Archive for the Aku di Jepun category

Tertekan!! Aku ditangkap polis.

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Deruan “tren peluru” sebaris dua yang sangat bingit; desingan suara interkom berdesibel 4 kilo barangkali, sedikit pun tak mengganggu perasaanku. Bondongan manusia yang berbaris dan berborak sesama mereka, aku rasakan suara mereka seperti bisikan semut pada gajah. Aku seakan di tengah lapang yang sunyi dan bertemankan lalang-lalang yang ditiup angin.

Aku termenung sendirian sambil menunggu ketibaan tren yang sebenar. Hati ini masih berkecamuk. Aku tahu, dan memang aku pasti aku masih lagi waras. Aku tak sebodoh lembu untuk melakukan itu.

Aku masih ingin bersendiri. Emosi sedikit terganggu. Memohon padaNya agar menunjukkan alamat dan hikmah disebaliknya.

———–Siri flashback————–

Entah kenapa, kaki ini terasa diikat bertan-tan besi sewaktu melangkah. Dalam masa yang sama, hati ini meronta-ronta kehendak untuk berjumpa dengan sahabatku. Sesekali melihat fail-fail laporan yang masih terbengkalai, toleh pula pada petak-petak jadual yang semestinya padat. Di tengah-tengahnya adalah wallpaper wajah-wajah sahabat rapatku. More

Bahasa Jawa ; Jerman dalam Bahasa Jepun?

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Semalam, pengenalan subjek-subjek untuk semestar ini. Menurut Yu (senior aku), tahun 4 adalah lebih senang berbanding tahun 3 kerana masa kuliah banyak dihabiskan untuk projek robotik.

Subjek kali ni mungkin lebih sedikit jumlahnya, cuma penambahan beberapa subjek baru dan beberapa penekanan dalam subjek pengkhususan tertentu yang lebih mendalam.

“Apa mau susa…you just cari amazing idea for your robot, then 1st prize will be yours maa..”, loghat Mang-lish nya masih bergetah sekelat pisang muda.

“Ala Yu.. you dapat grup rajin memang la best.. tengok grup I semua stok tido dalam kelas.. macam mana nak 1st prize?…”, kelibat Tatewaki dan Funatsu yang sedang tidur tiba-tiba melintas di benak ini. Merekalah antara insan-insan yang sering menjadi senarai terakhir dalam pemilihan ahli kumpulan. Aduhai, malang sungguh dapat kumpulan “ahli-ahli sisa” sebegini rupa..

Bila terasa beban dengan kerja makmal itu, terbayang pula beberapa huruf Roman yang bersimbol pelik. Itulah huruf-huruf yang sering menjadi bahan ketawa di dalam kelas bahasa Jerman tadi.

Sekali-sekala aku terfikir, seperti malu juga belajar bahasa asing begini. Masakan tidak, kalau diperhatikan susur galur keturunanku, memang ada janggalnya. Aku yang berdarah campuran Jawa-Bugis, masih tidak mampu bertutur dengan lancar bahasa ibundaku sendiri (bahasa Jowo). Inikan pula terhegeh-hegeh mendalami bahasa Jerman dan Jepun.

Mahu tahu apa yang buat aku sibuk, walau hanya dengan sehalaman buku Jerman itu?

Aku memerlukan banyak perkakasan untuk tujuan itu. Bila terjumpa perkataan Jerman, ku selak kamus Jepun-Jerman setebal bongkah batu. Bila baca penerangan kamus itu terlalu berbelit (dalam bahasa Jepun), ku tekan pula punat-punat kamus digital Jepun-Inggeris.

Betul kata orang, “nasib baik” takkan selalu menyebelahi kita. Ada juga sesetengah perkataan Inggeris yang agak janggal bagi aku. Al-maklum,aku bukanlah pencinta novel Inggeris, apatah lagi peminat filem mereka.

Senjata terakhir, kamus Oxford itu juga bertindak di saat genting. Terjemahan Inggeris-Melayu itu benar-benar menjadi penyelamat. Hai kamus Oxford.. tak sia-sia ku tolak Maggi ketepi, ku beratkan bagasi terbangan semata-mata keranamu..

Bahasa Jowo dalam bahasa Jepun? Entahlah.. tak pernah pula kutemui buku sebegitu sejak keberadaanku di sini.

Tapi kalau bahasa Jowo yang di bawah ini, memang WAJIB belajar pun. hehe..

Misi Aku 10 Tahun dari Sekarang :

1. Lancar bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab. (maksud saya bahasa Arab yang diguna dalam Al-Quran ya.)

2. Bertutur Bahasa Mandarin (dapat asas pun jaaaadi lah)

3. Berinteraksi selaju air dalam bahasa Jowo. (Cabaran dari Abah aku)

p/s: bahasa Jowo memang dah mula sejak tahun lepas. Dah hafal separuh kamus Wak Jaman

Mouri Sensei.. benci orang asing??

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Tadi kertas Denjiki (electromagnet).. soalan yang diberi memang agak “Sejibik” macam dalam report yang dia suruh hantar kelmarin. Tapi, soalannya tidaklah sesenang makan kacang NganYin. Mungkin tiada masalah bagi sesiapa yang dah kuasai rumus dan formula berkaitan.

Masa yang diberi adalah 1jam30minit, aku siapkan semua soalan dalam 45 minit termasuk menyemak semula hampir 10kali. Aku ada lagi banyak masa terluang yang perlu diisi.

Serupa dengan rakan yang lain, hampir separuh kawan sekelas yang dah minta keluar. Tinggal beberapa orang lagi yang masih memandang langit sedang mencari ilham agaknya. Ada juga yang sudah mendaratkan kepala di atas meja untuk mengulit mimpi-mimpi indah.

“hmm.. takkan aku nak tidur kot?? rasa mcm kurang hajar pulak nanti” Senior berpesan untuk memberi contoh terbaik sebagai seorang warga Malaysia yang Muslim. Nak balik awal? Nanti nak buat apa pulak kat luar tu? Bukan boleh balik bilik pun..”

Jadi, apa yang aku buat?? Inilah dia..

Nama karikatur yang aku lukis ni ialah.. Mouri Sensei. Aku melakar wajahnya di kala kebosanan membara.. Umur dia lingkungan 50-an, sedikit uban dan sangat garang.

Sejak awal-awal aku mengikuti kuliahnya, dalam sehari hatinya tidak akan senang kalau tak “sembang geybang” (istilah di ATMA, sumbangan Acat). Ada sahaja benda yang ingin di“belagak“kan setiap minggu.

Teringat pesan senior aku, Yen Ling namanya.. “You jaga-jaga sikit dengan sensei tu. Kelas dia memang boring. Lebih banyak bercakap besar daripada mengajar.. Kalau you tak faham, boleh tanya kat I, atau tanya kawan-kawan yang atama ii (bijak). Kelas dia memang ‘ZERO’…More

Akukah itik berbahasa ayam??

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Kisah ini baru berlaku malam kelmarin.

Di mana sedikit sebanyak memberi aku gambaran sebenar dengan tahap orang Jepun yang selalu mereka bangga-banggakan. Coretan ini bukan untuk bertujuan untuk riak ataupun menunjukkan siapa yang lebih hebat. Tapi, ia sekadar untuk renungan semua bahawa kita sebagai manusia ada kurang dan ada lebihnya.

Aku bersama rakan-rakan seJepun yang lain menyertai satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama iaitu Pertandingan Kuiz. Peserta kuiz dibahagikan secara bertiga-tiga mengikut kumpulan aras. Ditakdirkan pula aku ditempatkan sekumpulan dengan “fuikichou” (ketua blok).

Untuk pengetahuan semua, Fuiki ini memang sudah lama menyimpan dendam padaku (aku agak saja). Sejak mula aku mendarat di kaki Fuji ni, ada saja salah yang dicari.

