Archive for the Kaca Mata Usang category

Kesetiaan + Keikhlasan = Kepercayaan

posted by Al-Irfan in Diari Lusuh.., Kaca Mata Usang

Merindukan arwah Tok Aki saban hari saat usia menginjak tinggi, lebih-lebih lagi diri ini bakal tidak bersendiri lagi. Sesekali aku bertandang ke sebuah kedai makan di pinggir Sg Chua yang terkenal dengan kesedapan ‘Ayam Dadah’nya. Itulah nama resipi rahsianya.

Dikepalai tauke yang selorohnya saling tak tumpah dengan Tok Aki, Pak Lang panggilannya. Membuatkan aku sesekali ke kedainya demi hilangkan rindu pada gelagat sang tua.

Telatah Pak Lang sering menghiburkan. Kadang-kala, dia berbalas pantun dengan pelanggannya. Lebih ceria, ada pula pelanggan yang melayan berbalas pantun saat pinggan cawan saling berlaga. Aku tidak dapat mengingat sebarang pantunnya, melainkan tiga baris ini (ya, ia adalah pantun enam kerat tapi aku lupa pembayangnya),

….
Kasih tak kasih,
Sayang tak sayang,
Bayar tetap bayar.

Beberapa hari lepas, ada kisah yang ditakdir Allah kepadaku. Usai makan macam biasa, aku ke kaunter untuk membayar.

-Pak Lang, jumlahkan sekali Ayam Dadah seketul, ya. Belum saya ambil lagi.

Hah, nanti lepas bayar, bungkus sendiri guna kertas pembungkus di sebelahnya.

Setelah kuterima baki dari bayaran tadi, segera kutuju ke tempat ayam. Tangan kanan menyepit seketul ayam, bahagian dada. Tangan kiri memegang beg kertas, pembungkus ala restoran makanan segera.

Dengan saiz beg kertas yang besarnya tiga kali ganda dari ayam, terdetik niatku mengusik Pak Lang. Sengaja kukembungkan beg kertas lalu kukunci lipatan hujungnya, bagai termuat tiga ketul ayam di dalamnya. Aku siap-siap ingin kembali pada Pak Lang.

Tiba-tiba Pak Lang datang dari belakangku, menepuk bahu.

Hati-hati memandu, ya nak.

Kulayang-layangkan beg kertas yang mengembung itu di hadapannya.

-Ha Pak Lang. Tak mahu buka tengok saya ambil berapa ketul?

Kalau dia membukanya, boleh kuusik dia dengan seloroh baru. Namun sekonyong-konyong Pak Lang berubah. Dia memandangku dengan raut berkerut. Cerianya tadi tenggelam. Tidak dia endah pelanggannya yang berbaris di kaunter sana.

Sambil jari telunjuknya digoyang-goyangkan ke arahku, Pak Lang bernada serius,

Jangan. Jangan kau uji kesetiaanku.

Aku terpaku,

-Setia? Apa kaitannya dengan setia?

Nak, setia itu macam kau dan aku. Setia kau ke mari, setia aku memberi, tidak boleh dibuktikan lagi. Kesetiaan dan keikhlasan tak boleh diuji-uji.

-Apa pula kaitannya dengan ikhlas?

Kalau kau ambil lebih sekalipun, secara terang mahupun curi, sudah kuhalalkan dari dulu. Seperti kau ikhlas melayanku, membawa temanmu ke mari, sedang untungku di luar pengetahuanmu. Kita saling ikhlas.

Aku sekadar mengangguk. Termenung.

Nak, kesetiaan dan keikhlasan itu namanya kepercayaan. Seperti itulah iman. Kau setia menganutnya. Kau ikhlas mentaati-Nya. Dia saja yang layak menguji kita.

Berhari-hari kurenungi kata-kata ini sampai ke saat ia dituliskan kini. Kukenang semula rentetan jalan hidup setahun ini yang penuh pancaroba. Sudah sekian banyak kesetiaan yang kukhianati. Sudah sekian timbun keikhlasan kuragui. Diri ini bagai peluh bermandi dosa. Persahabatan, bisnes-perjuangan, kawan punya kawan, dan teman persekolahan. Cinta, suami-isteri, ibu-anak, dan hamba-kekasihNya. Siapa lagi yang ikhlas dan setianya disukat-sukat, sedang Allah lebih layak menduga kita?

