mereka dalam telefon. Aku terus menukar siaran, berhubungan terus dengan adikku di sana. Entah apa masalah besar yang sedang dia tempuh itu. Klik untuk bacaan lanjut

Rajuk yang tertangguk.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun, Monolog Sendiri

Maafkanku wahai Sang Pelangi, setelah lama kubiarkan kau di langit tanpa sebarang contengan buat ingatan. Tiada lagi karangan hati buat menghias dirimu ini, melainkan berbatil rajuk yang melecunkan hati. Terkadang, seperti ingin dikuburkan saja Sang Pelangi tidak bernisan, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.

Kelmarin, sewaktu bangkit di subuh hari, sekonyong-konyong kelopak ini dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis bersendirian. Dada seperti dicengkam keluar wayar-wayar uratnya berselirat. Hilang punca. Semalamnya tiada mimpi ngeri yang diputarkan di layar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.

Air mata berderaian lebat menghentam di jeram pipi. Aku cuba duduk bersila sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati ini masih ralat dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai kitab tafsir di sisi katil. Aku menebuk halamannya secara rawak. Ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 64 – 66. Bismillah.

64. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah semua yang ada di langit dan semua yang ada di bumi. Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu selain Allah, tidaklah mengikuti (suatu keyakinan). Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka, dan mereka hanyalah menduga-duga.

p/s: Kau selayaknya di “kerusi” itu, Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

Doa yang tak dimakbul Tuhan.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun, Monolog Sendiri

Malam itu sujudku yang berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Melihat yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu. Aku tak punya cahaya lagi. Gelap.

“Mulakan dengan dua rakaat sujud taubat, diikuti dua belas rakaat hajat,”

pesan Ama, ibunda tercintaku yang lebih dulu merasa pahitnya hidup menanggung serangan psikologi. Berani ku kata, kisah hitam Ama yang berhadapan seorang manusia yang berlagak Tuhan di memori lalu, lebih dahsyat dari yang ini.

Aku tak berdaya lagi menahan dugaan ini.

Hari itu, tatkala tempoh makmal kian menuju hujung, Kawafune-san dan Sasaki-san mula berkemas awal. Melihat mereka terkocoh-kocoh, membuat punggungku terinjak-injak. Aku tak mahu ditinggalkan berdua-duaan bersama Funada Sensei. Jika tidak, pasti bertubi-tubi cacian dan makian yang menembak tepat ulu hatiku nanti. More

Mereka itu Si Hijau

Semalam, telinga aku menghangat hebat. Bukan kerana kari kambing Pakistan, atau kebab ala-Turki yang jadi santapan. Tapi darah mudaku sepanas Kilimanjaro menanti lopong lohong untuk memuntah marah. Terima kasih teman, atas redaanmu. Kemahuanku memberontak. Punggungku ini tak bisa ditahan lagi. Aku mesti melangkah kaki lari dari dunia yang penuh tipu daya dan bertuhankan kezaliman.

Aku bukan si hipokrit, yang bisa duduk semeja dengan mereka. Apatah lagi untuk berpura tertawa pada jenaka, yang aku kira lebih rendah kualitinya dari Raja-raja Lawak kita. Aku terkial-kial. Masih belum biasa dengan jubah barat yang menjadi pakaian tema urusan rasmi mereka. Aku makin pening dengan lagu sudu garfu yang jadi mainan di meja makan. Tak ubah seperti bunyi hunus pedang di medan perang.

Ahh.. Aku benci dunia itu. Sungguh terasing sekali aku rasakan. Yang bersongkok itu nantinya jadi pembaca doa makan. Jubah mereka nanti akan menyilaukan mataku dengan pantulan cahaya jingga dari besi-besi kecil di jubah mereka. Nantinya dunia aku penuh hilai tawa, dengan senda gurau bertepuk tampar sesama mereka. More

Tuah dan Sial. Memang sial.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri
pachinko.jpg

Tilik nasib, lumba kuda, tikam nombor dan segala macam laknat judi sememangnya bisa membuat jiwa manusia sering resah. Menanti tuah tak kunjung tiba, menghalau sial tak pergi jua. Kalau “kertas bernyawa” disembah turut, ke kubur Jepun pun sanggup melutut.

Hai manusia. Negara memang kaya dengan judi, sedang rakyat menadah badi. Fakir semakin kikir, kaya semakin raja. Eh, saya tersilap. Fakir tak akan kikir selagi cukaian judi jadi rezeki. Entah nasi yang ku suap ini mungkin hasil kongsi dengan judi?