More

Aku nyaris2 dimasukkan ke Wad..kesan Virus INFLUENZA..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

jam menunjukkan 7am, sepatutnya aku turut bangun mnyertai perhimpunan bulanan di pagi sejuk itu…
.
“Irfan san.. Daijoubu desuka??” (irfan..kau ok ke?) Ketua Aras Blok menggerakkan badan ku yang lemah tak bermaya..
.
“Chotto amari genki jyanaidesuga.. ikanakya ii kana..” (saya mcm xbrape sihat..baik xyah pegi kot?) aku cuba juga untuk menjawab walaupun hampir sluruh tubuhku ini tidak mengizinkan untuk meluahkan kata..
——————————————————————————————–
dipendekkan cerita..aku dibawa ke pjabat oleh Tutor aku…
bjalan jugak lah aku ni terhegeh2 semata2 nak dapat cuti MC..
.
sejurus pintu ofis dibuka..Semua orang terkejut!!!!!
“haa???? IRFAN san mo’??????” (irfan pun??) semua orang terkejut memandang aku yg sedang bertopengkan topeng jerebu tu..
.
aku pun terkejut la jgak…bila aku tengok kat papan hitam kt ofis tu,
“SENARAI PELAJAR PULANG MINGGU INI”
ada 12orang semuanya…SUSPEK VIRUS INFLUENZA….
8 daripadanya masuk Wad..
.
hmm..Virus ini semakin tersebar meluas di Jepun, Media sudah pun memberi amaran kpd semua orang utk berjaga2…
Batuk2 dan demam berlarutan seminggu yang aku hidapi..rupa2 nya adalah kesan daripada Virus ini..
.
aku dikejarkan ke klinik berdekatan oleh Yamamoto San (orang ofis..paling kamceng ngan aku)..untuk mengelakkan dia juga djangkiti..aku memilih tempat duduk di belakang dan aku menutup seluruh muka dengan tuala kecik yg slalu dibawa ke mana2..
More

Sejarah takkan pernah mengajar mereka..ishk2..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

17November, mcm mggu2 lain jgak, aku masuk bilik mentor borak2.
Setiap minggu pasti ade jk bnde yg ktorang borakkan, smpai bercawan2
kopi kitorang layan. Dari sebesar2 isu dunia dan kes negara hinggalah
sekecil2 hal peribadi yang kitorg share bsama. Hampir setiap kali
perjumpaan,apa yang dibualkan pasti Ohara (cekgu mentor aku) akan
dikaitkan dengan Islam dan Malaysia..hmm..

.

Isu petang tu agak menarik..

(hehe..mcm biase, aku tulis dlm bntuk dialog la eh? saje nk bg korang rs situasi sebenar..)

.

“Sebenarnya, saya tertanya-tanya knapa Malaysia hantar pelajar mereka belajar di Jepun?”

Apa istimewanya Jepun?” (kaler biru ni Ohara punye suara)

.

“Bg Mesia, Jepun negara membangun. Bukan sj dr teknologi, tapi dr segi
sopan santun adat budaya orang Jepun pn mmg kitorang contohi..”

.

“Aikk?? Sampai mcm tu skali ke pndangan org Malaysia?”

“Hehe..tapi saya malu dgn bangsa saya sendiri. Wakamono (orang muda)
Jpun zman skarang dh lain. Prangai mkin teruk. Nsib baik saya boleh
bsabar, kalo x mmg sy dah lama tumbuk org yg bwat bsing ms kuliah sy
tu..”

“Awak pn ade prasan kan?? Stuju x??”

.

“aaa…erm….ada la jgak”

(agk malu2 utk mgaku, sbb xsmpai ati aku nk ktuk diorang dpan Ohara)

.

Aku terbyang suasana klas td..dak2 Jpun mcm dh xde hormat lgsung dgn
guru..kalau bertembung dh xde lg tgur2/ucapan aisatsu..Diorang sesuki
ati nak tido time kuliah ke, nk mkn mnum berborak gelak2..Apa yg
pelek,diorang lg hormat kt snior SAJA..(mgkin kwn2 lain kt Jepun pn ade
prasan jgak, kn?)

.

Mungkin ada sesuatu yang berlaku,

“Knape bnde ni bole terjadi?? Bkan ke hormat pd yg tua mmg dh jd adat budaya org Jepun? Zaman dulu2 mcm mane plk?”

.

“Dulu..ms sy kcik2..mmg lain, ktorg lg tkut nk
pndg muke sensei kalo tembung..kalo nk ckp pn gune ayat2 teinei (sopan
gile)..contohnya word “Watashi” (saya)…zman skarang kalo dgn sensei
ckp “Orei” (aku) pn mcm dh jd biasa..”

.

“Sebenarnya ini kesilapan mak bapak zaman skarang. Sejak Hiroshima
& Nagasaki kene bom, diorang dah merasai peritnya hidup ms kcik2
dulu. Bile diorang dh jd mak bapak skang ni, diorang xnak lagi anak2
diorang mrasai keperitan mcm diorang.”
.

“Anak2 mintak ape2 jk..nak itu..nk ini..smua diorang dpt..asalkan berduit..”

“So, jadilah mcm skarang ni…anak muda makin malas…kurang hajar..tak ada semangat..”

“hai..mcm mane la agknye Jepun 10tahun akn dtg ek??”

.

“Inilah akibat kemajuan..graf lengkung takkan terus naik..pasti akan ada kecerunan ‘zero’ nya… “

fuhh…siap ada falsafah plk tu..

.

Aku cuma terdiam…mmg xdpt nak bg respon..

(sambil dengo cite die..dh mcm2 air aku rs..Teh Jasmine Kopi Brazil sume aku sental..hahaha..)

.

.

P/s: ini bkn untuk perbandingan..tapi utk renungan…situasi diorang
skg ni takde bezanya dgn kita.. Kalo miskin..susah, kalo kaya pn
susa…hai…betapa mudahnya harta itu boleh membunuh “jatidiri”
manusia mcm kita..(‘kita’ plk, ‘aku’ kot..hehe)

.

Sejarah,

Jadi tauladan untuk masa depan..

Berpotensi juga pemusnah harapan..

.

siapa lg harus kita contoh?

bukan lg pd negara maju,

xde lg pd kaum yg bjalan laju,

tp pd generasi terdahulu…

MERDEKA!!!! (haha..xde kaitan…)

Beza “Aisatsu” & Assalamualaikum..

Pemangku presiden kolej dh bentangkan manifesto die smlm..kalo org mengundi utk pilih die..pilihanraya xkan dijalankan..kalo die kalah, pilihanraya akan dibuka kpd smua org..byk calon lain dh bsedia nk bertanding..(tringat ms zaman MRSM dulu)
.
Ms proses bentang manifesto tu..salah satu cadangan beliau..
“Senior harus mmberi AISATSU terlebih dahulu kepada junior” —agak pelik—
.
Pengenalan AISATSU:

satu kata2 hormat yg diucapkan ketika waktu2 tertentu. Biasanya diucapkan oleh org bertaraf rendah kpd yg tinggi (pekerja –>majikan), (murid–>cekgu)
contoh: Ohaiyo gozaimas (slamat pagi), Konnichiwa (slamat tgahari/ptg), Kombangwa (slamat mlm).
(kt tmpt aku ni,kalo diorang malas, juz ckp “CHIWAS” jk utk gabungan/ringkasan)
.
Satu tentangan hebat berlaku dlm sesi dialog tu. Biase la kan..yg snior sure xstuju dgn cdgn bakal presiden tu..ramai org mmbantah..
.
Kire hangat jgk la dewan mlm tu..
Boleh la aku pick 1contoh. Ade sorang mamat tu, die hujah
“Budaya sblum ni junior yg aisatsu dgn senior,kn? Nape x sume junior amalkan? Ni nk tuka plak. Sblum ni pn, aku sbg snior xkesah pn sape yg aisatsu dulu. Tapi bile aku yg stat aisatsu dulu, junior bwat bodo jek. Xde respon. Mcm xde hormat dgn snior lgsung”
(Lebey kurang cmtu la, aku pn x phm sgt die ckp laju..sila bace dgn lembut,sbb mamat tu ckp sopan gk la,xde la tengking2)
.
Tp aku xphm plk ape jwpan bakal pres tu..X kurang jgk sokongan drpd junior. Isu yg dbangkitkan ‘beliau’ mgkin bertujuan untuk memancing undi drpd kelompok junior (hehe..skema giler ayat ni..). Fuhh..memang perang undi beb..JUNIOR VS SENIOR…jom kte tgk result lps abes bace entry ni ye..
c
Aku pn tiba2 ter pk sjenak. “ape la yg nk digaduh2kan sape yg harus ucap aisatsu dulu..nk respon ke x..ni la ego manusia” masing2 rasa diri lbh berhak dihormati tlebih dahulu sblum nk hormat org.
.
Pstu, ter pk plk psal konsep mmberi salam dlm Islam. Islam dah menetapkan konsep mmberi salam sjak zaman dulu lg.hukum bg salam adalah sunat muakad bg indvdu dan sunat kifayah bg grup sdgkan jwb salam plk adalah wajib fardu ain bg indvdu dan wajib fardu kifayah bg grup. Pstu bkn takat utk hormat jk,siap doa lg tuh.. xyah nk gado2 lg, sbb konsep salam menjurus sifat ikhlas dlm diri.. fuhh..indahnye Islam ni kn?.. x gitu?
.
Smua org diberi skeping kertas bertulis nama bakal pres..dgn 1petak kosong…*tertulis kcik kt bwh: Jika anda menyokong beliau, tandakan “O”. Jika membantah,biarkan ia kosong. Selain dr situasi tersebut,kertas ini dikira “undi rosak”.
.
Ryuugaksei (foreign student) lain xkesa la nk tanda ke x sbb xde efek pn, kalo die mnang ke kalah ke bkn dpt pekdah pn..hehe..tp bile aku ngn Wong borak2 ngn mbe2 lain, kbyakan tak tanda ape2..ermm..ade harapan nk kalah agknye mamat tu..
.
Stelah pengundian undi selesai… ade satu pngumuman plk mlm tu… “BERITA RINGKAS, INI ADALAH KEPUTUSAN PEMILIHAN PRESIDEN. CALON “SI POLAN” TELAH MENANG DGN UNDIAN 60% BERPIHAK PADANYA..bla..bla…” terkejut gk la aku..igtkan die ni kalah, yela..sbb hebat jgak la tentangan kt die td.. erm..suare junior lbih kuat dr snior kot..hehe..
.
SYABAS ATAS KEMENANGAN SI POLAN TU !!!.(x igt la name die..sori eh kpd ‘beliau’)
.
===================T=A=M=A=T==========================
.
An-Nisaa’ (86). Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan
itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah
memperhitungankan segala sesuatu.

.

(Kalo nk rujuk: daawah.comdlm tu ade link utk–> kamarsyurgapemberisalam , adabberisalam )

KURMA (dlm bhs jpun bermakna “kereta”)

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Kurma2Aku kluarkan la kotak kurma tu..jenama Khejur from IRAN..jnis kurma basah..ade 48bijik dlm kotak tu..dak klas aku plk ade 42org (xtmasuk aku)..

aku pn bwat la pngumuman kt dpan..
Arini aku nk knalkan korang dgn 1jnis buah, msti korang xpnah rs buah ni..”
fuh..smua jd snyp..tekun jk diorang tngok kotak kcik yg aku pgang..
.
“Ageruka? Uruka? (nk bg ke jual?)” nk bnde free jk diorang ni..
“Hait, ageru..”
.

“Name buah ni KURMA..”

.
suasana brubah, smua org gelak gile..aku pon heran gk nape diorang gelak..
“Hahahaha..gile ke nk mkn KURMA?? xde name lain ke??” iori san plg dhsyat gelak..
adushh…ALAMAK!!..aku lupe!!..“KURUMA” dlm bhs jpun dipnggil ‘kereta’..
aku pon cpat2 la kaver malu…“TAPI, bukan yg Jidousha tu..” (jidousha pn mknenye ‘kereta’ jgk)
.
sambil diorang gelak tu..aku pn pass2 la ‘kereta’ tu sorang satu..
“Jgn mkn dulu tau..Isshouni taberou (mkn srentak)..”
.
pstu aku terang la sket kt diorang..
“dlm English dsebut ‘dates’, word lain org pnggil TAMAR”
“Byk dtanam
kt Tanah Arab Asia Barat..byk dimakan ms bln Ramadan..tau x ‘ramadan’? smua muslim danjiki (puasa) slame sbulan..”
.

Kurma1“EEEyyyyy..1bulan?? Muri..muri..(imposible)” Katousan nyelit..
“Erm..ktorang dh biase..MOHAMMADO (mrujuk Nabi Muhammad SAW, 1dunia knal Muhammad SAW) ade ajo ktorang mkn bnde ni..dgn 3bijik,kite boleh tahan x mkn utk 1ari..”
.
“EEyy..Arienay jyan?? (x pelek ke??)..kalo aku x ckup 3bijik…mane tahan..” Tatewaki mmg kerek sket..
“Erm. Nk try ke? (hehehe..) kajian mnunjukkan kndungan glukosa dlm kurma ni sgt tinggi..” cewah aku ckp cm ahli sains la plak..
.
“beli kt mane? ade jual ke kt jpun ni? Mareisya karano? (dr Mesia ke?)”
.
“beli via internet..pengedar ade kt Tokyo..msti la ade jual sbb kt Jpun ni ramai jgk Muslim..”
.
diorang siap cium2 kurma tu..siat2 kurma tu nk tgk isi..tah ape diorang check pn aku xtau la..bkn aku taruk racun pn..mcm org JAKUN plk aku tgk diorg ni..
.
bile dh bg sorang satu..
“ima taberuka? (dh bole mkn skarang?)”
diorang pn dh xsabo nk mkn ‘kereta’ tu, xsabo2 nk tau rs die cmne..
“Bismillahirrahman nirrahim (dlm ati)…Hait, Taberou..”
.
smua org pn mkn la..
“haa..Dou?? (amcam?)..kono jidousha wa oishi?? (sdap x ‘kereta’ ni??)”
.
lps tu,dr snyap time mkn tu,trus jd bsing blk..
“WAAA..UMAY!!! SUGEYY!!” AMAi !!! Oishii !!” xhenti2 die puji
-xlarat nk tulis dh,br diorang tau mcm mane sdapnye ‘kereta’ yg diorang mkn tu..
“MANIS GILEER..” (cewah ckp KL plk org Jpun ni)..die ckp jpun la..saje aku tmbah..
.
“Nak lagi!! Nak lagi!! Tarinayyo..(xckup laa)”
“eh, xbole..yg lbih ni utk Ohara..” ohara tu nama tannin sensei (ckgu mentor) aku..
.
==lpas mkn tu,bderet2 org nk beli kt aku..siap order bape kotak lg..==
komen Katou san (kacuk China) : “name buah ni unik, lembut mcm buah prun, manis yg bahagia..” (ape la die mrepek ni)
.
Komen Murayama : “fuh..aku xpnah rs buah yg sdap mcm ni..kalo buah ni glamer,nape ktorang xtau psal buah ni haaa??..”
.
komen Ohara sensei : “Oh, sy pnah rs buah ni ms kt Rochester dulu..kawan sy ramai Muslim..mane awk beli? ade jual ke kt cni??”
.
komen WongTeckSoon (dak Mesia Chinese yg 1flight ngan aku) : “Fullaweyy..saya dgn Heng smpai beli 2kotak woo ms kt UTM dulu..mmg kurma ni jnis mahal punya woo..thanx a ifan”
.
——————KESIMPULAN———————–
nk simpul ape lg?? mmg kurma buah plg besh skali kt dunia..hahaha..