Aku penuh percaya, kalian yang membaca ini masih setia di sekelilingmu. Namun masih juga ada yang terkorban, pastinya yang tidak kalian sengajakan. Bagi yang mengenaliku, ampuni aku andai selama ini kesetiaan dan keikhlasan kalian pernah kucalari. Kuingatkan diriku, biar melaras ikhlas dan setia ke angka sifar. Yang terkubur kita nisankan. Yang hidup kita talkinkan. Kembali fitrah.

Istilah Sahabat Karib Bermaksud..

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Di zaman kanak-kanak dulu, ada seseorang yang aku sangat teringin untuk bersahabat baik dengannya. Mula-mula, aku tertanya-tanya kenapa kemahuan untuk berkawan dengannya tanpa dipaksa-paksa? Mungkin kerana aku terpedaya dengan daya tarikannya yang sering dikelilingi sahabat yang ramai. Setelah kutekuni tingkahnya hampir beberapa purnama (wah, kecil-kecil lagi sudah pandai ‘membaca’ manusia), kesimpulan yang aku dapat cuma satu. Pandai gembirakan orang sekeliling adalah kunci mendapat sahabat yang ramai. Klik untuk membaca lanjut.

Jangan sekali minta dibelanja!

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang
“Jom! Rengit!”
Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat, berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.
“Tapi Ifan belum gosok gigi.”
“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”
Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.
“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”
Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,
“Sebab, kau dah besar sekarang.”
Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia.
Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.
Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.
Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.
Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh Si penjaga mesin kira,
“Semuanya sudah dibayar, Kang.”
“Siapa?”
“Hamba Tuhan!”
Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki.
Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.
Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Untuk esok.”
Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.
“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita ada Allah!”
p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?

“Jom! Rengit!”

Tok Aki mengajakku pada satu pagi Ahad, dengan kasut berkilat,  berbatik Jawa siap berseterika. Tak lupa juga kupiah lusuh, sahabatnya yang paling setia. Aku bergembira melompat dari kerusi buai buatan Tok Aki. Mencapai kemeja T dan selipar, berkejar ke arahnya.

“Tapi Ifan belum gosok gigi.”

“Ah tak apa! Kita gosok dengan Phrata!”

Sepanjang membonceng kapcai petak berkilatnya, aku masih tertanya-tanya, kenapa baru hari ini dia mengajakku ke warung singgahan Tok Aki, setelah sekian lama kami hidup bersama-sama. Sedangkan biasanya dia lagi gemar bersendiri ke sana.

“Kenapa baru hari ini Atok ajak Ifan?”

Kedengaran sayup-sayup jawapannya dari dalam topi keledar,

“Sebab, kau dah besar sekarang.”

Siapa lagi yang tak kenal perangai Tok Aki, teka teki memang mainan dia. Sesampainya di Warung Razak, terlihat kelibat orang-orang tua di sana, berdiskusi hebat hal-hal duniawi, saham sawit yang beruntung rugi, termasuk cara kerja pekebunan paling efektif.

Dalam hiruk pikuk dunia medan ilmu bercucuk tani, perkara pertama yang dibuat Tok Aki, melawat kaunter dan berbisik sesuatu pada penjaga di situ. Selang beberapa detik, si penjaga kaunter bangun dan ligat menekan-nekan mesin kira.

Sudahnya, Tok Aki cuma memesan sekeping roti canai kosong yang dikoyak dua, dan secawan teh tarik yang dibagi dua sesama kami. Terserlah tahap kedekutnya Tok Aki ini pada pandanganku.

Sesuatu yang mengejutkan bila seorang demi seorang bangkit untuk pulang dan menuju kaunter. Semua pelanggan dilemparkan jawapan yang sama oleh si penjaga mesin kira,

“Semuanya sudah dibayar, Kang.”

“Siapa?”

“Hamba Tuhan!”