Satu soalan yang sering ke udara dalam corong-corong minda. Ya. Cuma S.A.T.U, one, ichi, wahid dan bukan dua. More

Taktik Kolej Swasta Sekarang.

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Sambil membelek resit tertera RM2000++ itu tertera cop “Refund are Disable” kecil berwarna biru pucat. Menggelegak aku dibuatnya.

—-Perbualan Telefon—-

Aku: Maklumat awak bagi tak serupa dengan taklimat sebenar. Ini satu penipuan.

Dia: Biasalah encik. Ini antara protokol kami. Ada maklumat yang perlu dirahsiakan, ada juga yang boleh didedahkan kepada umum.

Aku: Dah lah tak sama info sebelum taklimat dan selepas taklimat. Lepas tu, awak hadkan taklimat tu untuk mak bapak sahaja. Anak-anak lain macam kami ni awak halang. Awak fikir senanglah nak perdaya mak bapak, kan? Mentang-mentang ramai yang datang dari pedalaman.

Dia: Oh. Itu sebab kami tak cukup tempat duduk. Dewan itu sempit.

Aku: Kenapa tak buat dewan terbuka? Atau taklimat terbuka di bawah khemah di tanah lapang saja?

Dia: Encik, saya kan sudah katakan tadi. Ada maklumat yang perlu diberitahu, ada yang tidak. Itu protokol kami.

Aku: Saya nak kensel. Tak jadik!! Bak balik duit RM2k saya tu.

Dia: Oh, kalau begitu, encik bolehlah lihat pada resit tu. Ada tercop sepotong ayat. Ada perasan, kan?

Aku: Eh, awak ingat saya ni bodoh ke? Awak cop ayat tu selepas payment. Bukan sebelum payment. Saya tak tahu pembayaran semula tak boleh dibuat. Kalau masuk court pun saya boleh menang tau.

Dia: Itu sebenarnya memang antara pelan pemasaran kami, encik. Saya pun tak boleh buat apa-apa sebab itu urusan pihak atasan. Saya cuma pegawai perhubungan pelajar sahaja. Kuasa saya terhad.

Aku: Ohho.. pelan pemasaran konon. Itu bukan pelan pemasaran, tau. Itu pelan penipuan. Saya akan pastikan perkara ini dibawa ke pihak kementerian. Saya akan sebarkan pada media.

Dia: Jika encik rasa tak berpuas hati, boleh datang ke sini dan berbincang dengan kami. Tak perlu lah dibesar-besarkan pula. Perkara ini boleh dibawa berbincang.

Aku: Baiklah, saya nak buat temujanji dengan “orang-orang” awak, boleh?

Dia: —————-tooot———-

Gusar (edisi Monolog)

posted by Al-Irfan in Monolog Sendiri

Hati ini semakin gusar.. sering tertanya pada diri, apakah sebenarnya cabaran ini?
setiap waktu tidurku dihanyut resah, inikah rezki, atau kita sedang diuji?

.
Engkau mahu apa? minta sahaja.. akan aku tunaikan..
Engkau benci apa? serulah namaku..akan hindar dari segala apa yang kamu benci..
Engkau kepinginkan siapa? padukan namanya dalam seru sendu pintamu..nescaya si dia menjadi milikmu..
Engkau perlukan sesuatu? jangan ditagih pada yang lain..percayalah,ia kan jatuh sepintas guruh..
Engkau sedih terharu? Hendak barang pengikis sayu? yaa..nantikan saja, terhibur jua tanpa bicara..

.
APA LAGI KAU MAHU? APA LAGI KAU BENCI? APA LAGI PINTAMU? ….pintalah pada yang satu..Pada YA RABBI..pemilik alam kekal abadi, berkuasa penuh mutlak hakiki..

.
AKU…
AKU…
AKU CUMA…
AKU CUMA MAHU..
ITU..
YANG ITU TU.. ;(

.
Memang benar, tak kusangkal sekali pinta, terjelupuk jatuh ke riba..
Aku tak hairan, dudukku atas tikar hamparan, meluang masa tenangkan fikiran, cuma meminta dengan sekali rayuan..
Segala hendakku kau tunaikan..segala mahuku Kau turutkan..

.
Tetapi cuma satu..
Aku tak mahu harta…
aku tak mahu dunia..
aku tak mahu sihat perkasa..