P/S; Nasihat kpd kawan2 aku yg tgh study kt Jpun ni…kalo nk duit raye lebey, jual la kurma..sure laku beb..diorang xpenah rase tuhhh…

skali jilat,trus terjerat..melarat-larat..hehe

telah di”trackback” kan ke blog pakcik Yeh.. korang mesti lawat bace kisah anak sedara pakcik tu.. sronok tau.. boleh klik di sini.

MIMPI BERTEMU “NABI PALSU”….Nauzubillahi minzalik….

Dlm mimpi tu aku tgh shopping kt satu kdai runcit..ms tgh belek2 tin susu pekat nk beli, tiba2 dtg seorang pemuda yg terkocoh2 berlari mendekati aku..Aku xdpt nk cam muke die..tp yg aku ingat,kulit die gelap2 mcm org Negro..
“Tolong aku…Tolong aku..” orang tu merayu mntak tolong smbil tercungap2..
“Kenapa? Kenapa? ape yg bole aku tolong??”
“Aku dikejar orang..tolong..”
“OK2..xpe2.. ko masuk jek kt dlm troli aku ni..nnti aku longgok tin susu ni byk2..msti diorang xprasan”
Orang itu pon trus menyorok..dan aku dgn pantas memenuhkan troli dgn tin2 susu..
Selang brape minit,dtg sekumpulan laki bwk parang, kayu mcm carik ssuatu..
“Mane orang tu?? Ko ade nmpk org hitam lalu sini??”
“OOoo..die dah lari ke arah sana…” -Aku berbohong..
Maka diorang pon berlalu la pergi…

Bila, keadaan selamat, aku tanye die..
“Siapa kau? knape kau lari dari diorang?”
Terjegil mata orang tu..Dgn lantang die bercakap..
“KAU TAK KNAL AKU?? AKU LAH NABI MU..AKULAH MUHAMMAD..”
Aku tersentak…

Nabi Muhammad?? Aku bingung..nape leh jmpe die dlm keadaan mcm ni??
Kalau btol,mmg nak jek rs nye peluk die..tapi aku musykil..nape Nabi Muhammad mcm ni?
Aku sedar ms tu tgh mimpi..so, aku ter pk, ustaz dulu kate Syaitan x bole rupakan Nabi Muhammad dlm mimpi..tp knape aku bole jmpe dgn Baginda..

Aku pon sorong la troli tu bwk die kuar..sambil borak2 (aku pn dh lupe ape ktorang borak)
Mimpi tu tamat begitu sahaja..aku pon terjaga..aku bgn dgn keadaan kebingungan..

Lame aku rahsiakan mmpi ni..mimpi ni brlaku ms aku tgh persediaan nk gi Jepun (2004) UTM(KL)..tiada seorang pon orang yg berani aku nk critakan mmpi ni..

Smpai la satu mlm sjak aku jmpe Boss atau name die Hafidz Afifi (senior aku kt Jpun ni la)..tgh mcm mane bole terkeluar crita mimpi aku ni (ms tu kite tgh crita2 psal kisah2 Nabi Muhammad SAW)..Boss senyuuum jk dengo cite aku..“Aku xbrani nk ckp ape2..elok kau dengo mp3 cramah Ustaz Harun Din ni..InsyaAllah terjawab smua persoalan kau” Aku pon copy la dr hard disk die..


BERIKUT ADALAH RINGKASAN “PERTEMUAN USTAZ HARUN DIN DGN BAGINDA SAW: (utk hadis di bawah, aw kama qol)

1. Jangan ada sesiapa yg mereka cipta hal bermimpi berjumpa dgn Rasulullah SAW,kerana Baginda SAW pernah bersabda “Sesiapa yg berbohong ke atas ku, nescaya dia menempah tempat di dlm neraka” (Hadis Maudhu’) Nauzubillah..

2. Setelah dia berguru dgn ramai Ulama’ dan Sufi Tarekat, fahamlah Ustaz bahawa betullah dlm hadis ada menyebut “Siapa yg bermimpi menemui aku dlm tidurnya, maka seolah2nya dia telah bertemu dgn aku semasa hidup aku”..

3. HADIS SAHIH, Riwayat Bukhari, “Sesiapa yg pernah bermimpi bjmpa dgn aku, dia akan terjmpa dgn aku seperti dlm Kazzab (keaadan sedar) kerana syaitan tidak boleh berlakon seperti aku”
Orang yg mimpi berjmpe Baginda..mmg dia akan PASTI itu adalah Muhammad SAW, dan mesti akan kenal dgn raut wajah Baginda..dan tidak perlu org itu mengaku dia Nabi…

4. Maka, menurut Ustaz Harun Din, syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah SAW..tetapi syaitan hanya boleh mendakwa dia adalah nabi..(Ustaz ade beri bberapa contoh pngalaman hamba Allah yg bermimpi watak mimpi yg mengaku Nabi dlm keadaan hitam, akhlak buruk, pengecut dan mcm2 lg yg buruk)..

(Ustaz pon critakan la pngalamannya bermimpi dgn Rasulullah SAW, beliau crita bkn utk menunjuk2..tp bertujuan mmberi keinsafan..)–mimpi ini telah dirujuk dan disahkan benar oleh Ahli2 Ulama’ Arab dan Ahli Sufi Islam..

dlm keadaan menangis, Ustaz Harun Din menceritakan pengalaman nya..
menangis kerana merasakan kerdil dibangdingkan dgn Baginda SAW..pilu, gembira, bersyukur dan dia pasti itulah Rasulullah SAW…
–sbb kisah tu pnjang, xdpt aku nk tulis kt dlm blog ni–
–(Sape2 nk mp3 cramah ni,klik kt sbla ni Mimpi Berjumpe Rasulullah SAW- USTAZ HARUN DIN saiz 13MB)—

P/s: Kesimpulannya, orang yg aku jmpe dlm mimpi itu adalah syaitan..kerana die dgn bongkaknye mengaku dia adalah Nabi, dan dari fizikal nye yg gelap…pengecut (larikan diri dari ancaman)..Jelaslah aku telah ditipu dgn mainan syaitan…(CELAKA KAU SYAITAN!!!!)

A’UZUBILLAHI MINASSYAITOON NIRRAJIIM….. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….
ALLAHUMMA SALLI ‘ALA MUHAMMAD..

P/s: Kepada sesiapa yg slalu rindukan awek ke, pakwe ke, rndu dgn mak ayah, adik abang, kawan ke (maklumlah kan..aku pon rindu..nak dekat2 raya lah katekan..) ape kata skali-skala kite rindukan Rasulullah SAW plak?? amcam?? (bkn skali-skala, tp spanjang ms spatutnye, kn?)
Jom dengo lagu Hijjaz, tajuk die Rindu… ;)

RAHSIA JEPUN MEMBUAT ROBOT!!!! MESTI BACA!!!

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

JOM KAWAN2 SMUA!!! BANGUNKAN ANAK BANGSA!!!

Tyukf
Pengalaman ni aku msti share ngan korang sume..sewaktu terlibat dengan Pertandingan ROBOCON 2006 (sekolah Rendah) Peringkat Negeri
Shizuoka
..aku & coursemate elektronik engine (Numazu Technical College) ni telah diberi tangungjawab utk menjadi AJK sepanjang Pertandingan Robot tu..tarikh nye 29 Ogos 2006
.

StyhrKami dibahagikan mngikut AJK masing2..Aku dan 3org lagi diberi tugas selaku AJK Pelaksana (ktorang fokus in Referee)…Kami diberi taklimat sehari sblum acara..tentang undang2 setiap kategori..apa yg perlu dilakukan..susun atur gelanggang perlawanan..tentatif program smua..