Biar Tok Aki lagaknya sedari tadi berborak dengan Cikgu Wahab (allahyarham) begitu asyik, namun tiada syak lagi. Siapa lagi orang paling kaya di warung itu kalau bukan Tok Aki. Saat itulah kukenal santan hampasnya seorang suami, bapa dan datuk. Siapa sangka orang yang paling kedekut itu, adalah paling pemurah antara kita.

Aku pernah merisaukan arwah Tok Aki yang pernah tidur dengan di bawah bantalnya berkebat wang ringgit. Bila kutanya untuk apa, jawapannya cuma pendek, “Senang esok, tak perlu ke bank.”

Satu lagi pesan arwah yang paling kuingat, dan menjadi prinsip hidupku jua.

“Jangan sekali-kali kau minta sesiapa saja belanja kita. Bikin malu nenek moyang. Kau berduit, biar kau yang beri dulu. Kau tak berduit, cari! Kita masih bertuhan!”

p/s: Agaknya sudah menjadi tabiat manusiawi minta sahabatnya belanja makan dan minum. Tapi, tidak pernah lagi sahabat Jepunku berbuat begitu. Kenapa agaknya?

Kemelut Perak = Taktikal Catur

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Politik ini seperti permainan catur. Analogi ini jelas kulihat di Perak.

Pengiktirafan awal mahkamah terhadap status Ir. Nizar kulihat sebagai kematian Queen di pihak BN. Namun, rayuan terhadap keputusan ini pula tak tumpah seperti mengundang Open Check. Biarpun nanti rayuan memihak kepada YB Zambry, ia sekadar ‘Check Kosong’ oleh Knight semata-mata. Pawn (rakyat) Perak sendiri yang akan lakukan Checkmate. Kalau bukan sekarang, mungkin di PRU mendatang.

Lihat. Menang kalah dapat diduga awal. Cuma siapa yang menang, hitam atau putih, ia tetap kuasa Tuhan.

Jadi, biar BN atau PR, kalian berhati-hati ya menggerakkan buah.

Klise dalam Medium Bermotivasi

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Terkadang lenguh rahangku, mengunyah setiap input yang terkandung dalam bahan bermotivasi dan inspirasi. Irfan Khairi, Azizi Ali, HM Tuah, Fadzilah Kamsah, A`a Gym (sekadar menyebut beberapa nama) juga tidak terkecuali dalam fenomena motivasi yang agak streotaip dalam cara penyampaian mereka. Ya, sila baca betul-betul, aku tidak mempersoalkan bahan layar yang mereka terbangkan, tetapi CARA penyampaian itu yang buatku letih untuk menghadamnya.
 
1. Singkatan formula tidak bombastik.
Konsep 5M, 4B, atau 7K, ataupun gabungan dua atau lebih konsonan tadi seperti 3M 2K dan sebagainya. Huruf M, B, K memang tak lari dari dunia motivasi psikologi Melayu. Walhal ketiga huruf itu cumalah sekadar awalan imbuhan, demi mencantikkan formula. Kalau mungkin tujuannya untuk mudah diingat, itu kesilapan besar. Hampir kesemuanya melontar formula yang kononnya efektif untuk diamalkan, tapi kalau dah selalu gunakan tiga konsonan ini, masihkah lagi senang diingat? Kurang menyengat!
 
Contohnya, formula untuk kekal berketerampilan seperti Teori Irfan (aku cipta sendiri. haha), adalah berkonsepkan 2M2K, iaitu Mencari, Menyelami, Kesabaran dan Kepasrahan. Contoh lain, gabungan dari sebuah perkataan. IRFAN contohnya, terdiri daripada “Interaktif, Rasional, Fun, Ambitious dan Negotiable”. Ataupun petua menulis ayat iklan yang padat dan berkesan, dengan formula TANGKAS, iaitu “Tangkap, Kemas” (oh, bombastik juga ciptaan aku, kan? ;p)
Kalau nak tahu lagi, mesti klik sini.

Kisahku sebagai karyawan jalanan.

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

“Pakcik tak mampu nak upah orang. Tak boleh!”