.
AKU CUMA MAHU YANG ITU…

.
Janganlah inginku ini kau kurnia dengan murka,
Janganlah sihatku ini kau beri dengan benci,
Janganlah rezki yg kau limpah terselit marah,

.
APA YANG AKU MAHU ADALAH INI…TIADA LAIN CUMA YANG INI
YA TUHAN…
Jauhkan aku pada Alpa.. Salutkan aku perisai rahmat, Tembokkan aku dengan iman
Janganlah ini yang dikatakan ISTIDRAJ..
INILAH SEBENARNYA YANG KU MAHU…

.
===================================================================
satu hari tu..ramai org kt cni sakit..tapi aku tak sakit.. sampaikan ada seorang hamba Allah tu bertanya kt aku..
“Eh, ifan, kau tak sakit ke? kau tak pernah sakit pun sejak datang sini kan?”
“Bagusnya antibodi kau..Bagi la sikit antibodi kau tu kat aku..kasihan aku selalu demam..”
tiba-tiba aku terasa insaf dan tersangatlah sedih..
bukan sebab dia sakit, atau sebab aku tak mampu beri antibodi pada dia..
tapi, sebab aku tak pernah sakit..tetapi bukan sakit yang aku nak..
memang benar dalam doaku selalu ku minta agar dijauhkan sakit..tapi aku takut..aku gementar..
bimbang ini satu ujian…
==================================================================

.
SIHAT USIA, HARTA DUNIA….itulah Ujian..
(pesan arwah atok.. siapa lagi ingin ku kongsi sedih bersama?) ;_(

Syawal terakhir buatmu…Al-Fatihah.. ; (

posted by Al-Irfan in Keluarga, Monolog Sendiri

Di pagi 1Syawal 1427H yg hening, ketika umat lain bergembira, suasana di
rumah itu diselubungi kesuraman. Dia yg seharusnya yg membuka pintu
masjid di pagi raya itu tetap tak muncul2..

.

Suara mama pagi itu x mcm hari2 biasa..

“Ama..mcm mane raye kali ni? msti best kn?” -aku cuba mggembirakan mama ku..

.

“Entahlah ifan..raye pn mcm x raye, atok tgh sakit..”

Mama trus menangis..teresak2 bak ibu khilangan anak..

“Ama xtau nk bwat mcm mane lg fann…ama lemah..dh puas berubatkan atok..”

“Pagi2 raye mcm ni atok xnak pakai baju raya..baring sjak smlm..”

“ama sedihh..atok x gembira..smua org dlm rumah ni x gembire..”

.

“ifan nk ckp dgn atok aki kjap x?..” -mama pn bg nsetnya pd atok..

.

Suara atok sangkut2..terketar2..memanggil nama aku..

“Ipann..ipann…” —sayuu hati ini mdengar suaranya yg sdg tenat—

“Ipaaan..kau sehat x kt sane??”

“alhamdulillah kau sehat pann..alhamdulillah kau sehat…” (byk kali die ulang ayat ni)

“Atok x sehat pann..ntah sempat ke x atok nk jmpe ko nnti..”

.

Aku x jwb walau sepatah..

airmata yg jatuh, selaju Taki(waterfall) di kaki Fuji..

dgn suara yg sdg mnangis ini, aku tetap ingin bercakap dgn nya

“Atokk..ni ifann tok..atok jage diri baik2..ifan slalu doakan utk atok..”

tiada kata2 lain..

.

keitai beralih tangan..

“Lpas smayang raya, ama nak bawak atok gi Hospital Batu Pahat”

“Atok mcm dlm tenat, ama xsdap ati..”

“Doakan byk2 untuk atok..spy atok cpat sembuh..dpt ikut ama pegi Haji nanti”

.

selepas itu..Atok aku dimasukkan ke ICU.. diberi air mlalui saluran…dibekalkan dgn oksigen..

dia dijaga dgn rapi..ditemani bergilir2 oleh ahli keluarga..

——————————————————————————————————-

.

Maghrib 3 Syawal 1427H,

aku baru balik dari lab waktu maghrib,

bile bukak keitai aku..ade 8miskol dari Mesia..

Hati ini semakin gusar..segera aku tepon ke sana..

.

berlatarbelakangkan suara orang mengaji…mama menangis..

“ifan..atok dh xde…”- cukup ringkas..

tangisan mama itu, telah melebur kan ego seorang lelaki..

yg selama ini menangis di dlm hatinya..dgn tanpa sesiapa utk dikongsi..