Sbnanye aku 1st time terlibat scara langsung dgn Sistem Pengurusan bersama Nihonjin (mknenye org jpun)..leceh ke tak tu toksah cite la..smua org 1 dunia pon dah tau diorang ni MANUSIA PALING LECEH di dunia!!! (sbnanye xde keje sgt,cume kne hantar result kt Urusetia jk..hahaha)

.

SdfsfdTapi bukan kisah “lecehnye org jpun” yg nk aku kongsikan.. tapi aku nk share tentang “unik”nya pertandingan ini..ROBOCON ’06 atau *robot contest ni disertai oleh smua dak2 sekolah rendah berumur 7thn~12thn.. bygkn la budak2 kecik mcm adek2 korang tu,bwat robot pstu bole plak main lawan2 dengan robot lain..pastu cube korang *recall blk memori nostalgia korang..apa yg korang bwat ms kcik2?? aku dulu main gasing, bwak kete mainan Tamiya gi skola,main guli,mcm2 lg la…BEZA X ngan diorang?? (tu zman kite la, zman skang PS2, ais box..untungnye dak2 skarang)

.

Dfgsg
OK balik crita asal..
Sepanjang pertandingan..aku tak lepaskn pluang utk ambik gambo,borak2 ngan smua orang yg ade..dari AJK pameran smpai laa pengarah Program (die letcurer kat TOhoku University)..siap ngan dak2 kcik sume aku interview..
Aku sangat terkejut dgn
robot2 yg diorang bwat..kecik2 dah bole bwat robot yg agak kompleks walau pon diorang xreti lg nk lap sndiri hingus yg meleleh.. hahaha.. rsenye tak logik diorang bwat sndri..tapi setelah aku siasat..mmg bnar 100% hasil diorang sndri..

.

DsgsdfgsdfgTjfyjHasil interview dgn bdak skola..
kat skola diorang ade Kelab Robotik, kat klas ade subjek robotik 1jam dlm 1minggu..diorang diajar tentang cara2 berfikir utk mghasilkan robot..DIULANGI>> CARA BERFIKIR!! bukan cara nak bwat robot tau..pstu ade plak tayangan video dan bengkel2 khas…selain itu, stiap hujung minggu,pihak skolah menjemput student University utk bantu dak2 kcik ni buat robot..

….
.

Untitled1Sebenarnya robot diorang tidak lah sehebat robot2 yg power2..without sensor..no wireless..no “auto-move” system..no computer scripting..cuma simple..ade motor..ade tayar..ade “tangan robot”..ade controller..itu sahaja..tapi robot itu mampu bergerak rempuh halangan (konsep rantai kereta tank)..angkat bola pingpong..siap passing2 bola pingpong dgn robot lain..(jgn lupe tengok movie kt bwah tu tau..;). Yang hairannya, bile robot diorang alami kerosakan, tiada siapa org yg bantu kcuali teammate sendiri..Mmg bersungguh2 la.. (smpai ade cekgu nk pgang skrudriver pon kne tepis tgn die)

.

Dsfgsfdgdari pihak TAMIYA sndri,
KOS nk bwat robot sgt mahal dan sudah tentu mustahil pihak skolah/murid nk tanggung smuanya..pstu aku dpt mengesan lg “rahsia” diorang lpas aku borak2 ngan wakil dari TAMIYA..
“Pihak kerajaan Jepun dah peruntukkan pbelanjaan khas utk pihak Skolah bangunkan kelab robotik. Ade jugak pihak2 swasta yg menaja skolah2 yg berpotensi mcm TAMIYA, DUNLOP, SONY, FUJITSU..selain tu jugak,ade jugak family2 kaya yg sggup kluarkan duit utk anak diorang join kelab robotik..” -–semangat nye mak oiii—

.

Asgsdhffcompany yg dulunye fokus pd mainan kereta mini (ape yg korang knal sbg DASH series) kini sudah beralih arah..syarikat dah mula kluarkan spare-part utk Robot mcm skru,gear,plstic board,engine (motor),controller dan set2 robotik lain utk dijual..selain menaja sekolah2,TAMIYA ade bwat bengkel utk kanak2 minat kt robot..
.
.
.


Doraemon_laberinto
OK..kite dengar plak ape Pengarah ROBOCON tu ckp
..
(aku borak ngan die ms mnum teh)..
“Jepun sudah 30tahun wat ROBOCON..ROBOCON mmbentuk pmikiran kanak2 yg kreatif..bkn stakat itu, murid2 yg berpotensi akn diserap pulak ke Sekolah Teknik.. Smua ini bermula setelah wujudnya DORAEMON..siri kartun yg memecah HIT oleh kanak2 Jepun dan telah mem”buka mata” kerajaan..DORAEMON membuka sejarah baru dlm revolusi ROBOTIKUNASI (aku reka tau word ni..jgn caye plak..hehe)..kerajaan berterima kasih dgn DORAEMON..” –dah la slanga Osaka,pening nk phm,tp angguk2 je la..hihi—

.

skian…kalau nk gmbo byk2..tak larat nk upload smua..byk sgt..
kalau
nak movie..klik kt bwah ni,ok? Tapi kalo boleh, kene patah balik gi sini la eh..sbb kne
bace bwh ni smpai abes tau..then, bg la komen ape2 jk yg korang suke..
gi kat sini –>http://www.youtube.com/watch?v=7JaA4GlO22o

.

RUMUSAN dan MORAL—
1. Pemikiran utk Robotik Jepun sudah dibentuk sjak kanak2..
2. Utk mencapai satu misi negara..smua pihak msti berganding bahu..
3. Mcm mana dgn anak bangsa kita sekarang? Ape?? main gasing lg ke??
4. Malaysia msti bentuk pemikiran kreatif bermula kanak2..
5. Kalau xde 1st step, xkan ade step seterusnya..(phm ke??)

.

——-KETERANGAN YG XDE KAITAN NGAN ISU DI ATAS-——-
p/s: tringat dulu ms kecik2, abah marah ktorang sbb tengok DORAEMON mghrib2.. sbb abah kate “mghrib2 tak elok dpan TV,patutnye gi masjid,smayang jmaah..lgpon, doraemon tu tak logik dan mmbuat budak2 berkhayal yg bukan2..” AKHIRNYA KINI..baru skarang aku tau..
-tindakan abah marah ktorang mmg btol, sbb ktorang tgk doraemon mghrib2..
-Doraemon tak salah, sbb die mggalakkan kanak2 berfikir “out of de box”
-yang bersalah..pihak TV..sbb siarkan kartun tu mghrib2..menghalang kanak2 buat ibadat.. so?? pikir2 kan lah..kalau x stuju pndapat aku..sila utarakan di ruang komen..

SUKARNYA BAHASA MELAYU?? yeke?

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

“PAK ERFAN..berangkat pulangnya bila? jika mau ke Numazu, bisa saja saya antarkan ke sana, apa lagi saya juga mau ke Mishima.. Numazu dan Mishima sepelaung saja kan?
boleh juga nanti mampir ke tempat saya, bersiar2..”
Pak Omar,manager Mitsubishi Spare-part Stor, menawarkan kereta besarnya utk aku tumpang (Honda ape tah, mcm Serena la gk), mase tu ktorang dah abes makan lpas smayang jumaat kt msjid Fuji..

aku jwb cm ni..
“Eh, xpe ke? Saing skali jalan ke? Densya yg sy nk naik pon dah terlepas ni..”

“APA???? TERLEPAS?? Gerabaknya mecet?? Innalillahi wainna ilaihi raji’un…”
“mujur saja pak erfan selamat..syukurlah..
kapan jadinya? brapa korbannya??”
Tiba2 die cemas semacam dan gelabah…sambil memegang tangan aku cek ape tah..