Bertegas pakcik itu. Terawangan wajah arwah atok, ‘keras’ juga sifatnya.

-”Pakcik, saya sanggup tanpa upah.”

Aku bermuka sepuluh sen, mengemis simpati. Terpacak menghadap duduk si pakcik tua.

Pelik. Aku disuruh menurunkan tandatangan di atas sekoyak kertas, kemudian digumpal dan dicampak ke tong sampah. Betul-betul di depan mata. Lalu diterima bekerja. Sungguh rasa terhina. Tapi aku betul tahu, jalan hidupnya pasti jauh beribu batu. ‘Orang tua’ punya tujuan di balik laku. Itulah ‘sesuatu’ yang aku mahu. Klik sini untuk membaca lanjut.

Betulkah Bahasa Jiwa Bangsa?

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Mengapa aku bermati-matian memperjuangkan bahasa Melayu, adalah kerana pengalamanku sendiri di bumi Jepun. Aku melihat anak-anak Jepun sangat bersahaja dalam membaca buku bertema berat seperti nuklear, satelit, psikologi dan sebagainya sambil bergolek-golek di atas katil. Aku merasakan alangkah indahnya kalau anak-anak kita di desa nun jauh di sana bisa menikmatinya bersama.

Aku pernah menyatakan ayat itu di dalam entri sebelum ini untuk menjawab pertanyaan melalui emel dari sahabat SangPelangi. Hari ini, aku nyatakan sekali lagi, demi memberi respon terhadap penulisan seniorku, Ibnu Alwi di blognya.

Ilmu teknologi mesti melalui asas pemahaman yang tegap. Ini memang kelemahanku di sini. Bahasa Jepun kejuruteraan agak lain dengan bahasa Jepun sehari-hari. Aku perlu bekerja lebih untuk memahami ilmu kejuruteraan mereka. Membuka kamus Jepun-Inggeris, kemudian Inggeris-Melayu pula jika istilah Inggeris itu jarang didengari, sungguh membebankan. Walhal dalam masa yang sama, kami pelajar asing mesti berlari sama pantas dengan orang Jepun lainnya. Setiap hari adalah setiap kamus baru untuk kita, pelajar Malaysia di sini.

Kita sudah lali dengan perbandingan Malaysia dengan negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain yang maju melalui bahasa mereka. Mereka itu adalah negara penjajah. Negara mereka tidak berbilang kaum dan tidak perlu memikirkan kesepaduan rakyat kerana ia lahir sendiri atas kesamarataan bangsa. Entri penuh sinis dan sindiran. Perlu kawalan emosi untuk membacanya. Sila klik jika sudah bersedia.

Pemberi Komentar = Sahabat

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Pada asalnya saya ingin memberi komentar pada entri terbaru Ustaz. Memandangkan terlalu panjang dan bakal menyesakkan nafas para pengunjung di sana, saya memutuskan untuk jadikan ia sebagai entri baru.

Ustaz Hasrizal ada menulis:

Dulu-dulu, ada banyak nama yang menjadi pemberi komen setia. Biar pun sebahagian besarnya saya tidak pernah bersemuka, namun disebabkan oleh perkongsian yang berterusan, mereka terasa dekat di hati saya. Dek kerana sering bertukar-tukar pandangan dan banyak keserasian fikiran, hilangnya nama-nama itu menjadi suatu kehilangan yang terkesan kepada diri saya.

Mungkin asbab tarikh kelahiran kita yang sama, saya juga berkongsi perasaan itu. Seperti ustaz, saya juga sangat menghargai, malah menyayangi kepada mereka yang sudi memberi pandangan di dalam SangPelangi. Sehinggakan di satu tahap, ada yang saya anggap sebagai sahabat di alam maya. Buah fikiran dari komentar kalian sungguh memberikan informasi, inspirasi, motivasi dan bermacam lagi ~si ~si yang ada kepada diri malah kepada semua yang ada.

Sahabat saya, Ainohikari ada membalas di sana:

Ustaz, ana fikir ramai student Jepun sentiasa datang menjenguk blog ustaz, tetapi sekadar pembaca senyap je lah. (macam ana). Begitu juga mungkin pelajar-pelajar di negara yang ustaz pernah pergi buat program. Semoga Allah memberikan kekuatan istiqamah pada ustaz.

