Bedah Buku : Dinding Kebodohan

posted by Al-Irfan in Bedah Buku

Setelah hampir dua tahun lebih mengikuti perjalanan gerak kerja IPIJ, ada satu aktiviti rasmi yang aku lihat sekarang seperti sudah sebati di kalangan kami. Aktiviti itu (atau bisaku bahasakan ia ‘budaya’) dikenali sebagai budaya mem”bedah” buku.

Macam-macam cara dan teknik yang diperkenalkan. Ada satu cara itu, subtopik dibahagi-bahagikan kepada setiap ahli kumpulan untuk dibedah, kemudiannya dihimpunkan semula untuk dibincangkan. Contoh lain pula, semua orang diwajibkan membaca keseluruhan buku, kemudiannya dibincangkan di dalam kumpulan kecil. (Tugas berat tersandar di bahu moderator, kerana mereka pasti akan menggigit dan mengunyah buku itu supaya dapat disimpulkan sebaiknya nanti. Hehe)

Baka No Kabe (Dinding Kebodohan) sasaran buku yang akan dibedah.

Mula-mula, aku tak nampak apakah faedahnya program sebegini. Aku sangka ia cuma akan membuatkan aku menguap lalu terhangguk-hangguk berzikir dengkur. Apa bisa aku seronok dengan buku yang diulas orang kalau sendiri tak menikmatinya, kan? Pastikan anda punya waktu yang cukup untuk meneruskan bacaan. Entri saya agak berat kali ini. Klik sini untuk teruskan membaca.