“hahahaha..” aku gelak kat die..sambil pegang perut aku gelak kt die..

tiba2 Imam Fatah mencuit..”eh,xbaik gelakkan orang..”
Fatah pon aku tgk die tahan gelak gak..aku cuit balik die..
pstu TERlepas la gelak die yg xbisa dibendung lagi..tapi masih ketawa kcil yg ada batasnya..

Pak omar garu pale..n muke die yg pelek tuh bwat aku xtahan nk gelak..tp thn a jgak..

Fatah pon terangkan la kt die..”bukan begitu pak..maksud pak erfan td,die dah terlepas tren yg die nk naik ni.. alaaa…ape ek word indon tu..”

aku mencelah.. “Adush..susa jgak bhs indon ni ek?? erm..HAAAA..TERLAJAK!! phm ke? alamak..ape plk mksud terlajak ek??”

masing2 sedang gelabah dan pening mncari pengertian “Terlepas” ni..

“ala..mcm dlm pantun tu..
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah giler..
pernah dengo pantun melayu tu?” cewah aku berpantun la plak..

Pak Omar semakin gusar..mmg sah dulu xpenah gi skola melayu die ni..

Terlajak??? eh..dari bahasa mana pula ni? Pantun apa tu? pantun baru??

Kalo bahasa Jepun disebut apa?? Alahai kamu ni..saya pun bisa ngombrol juga nihonggo sitik2..”
(*aku pon bole gak ckp jpun skit2..)

Fatah pon ade bgtau yg die xtau byk sgt word jpun ni..
Tiba2 datang la idea kt pale otak aku ni..
“AAAAAaaaaaaa…. MANIAWANAI*maniawanai to iyu kotoba shitteru??”
(*word ‘maniawanakatta’ tau x??)

“hahaha..Souka?? Sou ney…Shitteruyo
kali ni pak omar plak yg gelak..

“OOooo.. bilang saja tak punctual..itu pon sudah cukup..hahaha ..saya pikir gerabaknya mecet barangkali (gerabak tren terlepas dari landasan)..hahaha..”
kali ni die plak yg gelak..

Aikk?? tak tringat plk aku nk gune word english…poyo plk pkcik ni nk gune bhs omputih..haha

tiba2 ketawa pak omar terhenti..

“Eh? ‘Saing sekali jalan’ tu apa?? bersaing lomba di jalanan??”
Pak Omar tambahkan pening ktorang..

“ADushhh!!” tepuk dahi si Fatah tuh..senyum jek..
baru die tau peningnye “BAHASA MELAYU”..

Saing skali jalan..maknenye.. bertolak dengan serentak..berjalan bersama2..”
itu mmg ayat yg paling jelas imam Fatah tu eksplen kt die..kalo x phm..mmg aku sekeh jek pale die..hahaha

“OOOoo..bahasa Malaysia ni macem2 ya..bisa bikin kepala pusiiingg banget..” pak omar kaver bengang la tu..

pastu die pon gi la start kete beso die tuh..pstu aku tompang la ngan die blk umah..

====abes dah====bosan gile arini..saje aku taip cite bosan ni…=====

PERTELAGAHAN DI MASJID FUJI !! –real story–baca smpai abes tau–

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Mlm itu (15 Julai) isyak seperti biasa..jemaah masjid Fuji tidak lah sesesak masjid lain di sekitar Jepun..1, 2 baris itu adalah biasa.. jemaah yg dianggotai muslimin dari pelbagai bangsa dan bahasa, sedang tekun mendengar tazkirah dari seorang imam muda Malaysia..Abdul Fatah.. tazkirah yg berbagai2 bahasa itu diselangi gelak tawa jemaah dek gurau senda Abdul Fatah yg berbatas..walaupun baru dilantik mjadi imam di situ,kemesraan itu seperti terjalin bertahun lamanya…

“Bapak2 sekalian.. marilah sama2 kita akhiri tazkirah ini dengan tasbih kifarah, selawat dan surah Al-Asr.. ” setelah itu..” challey hey..tasbih kya purem..(bahasa hindustan tu aku sebat jek..jgn caye plak..) Maka seisi masjid menadah tangan untuk mengaminkan doa…

tiba-tiba.. seorang jemaah Pakistan mengangkat tangan.. jeng, jeng, jeng…..

—Berikut Sedutan Drama Realiti itu——–
(Setelah diterjemah ke bhs Jepun oleh Huzaifa–kwn Indon baru aku)..

“Imam Saf (panggilan jemaah utk Abdul Fatah)… saya ada satu permintaan…”
“Ape die? Sila2..”–imam tu terkujat sbb baru nk stat baca doa—
“KAMI MAHU NYANYI….” (‘kami’ merujuk kumpulan Pakistan)
[what??? pelik nye request die...nk nyanyi pergilah bilik shower ke..]–aku ckp dlm hati–

Imam Saf dengan suara tegas—
“Nyanyi ape lagi?? Kan sudah diputuskan dlm Mesyuwarrah..tidak ada lagi lagu2 seperti itu. Bukan saya sahaja yg tidak setuju..Imam2 sebelum ini juga tidak bersetuju”
—[aku semakin bingung]

“Tapi itu adalah keputusan oleh Imam2 terdahulu.. Kami tetap mahukan “HAK” kami…” Mamat pakistan tu trus bangun sambil bercekak pinggang..(hensem jgak mamat pakistan ni..mcm Salman Khan)
Sejurus itu, diikuti mamat pakistan lain berdiri smbil berpeluk tubuh yg kononnya nk bekap mamat Salman Khan td..Pastu apa lagik.. beberapa jemaah lain pon bangun mengelilingi Imam Saf termasuk Huzaifa…yg konon nye nk bekap Imam Saf (tanpa memikirkan risiko yg badan diorang tak segagah mamat pakistan ni)..

Jemaah lain semakin panik.. Aku plk bkn panik jek, pelik pening bingung canggung smua ada..yela.. aku tak paham situasi yg tgh berlaku tu.. tiba2 jek mamat macho pakistan bangun mcm nk gaduh plak..aku pon mcm org bodoh jek, dok diam menongkat dagu tanda kebingungan…

Dengan tenang dan berhikmah..Imam Saf pon bersuara lembut…
“Baik lah.. nyanyi lah… saya izinkan..”
“TETAPI !!! INI YG TERAKHIR !! TIADA LAGI NYANYIAN ITU SELEPAS INI..WALAUPUN HINGGA HARI KIAMAT SEKALIPUN” -imam Saf bersuara tegas sambil memegang tongkat Khatib..

maka.. diorang pon bangun la..(kira2 ada 8orang mamat macho pakistan) sambil seorang jadi ketua..menyanyikan sebuah lagu berbahasa Urdu..
aduhaii…sedapnye lagu…mcm lagu hindustan wa ckp lu..dengan gaya penuh emosi mamat macho td, aku bagi die Full Mark..kalah Mawi…
aku pon pelek knape Abdul Fatah menghalang diorang bwat “persembahan” yg pnuh hikmah dan syahdu..lagu2 nya pon menurut Huzaifa..membawa maksud puji2an ke atas Rasulullah..PELEK..PELEK…

Imam Saf trus bangun dan sembahyang Sunat tanpa menghiraukan “show” itu.. diikuti jemaah2 lain.. aku pon ikut la imam tu..dah die Amir (ketua) kt ctu..

mjlis tazkirah pon berakhir dengan dingin..dengan jemaah pakistan “kerek” tidak bersalaman dengan imam Saf..diorang menonong (jln tegak x toleh kiri kanan) kluar dari masjid..