Saya sangat bersetuju dengan beliau.

Tapi, masalah mungkin muncul pada penulis blog, bilamana penulis sangat memerlukan tindak balas pembaca mereka. Penulis perlu menilai semula kualiti penulisan. Adakah sampai objektif penulisan itu kepada pembaca? Itu misi utama.

Sahabat di alam maya datang dan pergi, itu mungkin bermusim. Bila seseorang itu terikat dengan komitmen lain (yang menghalang akses internet dan sebagainya), menyebabkan nama blog seperti Saifulislam pasti terpadam di dalam kepala. Itu lumrah, boleh jadi juga masalah. Sedangkan, proses “memberi” perlu dilakukan berterusan kepada pembaca yang sama, berulang-ulang. Barulah bisa mendatangkan pembaca yang baru pula.

Penjenamaan.

Itu cadangan saya buat ustaz. Sudah sampai masanya pengunjung perlu mengingat nama “Saifulislam” sebagai satu jenama dalam dunia berblog. Model penulisan ustaz boleh dianggap satu bentuk penjenamaan. Susun letak dan logo juga begitu. Cuma cara teknikalnya ustaz saja yang boleh memikirkannya (kerana ustaz lebih kenal dengan trend pengunjung).

Sekian, begitulah sedikit buah fikiran saya buat ustaz.

*****

Tambahan di dalam entri ini. Klik sini untuk teruskan bacaan.

Hari makan limau sedunia. Selamat!!

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang
limau1.jpg
limau2.jpg

Limau = Mikan. (sebutan sebenar berdarah Terengganu, “mikang”)

Ini limau nama Iyokan. Saiz dah tiga kali ganda dari tetikus.

Kau tahu? Gambar di atas sebelum di”sebat”. Gambar selepasnya tak berani ku tunjuk. Habis lecun direcik jus menderu-deru. Dua tuala dibuat sapu mulut. Adik tiri Limau Barli barangkali. Atau darah kacukan Labu Punjabi. Kalau kamu terjumpa biji di dalamnya, hantarkan nombor akaun bank padaku dengan segera. RM100 untuk kamu. Hihi..

Selamat Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya.

Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah (skop-pengiklanan) #2

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang, Tip Komputer

Semalam seorang sahabat saya, Encik Aku (pelabur maya BSKL), mengutarakan sebuah pandangan yang agak serupa, iaitu melahirkan agen pengiklanan internet yang lebih bercirikan Islam.

#Disalin daripada kata-kata Encik Aku. Diubahsuai untuk memenuhi ciri-ciri tatabasa semaksima mungkin.

Terlebih dulu, mari kita fahami apa itu PPC.

Quote:
Pay per click (PPC) is an advertising model used on search engines, advertising networks, and content websites/blogs, where advertisers only pay when a user actually clicks on an ad to visit the advertiser’s website. Advertisers bid on keywords they predict their target market will use as search terms when they are looking for a product or service. When a user types a keyword query matching the advertiser’s keyword list, or views a page with relevant content, the advertiser’s ad may be shown.Sumber:
Pay per click – Wikipedia, the free encyclopedia

Sekiranya anda orang baru, PPC ni konsepnya seperti di bawah: More

Mencintai Suami Orang.

Berfikir aku setanak otak. Tidaklah cuak isu ini membuak-buak. Tapi secubit rasa, lontaran idea dari kalian (pencorak SangPelangi), bisa merungkai rantaian ribut sebelum bencana.

Aku bukanlah tabib cinta. Apatah lagi pakar motivasi hubungan keluarga. Dari sekecil masalah cinta hingga belenggu hidup keluarga, entah kenapa ditembak tembus ke dalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon. Tempat bergayut sang perjaka meluah masalah tentang cinta.

Terkadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi kawan, siapa mahu lihat mereka derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut, teman. Paling tidak, hati kau nanti sedikit tenang. Nanti, kau carilah mereka, “penikmat garam” yang lebih usia.

