Archive for the Aku Sang Editor Gila category

Terapi Menulis dan Bercakap Seorang Diri.

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Menulis tidak sama dengan bercakap. Kedua-dua terapi ini jauh berbeza sama sekali. Dari segi gaya melakukannya, keadaan rohani fizikal spiritual, dan dari segi kadar impak.

Aktiviti bercakap seorang diri, kita tidak akan mengedit semula apa yang kita cakapkan. Jadi, kita akan bercakap saja tanpa ada ‘dinding-dinding kebodohan’ yang menghalangnya. Kita tidak khuatir, kerana kita bercakap seorang diri. Namun, terapi ini kurang efektif jika ada orang lain di depan kita. Kerana orang Melayu lebih tahu, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’” Itulah dinding kebodohan. Baca lagi.

Kepercayaan Adalah Matawang

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Pernahkah kalian alami satu kegembiraan yang memuncak? Waktu itu, saat menggenggam stereng kereta masih dikerubung getar, nafas keluar masuk bagai dipam dengan pemadat udara. Biarpun di perut kesesakan jalanraya, senyum masih tidak serik menguntum. Apa yang dilihat di depan, bukan lagi asap berkepul atau abjad angka di punggung kereta. Seronok. Puas.

Hari ini adalah hari paling bertuah bagi diriku. Saat diserahkan kunci, dihulurkan cek puluhan ribu dengan satu amanah dan kepercayaan tertinggi, kepada aku bernama Irfan, insan yang tiada punya apa-apa melainkan bertan-tan semangat dan kemahuan memarak. Sebuah perjalanan hidup yang pernah kulakarkan dalam perancangan hidup, moga-moga sepadan dengan apa yang direncanakan Tuhan. Baca lagi.

Ke mana selepas ini aku dicampakkan?

Persoalan di tajuk itu, kononnya berbau nasib kita sejurus ditarik nafas oleh Yang Punya Nyawa. Ke neraka, atau ke syurga? Kalau ke neraka pula, di lapisan yang mana? Sama halnya andai ke syurga.

Ya, boleh juga persoalan itu dipandang begitu.

Selepas ini, ke mana pula aku dicampakkan?

Ah, aku tidak sekali lupa, saat ayat ini pertama kali merasuk ke pemikiranku.

Ketika itu, aku bersama teman-teman seperjuangan lain bermusafir ke sebuah tanah dingin di utara Jepun. Kami berjuang buat kali yang terakhir bagi mendapatkan tempat di Universiti Muroran (kejuruteraan aero-angkasa ada diajar di situ). Muroran, tanah terutara dan tersejuk pernah kujejaki di pulau Hokkaido. Ia adalah destinasi terakhir kami, musafir terjauh dan terkesan di dalam diri. Entri yang sedikit panjang. Hati-hati menjaga waktu. Klik bagi meneruskan bacaan.

Pelaburan yang Untung Dua Kali Ganda

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Dulu, aku pernah tertanya-tanya, kenapalah agaknya aku seronok bekerja menjadi seorang editor buku. Pernah juga termenung seorang diri menghadap bukit Batu Caves dari kejauhan, semata-mata mencari jawapan ini.

Tidak tahu dari mana datangnya kebahagiaan yang membahagiakan ini, sehinggalah aku ditemukan oleh Allah kepada situasi yang mengujakan. Klik jika ingin melihat banyak gambar di dalamnya.

Eksperimen Gila: Menjaja Buku di Jalanan

posted by Al-Irfan in Aku Sang Editor Gila

Tuan, pinjamkan saya lima saat?

Kata-kata itu yang pertama kuucapkan pada seorang lelaki yang sedang menghirup kopi putihnya. Tanganku kemas menayangkan sesuatu. Di meja petak itu, tiga sahabatnya juga terpaku merenung apa yang sedang kugenggam keras. Seorang daripada mereka cuba menyentuhnya. Dengan lembut kutarik ke belakang, mengelak sedikit. Senjataku cuma satu, grafik pada kulit buku. Klik untuk baca lanjut.

Entri Terkini
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.