—————————————————————————————————-

Mlm itu ketika makan2.. kebetulan aku mkn 1 dulang dgn Abdul Fatah..aku xlepaskn pluang..trus bertanya dengan kaver mulut takut tersembur nasik…

“Knape abang Fatah mghalang diorang nyanyi?.. sedap jugak lagu tu..sy pon suke..”
Abdul Fatah pon telan nasik dulu..baru bukak mulut…”Lagu nya mmg indah dan sedap..memuji2 Rasulullah mnunjukkan syg pd baginda”
“Cuma yg menjadi salah nya..Akidah mereka yg salah.. mereka berpendapat, Muhammad SAW itu sebenarnya tidak wafat sebaliknya ditukarkan menjadi “NUR”..maka mereka menganggap dgn menyanyi sebegitu, Nabi Muhammad SAW akan turun dari langit dan bersama2 dengan kita dlm majlis itu… ITU SALAH!!!! Fahaman mana diorang ikut?? itu lah padahnya yg berguru dengan buku dan kitab semata2…tidak mahu mengikut guru yg arif….Itu SESAT!!! ”
“Imam2 sebelum ini mmg sudah menghalang amalan ini..mereka sudah diberitahu..tapi mereka tetap degil..mereka anggap bhw kita ini smua jahil..”

Aku pon kasik can la abdul fatah suap nasik tu…lepas telan nasik..die sambung lagik..
“Memandangkan suasana jadi tegang..jadi saya mengalah..ada juga imam sebelum ini yg ditumbuk oleh mereka..jemaah berpecah kepada 2kumpulan..saya tidak mahu jemaah berpecah..saya akan cuba perlahan2 mengikis fahaman ini..”

tindakannya mmg bijak..wawasannya tinggi.. dakwah nya berhikmah.. Semoga usaha mu berbaloi..Amin…

P/s: Bapak2 sekalian, di hari lain nya aku akan critakan pula antara fahaman2 salah yg berleluasa di bumi Jepang ini..nantikan next post seterusnya ya pak…suspen..suspen…

ABDUL FATAH..sahabat yg kurindu..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

Abdul Fatah… alahaii… nama seindah adab,wajah bersinar nur penyeri…
entah kenape slalu rindu padanya..perkenalan sehari menyerap memori bertahun lamanya..
dia imam muda yg dijemput khas dari Malaysia oleh komuniti masjid kt cni..

————rentetan peristiwa————
7/7–(Jumaat) jumat aritu aku cuti..sbb ade sports day,aku pon pergila sembahyang jumat utk pertama kalinya (sbb slame ni xde mase..ade klas..n masjid jauh gile), aku ngan ejat (senior aku) jalan la pagi tu dgn keretapi..

sampai sane..surau yg dikatakan adalah sbuah rumah 2tingkat yg diubah suai..tingkat bwh byk blik..ade dapur,ade ruang mesyuarat..tingkat atas ruang solat..
smpai2 trus la amek wuduk..trus pkai kain,minyak wangi sket..then trus la naik atas nk smayang jumaat..

.

smpai atas…aku nmpak smuanya orang pakistan iran n ckit org indon.. 1st time tgk imam die..mcm org melayu..dengo khutbah die.. dlm byk bahasa..mmg power ustaz ni…dlm khutbah die ade bhs urdu(hindustan), arab, melayu indon, (n tah ape bhs lg aku xreti nk detect)..
antara yg aku paham khutbah nye.. “bapak2 yg dimuliakan…Nabi pernah bilang..pilihan kita ada dua..Jannah ataupun An-narul jahannam…” (dengan loghat Indon)..sah mmg die indon aku agak..

.
–lihat wajah nya..hati aku jadi tenang..tak pernah jemu nk tgk muke die..seperti terbit cahaya…aduhai..dengar plak kata2 dia..gemersik merdu menyentap kalbu…
—selesai solat..aku pon bersiap2 la nk balik sblum smpat salam dgn die..dlm perjalanan balik tu..imam tu panggil dari jauh..”Bapak-bapak..lekas banget hendak pulang..mari lah kita ngombrol2 duluan.”..utk tak kecewakan nya..ktorang pon patah balik…
kite pon berkenalan la kt ctu…

.

“Bapak2 ini dari mana smuanya?”
“dari numazu.. dekat2 dgn Mishima..”–ejat jwb
imam tu tanye lg…”bukan2..negaranya dari mana? Indon ya?”
“kitorang dari Malaysia”—aku paling lajuuu jwb (die igt muke kite ni cm indon ke?)
“LAAA…. SABOO JE LAH AKU… APSAL TAK BAGITAU AWAL2 TADI??” (tba2 loghat Malaysia plak)
“AKU DARI MALAYSIA JUGAK LAAA…. LEK A DULU,LEPAK2 KT DLM MASJID KEJAP..”
hhahahahaha..tak sangke org yg aku kagum ni..dari Malaysia rupenye..
.
“makan lah semangka (tembikai) ni..minum lah.. ” (sah aku rase die ni org jowo)
die bagi ktorang mnum air tomato…aduuusssshhh mcm nk muntah…tapi aku telan la jgak..jage ati pnye psal…
“sape name korang ni..kenal2 kn la diri..”
ejat jwb, “saye Aizat,dari Selangor”
aku pon jwb..”saya Irfan, dari Johor”
terkujat die..”alamak..saye pon org Johor ni..dok kat Air itam,Muar”
(aku pon dengan kepoh nye) “oooo…sape name abang?” “wa..abg td mmg hebatlah,mcm mane bole blajo byk bahasa ni? cite la sket..”
.
“abdul fatah”..dulu lpas SPM,tiba2 tergerak nk blajo agama,lps tu family pon izinkan la..abg pon pergi la ke Palestin (Pakistan kot…aku pon lupe), blajo agama kat ctu 2tahun.. dtg sane dlm keadaan “zero” tak tau ape2 bhs.. so blajo la bhs hindustan ni dulu,pastu bhs arab,pastu mcm2 la..”
“komuniti masjid ni yg jemput abang jadik imam full time kt cni, dpt la pengalaman skit2..”
pastu kite pon borak2 la dgn mesra nye..smpai terlupe ari dh petang..

.

Peramah orangnye…rendah diri..tawadhuk… hensem pon hensem.. bijak pon bijak.. aku rase kalo pompuan jmpe die pon bole cair agaknye…pandai bergaul,sume jemaah suke kat die, budak2 kecik iran pakistan pon suke dgn die..

.
tiba2 bile nk berpisah tu..mengundang resah..aku rase sedih gile..tak tau knape.. sbb aku rase, die adalah kwn yg terbaik pnah aku jmpe selama idup ni..walau cume sehari aku knal ngan die.. tapi.. entah la..
/

“abg x lame kt cni, smpai 11Sept,pastu kne balik..tak sangke arini dpt jmpe dgn org Malaysia..”
aku rase agak sdih ms ni..mngkin xkn berpeluang jmpe die lg…kite bertukar no nset sblum blah..
.
stiap hari aku terbayang muke die..teringat kate2 die..adab perilaku die…mgkin ni yg dkatakan rindu???

———————setelah beberapa hari————-
toot…toot…toot…
“moshi2..” (aku accept tanpa melihat Caller Profile)…
“Assalamualaikum Ya Irfan…. (loghat arab)”
“waalaikumsalam…alamaaakkkk Abdul Fatah…rinduu gile.., apa macam ini hari macha?? banyak sehat ka?? (loghat india)”
die pon tergelak la “hahaha..bile plak jadi mamat hindustan plak ni??”
kite borak agak lama..mau dkat 15mnit..