Maaf, entri ini bukan ku tujukan pada pembenci “madu”. Jika anda antara di kalangan mereka, jauhkan diri dari entri ini, bukan dari SangPelangi. Hehehe.. More

Strategi menjana ekonomi untuk laman web dakwah. (skop pengiklanan)

Salam pembaca SangPelangi.com.

Hari ini saya punya beberapa buah fikiran untuk dilontarkan tanpa selindung balik. Simpang siur jalan dakwah kini semakin mencabar, menuju ke era teknologi canggih dalam dunia kini yang kian tiada pemisahnya. Jalan dakwah perlu dinaik taraf seiring dengan letusan teknologi maklumat. Kebaikan dan keburukan sering bertumbuk terajang mendapatkan perhatian.

Sering kedengaran serak garau suara-suara mereka yang menyebut dakwah mesti diberi percuma. Walhal kita perlu sedar bahawa setiap gerakan dakwah perlukan dana yang pelu dijana. Ekonomi gerakan dakwah tidak boleh bersandar pada hasil sumbangan ikhlas semata-mata. Dakwah bukanlah percuma.

Selusurilah jalan-jalan sirah sepanjang dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat. Baginda dan sahabat punya perniagaan mereka sendiri yang hasil keuntungannya diraih untuk memutar ekonomi, mendiri tangan dan kaki, menyuap tenaga menyebar risalah di atas jalan ilahi.. “Sembilan persepuluh keuntungan adalah dari perniagaan”, sudah sedia masyhur. Mereka punya strategi sistematik untuk tujuan ini.

Banyak cara menjana “kertas bernyawa” di alam maya. Sedia maklum, antara yang popular adalah keuntungan yang dicapai dari ruangan iklan-iklan. Jika saya senaraikan satu persatu, boleh memakan masa bertahun-tahun. Hampir setiap hari bakal lahir teknik-teknik baru. Bergelut dengan soal halal haram sangat meletihkan. Bahkan bisa meletupkan perdebatan di kalangan usahawan-usahawan siber dan ahli agama. Buah amal dari pohon ilmu perlu dituai. Kita belajar teknologi bukan untuk urusan dunia semata-mata. More

Dasar Pandang ke India (atau Rahsia Negara India?)

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Awas: Artikel saya bukan untuk bacaan ringan. Kepada sesiapa yang tidak gemar (atau Anti) artikel ilmiah yang panjang berjela, diharapkan tidak meneruskan pembacaan. Anda dinasihatkan untuk beralih ke entri yang lain seperti Video Klip dan sebagainya).

—————————————————————————————————————————

Bila kita bercakap mengenai negara India. Apa yang sedang anda bayangkan? Tubuh sasa segagah Shah Rukh Fhan (Shah Rukh + Irfan)? Adakah tarian-tarian di kaki bukit dan gunung? Atau seragam coklat Inspektor Shabab? Atau ratusan penumpang di atas gerabak keretapi? Atau…. cukuplah ya?

Itu cuma pandangan kita yang telah di”buta”kan oleh demam Bollywood yang melanda di negara kita sejak zaman 60-an lagi. Tapi, tahukah anda negara India merupakan salah satu negara kuasa dunia selepas China? Dengan jumlah lembu yang sama banyak dengan manusia, mengapa India mampu menjadi begitu?

Jadi, teruskan membaca (Diulangi, ini bukan untuk bacaan ringan) More

Bila akhbar cuma indah khabar dari rupa…

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Sejak akhir-akhir ini, satu persatu pembongkaran pelaburan internet palsu dilakukan. Sehinggakan ada kakitangan kerajaan sendiri yang terlibat dalam pelaburan tersebut. Segala jenis manusia terlibat sama tidak kira yang bergelar doktor, jurutera, apatah lagi yang bekerja biasa-biasa.

Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak yang kita dengar. Beberapa ulasan dari ahli ulama’ berkenaan hal itu sudah cukup menjernihkan keadaan. Ada yang sedih, kerana kerugian melampau, malu pada saudara kerana telah terjerat sama. Bagaimana pula keadaan tokey-tokey yang mengaut untung? Cuma dibiarkan terlepas berpesta di luar negara (barangkali), tanpa kita sedar, “orang kita” yang menjadi dalangnya.