.

Innalillahi wainna ilaihi raji’un..hanya itu yg mampu aku ucapkan..

Dia yg lbih berkuasa ke atas makhluk2Nya..

.

“Atok mninggal lpas Zohor, dh slamat dkebumikan kt cni lpas Asar td..”

“die sempat buang air dulu..betulkan bantal.. sempat peluk smua orang yg ada..”

“Atok tenang fan..die sempat mengucap..”

“Mlm td Akma(abang sulong aku) dgn Zafran(adek aku) yg jage die kt wad”

.

sedihnya aku..saban hari terkenang dia..

seketika aku terkenang waktu dahulu..sebelum kapal terbang berlepas..

ketika itu arwah atok org pertama memeluk aku..

dlm tangis die bkata

“ipan..entah bile lg akn bjumpa..entah sempat ke tidak..”

mungkin die sudah merasakan masa itu akan tiba.

dan kini dia pergi jua..menghadap Yang Maha Esa..

.
“Nangis lah utk yg spatutnye..”

“Nangis untuk Dia..airmata penghapus dosa”
“Nangis utk Baginda..Syafaat yg menyelubungi kita..”
“Nangis utk Ibu..harapkan syurga dari tapak kakinya..”
“Senyum dan nangis..seni hati pelengkap dunia..”
“Smuanya utk ape?? Untuk ke ’sana’..menghadap kpdNya..”

{pesan arwah atok aku..mase ktorang layan cite sedey kt drama TV dulu2..}

kanser paru2 telah meragut nyawanya..

nasihat kpd sesiapa yg merokok, dan yg akan merokok, atau yg dh mula rindu pd rokok (dh berenti merokok)..

janganlah ingat pd orang yang tersayang..
tp ingatlah orang2 sekeliling yg mnyayangi kamu..
jgn sia2 kan airmata mereka, hanya kerana anda..

BARU KU TAU NIKMATNYE SOLAT…

 

sume bende kt cni, lebih byk haram dr yg halal, dugaan meliputi mulut,mata,kaki tangan,hidung dan smua anggota..dari mknan sampai la suratkhabar,majalah..

mmg susa nk carik orang islam, so, mmg susa la nk carik surau/masjid…bile time nk smayang,msti carik tmpat yg xde gangguan nk smayang.

arituh aku ngan senpai trun bandar,kene plak time asar. kitorang smayang la kt atas jln tar (kdg2 kt tangga bkan laluan ramai,kt bwh tangga,alas ngan paper/kain).. mase tuh,xde ape yg aku rase,mlainkan nikmatnye smayang,kalo slame ni aku rase susa nk khusyuk (kt malaysia) skang mmg sng nk khusyuk walaupun kt sbla tuh rmai orang lalu lalang usha pelek..aku pon xtau nape bole khusyuk dlm keadaan cmtuh..kdg2 aku mudah menangis..menangis keranaNya..moga silapku slame ni diampunkan olehNya..

mgkin sbb kini aku rase sndri..mmg trase sgt yg Dia sdg perhatikan kita..kalo dulu aku mudah tgoda ngan dugaan kelilingaku,aku rase skang dengan bertambahnye dugaan ni,mmbuatkan aku slalu berhati2..takut trjerumus…btol jgk ckp ustaz2 aku dulu..dgn slalu mengingatiNya,hati akan menjadi tenang..

mudah2an smua ini kekal/btambah baik selamanya..moga hari esokku lebih baik dari arinih,arini lbih baik dr kelmarin..amin…

smua pbuatan kita bgantung pd smayang kita..org xkan mencuri kalo sempurna solatnye,org xkan berzina kalo smpurna solatnye,orang xkan minum arak kalo sempurna solatnye (aku dengo kt IKIM.fm)..atok aku pnah pesan dulu..”Selamat smayang nko,selamat la nko”… ajaibnye solat..kita berhubung dgn Allah tanpa orang tengah, tapi melalui solat dan doa…

P/S= aice,sori la arinih wat ayat cm cramah sket..sbb aku xtau nk cite kt sape,xkan nk ckp sorang2 plak kn?..frenster ni la jd kwn aku..aku tau sume ni xperlu dicritakan sbb sume org dh tau..tapi aku harap bile aku bace balik post ni,akan mengingatkan aku ketika alpa nanti (kire cm diari laa)….sori k?

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.