“amcam mggu ni free x? jom kite gi Fukuroi nak?? Lpas tu gi Nagoya plak..amcam?? ade minat??”
pelek gak aku..tiba2 ajak aku jln.. “ala.. jom laa weh..daripada ngadap buku jek..baik rebus n ko telan jek air rebus buku tu..hhehehe…”

Bagai mengantok disorongkan bantal..aku mmg cuti summer awal..so xde plan lg.. mmg cantekk aa die ajak aku..pluang bertemu itu takkan aku sia2 kan…
“no hal, insyaAllah free.. bayekkk punye projek ke?”
-”oo..saje kite jln2..ziarah kwn2 kita kt sane..cari kenalan baru..cari saudara baru.. lagi pon,byk yg blum kita “teroka” lagi dunia Jepun ni….” ok, nnti awak get ready dgn pakaian 3ari 2mlm..kite roun kasik abes jepun ni..”

hhahaha.. kdg2 lawak jgak die ni.. tak sangke aku bole berkawan dengan seorang pak imam yg peramah n 1kepala dengan aku…

“semoga pertemuan dan perpisahan selepas ini..diberkati di bwah lindunganNya. Amin..”

P/s: ALANGKAH INDAHNYA..JIKA DAPAT BERSUA..WALAUPUN SEKETIKA..BERSAMAMU WAHAI KEKASIH ALLAH….;(

org Jpun ni mmg leceh… sabooo je laa

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

 

mcm2 yang bole dkatakan leceh orang jpun ni bg aku, bile dh lame tuh, rase ok la sket…

1. bile shopping, xde la byk sgt pn beli brg.. tapi resit die perkh..beso mcm sparuh A4 (xsmua kdai la)

2. kalo nak wat ape2,kene isi borang tu,borang ini, kene cop sana,cop sini.. kalo nak daftar line tepon tu bole tahan lagik.. ni nak daftar laptop (nk pkai kt room) ni pn dh mcm kne isi borang kahwin..

3. nk gune beskal, aku igt dh bayo, trus bole bwk blk… ni tak… nk kene isi borang mcm aku nk beli kete, kne ckup umor 20thn, kne ade insuran keselamatan, kene ade penjamin (jika blaku tak diingini)–tmpat lain ade syarat ni, nk kne daftar basikal (taruk no plat)… fuh…

4. —–sbnanye aku nk citer psal ni——- .. pnat aku menulis 6helai lab report,sminggu nk siap tu,dah la tulisan kanji terbelit2 kcik2..mmg pnat la tulis kanji ni..tiba2, silap sket jek, aku tak terangkan detail psal graf!!!!… die suro aku BUAT BARU?? wey…Grrrr… (sabo ifan..sabo ifan….) kene submit esok plak tuh!!! K la…. nk gi siapkan la ni… sempat plak aku create post blog ni eh?

cemas..takut… steady la beb..

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

 

takutnye..bile la gempa ni nk berhenti..cuak aku nk tido mlm2..dh la gempa kcik sblum ni aku xsedar,nyenyak tido punye pasal.
kisah gempa skala 5 tu xkan aku lupe smpai bile2..fuh..dahsyat..
skang ni pon aku tido kt lantai atas toto sbla katil,kalo rase gegaran kecik nanti,snang aku nk golek masuk bwh katil..
bwh katil aku ni pon,dh ready emergency kit ni..makanan ubat sume lengkap..bsdia takot2 trprengkap nnti..

ni lagi satu yg aku takot..test da nk dkat..pdhal aku blurr lg ni..takpe2..anggap test ni cm starter meter aku,so,kne la pulun sket.

Kalo sape2 kt malaysia tu yg nk msg aku (MAXIS SHJ)..type REG … send to 22331.. bile nk msg aku, send to ” ni email nset aku,msg korang nnti akan sampai trus ke nset aku, snang kn?
pastu bole kite main msg slalu..kalo korang receive kne 15sen, kalo reply kne 15 sen,so jumlah 30sen, Ok la jgk kn?

ngantok… dh kol 1.16am ni..

assalamualaikum…

BARU KU TAU NIKMATNYE SOLAT…

 

sume bende kt cni, lebih byk haram dr yg halal, dugaan meliputi mulut,mata,kaki tangan,hidung dan smua anggota..dari mknan sampai la suratkhabar,majalah..

mmg susa nk carik orang islam, so, mmg susa la nk carik surau/masjid…bile time nk smayang,msti carik tmpat yg xde gangguan nk smayang.

arituh aku ngan senpai trun bandar,kene plak time asar. kitorang smayang la kt atas jln tar (kdg2 kt tangga bkan laluan ramai,kt bwh tangga,alas ngan paper/kain).. mase tuh,xde ape yg aku rase,mlainkan nikmatnye smayang,kalo slame ni aku rase susa nk khusyuk (kt malaysia) skang mmg sng nk khusyuk walaupun kt sbla tuh rmai orang lalu lalang usha pelek..aku pon xtau nape bole khusyuk dlm keadaan cmtuh..kdg2 aku mudah menangis..menangis keranaNya..moga silapku slame ni diampunkan olehNya..

mgkin sbb kini aku rase sndri..mmg trase sgt yg Dia sdg perhatikan kita..kalo dulu aku mudah tgoda ngan dugaan kelilingaku,aku rase skang dengan bertambahnye dugaan ni,mmbuatkan aku slalu berhati2..takut trjerumus…btol jgk ckp ustaz2 aku dulu..dgn slalu mengingatiNya,hati akan menjadi tenang..

mudah2an smua ini kekal/btambah baik selamanya..moga hari esokku lebih baik dari arinih,arini lbih baik dr kelmarin..amin…

smua pbuatan kita bgantung pd smayang kita..org xkan mencuri kalo sempurna solatnye,org xkan berzina kalo smpurna solatnye,orang xkan minum arak kalo sempurna solatnye (aku dengo kt IKIM.fm)..atok aku pnah pesan dulu..”Selamat smayang nko,selamat la nko”… ajaibnye solat..kita berhubung dgn Allah tanpa orang tengah, tapi melalui solat dan doa…

P/S= aice,sori la arinih wat ayat cm cramah sket..sbb aku xtau nk cite kt sape,xkan nk ckp sorang2 plak kn?..frenster ni la jd kwn aku..aku tau sume ni xperlu dicritakan sbb sume org dh tau..tapi aku harap bile aku bace balik post ni,akan mengingatkan aku ketika alpa nanti (kire cm diari laa)….sori k?

ape yg pelek bile aku jejak kt cni

posted by Al-Irfan in Aku di Jepun

 

1. kite slalu disuapkan ngan cite2 yg jpun adlah brsih,kn?tapi arituh kantoi satu cawan kertas seven eleven dibuang kt tepi jalan…KANTOIIII

2. penglman aku yg ptama bile smpai airport,bile dh xtahan nk buang air. aku tgk pintu toilet ade 3 (lpas masuk main door toilet).. sume pnuh, aku trus meluru kat pintu ujung… TIBA2 aku tdengar bunyi “NARANDENO??” (xbratur ke?) bile toleh,ade sbaris orang tgh bratur kt blakang aku….PERKHH.. MALUUU GILEE.. mcm mane laa xley prasan ek? aku dgn terbongkok2 malu pon mintak maap “watashiwa gaikokujin datte, nihonno bunkawa mada wakaranainode.. CHOTTO SUMIMASEN… SUMAMASENNE….” (saye orang luar,blum tau care idup kt cni, mintak maap byk2…) diorang sume gelak kt aku.. dlm ati “OO mentang2 aku kat tmpat diorang,ske ati jek gelak eh?” nk wat camne, tu sume kite kene trima, nape kt malaysia xbwat camtu,ek?

3. aku tengok diorang jalan kaki..LAJUU GILERR.. xsame dgn laju yg pnah tnjuk kt dlm TV..ni kt area tokyo laa..xde tempat duduk plak tuh…aku dah la pnat,bwk beg berat2..nk rehat pon xbole…

4. diorang parking kete mmg plek,pakai rak besi tau.. ko bayang cam rak kasut dah la. rak kasut besi beso isi plak ngan kete2,mcm mane diorang park kete kat rak atas pon aku xtau sbb xde tangga,xde lif hidraulik… xde idea la plak…next time aku cite lagik, k?

Entri Terakhir
Entri Malar Segar
Sahabat SangPelangi


Rainbow Ribbon by eCoverApple.