Namun, apa yang membuatkan aku bising hari ini, bukanlah aku antara mangsanya, atau aku yang menjadi pengikir duit mereka. Tetapi kerana fungsi akhbar pada hari ini yang “cuma indah khabar dari rupa” itu yang sedikit mengecewakan aku.

Mereka lantang bersuara menindas dan menolak skim-skim seperti ini. Skop kupasan isu itu dipampang berhelai-helai untuk mengatakan “tidak” pada skim pelaburan internet yang meragukan.

Tetapi malang sekali, tanpa mereka sedar (atau mungkin buat tak nampak), More

PERUTUSAN UTK BAKAL GRADUAN !! –utk melangkah alam kerja–

posted by Al-Irfan in Kaca Mata Usang

Nasihat kepada bakal graduan (IT) !!!
 (get from Abg Tariq…Thanx abg tariq…pernah disiarkan pd 16Disember2005 di http://alirfan.blogspot.com)
dedak writes “Artikel di bawah ni ada yg saya tak setuju dan bnyk yg setuju. Masing2 buat penilaian masing2
.
Salam
kepada rakan rakan. saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam
menemu bual bagi mengisi jawatan kosong untuk syarikat tempat saya
bekerja. pagi itu, saya di amanahkan oleh bos untuk interview 5 fresh
grad yang terdiri dari bangsa melayu saya sendiri.
.
saya merasa
bangga kerana diberi penghormatan untuk menemubual mereka yang
mendapat kelulusan tertinggi di universiti masing masing.
.
4 dari
mereka adalah lulusan teknologi maklumat dengan CGPA 3.5 ke atas dan
seorang dengan master degree in computer science. mereka adalah dari 2
dari uitm
, 2 dari uia, sorang dari um. nak ikutkan, mereka memang jauh
lebih hebat dari saya, kerana saya hanya tamat pengajian secara cukup
makan dari universiti tak terkenal di east london. atas kertas, mereka
memang hebat. ada yang spm 8A.tetapi malangnya, kelima lima mereka sudah
tidak bekerja antara 6 bulan hingga 2 tahun. selepas menemubual kelima
lima mereka, saya merasa teramat kecewa. sorang pon tak dapat di
ambil bekerja. sebabnya adalah seperti berikut:
.
1) english teruk,
terlalu teruk. dalam resume, penulisan mereka dalam english
memang jahanam. tapi saya hairan kenapa SPM mereka english A1. padahal
saya hanya C3 tapi saya boleh berkomunikasi seperti seperti biasa.
kita syarikat IT yang berurusan dengan syarikat gergasi asing,
tapi kalau english hancus, susahlah.
.
2) kelayakan akedemik hebat,
tapi skill habuk.realiti check. TIDAK ADA lagi syarikat yang mengambil
pekerja untuk memberikan pengalaman dan pengajaran kepada kamu. skarang
sudah terbalik. syarikat skarang mahu pekerja yang diambil sudah
mempunyai skil skill yang diperlukan.
.
3) berbohong dalam memberi
jawapan.
apabila saya tanya dan jika tak tahu, be honest, cakap sahaja, I
DONT KNOW. itu lebih baik dari memberi jawapan salah dan paling teruk,
bohong.
.
4) tidak ada keyakinan diri. ini yang dulu dr mahathir
selalu kata, bangsa melayu selalu tidakberkeyakinan. bila dia buat idea
nak buat kereta sendiri, orang kutuk. ada ke orang kata, malaysia nak
buat jarum pon tak mampu, ni pulak nak buat kereta. ini adalah kata kata
dari mulut orang yang tidak ada keyakinan. masa saya interview
bangsa bangsa saya, mereka gagap, blur, blank, blackout, mental,
terketar ketar. yang ada master degree tu pon cakap uuu aaa uuu aaaa.
ada yang mumbling. kalau soalan saya yes or no, jawapan mereka itu semua
adalah konspirasi pihak tertinggi
‘.; lebih kurang macam tu la.
.
5)
mintak gaji tinggi melampau. realiti check again.skarang market
mencabar. kalau awak ada degree, itu bukan tiket nak mintak gaji
tinggi.skarang labour dari india dan china murah. dan skill mereka
hebat. free market beb. takkan taktahu kot. esok lusa, dengan afta,
wto
, dan segala gala kapitalis market yang ada nak cuba penetrate negara,
jangan harap la kerajaan nak selamatkan kita lagi. we are on
our own competing with highly skilled (and CHEAP) indian programmer.
kalau skill takde, niat nak belajar dan dapat experience dulu, pandai
pandai la bawak diri, mintak gaji seciput ajek. rm500 pon takpe.jangan
malu dapat gaji rendah tapi awak ada master degree. pengalaman dan
pelajaran itu adalah emas. tapi ada yang mintak gaji rm2000 dan kata kat
saya ‘ i can learn!’.
.
6) universiti ajar untuk HAFAL? saya
rasa begitulah. kerana CGPA mereka hebat hebat. bila saya buat test,
suruh buat simple programming,tanya apa beza antara hub, switch dan
router,tanya berkenaan dengan system, tanya tentang TCP/IP, OSI layer,
(tu semua basic tu dan semua budak IT mesti tahu!), mereka semua kantoi.
tapi dalam CV, semua cakap terre itu dan ini. bila saya test, habuk pun
tak tahu. baru saya sedar, dalam CV deorang kata deorang tahu macam
macam skill just to secure an interview!
.
saya hairan, apa yang dok di ajar kat universiti awam ni? politik?
.
nasihat saya kepada yang masih menggagur.
.

1) improve your engish!
.

2)
tambahkan skill! tapi mesti la skill yang berkaitan. kalau awak graduan
IT, jangan la kerja kilang plak. start sumwhere which is related to your
qualification. kerja kat imbi plaza atau low yat ke for 6 month, then
quit, then start as a sales exec in an IT company. work for a year. grab
the experience. gaji rendah pon takpe. sementara tu,berjinak jinak la
dengan programming, networking dan system.
.
contoh contoh skill yang penting
service:
sms gateway, ldap, ad, exchange, qmail,exim, samba, dns, dhcp
firewall platform : any *nix flavor, free bsd, server 2003,
any linux
distro programming:
php, java, C, perl (jangan datang IT interview dan
kata awak terre visual basic!!!)
db:
mysql, oracledb, ms sql server.
(jangan datang interview dan kata awak terre access!!) hardware: sun,
ibm, hp, dell
server network: nortell, lucent, checkpoint, cisco
.
belajar
dan concentrate 5 atau lebih dari teknologi di atas tu. takyah la
belajar semua. cari kat internet, ebook ada banyak. gaji dari yang
dapat dari kerja awak tu beli le pc buruk 2 bijik, buat test. start
sumwhere. zaman 90an sudah habis. ini sudah masuk zaman di mana melayu
kena bangkit dan usaha secara keras dan strategik.
.
tapi paling
saya bengang. kalau tak dapat kerja tu,jangan la kata plak nak dapat
kerja skarang kena ada ORANG DALAM. dalam erti kata lain. kroni. —rezeki
masing masing. kalau tak dapat kerja, takusah salahkan orang dalam.
salahkan DIRI SENDIRI.

————–KTERANGAN YG XDE KAITAN DGN ISU DI ATAS—————
nasihat ni sgt berguna kpd ssiapa yg plan nk keje makan gaji…(opss silap..nk kate bergaji tetap sbnanye..hehehe)
tp kpd sape2 yg plan nk keje sndiri..pon kne amek tau jgak..sbb mende ni smua adalah “Zat Bergizi dlm IT”…nak bela ayam pon kne gune komputer tau skang ni…ahakz..
lgpon bangunkan ekonomi umat islam itu lebih dituntut kan?..why?? tgk je la palestin tu..ksiann..

“Muslim Kaya, Islam Kuat”

–> slogan dipetik drpd Abang Mokhsani, Presiden (IPIJ) Ikatan Persaudaraan Islam Jepun 2006

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.